30 Mac 2014

Liga Super 2014 : Keputusan Terengganu vs Kelantan

Keputusan penuh :

Terengganu 1-1 Kelantan

Gol Kelantan dijaringkan oleh Shawky pada minit ke 16 dan gol Terengganu dijaringkan oleh Zairo Anuar melalui sepakan percuma pada minit ke 36 perlawanan.

25 Mac 2014

Info Liga Super 2014 :Keputusan Kelantan vs Johor Darul Takzim

Keputusan penuh :

Kelantan 1-2 Johor DT

Keputusan yang sukar diterima penyokong gara-gara kealpaan pertahanan diakhir-akhir perlawanan.

Pihak pengurusan sudah boleh menilai kembali prestasi ketua jurulatih,Steve Darby yang gagal merencanakan percaturan menarik untuk Kelantan.

Kelemahan ketara dalam pemilihan pemain serta kurang peka pada pemain yang berada dalam kesebelasan utama menyaksikan Kelantan tewas malam ini.

Pihak pengurusan sudah boleh membuat kiraan untuk menukar jurulatih andai mahu Kelantan kembali digeruni semula.

Kelemahan ketara steve darby adalah bagaimana boleh mengekalkan pertahanan kiri iaitu Nazri yang dilihat agak keletihan.

Padahnya pasukan dihukum dengan jaringan Fazly hasil hantaran lintang Figuera yang menyaksikan Kelantan tewas kepad JDT dihalaman sendiri.

18 Mac 2014

Keputusan Piala AFC 2014 : Kelantan vs Vissai Ninh

Keputusan penuh :

Kelantan 2-3 Vissai Ninh

Kelantan terpaksa bermain 9 orang setelah dua penyerang muda Shakir Ali dan Khairul Izuan dilayangkan kad merah setelah menendang pemain Vissai.

Dua gol yang dijaringkan pada separuh masa pertama oleh Izuan sendiri serta pertahanan,Nazri ternyata tidak bermakna gara-gara tindakan kurang cerdik lagi tidak profesional dari dua pemain muda ini.

KAFA perlu mengenakan tindakan kepada pemain ini terutamanya Shakir yang kerap menerima kad merah kebelakangan ini termasuk perlawanan dengan LIONS XII tempohari.

15 Mac 2014

Info Liga Super 2014 : Keputusan Kelantan menentang Pahang

Keputusan Penuh:

Kelantan 2-2 Pahang

Gol-gol Kelantan dijaringkan oleh kapten pasukan Badri melalui sepakan percuma pada minit pertama perlawanan.

Gol kedua dijaringkan oleh pemain gantian Khairul Izuan diseparuh masa kedua.

12 Mac 2014

Keputusan Piala AFC 2014 : Kelantan vs South China

Keputusan Penuh :

Kelantan 2-0 South China

Gol-gol Kelantan dijaringkan di separuh masa kedua oleh Wan Zaharulnizam dan Mohamed Ghaddar.

Info Piala AFC 2014 : Siaran Langsung Kelantan vs South China


Kelantan  vs Sun Pegasus South China
Rabu,12 March 2014
8.45 malam
Sultan Mohammad IV Stadium, Kota Bharu
Referee: Dmitriy Mashentsev (Kyrgyzstan)

Live : TV9 dekat dihati

8 Mac 2014

Liga Super 2014 : Kelantan tewaskan LIONS XII

Keputusan penuh :

Lions xii 1-2 Kelantan

Gol-gol Kelantan dijaringkan oleh Fakri dan Forkie Doe

6 Mac 2014

Info Siaran Langsung Liga Super 2014 : LIONS XII vs Kelantan


Info Kelayakan Piala Asia 2015: Yemen vs Malaysia

Keputusan penuh :

Yemen 1-2 Malaysia

Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh Amri Yahyah dan Fakri.Khairul Fahmi menjadi wira apabila menyelamatkan sepakan penalti diawal-awal permainan.

Kemenangan ini bagaimanapun sudah terlambat kerana Malaysia tidak layak kepusingamw akhir Piala Asia yang bakal berlangsung di Australia nanti.

Walaubagaimanapun tahniah buat Ong Kim Swee kerana berjaya menghadiahkan kemenangan kepada penyokong dengan barisan pemain mantap yang diturunkan serta taktikal menarik.

5 Mac 2014

Info Siaran Langsung Kelayakan Piala Asia 2015 Yemen vs Malaysia

Malam ini pihak Astro dijangka akan menyiarkan secara langsung perlawanan Malaysia yang akan berdepan Yemen bagi kelayakan Piala AFC 2015.Ujian pertama buat pengendali sementara Ong Kim Swee yang mengalas tugas daripada jurulatih sebelum ini K.Rajagopal.

Yemen vs Malaysia
5 march 2015
9.30 malam
Stadium Ahnoun bin Mohammed  Al Ain (United Arab Emirates)

Live Astro Arena 801