Oleh Wan Faizal Ismayatim
wfaizal@bharian.com.my
MENTERI Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, melahirkan rasa kesalnya terhadap sikap segelintir penyokong Kelantan yang tidak menunjukkan semangat kesukanan apabila membakar kerusi dan melempar mercun ketika perlawanan akhir Piala Malaysia, malam kelmarin.
Katanya, penyokong Kelantan seharusnya menerima kekalahan secara terbuka kerana kalah dan menang adalah adat dalam permainan.
“Pemain Kelantan sudah bermain bersungguh-sungguh, bila kalah juga apa boleh buat. Masa kita menang tak timbul pula sebarang masalah, takkanlah kita nak menang selama-lamanya, matahari pun ada naik dan jatuh.
“Itu bukan semangat kesukanan, sebab itu saya ada sebut bola ini jangan kita sebut main, (sebaliknya) sebut riadah. Tak betul cara itu (membakar kerusi dan mercun), pemain sudah habis ikhtiar, kalah juga apa boleh buat,” katanya, semalam.
Dalam perlawanan akhir itu, penyokong Kelantan mula bertindak liar dengan membakar kerusi serta melempar mercun dan botol minuman ke kawasan trek dan padang selepas pasukan itu ketinggalan 0-3 kepada Negeri Sembilan.
2 ulasan:
ambo pun frust jgk, tengok penyokong hok tk dk ime.. ambo ado d bukit jalil stat dr kul 12 tgh hr lg...
tgk penyokong ramai raso semgt mena tp bilo tgk penyokong hok jenih jakun gak raso redih mena. stakat sorok tk po la.. smpai duk lempar mercun ko penyokong n.9 hok ado bw budok skali. pah ko pnyokong sdiri pun keno lepar mercuna, botol i la... aihh ai tk kenan ambo lagu nih.. mat malu negeri kelate jah...
Catatan
Sebak dada kawe bilo sampai aje di bukit Jalil(2.15pm).....cerung2 bukit dipenuhi dengan merah puteh...
ada yang dok makan, dok rehat, dok conteng muka.., dok SEMBAHYANG dll. Begitu ramah antara kita, walau tak pernah kenal sebelum ini. Di tepi stadium hoki... ada antara kita yang bawa keluarga dg anak kecil...masih menyusu botol..melelapkan mata seketika dengan beralaskan beralaskan tikar yang dibawa khas dan kertas2 kotak... tunggu paparan seterusnya...>>>>> nanti..
africk jinggo
Catat Ulasan