Annuar Musa (kiri) bersama jurulatih baru Kelantan, Peter James Butler di Kota Bharu, semalam. 
KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) semalam mengumumkan  Peter James Butler dilantik sebagai ketua jurulatih baharu The Red Warriors bagi musim 2012 berikutan pengunduran Datuk M. Karathu.
Kembalinya jurulatih berusia 45, kelahiran Halifax, England itu  sekali gus menamatkan spekulasi siapakah calon yang layak menggantikan  Karathu.Kepulangan Butler ke bumi Cik Siti Wan Kembang diibaratkan seperti  "Sirih pulang ke gagang" kerana beliau pernah melatih Kelantan pada  tahun 2009 serta pernah membawa pasukan tersebut ke perlawanan akhir  Piala FA buat kali pertama sejak diperkenalkan pada 1990.
Pengumuman pelantikan Butler dibuat oleh Presiden KAFA, Tan Sri  Annuar Musa dalam satu majlis memperkenalkan barisan kejurulatihan  Kelantan untuk musim 2012 yang menyaksikan Butler bakal bergandingan  dengan bekas pemain Kelantan era 90-an iaitu Zahasmi Ismail dan Sidek  Shamsuddin sebagai pembantu jurulatih.
Annuar berkata, kembalinya Bulter ke Kelantan bakal memberikan  variasi baharu buat pasukan dalam menghadapi musim yang lebih mencabar.
"Kita tidak mahu membuang masa dalam misi kita untuk musim hadapan.  Persiapan awal perlu dilakukan secepat mungkin memandangkan cabarannya  cukup getir untuk dilalui oleh Red Warriors. Keputusan ini dibuat  selepas berbincang dengan ahli majlis KAFA serta bekas jurulatih  sebelum ini iaitu B. Sathianathan dan Karathu.
"KAFA banyak menerima cadangan calon yang dilihat mampu untuk mengisi  kekosongan yang ditinggalkan oleh Karathu. Tapi kita telah mengambil  kira pengalaman yang ada pada Butler dalam mengharungi Liga Malaysia,"  katanya di sini, semalam.
Dalam pada itu, Annuar memberitahu Kelantan akan mula menjalani  latihan pusat di bawah bimbingan ketua jurulatih baharu bermula 1  November ini, selain menguji seorang pemain import dari Belanda iaitu  Jean Black.
Sementara itu, Butler ketika ditemui berkata, kembali melatih  Kelantan merupakan sesuatu yang cukup menggembirakan dirinya selepas  hampir dua tahun meninggal pasukan tersebut.
2 ulasan:
Your first assignment Mr Butler, please choose the best imported players.We don't want to waste our money to buy underperforming players who look good in test matches but play badly throughout the next season.
Welcome back Mr Butler!
It's really a cool and useful piece of info. I am happy that you shared this helpful information with us. Please keep us informed like this. Thanks for sharing.
Here is my blog post :: natural cellulite treatment
Catat Ulasan