24 Feb 2014

Info Siaran Langsung AFC 2014 : Pasukan Kelantan dan Selangor

Sumber : facebook

Jadual Piala AFC 2014 : Kumpulan G

26 February 2014,Rabu
18:30(16:00 UTC+6:30)

Yangon United    v    Kelantan
Thuwunna Stadium, Yangon

South China     v    Vissai Ninh Bình 
Hong Kong Stadium, Hong Kong
----------------------------------------------------------------------
12 March 2014,Rabu

Vissai Ninh Bình   v     Yangon United
Ninh Bình Stadium, Ninh Bình

20:45
Kelantan      v     South China
Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu

-----------------------------------------------------------------------
18 March 2014,Selasa

Yangon United     v     South China
Thuwunna Stadium, Yangon

20:45
Kelantan   v     Vissai Ninh Bình

Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu
-----------------------------------------------------------------------

TRW dapat tajaan RM1j iklankan Visit Malaysia

Mohamed Nazri Abdul Aziz (dua, kanan) melihat dengan lebih dekat Jersi Baharu pasukan Kelantan semasa melancarkan jersi baharu yang akan digunakan pasukan itu sepanjang kempen Piala AFC 2014 di Busana Menara Mara, Kuala Lumpur, hari ini.- Foto Bernama

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menaja pasukan bola sepak Kelantan 'The Red Warriors' (TRW) sebanyak RM1 juta bagi mengiklankan 'Visit Malaysia' pada jersi pemain bola sepak.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata arena sukan bola sepak negara diyakini sebagai medium berpotensi memajukan sektor pelancongan negara sekali gus menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014), yang mendorong kepada penajaan The Red Warriors.

Beliau berkata TRW dipilih kerana mempamerkan kecemerlangan dan kehebatan tersendiri dalam setiap perlawanan yang menjadikan pasukan itu terus kukuh dan bertahan dalam arena bola sepak negara.

"Kehadiran mereka (pemain) di negara luar untuk setiap perlawanan secara tidak langsung dapat mempromosikan TMM 2014 apabila ada 'Visit Malaysia' di jersi yang mereka pakai ini dan masuk dalam TV (televisyen).

19 Feb 2014

Info Piala FA 2014 : Jadual perlawanan Separuh Akhir 1 dan 2

update

Separuh Akhir Pertama (5 Mei, Isnin)
Johor Darul Takzim vs Pahang
Separuh Akhir Pertama (6 Mei, Selasa)
Kelantan vs KL Felda United FC

Separuh Akhir Kedua (20 Mei, Selasa)
Pahang vs Johor Darul Takzim
Separuh Akhir Kedua (21 Mei, Rabu)
KL Felda United FC vs Kelantan

**Live Astro Arena 801
***Tertakluk kepada sebarang perubahan dari FAM

Info Piala Fa 2014: Kelantan ke separuh akhir

Keputusan penuh :

Kelantan 3-3 PKNS FC
(Fakri,Shakir dan M.Ghaddar)
kedah 0-2 JDT 1
Pahang 2-1 PDRM
Sarawak 2-2 Felda Utd

Kelantan bakal berhadapan dengan Felda United pada peringkat separuh akhir nanti.

Pahang pula akan berdepan dengan JDT 1 apabila berjaya menewaskan PDRM 2-1

17 Feb 2014

Info Piala FA 2014 : Siaran langsung Suku akhir kedua

PKNS FC vs KELANTAN
8.45 mlm Stadium Majlis Perbandaran Selayang
Live RTM1

KEDAH vs JOHOR DARUL TAKZIM
8.45 mlm Stadium Darul Aman
Live Astro Arena 801

PAHANG vs PDRM
8.45 mlm Stadium Darul Makmur

SARAWAK vs FELDA UNITED FC
8.45 mlm Stadium Negeri Sarawak

16 Feb 2014

Info Liga Super 2014 :Keputusan perlawanan ke 5

Kelantan 3-0 T.Team
(Mohamed Shawky 32, Mohd Badhri Radzi 44, Mohamad Ghaddarm 84)

JDT 4 - 1 Selangor

Sarawak 1 - 0 Perak 

Terengganu 2 - 0 Pahang 

ATM 1 - 2 Lions XII 2


12 Feb 2014

Keputusan penuh suku akhir 1 Kelantan menentang PKNS FC

Keputusan penuh :

Kelantan 3-2 PKNS FC

Gol-gol Kelantan dijaringkan oleh Badri Radzi,Tengkujuh Hasbullah dan Shakir Ali

Keputusan lain :

Felda Utd 0-0 sarawak

JDT 1 3-1 Kedah

PDRM 1-1 Pahang

11 Feb 2014

Info Piala Fa 2014 : Suku Akhir 1


KELANTAN vs SELANGOR PKNS FC
8.45 mlm  Stadium Sultan Muhammad Ke IV

JDT I vs KEDAH
8.45 mlm Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos

PDRM vs PAHANG
8.45 mlm Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi

FELDA UNITED FC vs SARAWAK
8.45 mlm Stadium Majlis Perbandaran Selayang

Foto Pilihan 2014


Dimana Irfan agaknya...

KETIKA penolong jurulatih, Azlan Johar dan pemain tengah T-Team, Khairan Ezuan Razali melafazkan sumpah di depan al-Quran, di Kuala Terengganu, ketiadaan tonggak simpanan, Muhammad Irfan Abdul Ghani, menjadi tanda tanya.

Malam tadi, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengotakan janjinya apabila menyaksikan pemain dan pegawai T-Team bersumpah di depan al-Quran di sebuah hotel, di sini.

Bagaimanapun, Irfan yang menjadi tumpuan berikutan kenyataan mengejutnya dengan mendakwa kejadian itu tidak berlaku, gagal hadir dalam majlis berkenaan walaupun diminta berbuat sedemikian.
AZLAN dan Khairan Ezuan mengangkat sumpah di depan al-Quran dengan disaksikan Ahmad Said di Kuala Terengganu, malam tadi. FOTO Tg Syamim Tg Ismail

Majlis angkat sumpah yang didahului Azlan turut disaksikan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Rozi Mamat; Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid, pemain dan pegawai T-Team dan Terengganu.

9 Feb 2014

5 Feb 2014

Piala Fa 2014 : Kelantan mara ke suku akhir

Keputusan penuh

Kelantan 2-1 Sabah

Kelantan berjaya 'membereskan' Sabah dalam 90 minit perlawanan dengan mencatatkan kemenangan 2-1.

Gol pertama Kelantan dijaringkan oleh pemain import dari Mesir,Shawky hasil hantaran kapten Kelantan Badri Radzi.

Gol kemenangan Kelantan hadir pada minit ke 95 perlawanan setelah pengadil memberikan tambahan 5 minit masa kecederaan.

Pemain gantian,Shakir Ali menjadi wira apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan Kelantan.

Gol tersebut berpunca dari Mohammad Ghaddar yang berjaya mengelecek pertahanan Sabah dan membuat hantaran kepada Fakri yang merembat kencang namun ditepis penjaga gol tetapi tindakan pantas Shakir merembat kencang menerjah gawang.

Walaupun menang rata-rata penyokong Kelantan tidak berpuashati dengan taktikal dari Steve Darby yang dilihat kurang menjadi dan gagal menterjemahkan permainan yang menghiburkan.

Kelantan bakal berdepan lawan yang baru mengalahkan mereka di gelanggang keramat dalam saingan Liga Super iaitu PKNS yang berjaya menundukkan Terengganu 2-1.

Apapun tahniah buat THE RED WARRIORS kerana berjaya mara ke suku akhir...Teruskan perjuanganmu

via samsung