Justeru ketika kekalahan skuad Kijang dan sikap penyokongnya ketika aksi akhir piala Malaysia hangat diperkatakan umum, Kafa telah mengadakan mesyuarat awal di Kuala Lumpur semalam bagi persiapan pasukan menghadapi musim depan.
Ini termasuklah meneliti senarai pemain yang bakal menyarung jersi Wira Merah kerana Kelantan tidak boleh lagi bertahan pada tahap sekarang.
Bagi Annuar, sesiapa yang tidak memahami keadaan sebenar 'perjalanan' bola sepak di Kelantan dan keupayaan sebenar saingannya, Negeri Sembilan, mereka mungkin kecewa dan terkejut melihat aksi skuad Kijang, lalu memberikan pelbagai tafsiran.
"Bukanlah di luar jangkaan kita (kalah). Kita memang sepatutnya kalah, Kita sudah kalah tiga kali dengan pasukan itu yang sudah 10 tahun berada dalam Liga Super.
"Malah Kedah juga memerlukan empat kali ke peringkat akhir sebelum ditabalkan juara.
"Kita sebenarnya team Liga Perdana tetapi bernasib baik diserapkan dalam Liga Super. Kita bina pasukan cuma dalam setahun dan setelah dilatih, kita telah tunjukkan kejayaan yang sangat cemerlang sebenarnya, sedangkan pasukan lain begitu lama menunggu peluang seumpama itu.
''Kita kena terima realiti bahawa lawan lebih kuat dan kita pula berhadapan kekangan ketiadaan kapten Mohd. Badhrie Radzi yang patah kaki.
"Manakala Mohd. Azlan Zainal yang diharapkan di bahagian tengah juga cedera dan kita menentang Negeri Sembilan dengan barisan yang mempunyai banyak pengalaman termasuk dua penyerangnya.
Katanya, dalam keadaan itu anak buahnya tidak harus dipersalahkan apabila nampak begitu lemah berdepan dengan pasukan yang begitu kuat ketika harapan peminat begitu tinggi.
Bagi Anuar mereka yang tidak memahami akan memberikan pelbagai reaksi yang negatif namun ia tidak akan mematahkan semangatnya dan Kafa.
Katanya, skuad Kijang telah menunjukkan lompatan yang baik musim ini sedangkan mencecah kaki ke akhir bukanlah sasaran awal dan pasukan ini masih dalam pembinaan.
Beliau memahami tindak-tanduk keterlaluan para penyokong kerana begitu mengharapkan kemenangan namun mereka seharusnya lebih bersikap setia terhadap pasukan sendiri.
''Kalau tidak menang, dengan gol yang banyak dan jaringan awal, sudah tentu mereka kecewa, dan saya faham.
Cuma katanya, sekiranya masih banyak masa berbaki mereka tidak harus mula meninggalkan stadium kerana masih banyak kemungkinan boleh berlaku.
3 ulasan:
1. Semangat pemain perlu kuat..tinggi kental...ketinggalan 1 atau 2 gol separuh masa pertama..bukan bererti sudah kalah. Selagi wisel penamat belum ditiup oleh pengadil....Lihat team Perak pada final piala FA 1990 menentang Selangor...Perak ketinggalan 0-2..Penyokong Selangor mem"boo" pasukan dan penyokong Perak dengan "PERAK BALIKKK "..akhirnya 45 minit separuh masa kedua Perak sumbat 4 gol...Perak juara...
2. Manchester United dalam final Juara Eropah 1999...ketinggalan 0-1 sehinggga minit ke 90.kepada pasukan Bayern Munich..Dalam masa tambahan selang 2 minit boleh sumbat 2 gol ..jadi Juara..
Sejarah Piala Malaysia ...Negeri Sembilan tunggu 61 tahun..dua kali ke final pada 2000 dan 2006..Gagal..Tahun ini bertepatan angka 9..tahun mereka...Baru jadi juara
Kedah mara ke final 3 tahun berturut turut 1987,1988,1989...Kalah semua final kepada pasukan yang sama Kuala Lumpur...Kali ke 4 final 1990 baru bergelar juara..
Terengganu mara ke final 1972 dan 1982..Kalah kedua dua final kepada Selangor...Tahun 2001 baru jadi juara...
Watak juara pada pasukan Kelantan sudah ada...Bukan senang mara ke final DUA KALI dalam satu musim...Nasib sahaja belum ada..Jika betul urus..Kelantan adalah pasukan yang akan mengungguli persada bolasepak Malaysia yang akan datang...Selamat Berjaya
insyaallah!!
INSYAALLAH....
GOMO KLATE GOMO...
GO RED WARRIORS GO
TAKBIRRR...
ALLAHUAKBARRRR..
Catat Ulasan