Memaparkan catatan dengan label Piala AFC. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Piala AFC. Papar semua catatan

27 Sep 2012

Tersingkir Piala AFC tak jejas fokus Kelantan

KOTA BHARU - Tersingkir daripada saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selepas tewas dengan agregat 2-6 pada peringkat suku akhir kepada pasukan Iraq, Arbil FC tidak akan menjejaskan fokus Kelantan dalam misi memenangi Piala Malaysia musim ini.

Jurulatihnya, Bojan Hodak percaya pasukannya masih pilihan utama untuk menjuarai piala paling berprestij itu dalam usaha mencipta kejuaraan treble tahun ini selepas memenangi Piala FA dan Liga Super.

Menurutnya, kejayaan pasukannya mengekalkan rekod tanpa kalah di Stadium Sultan Muhammad IV sejak lebih setahun lalu selepas seri 1-1 dengan Arbil FC, merupakan satu lonjakan moral untuk anak buahnya.

26 Sep 2012

Piala AFC: Kelantan tersingkir

HARAPAN untuk menyaksikan buat pertama kalinya wakil negara beraksi pada pentas separuh akhir Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berkecai apabila Kelantan terpaksa akur dengan kehebatan Arbil SC pada saingan suku akhir kedua di Kota Bharu semalam.

Pada perlawanan malam tadi Kelan- tan mencatat keputusan seri 1-1 namun, secara agregatnya, anak-anak buah Bojan Hodak tewas dengan 2-6 selepas mereka dimalukan 1-5 pada perlawanan pertama di Stadium Franso Harisi, Iraq minggu lepas.

Sebaik wisel permulaan dibunyikan, Kelantan memulakan asakan untuk mencari gol awal dalam misi mereka mendapatkan empat gol bagi memadam kelebihan yang dimiliki Arbil pada perlawanan pertama di Iraq tempoh hari.

Piala AFC: Kelantan seri, 'tapi tak cukup'

MESKIPUN mencatat keputusan seri 1-1 dengan Arbil FC, namun misi  Kelantan untuk melayakkan diri ke separuh akhir saingan Piala Konfederasi (AFC) nyata terpadam apabila tewas  dengan agregat 2-6 ditangan Arbil FC dalam suku akhir kedua di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.

Pada saingan suku akhir pertama Selasa lepas,  Kelantan telah tewas 1-5 kepada juara empat kali Liga Premier Iraq itu.

Bagaimanapun, kesungguhan  yang dipamerkan anak buah Bojan Hodak wajar diberi pujian apabila mempamerkan aksi bertenaga untuk memberi saingan kepada pasukan pelawat.

Keputusan penuh Suku Akhir kedua Piala AFC : Kelantan vs Arbil SC

Kelantan 1 - 1 Arbil 1

Gol Kelantan dijaringkan oleh Mohamed Ghaddar menerusi sepakan penalti pada minit ke-90 perlawanan.Arbil layak ke separuh akhir dengan agregat 6-2 dan bakal menentang Chonburi dari Thailand atau Al-Shorta dari Syria.

Tahniah buat pemain-pemain kerana mampu mara sejauh ini untuk penampilan pertama.Banyak yang boleh dipelajari dari Piala AFC ini dan boleh dijadikan pengalaman berguna bagi mengharunginya saingan musim hadapan.

19 Sep 2012

Piala AFC 2012 : Keputusan penuh Suku Akhir pertama Arbil FC vs Kelantan

Arbil FC 5 - 1 Kelantan

Keputusan lain :

Chonburi 1 - 2 Al-Shorta
Arema Malang 0 - 2 Al - Ittifaq

p/s : Pasukan dari Asia Tenggara tidak mampu untuk menandingi kehebatan pasukan dari Timur Tengah(Pak Arab)...Jadi mampukah Kelantan untuk memadamkan defisit gol yang dimiliki oleh Arbil FC pada perlawanan kedua 25 September di Kota Bharu nanti?




17 Sep 2012

Piala AFC 2012 : Siaran Langsung Suku Akhir Arbil FC vs Kelantan FA oleh RTM1

RTM dijangka akan mengadakan siaran langsung perlawanan bolasepak melibatkan Juara Liga Perdana Iraq iaitu Arbil FC yang bakal menentang Juara Piala FA dan Liga Super Malaysia,Kelantan.

Perlawanan yang  dilangsungkan di Stadium Franso Hariri,Arbil akan disiarkan oleh RTM1 pada 18 september tepat jam 11.30 malam waktu malaysia.(6.30 petang waktu di Iraq).

Piala AFC: TRW tempang di Iraq

PENGURUS pasukan Kelantan, Azman Ibrahim mengakui The Red Warriors berdepan cabaran getir apabila bertemu kelab Iraq, Arabil dalam saingan suku akhir Piala Konfederasi Bola Asia (AFC) esok, lapor MOHD ZAILANI ABD RAHMAN.

Menurutnya, kecederaan beberapa tonggak utama selain jadual perlawanan yang padat menyebabkan pihaknya terpaksa menagih kudrat pemain sedia ada dalam perlawanan di di Stadium Francouse Al Hareeri, Arbil City pada jam 6.30 waktu tempatan.

Pada masa sama katanya, pasukannya juga tidak dapat membawa pemain import baru, Mijo Dadic dan Keita Mandjou kerana gagal memperoleh Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

10 Sep 2012

Piala AFC: Kijang kempunan guna pemain import

Juara Piala FA dan Liga Super, Kelantan terlepas peluang menggunakan khidmat dua pemain import terbarunya, Keita Mandjou dan Mijo Dadic dalam saingan suku akhir Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) tidak lama lagi.

Kegagalan tersebut merupakan satu tamparan hebat bagi Kelantan yang terpaksa berhadapan kelab terbaik dari Iraq, Arbil dalam aksi timbal balas pada 18 dan 25 September ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata, kegagalan mendapatkan sijil perpindahan antarabangsa (ITC) menjadi punca urusan pendaftaran kedua-dua pemain import tersebut tidak dapat dilakukan oleh pihaknya.

15 Jun 2012

Keputusan undian Suku Akhir Piala AFC Cup 2012

Arbil (Iraq) vs Kelantan (Malaysia) - 18 Sep     25 Sep

Al-Kuwait (Kuwait) vs  Al-Wehdat(Jordan) - 18 Sep     25 Sep

Arema (Indonesia) vs  Al-Ettifaq (Saudi Arabia) - 18 Sep     25 Sep

Chonburi (Thailand)  vs  Al-Shorta (Syria) - 18 Sep     25 Sep

31 Mei 2012

Profail Keita Mandjou dari wikipedia


Selamat datang Keitha Mandjou ke Kelantan...

Petikan dari facebook Tan Sri Annuar Musa :

Persetujuan telah dicapai dan CONFIRMED.....KEITA MANDJOU TELAH BERSETUJU MENYERTAI SKUAD AFC KELANTAN MULAI JUNE INI DAN DIJANGKA TIBA MINGGU DEPAN DI KOTA BHARU..dan akan beraksi menentang ATM 8hb nanti di SSMKIV...WELLCOME KEITA MANDJOU!!!!!

24 Mei 2012

AFC Cup 2012 : gambar-gambar Kelantan menentang Terengganu


AFC Cup 2012 : Kelantan mara ke suku akhir Piala AFC

Keputusan penuh : 

Kelantan 3 - 2 Terengganu
Kelantan menepati ramalan apabila mara ke peringkat suku akhir Piala AFC apabila berjaya menundukkan juara Piala FA 2011 Terengganu.

Kejayaan ini membuka satu lagi sejarah buat pasukan The Red Warriors apabila pertama kali dapat menjejak kaki ke Suku Akhir Piala AFC yang rasanya belum pernah dikecapi oleh mana-mana pasukan di Malaysia.(pembetulan-Selangor,Perak dan Kedah pernah mara ke suku akhir Piala AFC).

Walaupun bermula cemerlang pada separuh masa pertama dengan mendahului 3-0 melalui dua gol Norfarhan dan satu gol dari Rizal Fahmi,pasukan Kelantan yang seolah-olah sudah berpuas hati dengan keputusan tersebut mengendurkan asakan ke pintu gol Terengganu.

23 Mei 2012

Ayuh penuhkan Stadium keramat malam ini!!!

Malam ini bakal berlangsung Pusingan kedua Piala AFC diantara Kelantan yang bakal berdepan Terengganu.Dua jaguh Pantai Timur ini perlu membuktikan siapa lebih layak untuk ke suku akhir nanti.Kelantan Juara Piala FA 2012 bakal berdepan Juara Piala FA 2011 di Stadium keramat Stadium Sultan Muhammad ke-IV.

Kelantan dilihat mempunyai kelebihan kerana bermain ditempat sendiri,namun itu bukanlah tiket untuk Kelantan merasa selesa kerana lawan kali ini telah mendapat suntikan baru dari bekas jurulatih Kelantan yang melarikan diri ke Persebaya Balikpapan diawal musim lalu iaitu Peter James Butler.
Tiket perlawanan Kelantan menentang Terengganu yang bernilai RM30 dan RM15 telah diberikan diskaun oleh KAFA.

9 Mei 2012

AFC Cup 2012 : Kelantan jumpa Terengganu pusingan kedua

Terengganu mengesahkan bakal bertemu Kelantan pada pusingan kedua Piala AFC 2012.Terengganu yang berkunjung ke Hong Kong berjaya mengikat Kelab Kitchee 2-2 hasil jaringan Ashaari dan Hadi.

Kejayaan Terengganu menyaksikan salah satu pasukan dari Malaysia bakal bermain dalam peringkat suku akhir nanti.Perlawanan pusingan kedua bakal berlangsung pada 23 mei ini di Kota Bharu dan secara kalah mati.Peluang Kelantan untuk mara kepusingan seterusnya adalah cerah kerana kelebihan bermain ditempat sendiri.

p/s : Pakat 'Boo' Butler belako 

AFC Cup 2012 :Keputusan penuh Kelantan vs Ayeyawady FC

Kelantan 1 - 0 Ayeyawady United FC

Kelantan menjuarai kumpulan H apabila berjaya menundukkan Ayeyawady FC 1-0 hasil jaringan pemain import Nwoha pada minit ke 47.Kelantan berjaya memungut 13 mata hasil empat kemenangan,sekali seri dan juga tewas sekali kepada Ayeyawady FC digelanggang lawan.

8 Mei 2012

AFC Cup 2012 : Kelantan layak kepusingan kedua

Kelantan layak kepusingan kedua Piala AFC ekoran kemenangan besar Arema FC keatas Navibank Saigon 6-2.

Perlawanan malam ini diantara Kelantan dan Ayeyawady bakal menentukan juara dan naib juara dan Kelantan pasti ingin sekurangnya seri bagi menjuarai kumpulan.


AFC CUP 2012 : Kelantan vs Ayeyawady FC


Venue : Stadium Sultan Muhammad ke-IV
Tarikh : 8 Mei 2012
Masa : 8.45 mlm

Siaran Langsung RTM1

Live Streaming : Link 1, 
                            Link 2,
                            Link 3,

Livescore : Link

26 Apr 2012

Terengganu mengamuk di Kuala Terengganu

Pasukan Terengganu menunjukkan kemampuan sebenar mereka malam ini apabila mengamuk dengan membelasah Song Lam Nghe An 6-2 dalam sainga Piala AFC 2012 bagi kumpulan F.

Selepas ini pemyokong-penyokong Terengganu boleh 'tidur lena' dengan kemenangan besar ini dan tidak lagi kedengaran isu-isu letak jawatan yang melibatkan pengurusan pasukan.

Terengganu sekarang menduduki tangga kedua kumpulan F manakala Kelantan menerajui kumpulan H bakal bertemu Kelantan andai kedudukan ini kekal dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan nanti.

Tahniah buat pasukan Terengganu kerana berjaya menewaskan pasukan Song Lam Nghe An mengikut jejak langkah Kelantan yang berjaya membenam Navibank Saigon 2-1 semalam.


10 Apr 2012

Info AFC Cup 2012 : Keputusan Arema vs Kelantan

Dua gol hari ini

Keputusan Penuh :

Arema FC 1 - 3 Kelantan

Keputusan terkini Arema FC vs Kelantan masih lagi terikat 1-1,rakan-rakan boleh mengikuti keputusan perlawanan ini melalui livescore.Separuh masa pertama telah tamat.

Kelantan berjaya mengalahkan Arema Fc 3-1,dua gol hasil jaringan Ghaddar dan satu gol lagi dijaringkan oleh Zamri Ramli.