Memaparkan catatan dengan label harga tiket piala fa 2012. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label harga tiket piala fa 2012. Papar semua catatan

13 Mei 2012

Info tiket Final Piala FA 2012

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Annuar Musa melalui facebooknya,Tiket akan mula dijual pada hari isnin ini bermula jam 2 petang di Stadium Sultan Muhammad ke-IV.

Tiket-tiket perlawanan akhir ini hanya akan dijual pada 14 dan 15 sahaja di Kota Bharu dan jika hanya ada tambahan tiket ianya akan dilanjutkan kepada 16 haribulan.

Penyokong-penyokong boleh membeli seberapa banyak tiket yang dikehendaki tetapi jika melibatkan jumlah yang besar atau 'group' bolehlah membuat tempahan dengan KAFA.

10 Mei 2012

Info Piala FA 2012

Update :
  1. Stadium Bukit Jalil gelanggang utama perlawanan
  2. Agihan sama rata 30 ribu tiket untuk penyokong Kelantan dan 30 ribu juga untuk penyokong Sime Darby.
  3. Harga tiket RM 40 dewasa dan RM 5 untuk kanak-kanak bagi semua tempat duduk.
  4. Piala FA baru bernilai RM 80 ribu bakal direbut finalis Piala FA 2012
  5. Pintu masuk penyokong Kelantan adalah melalui Majlis Sukan Negara(MSN)
  6. Penyokong akan dibenarkan memasuki Stadium bermula jam 4 petang.
  7. Penyokong Kelantan baju Merah-Putih
  8. Kelantan pasukan pelawat. 
  9. Pembakaran 'Flare' adalah dilarang sama sekali
  10. Pemasangan poster pada sebelah pagi


2 Mei 2012

Adakah harga tiket Final Piala FA akan naik?

Banyak persolan dari penyokong-penyokong bolasepak Kelantan tentang harga tiket untuk perlawanan akhir Piala FA yang bakal menemukan pasukan liga perdana FAM iaitu Sime Darby dan pasukan dari liga super FAM Kelantan.

Untuk rekod pada 29 disember tahun lepas FAM mengumumkan harga tiket untuk perlawanan akhir Piala FA 2012 adalah RM 40.Kedengaran pula desas-desus FAM akan menaikkan harga tiket perlawanan akhir nanti.

Andai ini berlaku FAM dilihat tidak profesional dalam menjalankan tugas selaku badan yang menguruskan bolasepak Malaysia.