KEPUTUSAN PENUH :
KELANTAN 5
Che Hishamudin (mnt-38)
Norfarhan (mnt-55)
IndraPutra(mnt-58, 71, 81)
ATM 0
KELANTAN 5
Che Hishamudin (mnt-38)
Norfarhan (mnt-55)
IndraPutra(mnt-58, 71, 81)
ATM 0
KOTA BHARU- Kelantan melengkapkan kempen Piala Malaysia dengan kemenangan bergaya mengatasi ATM 5-0 di depan hampir 15,000 penyokong setia 'TheRedWarriors' setelah memberi ihsan kepada pasukan Kedah sabtu lepas. Peluang tersebut ternyata gagal dimanfaatkan oleh Kedah kerana tersinggir pada pusingan pertama walaupun menang besar ke atas pasukan Pulau Mutiara dengan jaringan 4-0.
Kelantan menurunkan kesebelasan utama bermula garang seawal minit pertama apabila melakukan percubaan awal melalui Indra Putra tetapi sepakannya tersasar ke kanan gol ATM.
Perlawanan semalam sepatutnya menjadi milik Khalid Jamlus yang mempunyai deretan peluang namun gagal dimanfaat. 2 gol yang dijaringkan beliau tidak diiktiraf oleh pengadil perlawanan kerana offsaid.
Kelantan memecahkan kebuntuan gol apabila Che Hishamudin bijak mengambil kesempatan setelah berlaku kelam kabut di depan pintu gol ATM dengan merembat masuk pada minit ke-38 separuh masa pertama.
Bersambung separuh masa kedua, Kelantan seolah-olah terikut-ikut dengan corak permainan sambil lewa ATM yang menyaksikan perlawanan membosankan dengan hantaran kurang kemas dari pemain-pemain Kelantan terutama Azlan Zainal dan Duadsu yang mana kedua-dua pemain tersebut diletakkan di posisi tengah namun gagal dalam tugasan masing-masing.
Kelantan melakukan tiga pertukaran dengan mengeluarkan Azlan Zainal,Che Hishamuddin dan Daudsu dengan memasukkan Khairan Eroza, NorHisyam serta Nizab Ayub. Ekoran dari perturan pemain tersebut, permainan kembali rancak dan berjaya mengucar kacirkan pertahanan ATM.
Kelantan tidak menunggu lama apabila meledak gol ketiga pada minit ke-58 menerusi pemain kreatif Indra Putra yang bijak melakukan sepakan kekanan pintu gol yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol ATM.
Selepas itu, Kelantan lebih bersemangat untuk memburu gol walaupun peluang yang terhidang gagal dimanfaatkan dikala pintu gol ATM terbuka luas.
Indra sekali lagi menjadi pencetak gol untuk Kelantan apabila menjaringkan gol keempat pada minit ke-71 dan melengkapkan hatrik pada minit ke-81 menerusi rembatan deras menewaskan penjaga gol ATM setelah mendapat hantaran dari Nizab Ayub untuk gol kelima bagi pasukan The Red Warriors.
Khalid Jamlus mempunyai peluang keemasan sekali lagi pada minit-minit akhir perlawanan tetapi gagal disudahi walaupun penjaga gol ATM sudah tertewas.
Dengan kemenangan ini kelantan mengumpul 15 mata menjuarai kumpulan E dan akan berkunjung ke Lembah Klang untuk menentang KL Plus yang menjuarai kumpulan A pada perlawanan suku akhir pertama pada 20 oktober nanti.
Kesebelasan Utama: Halim Napi, Nazrul Ezwan, Hanif, Zairul Fitri, Daudsu(NorHisyam), Rizal Fahmi, Azlan Zainal(Khairan), Norfarhan, Che Hishamuddin(Nizab Ayub), IndraPutra Mahyuddin(K), Khalid Jamlus.
Kad Kuning: Nazrul Ezwan dan Nor Farhan
Kad Kuning: Nazrul Ezwan dan Nor Farhan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan