7 Okt 2009

Keperihatinan KAFA dihargai Peminat

Semalam pihak pengurusan KAFA mengumumkan bermula 10 oktober 2009 iaitu minggu depan pihaknya tidak lagi akan menjual tiket-tiket astaka yang berharga RM20 di kaunter tiket tetapi akan menjualnya sendiri.

Bagi mereka yang ingin membeli tiket-tiket astaka ini boleh terus berhubung dengan KAFA. Pengumuman ini ternyata disambut gembira oleh peminat setia Red Warriors yang mahukan keselesaan ketika menonton aksi pasukan kesayangan mereka di stadium keramat, Stadium Sultan Muhammad ke-IV.

Apa yang perlu dilakukan KAFA adalah mereka perlu memastikan bahawa tiada lagi ketirisan tiket-tiket perlawanan itu kepada ulat-ulat tiket yang telah mendapat laba yang tinggi dalam dua perlawanan Piala Malaysia yang melibatkan Kelantan sebagai tuan rumah.

KAFA perlu mengetatkan syarat agar tiket-tiket yang dijual tidak diniagakan semula dipasaran gelap oleh ulat tiket antaranya KAFA perlu menghadkan jumlah tiket yang boleh dibeli oleh individu serta memastikan orang yang benar-benar jujur dipertanggungjawab untuk mengendalikan penjualan tiket ini.

Sejak akhir-akhir ini KAFA telah mengambil pelbagai pendekatan dan perubahan bagi keselesaan peminat termasuk baru-baru ini telah membuat sistem tempat duduk bernombor bagi memastikan hanya yang mempunyai tiket yang sah sahaja boleh duduk dikerusi yang disediakan.

Apa yang diharapkan pada masa akan datang KAFA dapat bekerjasama dengan pihak stadium agar membaik pulih kemudahan asas yang telah disediakan kerana kurang memuaskan terutamanya tandas yang tidak selesa yang tidak boleh diberi taraf satu bintang pun.Baunya sahaja sudah meloyakan sesiapa sahaja yang melalui tandas tersebut.

Pihak kelatefc ada mengambil gambar individu-individu@ulat-ulat yang sedang sibuk mencari pelanggan di depan Stadium Sultan Muhammad IV pada malam perlawanan melibatkan Kelantan menentang P.Pinang yang lepas. Wajah-wajah mereka cukup familiar di kalangan peminat bolasepak Kelantan dan sekiranya didapati perkara sebegini berlaku lagi di masa akan datang, pihak kelatefc tidak teragak-agak untuk menyiarkan gambar ulat-ulat ini untuk tatapan umum.

Dengan keputusan ini maka tersengih-sengihlah ulat tiket kerana tidak lagi dapat mengaut keuntungan dari penjualan tiket di pasaran gelap.

Segala yang elok datang dari perkara yang halal..........

Syabas KAFA kerana mengambil tindakan drastik ini!!!

info:
Wisma KAFA,Kg Chicha
Kubang Kerian,
Kota Bharu
Kelantan.
Telefon:09-7666360/6363

Tiada ulasan: