6 Okt 2009

Ulat tiket bunuh bolasepak Kelantan

Tiket-tiket astaka perlawanan bolasepak Piala Malaysia habis dijual seawal jam 3 petang lagi.Menurut peminat-peminat setia Kelantan yang di temui mereka melahirkan rasa tidak puashati di atas masalah ini kerana tiket yang sepatutnya dijual tidak dijual seperti yang dijanjikan.

Menurut pegawai KAFA seperti yang di siarkan didalam akhbar tiket akan dijual pada jam 3 petang ada hari perlawanan.Tiket-tiket perlawanan tersebut di fahamkan telah dijual kepada individu-individu yang tidak bertanggungjawab yang telah di amanahkan oleh pihak tertinggi pengurusan KAFA

Mereka kelihatan berlegar-legar disekitar Stadium Sultan Muhammad ke IV dengan menjual tiket tempat duduk berbumbung dengan harga RM 30-RM 40 untuk sekeping tiket.

Nampaknya masalah ini tiada kesudahan walaupun perkara ini telah di timbulkan oleh pihak media.Natijahnya penyokong setia The Red Warriors yang dahaga untuk menyaksikan wira-wira merah mereka beraksi akan teraniaya dan terus teraniaya.

Sampai bilakah perkara ini akan berlarutan tanpa kesudahan dan tiada sebarang tindakan oleh KAFA seolah-olah perkara ini sengaja dibiarkan atas alasan ianya melibatkan 'anak-beranak KAFA'.

Presiden KAFA seharusnya memandang serius perkara ini jika mahu kesetiaan penyokong berterusan pada masa akan datang dan bolasepak Kelantan tidak berkubur begitu sahaja kerana tiada sambutan dari penyokong.


Mahukah kita melihat Stadium Sultan Muhamad ini 
kosong pada masa-masa akan datang

Fikirlah-fikrlah kepada mereka yang suka 'menangguk di air yang keruh',cuba fikirkan kesusahan orang lain sebelum kesusahan menimpa diri sendiri.

3 ulasan:

wanstshirt berkata...

kawe nop mintok izin demo copy and paste dalam blog kawe artikel ni.kalu demo bui email ko kawe..wanstshirt@yahoo.com.my

kuyan79 berkata...

beres..xdok masalah..ado info kito kongsi bersama

kelantanfc berkata...

terima kasih banyokkk....kawe akan buh link blog demo dale blog kawe,pastu setiap berita hok kawe ambik ,kawe akan tulis sumber dari demo.terima kasih banyakkk demo memang buliss wat gu,...