SPEKULASI penghijrahan beberapa tonggak utama Kelantan - Khairul  Fahmi Che Mat, S. Chanturu, Mohd. Rizal Fahmi Rosid serta kapten, Mohd.  Badri Radzhi akhirnya reda.
Semalam, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengesahkan  keempat-empat pemain terbabit akan terus menyarung jersi Kelantan musim  depan.
KAFA turut mengesahkan beberapa lagi pemain - Mohd. Shahrizan Ismail,  S. Subramaniam, Mohd. Farisham Ismail, Mohd. Nizab Ayub, Mohd. Shakir  Shaari, Mohamad Ab. Aziz Ismail, Mohd. Daudsu Jamaluddin, Muhammad  Ramzul Zahini Adenan, Zairul Fitree Ishak, Nurul Azuan Roya serta  peledak berbisa, Norshahrul Idlan Talaha akan kekal bersama juara Liga  Super itu.
Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, pengumuman tersebut  terpaksa dibuat lebih awal untuk mengelakkan sebarang spekulasi yang  boleh menjejaskan persiapan pasukan untuk menghadapi cabaran yang lebih  besar musim hadapan.
Menurutnya, keputusan untuk mengekalkan 15 pemain tersebut dibuat  berdasarkan aksi dan persembahan yang dipamerkan mereka sepanjang  beraksi dengan Kelantan musim ini.
"Keputusan ini diambil untuk mengelakkan pasukan yang ingin memancing  pemain Kelantan mengetahui mereka masih mempunyai baki kontrak bersama The Red Warriors. Untuk makluman kesemua pemain itu sudah menandatangani kontrak bersama The Red Warriors.
"Baki sepuluh pemain lagi diisi oleh lima pemain tempatan (dari luar  Kelantan) serta tiga tenaga import dan dua pemain skuad Piala Presiden  Kelantan yang didaftarkan untuk beraksi bersama pasukan Liga Super iaitu  Zamri Ramli dan Nik Mohd. Shahrul Azim Nik Ab. Halim," jelas Annuar.
Annuar berkata, pihaknya juga masih mengadakan rundingan dengan lima  pemain tempatan dari luar Kelantan sedang berjalan dan empat daripadanya  sudah bersetuju untuk bersama The Red Warriors.
"Buat masa ini, KAFA belum berhasrat untuk mengumkan siapakah pemain tersebut," katanya.
Dalam pada itu, Annuar memberitahu, KAFA telah bersetuju untuk  melepaskan sepuluh pemainnya untuk beraksi bersama pasukan baharu bagi  saingan musim hadapan.
Antara pemain yang dilepaskan ialah Norhadi Ubaidillah, Wan Rohaimi  Wan Ismail, Wan Zaman Wan Mustapha, Khairan Eruan Razali, Khairan Eroza  Razali, Khalid Jamlus, Solehin Kanasian Abdullah, Daniel Fadzly Abdullah  dan Zul Yusri Che Harun, manakala penjaga gol veteran, Mohd. Halim Napi  mengambil keputusan untuk bersara daripada arena bola sepak.
"Keputusan untuk melepaskan pemain itu dibuat lebih awal bagi  membolehkan mereka mencari pasukan baharu untuk beraksi musim hadapan  dan untuk itu, KAFA bersedia membantu pemain terbabit," ujarnya.
Mengulas mengenai pemain import, Annuar berkata, beliau memberikan  tempoh sehingga akhir bulan ini buat ketua jurulatih, Peter James Butler  untuk memilih pemain.
"Saya memberikan kebebasan sepenuhnya kepada beliau (Butler) untuk  membuat pemilihan dan kita berharap senarai pemain import dan  keseluruhan pasukan dapat dilengkapkan sebelum sambutan Hari Raya  Aidiladha.
"Sebaik sahaja kesemuanya selesai, kita akan memulakan sesi latihan  sebagai persediaan awal sebelum bermulanya saingan liga musim hadapan,"  katanya.
credit : -
Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my
credit : -
Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my
1 ulasan:
A fake watch is never an exact replacement of a designer or branded watch.
Even the most discerning eye would often
be unable to tell the difference. Keeping up with the demands of the individuals and the pace of the
rapidly developing industry, the watch manufacturing brands like the Obaku are coming up with brilliant
options that combine simplicity, shape and texture.
Here is my web blog http://fundupra.com/
Catat Ulasan