14 Jan 2010

Kelantan ceria dengan 3 mata



KEPUTUSAN PENUH:
KELANTAN 3
Akmal Rizal (m-2)
Badhri Radzi (m-48)
IndraPutra (m-56)
JOHOR 0

Kota Bharu, Kelantan menggunakan sepenuhnya kelebihan bermain di gelanggang sendiri apabila berjaya membenam pasukan selatan tanah air iaitu Johor atau lebih 'glamor' dengan panggilan Si Jengking dengan jaringan tiga gol tanpa balas.

Kelantan memulakan perlawanan dengan tempo yang laju seakan-akan corak permainan semasa perlawanan dengan Terengganu yang lepas. Hasil gerakkan yang pantas, Kelantan hampir berjaya menjaringkan gol pada minit pertama permainan, namun percubaan IndraPutra berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol Johor.

Gerakkan satu-dua serta larian yang pantas telah menghasilkan gol awal buat Kelantan. Pada minit ke-2 lagi, pasukan Kelantan  berjaya menggamatkan suasana di Stadium Sultan Muhammad ke-IV yang penuh dengan warna kemerahan hampir 20,000 orang penyokong yang hadir apabila bekas penyerang kebangsaan iaitu Akmal Rizal berjaya menjaringkan gol pertama. Gol tersebut hasil dari hantaran Badri Radzi dan Akmal tidak mensia-siakan peluang tersebut dengan rembatan yang kencang menewaskan penjaga gol Johor.

Tersentak dengan gol awal pasukan tuan rumah, Johor cuba untuk mengimbangi perlawanan dengan membuat bebarapa serangan untuk mencari gol penyamaan, namum ianya berjaya dipatahkan oleh pertahan Kelantan yang boleh dianggap 'stedy' dengan membariskan pemain yang sama semasa perlawanan menentang Terengganu yang lepas iaitu Daudsu, S.Subramaniam, Azizi Mat Rose serta Farisham.

Kelantan seakan berpuashati dengan gol awal yang diperolehi memperlahankan rentak permainan. Hampir 35 minit dalam separuh masa pertama, Kelantan menghidangkan permainan yang boleh dianggap membosankan apabila banyak membuat kesilapan dalam penghantaran bola kepada rakan, lambat bertindak, penyudahan yang tumpul dan sebagainya. Pasukan Johor juga kelihatan tidak begitu hebat kerana tidak dapat menggunakan dengan sepanuhnya peluang yang ada.

Hanya pada minit ke-43, kelantan hampir-hampir berjaya memperolehi gol yang kedua melalui Akmal Rizal yang berjaya melepasi pertahanan Johor serta penjaga gol tetapi beliau dijatuhkan oleh penjaga gol dan pengadil tidak memberikan penalti kepada Kelantan. Ini menimbulkan kemarahan penyokong-penyokong Kelantan.

Sepak mula separuh masa kedua menyaksikan Kelantan cuba mengandakan asakan dengan memasukan pemain kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha. Kemasukan beliau ternyata memberikan tonik baru kepada Kelantan.


Gol jaringan Badri Radzi pada minit ke-48
Badri Radzi membuktikan yang beliau masih berbisa dengan menjaringkan gol cantik dari luar kota penalti hasil sepakan volley menewaskan penjaga gol Johor pada minit ke-48.

Kelantan mengandakan lagi asakan dan Indra menjadi pencetak gol ketiga untuk Kelantan selepas menerima hantaran dari Badri Radzi pada minit ke-56.

Kelantan dilihat cuba untuk menambahkan gol tetapi gagal menembusi pertahanan Johor kerana 'The Professor' telah mengarahkan anak-anak buahnya berkampung bagi mengelakkan dibelasah teruk oleh Kelantan.

Jika dianalisis perlawanan tersebut, pemain-pemain Kelantan tidak mempamerkan permainan sebenar seperti perlawanan sebelum ini menentang musuh tradisi Terengganu.

Johor boleh dianggap bernasib baik kerana tidak menjadi pasukan belasahan Kelantan kerana corak permainan Johor sebenarnya tidak layak untuk diangkat bermain dalam liga super.

Kesebelasan utama : Syed Adney Syed Hussien, Mohd Farisham Ismail, S.Subramaniam, Azizi Mat Rose (Rizal Fahmi), Duadsu Jamaluddin, Shakir Shaari (Khairan Eroza), Badhri Radzi, Indra Putra Mahyuddin (kp), S.Chanturu (Norshahrul Idlan Talaha), Akmal Rizal Rakhli, Hairuddin Omar.

Tiada ulasan: