27 Jul 2013

Keputusan undian Piala Malaysia 2013

Kumpulan A 

Selangor
ATM
SIME DARBY FC
JOHOR

Kumpulan B

JOHOR DT
PKNS FC
T.TEAM
FELDA UTD FC

Kumpulan C

KELANTAN
PAHANG
TERENGGANU
N.SEMBILAN

Kumpulan D

LIONS XII
SARAWAK
PERAK
KEDAH

 *Jadual penuh perlawanan akan dikeluarkan seminggu selepas undian Piala Malaysia ini.semua perlawanan akan bermula pada 20 ogos ini

p/s : Gelora Pantai Timur bakal berlaku...

15 Jul 2013

Anugerah Liga Super 2013 oleh Goal.com

Pemain-pemain terbaik yang dipilih oleh laman web Goal.com,satu pengiktirafan bagi pemain-pemain dalam Liga negara kita.
  1. Penjaga gol terbaik - Izwan Mahmud (LIONSXII)
  2. Pertahanan terbaik - Mahalli Jasuli (SELANGOR).
  3. Pemain tengah terbaik - Badhri Radzi (KELANTAN)
  4. Penyerang terbaik - Marlon James (ATM)
  5. PEMAIN TERBAIK - Badhri Radzi (KELANTAN)
  6. Pemain Import terbaik - Marlon James (ATM)
  7. Jurulatih terbaik - V. Sundramoorthy (LIONSXII)
  8. Pemain muda terbaik - NIK Shahrul (KELANTAN)
  9. Perpindahan pemain terbaik - Fauzi Roslan (PAHANG)
  10. Perpindahan terburuk - NIKOLCHE KLECHKAROVSKI (PAHANG)
Tahniah buat pemain-pemain Kelantan terutamanya Kapten Pasukan,Badhri yang sememangnya layak diberikan pengiktirafan sebagai pemain terbaik Liga Super musim ini.

Harapnya FAM juga dapat memberikan pengiktirafan sebegini dan bukannya mencari 'alasan' untuk menjatuhkan Piya.

p/s: Untuk Piya belajar dari kesilapan dan jadilah seorang pemain yang lebih profesional lagi dimasa-masa akan datang dan jangan mengambil mudah perkara yang dianggap remeh tetapi boleh mencemarkan nama beliau selaku pemain terbaik Liga.

11 Jul 2013

Info Piala Malaysia 2013

Balang A : 

Kelantan,Lions XII,Darul Takzim,Selangor dan Johor Darul Takzim

Balang B :

 PKNS FC,Pahang, ATM dan Perak

Balang C :

Terengganu,T.Team,Sarawak dan Sime Darby

Balang D :

Johor,Kedah, Felda United dan Negeri Sembilan

  • Sepak mula pada Sabtu,17 Ogos 2013
  • Separuh Akhir pertama pada Sabtu,5 oktober manakala separuh akhir kedua pada Sabtu19 oktober
  • Perlawanan Akhir pada Sabtu,26 oktober
Tertakluk kepada sebarang perubahan dari FAM

6 Jul 2013

keputusan Liga Super 2013 : Kelantan vs Lions XII

Keputusan Penuh

Kelantan 2-0 Lions xii

Gol dijaringkan oleh kapten pasukan Badri minit ke 5 melalui sepakan penjuru.

Gol kedua jaringan Dickson pada minit 59 hasil lorongan cantik Badri melepasi pertahanan kental Lions XII,Baihaki dan rembatan deras Dickson sekali lagi menewaskan penjaga gawang Lions XII.

3 Jul 2013

Lions XII juara Liga Super 2013

Pasukan jemputan dalam saingan Liga Super Malaysia Lions xii menjuarai liga super 2013 setelah membenam pasukan tercorot liga Felda 4-0 walaupun Liga masih berbaki satu perlawanan lagi.

Jika musim lalu Kelantan menjadi penghalang kepada Lions xii untuk menjuarai liga tetapi kali ini pasukan yang mempunyai reputasi hebat gagal mengekalkan kejuaraan musim ini walaupun telah 'mencuri' pemain bintang dari Kelantan serta pasukan lain.

Tahniah buat pasukan Lions yang berjaya menjuarai Liga Super 2013.

keputusan lain :

Perak 0-1 Kelantan
N.9 0-2 Johor DT
Selangor 4-1 T.Team
Terengganu 0-0  PKNS
Pahang 2-1  ATM