Memaparkan catatan dengan label kelab penyokong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kelab penyokong. Papar semua catatan

7 Jan 2013

Stadium baru jika menang tiga piala

Nilai: Jika menang tiga piala musim ini, skuad Kelantan dijanjikan ganjaran paling mahal - sebuah stadium baru menggantikan Stadium Sultan Muhammad IV yang dibina pada tahun 1967 dengan kapasiti hanya 30,000 orang. 

 Pertambahan jumlah kehadiran penonton serta masalah kesesakan tempat duduk dan tempat letak kenderaan jelas memerlukan perhatian segera pihak tertentu. Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, menjanjikan perubahan kepada penyokong The Red Warrior (TRW) dan bersedia membantu mendapatkan sebuah stadium di negeri itu.

 “Apabila ada perlawanan, penyokong yang hadir melebihi kapasiti stadium dan terpaksa berasak-asak, terpaksa berjalan jauh. 

Sebelum ini ada yang kata hendak bina stadium tetapi sehingga kini belum nampak lagi. “Jika TRW menang tiga piala tahun ini, kita boleh tolong untuk mendapatkan stadium baru di Kelantan," katanya berucap di hadapan Kelab Penyokong The Red Warrior (TRW) KLIA di Dataran Doraymee, semalam. Mustafa berkata, transformasi yang dilakukan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) telah berjaya merubah wajah TRW daripada 'zero' kepada hero termasuk kini mempunyai lebih 30 kelab penyokong. Sumber : Bharian

26 Mei 2011

Idea dan pandangan dari Presiden KAFA,Tan Sri Annuar Musa

Presiden KAFA memohon cadangan dari penyokong-penyokong Kelantan melalui facebooknya,antara cadangan-cadangan beliau : -

1.JUALAN TIKET DI HAD SETAKAT 18,000
2.pintu di buka mulai pukul 7.30/lepas azan
3.penjualan Makanan/minuman di haramkan
4.menggabungkan semua Kelab penyokong
5.RUANG scoreboard utk ahli Kelab saja
6.sistem harga tiket rm10/12/15 mengikut petak Tempat duduk terbuka
7.pass bermusim perlu/tidak

Ini adalah lantaran 'keganasan' dari penyokong-penyokong Kelantan serta 'kesesakan' yang berlaku pada perlawanan dengan pasukan T.Team semalam serta pasukan-pasukan lain sebelum ini.

12 Mei 2011

Minta FAM siasat insiden bakar bendera

KOTA BHARU - Kelab Penyokong Siber Bola Kelantan (kelate.net) mendesak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil tindakan terhadap insiden penyokong bola sepak Negeri Sembilan yang didakwa membakar bendera Kelantan ketika perlawanan Liga Super di antara kedua-dua pasukan di Seremban, kelmarin.

17 Jan 2011

Patuhi peraturan

KELAB Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.Net) berharap tiada lagi insiden buruk berlaku antara penyokong The Red Warriors dan Selangor pada perlawanan pembukaan Liga Super 2011 bagi merebut Piala Sumbangsih di Stadium Shah Alam, 29 Januari ini. 

Presiden, Marhashim Mat berharap insiden ketika perlawanan suku akhir Piala Malaysia tahun lalu tidak berulang sekali gus menjaga nama baik bola sepak tempatan.

“Saya ingin menyeru semua penyokong sama ada Kelantan ataupun Selangor supaya mengikut peraturan ditetapkan. Hadirlah ke stadium dengan penuh semangat kesukanan,” katanya ketika ditemui selepas perasmian kedai peralatan sukan, Al Jabbar Sports Dot Com, petang semalam.

Menurutnya lagi, insiden pergaduhan penyokong tidak sepatutnya berlaku lagi kerana sebelum ini semua peminat bola sepak negara bersatu memberi sokongan kepada skuad kebangsaan yang memenangi Piala Suzuki AFF buat kali pertama, Disember lalu.

27 Okt 2010

Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Bantah Kafa Jual Tiket Secara Berpakej

KOTA BAHARU, 26 Okt (Bernama) -- Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelantan.net) akan memulaukan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu ini jika Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bertegas mahu menjual tiket secara berpakej.

Timbalan Presidennya Nik Mohd Salehuddin Nik Abdul Razak berkata tindakan Kafa itu bagaikan mengambil kesempatan di sebalik keghairahan untuk memberi sokongan kepada pasukan bola sepak negeri itu.

"Saya bagi pihak kelab penyokong Kelantan.net melahirkan rasa kecewa dan dukacita dengan tindakan Kafa menjual tiket secara berpakej yang sangat membebankan kami," katanya kepada Bernama di sini hari Selasa.

Semalam Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata tiket untuk menyaksikan perlawanan akhir itu akan mula dijual hari ini secara berpakej iaitu serendah RM40.

Melalui pakej itu, pembeli bukan sahaja terpaksa membayar harga asal tiket tetapi turut dikenakan caj merangkumi cenderamata "The Red Warriors" seperti T-shirt, topi dan jam tangan.

Penyokong Kelantan yang mahu mendapatkan tiket itu hari ini berang dengan tindakan Kafa itu menyebabkan penjualan tiket terpaksa dihentikan sementara.

Nik Mohd Salehuddin berkata sewajarnya Kafa menjual tiket pada harga sebenar semata-mata dan bukannya membebankan penyokong supaya turut sama membeli cenderamata itu.

Sementara itu, kelab tersebut bersyukur kerana Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menangguhkan hukuman terhadap Ketua Jurulatih, B. Sathianathan dan membenarkan jurulatih itu berada di bangku simpanan pada perlawanan akhir.

Katanya keputusan FAM itu melegakan peminat-peminat bola sepak Kelantan yang sedang bersemangat untuk memberi sokongan kepada pasukan Kelantan bagi mencipta kemenangan di Bukit Jalil.

Dua hari lepas, kelab berkenaan dilaporkan merayu FAM supaya menangguhkan hukuman terhadap Sathianathan sehingga selesai perlawanan Piala Malaysia musim ini bagi membolehkan peminat memberi tumpuan kepada perlawanan akhir itu.

Jumaat lepas, Lembaga Disiplin FAM memutuskan Sathianathan digantung selama enam bulan dan denda RM2,000 gara-gara memberi komen mengenai perlawanan Perlis menentang Terengganu, tiga bulan lalu.

-- BERNAMA