4 Okt 2009

Penyokong Terengganu naik minyak!!!Apa tindakan FAM

Perlawanan Piala Malaysia di antara Terengganu dengan N.Sembilan yang berlangsung di Kuala Terengganu semalam dicemari insiden membaling botol serta maki hamun dari penyokong-penyokong Terengganu.

Kebiasaanya insiden tersebut lebih 'sinonim' dengan Kelantan yang telah di kenakan tindakan oleh FAM tanpa belas kasihan.

Apa yang menariknya pasukan Negeri Sembilan jugalah pencetus kearah insiden membaling botol dan rusuhan dikalangan penyokong-penyokong Kelantan dalam kempen liga super yang lepas.

Provokasi dari pemain N.Sembilan serta ketidak adilan pengadil membuatkan penyokong-penyokong Terengganu memberontak dan terus menunggu didalam stadium selepas perlawanan dan insiden tersebut sememangnya perlu dipandang serius oleh FAM.
 
FAM diingatkan jangan hanya berpeluk tubuh dan perlu mengambil tindakan ke atas penyokong-penyokong Terengganu serta perlu memastikan pengadil yang dilantik adalah layak untuk mengadili perlawanan-perlawanan seperti Piala Malaysia.Jika pengadil diambil hanya tangkap muat maka inilah natijahnya.

Kita faham mengapa penyokong-penyokong Terrengganu bersikap demikian kerana perasaan marah yang membuak-buak samalah dengan penyokong Kelantan yang bertindak nekad membakar kenderaan Polis.

Dato Che Mat Jusoh perlu profesional dalam menjalankan tugas yang diamanahkan dan tindakan seharusnya diambil ke atas Persatuan Bolasepak Terengganu kerana tidak mampu mengawal penyokong-penyokong mereka.Jka Kelantan menerima nasib yang difikirkan setimpal Terengganu juga 'berhak' menerima hukuman setimpal juga.

Dato Che Mat juga pernah mengeluarkan kenyataan suatu masa dahulu ketika bumbung Stadium Tuanku Mizan runtuh bahawa Terengganu tetap akan bermain di stadium Nasiruddin dan tidak akan bermain di Stadium lain walaupun mengetahui keadaan padang stadium serta pagar  yang rosak teruk gara-gara kejohanan kuda lasak.Ini menampakkan beliau kurang profesional dalam membuat keputusan dan ada semangat kenegerian yang cukup kuat.

Contohilah pengurusan Persatuan Bolasepak Kelantan yang tidak lagi membenarkan botol-botol minuman atau benda-benda yang difikirkan merbahaya kedalam stadium.Ini dapat mengatasi masalah balingan objek keatas padang dan seterusnya menggangu rentak permainan.


Insiden semalam sememangnya memerlukan tindakan serius kerana boleh menjejaskan reputasi FAM sebagai badan induk bolasepak negara yang perlu bertindak seadil-adilnya dan tidak pilih kasih dalam menentukan pasukan mana yang 'layak' dikenakan hukuman.

3 ulasan:

sebetulnya berkata...

salam..kawe dari blog kelantanFc nop mintok kerjasama dan berkenalan lebih rapat.rano kalu demo ambik link blog kawe letak blog demo,pahtu kawe ambik link demo letak di blog kawe..ni YM kawe..wanstshirt@yahoo.com.my

salam..

kuyan79 berkata...

beres..xdop masoaloh...

pOr berkata...

biasa la, ore kuat FAM pn ado dale tu.. Che Mat , xkn nk amik tindakan terhadap negeri sendiri..