3 Okt 2012

Kelantan mara ke Separuh Akhir Piala Malaysia : Strategi Bojan hampir memakan diri!!!

Keputusan penuh : 

Kelantan 2 - 2 Felda United
Kelantan layak agregat 4-3
 
Kelantan terpaksa berhempas pulas untuk mara ke separuh akhir Piala Malaysia musim ini apabila dikejutkan dengan dua jaringan Felda United.Percaturan Bojan Hodak yang masih lagi menggunakan khidmat penyerang tinggi lampai,Afiq Azmi walaupun mempunyai ramai pemain berpengalaman seperti Indra dan Norshahrul hampir mengundang memakan diri.

Afiq yang digandingkan dengan Mohamed Ghaddar tidak dapat memecah benteng pertahanan yang diteraju import Felda,Viator yang bertindak cemerlang malam ini.Bukan hendak menafikan sumbangan Afiq sebelum ini tetapi disaat perlawanan genting seperti ini Bojan sepatutnya menurunkan pemain berpengalaman seperti Indra dan Norsharul.


Mujurlah Norfarhan berjaya memadam defisit gol Felda hasil sepakan sudut dari Indra Putra yang ditumbuk keluar oleh penjaga gol Felda,Hamsani yang disambar Norfarhan dengan merembat kencang dan seterusnya menghasilkan gol pertama Kelantan walaupun sempat dikuis keluar pertahanan namun pengadil mengesahkan ianya telah melepasi garisan gol.

Kemasukan Indra dan Norshahrul pada separuh masa kedua merancakkan sedikit tempo permainan pasukan Kelantan sehingga memaksa pertahanan Felda bekerja keras.Ketiadaan S.Subramaniam yang cedera sedikit melemahkan benteng pertahanan Kelantan kerana Rizal Fahmi yang sudah lama berehat dilihat kurang serasi berganding dengan pemain pertahanan lain.

Ghaddar muncul wira Kelantan apabila gol beliau pada minit ke 92 perlawanan mengubah nasib Kelantan.Ghaddar yang menerima hantaran dari Nurul Azwan berjaya memperdayakan pertahanan Felda dan seterusnya melepaskan rembatan padu dari sudut yang sukar menewaskan Hamsani untuk kali kedua.Gol tersebut membawa Kelantan ke separuh akhir dan bakal bertemu juara 32 kali Piala Malaysia,Selangor.

Untuk rekod,dalam perlawanan sebelum ini Ghaddar telah dua kali 'menyelamatkan' rekod tanpa kalah Kelantan digelanggang sendiri ketika bertemu Arbil SC di suku akhir Piala AFC dan malam ini di suku akhir ketika bertemu Felda United.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya komen komen kita tak didengari oleh pengurusan. Masih tak faham kenapa letakkan Afiq dlm 1st eleven. Game penting bukan setakat perlukan skil tetapi pengalaman perlu d ambil kira. Kalau game semlm diambilkira rasanya teruk bila jumpa Selangor sabtu ni.

Tanpa Nama berkata...

Afiq hanya sesuai main top striker. Tunggu hantaran lintang dan guna kelebihan ketinggian untuk merebut bola serta membuat percubaan.


zaza berkata...

Afiq lembik dan lembab!!! Bila bola nek sgkut kat dia sokmo....lepa2 ghebah beleping!!!! Blm layak lg first eleven TRW.... kna training lebih banyak lg bg tough fizikal n mental!!!!

Tanpa Nama berkata...

budak trojen ni sebenar nya tak boleh olek bola arap ko bola tinggi jah .royat ko nuar tak ayah ambil budak ni sbb tak pandai lagi berat jubur....