Kelantan 1 - 1 Pelita Jaya
Kelantan hanya sekadar seri 1-1 dengan kelab Pelita Jaya dari Indonesia.Gol tunggal Kelantan dijaringkan oleh Izuan Solahuddin pada babak kedua perlawanan mankala Pelita Jaya memperolehi gol pada minit ke-91 perlawanan dengan perlawanan hanya berbaki dua minit lagi.
Kelantan hanya menurunkan pemain-pemain simpanan pada perlawanan ini sambil dibantu oleh pemain utama seperti Ketua Pasukan,Piya,Nurul Azwan Roya,S,Subramaniam dan Daudsu.Ketiadaan lima tonggak utama Kelantan iaitu Norsahrul,Farisham,Khairul Fahmi,Shakir dan S.Chanturu amat dirasakan.
![]() |
Pada perlawanan tersebut empat piala yang dimenangi iaitu Piala Emas Raja-Raja,Piala Sumbangsih,Piala Malaysia dan Piala Liga Super yang baru dimenangi dipamerkan.Piala-piala tersebut dibawa dengan menaiki tiga pacuan empat roda yang mengelilingi Stadium bagi dipertontonkan kepada peminat-peminat.
Di Akhir perlawanan pemain-pemain Kelantan dan Pelita Jaya bertukar-tukar jersi.Apa yang menariknya pemain-pemain Pelita Jaya begitu teruja untuk mendapatkan jersi-jersi pemain Kelantan dan terus memakainya tanda persahabatan serta keharmonian senusantara.
p/s : Gambar tak ambik sebab tertinggal kamera...FrusTTTT!!!
Ambo bangga!!!!
BalasPadamSemoga terus maju ke arena antarabangsa.