4 Okt 2012

Isu bonus bukan punca TRW longlai - TSAM

Tan Sri Annuar Musa menegaskan isu bonus bukanlah penyebab kemerosotan prestasi pemain-pemain The Red Warriors dalam saingan Piala Malaysia musim ini.TSAM yang ditemuramah media berkata isu ini tidak perlu dipanjangkan dan diperbesarkan.

Pemain-pemain juga bakal mendapat RM75000 setelah berjaya mara ke separuh akhir Piala Malaysia dan bakal menerima RM125000 lagi seandainya berjaya menewaskan seteru utama Selangor dan seterusnya menempah slot ke Final Piala Malaysia.Bonus tambahan juga bakal diberikan sekiranya Kelantan berjaya menjuarai Piala Malaysia musim ini.


Apa yang dapat dirumuskan dari senario ini adalah pemberian bonus telah dianggap sebagai 'wajib' dari pihak pengurusan oleh pemain sedangkan bonus hanya diberikan atas pertimbangan pengurusan tertinggi KAFA.

Rutin pemberian bonus ini sebenarnya sedikit sebanyak telah membuatkan pemain akan 'merajuk' sekiranya tidak diberikan bonus atau penghargaan atas kejayaan yang mereka perolehi walaupun mereka telah menerima jumlah gaji yang tinggi.

Info : 

Bonus mara ke Separuh Akhir : RM75000
Bonus layak ke Final : RM125000
Jumlah : RM200000
Bonus Juara Piala Malaysia : RM ??????

*Lumayan...lumayan...


Tiada ulasan: