6 Okt 2009

Misi mesti menang, rekod tanpa kalah jadi taruhan


Barisan Kelantan ketika bertemu ATM sabtu lepas
(gambar ihsan KelantanRedWarriors)


KELANTAN VS P.PINANG
Tarikh : 06-10-09.
Masa : 8.45 mlm.
Vanue : Stadium Sultan Muhammad IV, KB.


Pertembungan dramatik dua pasukan teratas yang bertarung dalam kumpulan E Piala Malaysia pasti menarik kerana masing-masing mempunyai matlamat tersendiri.

Kelantan semestinya ingin mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 3 perlawanan sebelum ini dan ingin memastikan tiket ke suku akhir dalam gengaman.Memenangi perlawanan ini membolehkan Kelantan melangkah ke suku akhir dan misi menjadi juara kumpulan E menjadi kenyataan.

Bagi Pulau Pinang misi membalas dendam mungkin menjadi kenyataan,itupun jika berjaya mengalahkan 11 orang pemain serta 25000 peminat setia Red Warriors.

Hanya kemenangan yang mampu manjamin tempat mereka untuk mengecapi nikmat kesuku akhir kerana Kedah sudah pasti akan berhempas pulas untuk melayakkan diri ke suku akhir.
Tanpa Kedah rasanya janggal untuk melalui sisa-sisa kempen Piala Malaysia ini.Malang sekali kepada Kedah kerana masalah dalaman menjadi punca kemerosotan pasukan tersebut walaupun pasukan Kedah adalah pasukan hebat satu ketika dahulu.

Kelantan seharusnya memanfaatkan kelebihan beraksi digelanggang sendiri dan pemain-pemain diingatkan supaya tidak terlalu yakin.Ketiadaan Khalid Jamlus yang mengutip dua kad kuning sudah pasti menjadi keriasauan jurulatih Kelantan B.Sathianthan kerana Kelantan sekarang kekurangan tonggak serangan walaupun kadang-kala Khalid tidak menunjukkan prestasi terbaik tetapi khidmatnya masih ditagih.

Pemain-pemain seperti Thinagaran dan Rafiudin perlu dikawal oleh pertahanan Kelantan bagi memastikan hajat Pulau Pinang untuk membawa 3 mata penuh dari Kota Bharu dapat di padamkan.Tugas ini sudah pasti akan di galas oleh pertahanan kental Nazrul ezwan yang dipinjam dari Felda United.

Barisan kemungkinan: Halim Napi, Farisham, Zamri Ramli, Zairul Fitri, Nazrul Ezwan, Azlan Zainal, Daudsu, Che Hishamuddin, NorFarhan, Indra Putra(C) dan Ailim Fahmi.

Tiada ulasan: