30 Okt 2013

Pengumuman cuti peristiwa sempena Final Piala Malaysia

Bismillah, mesyuarat exco negeri Kelantan sebentar tadi telah membuat keputusan untuk mengisytiharkan cuti peristiwa pada hari Isnin, 4 November 2013 sebagai memberikan kemudahan kepada rakyat Kelantan khususnya peminat-peminat bolasepak untuk pergi menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia di Shah Alam.

Ia juga sebagai memberikan kemudahan kepada penjawat-penjawat awam untuk merancang aktiviti bersama keluarga sempena cuti yang agak panjang. Kepada peminat-peminat TRW, diharapkan dapat memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan kesayangan rakyat Kelantan ini.

Jagalah adab-adab kesukanan dan jangan tinggalkan solat. Insya-Allah, Gomo Kelate Gomo.

-MB Kelantan-

Info Tiket Piala Malaysia 2013


  1. Hanya 10000 tiket dijual bermula pukul 3 petang hari ini.
  2. 71 anggota polis ditempatkan bersama pegawai SPRM
  3. 8 kaunter dibuka
  4. Harga tiket RM40 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.
  5. Hanya empat tiket untuk seorang.

27 Okt 2013

Final Piala Malaysia 2013 : Apa yang menariknya?


  1. Dua pasukan dari kumpulan sama iaitu kumpulan C layak ke Final.
  2. Kelantan turun selaku juara bertahan
  3. Pahang sudah 16 tahun tidak menjulang Piala Malaysia
  4. Kedua-dua pasukan adalah dari Pantai Timur.
  5. Mara ke Final dengan jumlah gol yang sama iaitu 4 gol
  6. Kelantan telah mengalahkan Pahang dengan jumlah gol yang besar pada aksi peringkat kumpulan iaitu 4-0.
  7. Final kali ini bakal mencatatkan jumlah kehadiran penyokong yang luar biasa terutamanaya dari penyokong Pahang.
  8. Kelantan dan Pahang sudah dua kali menjuarai Piala Malaysia(Kelantan 2010,2012...Pahang 1983 dan 1984)
  9. Gomo KELATE Gomo...
  10. Hogoh PAHANG Hogoh...
  11. This Is Pantai Timur!!!
p/s : Ada lagi???

26 Okt 2013

Kelantan jumpa Pahang di Final Piala Malaysia 2013

Pahang mengesahkan tempat ke Final Piala Malaysia 2013 apabila berjaya mengikat Sarawak 1-1 dalam perlawanan separuh akhir kedua.

Pahang layak dengan agregat 4-2 dan bakal bertemu juara bertahan Kelantan di final nanti.

Tahniah buat pasukan Pahang..Piala Malaysia terhangat bakal berlangsung nanti di Stadium Shah Alam.

25 Okt 2013

Kelantan ke Final Piala Malaysia 2013

Keputusan penuh :

Kelantan 2-2 ATM

Gol-gol dijaringkan oleh Fakri dan Badri 10 minit terakhir perlawanan.Gol ATM dijaringkan Marlon pada separuh masa pertama.

P/s: Percaturan Bojan mengena malam ini,kemasukan pemain gantian seperti Fakri dan Zairul Fitri ternyata membuahkan hasil.

23 Okt 2013

Info Piala Malaysia 2013 : Jualan tiket Separuh Masa kedua

Mesyuarat Keselamatan dan Tiket

1. Peruntukan 1500 tiket untuk ATM

2. Pintu J untuk penyokong ATM.

3. Peruntukan tiket untuk di jual di kaunter 16500 keping tiket terbuka(Rm15), 2 ribu keping untuk kanak2(rm5), 300 keping Astaka 2 (batu)Rm20.

4 .Tiket-tiket mula dijual pada pukul 9 pagi pada hari perlawanan 25 October 2013.

5.Perubahan kaunter jualan di Pintu E, F, G. (Dibawah scoreboard lama).

6.Pintu2 mula dibuka pada pukul 5petang..


Sumber : Pegawai media KAFA

18 Okt 2013

Keputusan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2013 : ATM vs Kelantan

ATM 1-2 Kelantan

Gol-gol Kelantan dijaringkan oleh Kapten pasukan,Badri pada minit ke 15 dan Norfarhan pada minit ke 79 perlawanan.

Kelantan selangkah lagi untuk ke final Piala Malaysia dan seterusnya mempertahankan kejuaraan yang dimiliki musim lalu.

Menariknya perlawanan malam ini menyaksikan gerakan-gerakan menarik dari Dickson memastikan rakan-rakan yang lain mencipta gol.Beliau juga diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan.

Jurulatih ATM,B.Sathianathan menyifatkan Dickson seorang pemain kebal yang sukar dikawal dan berbahaya dan secara berseloroh agak hairan bagaimana Dickson boleh sekebal dan sekuat itu,adakah dia memakan BESI...

B.Sathianathan juga mengangap peluang mereka di Kota Bharu nanti agak malap ekoran kecederaan pemain dengan prestasi Dickson sekarang ternyata memberi masalah pada pertahanan ATM nanti.

Kredit buat semua pemain kerana mempamer aksi cemerlang malam ini.Ternyata suntikan semangat berserta imbuhan RM150 ribu seandainya mara ke final memberikan tonik buat semua pemain.

14 Okt 2013

'Mungkin silap saya'

"IA kemahuan para pemain dan kami perlu menghormati kemahuan mereka."

Itu reaksi jurulatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B. Sathianathan ketika diminta mengulas isu pertukaran venue aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Kelantan pada 18 Oktober ini.

Kelmarin, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerima rayuan Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera (PBAT) yang pada mulanya meminta aksi tersebut diadakan di Stadium Shah Alam.

Namun, disebabkan banyak rungutan daripada barisan pemain ATM, PBAT meminta aksi itu kembali diadakan di gelanggang asal mereka - Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Sathianathan mengakui kesilapannya sebelum ini yang terburu-buru mahu mengadakan perlawanan itu di stadium lebih besar dan selesa serta memiliki aspek kawalan keselamatan lebih bagus.

13 Okt 2013

ATM dah kecut perut

Perubahan venue perlawanan sekali lagi terpaksa dilakukan oleh FAM melibatkan perlawanan pertama separuh akhir ATM bertemu Kelantan pada 18 oktober ini.

Sebelum ini FAM telah mengumumkan venue perlawanan ditukar ke stadium Shah Alam atas persetujuan bersama tetapi setelah mendapat desakan dari pemain-pemain ATM yang mengandaikan sekiranya bermain di Shah Alam seolah-olah mereka bermain digelanggang lawan.

Pemain-pemain ATM dilihat cukup gerun dengan pemain ke-12 Kelantan iaitu Penyokong Setia TRW yang pasti akan melebihi jumlah penyokong ATM.

Kelantan 'tawan' Piala Presiden

Pemain dan pegawai pasukan Kelantan merai kejayaan muncul juara Piala Presiden di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, malam tadi.

Stadium ‘keramat’ memihak tuan rumah atasi juara bertahan 2-1

Tuah beraksi di gelanggang keramat, Stadium Sultan Muhammad IV, Kelantan jelas membawa tuah buat tuan rumah apabila dinobatkan juara Piala Presiden selepas mengalahkan juara bertahan, Perak 2-1, malam tadi.

Turun selaku juara empat kali, anak buah Sidek Shamsudin jelas dahagakan kejayaan dan kemenangan pada pertandingan edisi ke-29 itu melengkapkan dua trofi kini berada di Kota Bharu selepas skuad senior The Red Warriors menjulang Piala FA.

7 Okt 2013

6 Okt 2013

Gambar-gambar lucu separuh akhir kedua Piala Malaysia 2013 : Kelantan vs Johor Darul Takzim




p/s : gambar mana paling best?

Info Piala Malaysia 2013 : Jadual Separuh Akhir Piala Malaysia 2013

Separuh Akhir Pertama : 

18 October 2013
Sarawak FA   vs    Pahang FA
8:45 mlm
Stadium Sarawak, Kuching, Sarawak

19 October 2013
ATM FA    vs     Kelantan FA
8:45 mlm
Stadium Majlis Perbandaran Selayang ,Selangor

Separuh Akhir kedua : 

25 October 2013
Pahang FA     v     Sarawak FA
8:45 mlm
Darul Makmur Stadium, Kuantan, Pahang

26 October 2013
Kelantan FA     v     ATM FA
8:45 mlm
Sultan Muhammad IV Stadium, Kota Bharu, Kelantan

Kelantan lanyak Johor DT

KELANTAN membuktikan status mereka sebagai juara bertahan Piala Malaysia apabila bangkit dengan membelasah Johor Darul Takzim (Johor DT) 6-1 dalam aksi suku akhir kedua di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.

Sebelum perlawanan bermula, ribuan penyokong Kelantan membaca surah Al-fatihah untuk dihadiah kepada anak penjaga gawang Johor DT, Al-Hafiz Hamzah yang meninggal dunia pagi semalam.
Kelebihan dua jaringan yang dibawa oleh Johor DT seakan-akan mahu segera dipadamkan The Red Warriors menerusi

sepakan percuma Zairol Annuar Zailani seawal minit ke-2, namun tandukan Indra Putra Mahyuddin sekadar mengegar palang gol pelawat.

Berkasi di gelanggang sendiri, Kelantan terus bernafsu memburu jaringan menerusi asakan bertali arus memaksa benteng pertahanan pelawat yang di terajui oleh Mohd. Aidil Zafuan Abdul Razak bekerja keras mengekang serangan The Red Warriors.

5 Okt 2013

Info Piala Malaysia : Suku Akhir kedua Kelantan vs Johor DT

Keputusan penuh:

Kelantan 6-1 Johor Darul Takzim

Kelantan mara dengan agregat 8-5 Gol-gol Kelantan dijaringkan oleh Norfarhan(2 gol),Badri,Obinna,Dickson dan Indra Putra.

3 Okt 2013

Info Piala Presiden 2013 : Kelantan ke final

Skuad Presiden Warriors berjaya melangkah ke final apabila berjaya mengalahkan Johor Darul Takzim 1-0 dalam perlawanan separuh akhir kedua.

Dalam perlawanan pertama Kelantan berjaya mengikat JDT 1-1 digelanggang lawan.

Final bakal berlangsung pada 12 oktober ini yang akan menemukan Kelantan dan Perak.Perak mara ke final setelah mengalahkan Terengganu

Tahniah kepada semua pemain pelapis Kelantan...Harapan agar The Red Warriors mampu meranapkan juga impian Johor DT ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia sabtu ini..

1 Okt 2013

info piala malaysia 2013 : Siaran langsung suku akhir kedua

PKNS FC vs Pahang
jumaat,
4 oktober 2013,
8.45 mlm

siaran langsung astro arena 801

Kelantan vs Johor DT
sabtu,
5 oktober 2013
8.45 mlm

siaran langsung astro arena 801

Sarawak vs Sime Darby
sabtu,
5 oktober 2013
8.45 mlm

Siaran langsung RTM1