31 Mei 2012

Profail Keita Mandjou dari wikipedia


Selamat datang Keitha Mandjou ke Kelantan...

Petikan dari facebook Tan Sri Annuar Musa :

Persetujuan telah dicapai dan CONFIRMED.....KEITA MANDJOU TELAH BERSETUJU MENYERTAI SKUAD AFC KELANTAN MULAI JUNE INI DAN DIJANGKA TIBA MINGGU DEPAN DI KOTA BHARU..dan akan beraksi menentang ATM 8hb nanti di SSMKIV...WELLCOME KEITA MANDJOU!!!!!

28 Mei 2012

Karnival bolasepak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam

Sempena Tahun Melawat Kelantan 2012 Majlis Perbandaran Kota Bharu-BRI akan mengadakan satu karnival bolasepak pada 2 hingga 4 jun ini.

Karnival tersebut akan diadakan di Padang Perdana Kota Bharu dan pelbagai acara menarik yang disediakan antaranya : 

  • Pertandingan bolasepak 7 sebelah bawah 12 tahun terbuka MPKB-BRI yang akan dilangsungkan pada 2 dan 3 jun bagi merebut Piala yang DiPertua MPKB-BRI.
  • Gerai-gerai jualan dan alatan sukan
  • Gerai Jualan The Red Warriors
  • Bersama The Red Warriors Fan Club.
  • Pelbagai lagi acara menarik

Keputusan perlawanan persahabatan antarabangsa 27 mei

Sumber : Goal.com

27 Mei 2012

Johor FC ikat Red Warriors

FAUZI Shaari (kiri) cuba menghalang kemaraan penyerang Kelantan, Norhasrul Idlan Thalaha (tengah) dalam saingan Liga Super di Stadium Pasir Gudang, malam tadi.
JUARA PIALA FA, Kelantan gagal meneruskan momentum kemenangan apabila sekadar seri 0-0 dengan Johor FC pada saingan Liga Super 2012 di Stadium Perbandaran Pasir Gudang, malam tadi.

Walaupun menguasai saingan awal babak pertama dengan serangan bertali arus, barisan Bojan Hodak gagal memecah benteng tuan rumah, sebaliknya, Johor FC hampir berada di depan pada minit ke-17 apabila tandukan Mohd Riduwan Maon hasil hantaran Jasazrin Jamaluddin ditangkap kemas penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

24 Mei 2012

AFC Cup 2012 : gambar-gambar Kelantan menentang Terengganu


AFC Cup 2012 : Kelantan mara ke suku akhir Piala AFC

Keputusan penuh : 

Kelantan 3 - 2 Terengganu
Kelantan menepati ramalan apabila mara ke peringkat suku akhir Piala AFC apabila berjaya menundukkan juara Piala FA 2011 Terengganu.

Kejayaan ini membuka satu lagi sejarah buat pasukan The Red Warriors apabila pertama kali dapat menjejak kaki ke Suku Akhir Piala AFC yang rasanya belum pernah dikecapi oleh mana-mana pasukan di Malaysia.(pembetulan-Selangor,Perak dan Kedah pernah mara ke suku akhir Piala AFC).

Walaupun bermula cemerlang pada separuh masa pertama dengan mendahului 3-0 melalui dua gol Norfarhan dan satu gol dari Rizal Fahmi,pasukan Kelantan yang seolah-olah sudah berpuas hati dengan keputusan tersebut mengendurkan asakan ke pintu gol Terengganu.

23 Mei 2012

Ayuh penuhkan Stadium keramat malam ini!!!

Malam ini bakal berlangsung Pusingan kedua Piala AFC diantara Kelantan yang bakal berdepan Terengganu.Dua jaguh Pantai Timur ini perlu membuktikan siapa lebih layak untuk ke suku akhir nanti.Kelantan Juara Piala FA 2012 bakal berdepan Juara Piala FA 2011 di Stadium keramat Stadium Sultan Muhammad ke-IV.

Kelantan dilihat mempunyai kelebihan kerana bermain ditempat sendiri,namun itu bukanlah tiket untuk Kelantan merasa selesa kerana lawan kali ini telah mendapat suntikan baru dari bekas jurulatih Kelantan yang melarikan diri ke Persebaya Balikpapan diawal musim lalu iaitu Peter James Butler.
Tiket perlawanan Kelantan menentang Terengganu yang bernilai RM30 dan RM15 telah diberikan diskaun oleh KAFA.

22 Mei 2012

Nazmi tandatangani kelab Utama Portugal S.C. Beira Mar

Tahniah diucapkan kepada Nazmi Faiz kerana berjaya menandatangani kontrak 3 tahun dengan kelab utama Portugal,S.C. Beira-Mar.

Walaupun kelab Beira Mar menghuni tangga ke-13 liga,peluang bermain di Liga Eropah seperti Liga Orangina di Portugal adalah pengiktirafan terbaik kepada Nazmi dan bolasepak Malaysia amnya.

20 Mei 2012

Piala FA ke Kelantan petang ini...

 Dari Facebook TSAM
PIALA FA DAN SKUAD JUARA TRW AKAN TIBA DGN AIRASIA JAM 4.30 ptg INI DI AIRPORT PENGKALAN CHEPA..SKUAD DAN PIALA AKAN MENAIKI LOW LOADER BERHIAS MELALUI JLN PENGKALAN CHEPA-jln PEKELILING-JLN PASIR PUTEH-PERINGAT-JLN BACHOK-PAUH LIMA-KE SERI PURI BUKIT MARAK...UTK JAMUAN HI TEA OLEH ALHAMRA GROUP...SEMUA RAKYAT DIJEMPUT MENGIKUTI PERARAKAN INI....
p/s: tubik belakolah sek2 kito...sambut piala fa..sejarah dah dicipta...ayuh kita rai bersama2!!!

Wartawan masih anggap Tan Sri Annuar Presiden KAFA

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Pemain pasukan Kelantan yang menjuarai Piala FA 2012 akan menerima ganjaran setimpal dan perkara itu akan diumumkan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) dalam masa terdekat, kata Presidennya Tan Sri Annuar Musa.

"Nilai imbuhan bagi setiap pemain tidak boleh saya beritahu lagi...Saya yakin dalam dua tiga hari lagi KAFA sendiri yang akan memaklumkan kepada media," katanya kepada Bernama selepas hadir menyaksikan perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil itu Sabtu malam.

-- BERNAMA

p/s :Hanya FAM yang tidak menggangap TSAM presiden KAFA

Kelantan Akhiri Penantian 22 Tahun, Muncul Juara Piala FA

Kelantan mengukir sejarah apabila berjaya menamatkan penantian selama 22 tahun untuk menjulang Piala FA buat kali pertama, setelah menewaskan pasukan berstatus kelab, Sime Darby 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil Sabtu.

Beraksi di hadapan kira-kira 85,000 penonton, pasukan yang terkenal dengan gelaran 'The Red Warriors' itu melancarkan serangan ke kubu Sime Darby seawal minit pertama namun berjaya dipatahkan ketua pasukan Sime Darby, Es Lizuan Zahid Amir.

16 Mei 2012

Kelantan bakal Juara Liga Super 2012?

Keputusan Liga Super semalam menyaksikan Lions XII diikat 0-0 oleh skuad warga kota Kuala Lumpur.Dari perbincangan rakan-rakan di kotak laungan blog ini Kelantan semakin menghampiri juara Liga andai sekurang-kurangnya memperolehi lima kemenangan dan lima kali seri sahaja lagi untuk muncul juara dengan mengumpul 57 mata.Ini kerana mata maksima Lions XII andai mereka menang kesemua bagi lima perlawanan adalah 56 mata.

Agak sukar untuk Lions XII memungut mata maksima dalam baki lima perlawanan nanti kerana lawan yang bakal mereka tentang adalah Sarawak,Sabah,Terengganu,T.Team dan Johor FC.

Jika ingin mengekalkan kejuaraan Liga Super ini pemain-pemain perlu mengekalkan prestasi terbaik yang mereka miliki sekarang sehingga penghujung perlawanan nanti.Sebelum itu tumpukan perhatian pada final 19 mei ini yang bakal menentukan siapa yang berhak menjulang Piala FA yang baru.

15 Mei 2012

Meriahnya Final Piala FA 2012

Perlawanan Akhir Piala FA tahun ini yang melibatkan Kelantan dan Sime Darby dilihat lebih meriah berbanding edisi-edisi sebelum ini yang pernah pasukan Kelantan tandingi.

Pelbagai inisiatif dilakukan oleh KAFA melalui idea-idea kreatif ahli gabungan KAFA yang ditunjangi oleh Tan Sri Annuar Musa.Terbaru,KAFA menyediakan keretapi khas bagi membawa penyokong-penyokong The Red Warriors ke Stadium Nasional Bukit Jalil 19 mei ini.

Keretapi yang diberi nama "THE REDWARRIORS EXPRESS" ini bakal bertolak dari Kelantan pada 18 mei jam 10 malam di stesen Tumpat dan akan berhenti disetiap stesen utama di Kelantan.Harga yang dikenakan juga agak munasabah iaitu RM140 untuk seorang pergi dan balik termasuk pengangkutan LRT ke Stadium.
Kedah 1 - 3 PKNS
Selangor 2 - 1 Felda United
Terengganu 2 - 2 Sarawak
Sabah 1 - 2 T.Team
N.Sembilan 3 - 1 Perak
K.Lumpur 0 - 0 Lions XII

p/s : Kelegaan bagi Kelantan apabila Kuala Lumpur dapat mengikat Lions XII 0-0.Impian untuk merangkul Juara Liga Super semakin hampir.

*Perlawanan Johor FC menentang Kelantan ditunda kepada 26 mei 2012 bagi memberikan persiapan kepada pasukan Kelantan dalam Final Piala FA 19 mei nanti.

Annuar Musa mahu FAM bentuk tribunal


“Saya akan menghantar surat kepada Jawatankuasa Eksekutif bagi memohon diwujudkan satu Tribunal Timbang Tara”. Itu kenyataan rasmi pertama yang dikeluarkan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang digantung, Tan Sri Annuar Musa sejak hukuman penggantungan dua tahun enam bulan dikenakan ke atas beliau awal bulan lalu.

Tanpa sesekali berniat mahu mencabar badan induk bola sepak kebangsaan itu, Annuar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) berkata, tindakan tersebut dilakukan setelah ruang untuk beliau mengemukakan rayuan dinafikan sebelum ini

“Saya mahu menyelesaikan isu ini dalam semangat kekeluargaan FAM. Tribunal tersebut mesti diwujudkan oleh Exco dan saya akan melantik pasukan peguam sendiri. Begitu juga di pihak FAM mereka juga perlu melantik peguam bagi mengadili proses perundangan ini.

14 Mei 2012

Sah, Butler ganti Mat Zan latih Terengganu

Peter Butler sah akan mengendalikan pasukan Terengganu menggantikan Mat Zan Mat Aris yang ditamatkan perkhidmatannya berkuat kuasa 31 Mei ini.Bagaimanapun Butler dibenarkan melatih pasukan Terengganu bermula hari ini.

Info : sinar harian

p/s : Lepas ni giliran Terengganu pula kena main..

Terima Kasih Kerajaan Negeri Kelantan

Ucapan terima kasih kami penyokong-penyokong The Red Warriors kepada Kerajaan Negeri Kelantan kerana telah mengumumkan cuti peristiwa pada 20 mei ini sempena Final Piala FA diantara Kelantan melawan Sime Darby.

Berita gembira tersebut diumumkan oleh Abdul Patah iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan negeri Kelantan.

Pengumuman cuti ini memberi seribu makna buat penyokong Kelantan kerana mereka dapat merancang jadual perjalanan ke Bukit Jalil nanti dan tidak terikat pada tugas hakiki masing-masing. 

Diharapkan dengan pengumuman ini penyokong-penyokong Kelantan dapat memenuhi segenap ruang di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti bagi memberikan sokongan kepada TRW nanti.

Terima Kasih.. Terima Kasih.. Terima Kasih..

Manchester City juara EPL 2012!!!

Manchester City muncul Juara Liga Perdana Inggeris(EPL) apabila berjaya menewaskan QPR semalam 3-2 yang menyaksikan musuh seterunya Manchester United juga mencatat kemenangan tipis 0-1 keatas Sunderland.

Manchester City dan Manchester United berkongsi 89 mata namun perbezaan jaringan membolehkan Manchester City dijulang sebagai juara baru EPL.


13 Mei 2012

Malaysia juara hoki remaja Asia

Malaysia akhirnya berjaya menamatkan kemarau kejuaraan selama 20 tahun hoki Piala Remaja Asia apabila berjaya menewaskan kuasa besar hoki dunia iaitu Pakistan 2-1.

Kecemerlangan penjaga gol Malaysia sebelum ini berterusan dalam perlawanan akhir ini apabila berjaya menafikan peluang pemain-pemain Pakistan dari menjaringkan gol.

Debaran menyaksikan perlawanan ini seolah-olah melihat final melibatkan pasukan The Red Warriors.Tahniah buat semua pemain-pemain remaja Malaysia kerana menjuarai kejohanan ini.

Info tiket Final Piala FA 2012

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Annuar Musa melalui facebooknya,Tiket akan mula dijual pada hari isnin ini bermula jam 2 petang di Stadium Sultan Muhammad ke-IV.

Tiket-tiket perlawanan akhir ini hanya akan dijual pada 14 dan 15 sahaja di Kota Bharu dan jika hanya ada tambahan tiket ianya akan dilanjutkan kepada 16 haribulan.

Penyokong-penyokong boleh membeli seberapa banyak tiket yang dikehendaki tetapi jika melibatkan jumlah yang besar atau 'group' bolehlah membuat tempahan dengan KAFA.

Terima kasih Kedah..Kelantan makin hampiri Lions XII

Terima kasih buat kedah kerana berjaya menambat Lions XII 3-3 di Stadium Jalan Besar tadi.Siapa sangka skuad Wan Jamak yang ketinggalan 2-1 berjaya memperolehi dua gol yang amat bermakna buat Kedah.
Pemain-pemain TRW meraikan kemenanga keatas PKNS(Gambar dari Facebook Norfarhan)

Keputusan seri diantara Lions XII dan Kedah dimanfaatkan sepenuhnya oleh anak buah Bojan Hodak apabila Norshahrul,Obinna serta Ghaddar berjaya memberikan tiga mata penting buat Kelantan setelah membenam PKNS Selangor 3-0.

11 Mei 2012

Pahang kejutkan Sime Darby,Telahan TSAM ada benarnya

Dari Facebook TSAM :  

Kelebihan SIME DARBY ialah mereka bermain TOTAL FOOTBALL dan semua pemainnya HIGHLY MOTIVATED dan mempamerkan WORKRATE yg tinggi..RAZALI UMAR,zamri dan ronaldinho sangat merbahaya dlm box sementara midfield import mereka seorang playmaker yg baik...tganu jadi mangsa gol yg mereka cipta di saat akhir perlawanan..SUDAH PASTI FINAL YG SENGIT DAN MENARIK..TRW PERLU BEKERJA KUAT KALAU TAK MAHU DIKEJUTKAN SD..PERTAHANAN KITA PERLU KERJA KERAS MENGAWAL 2R..razali dan ronaldinho...GOL AWAL BOLEH MEMBANTU KITA MENGUASAI PERLAWANAN!!INSYAALLAH...FAAIZA AZAMTA FA TAWAKKAL ALALLAH!!!! 

10 Mei 2012

Info Piala FA 2012

Update :
  1. Stadium Bukit Jalil gelanggang utama perlawanan
  2. Agihan sama rata 30 ribu tiket untuk penyokong Kelantan dan 30 ribu juga untuk penyokong Sime Darby.
  3. Harga tiket RM 40 dewasa dan RM 5 untuk kanak-kanak bagi semua tempat duduk.
  4. Piala FA baru bernilai RM 80 ribu bakal direbut finalis Piala FA 2012
  5. Pintu masuk penyokong Kelantan adalah melalui Majlis Sukan Negara(MSN)
  6. Penyokong akan dibenarkan memasuki Stadium bermula jam 4 petang.
  7. Penyokong Kelantan baju Merah-Putih
  8. Kelantan pasukan pelawat. 
  9. Pembakaran 'Flare' adalah dilarang sama sekali
  10. Pemasangan poster pada sebelah pagi


9 Mei 2012

AFC Cup 2012 : Kelantan jumpa Terengganu pusingan kedua

Terengganu mengesahkan bakal bertemu Kelantan pada pusingan kedua Piala AFC 2012.Terengganu yang berkunjung ke Hong Kong berjaya mengikat Kelab Kitchee 2-2 hasil jaringan Ashaari dan Hadi.

Kejayaan Terengganu menyaksikan salah satu pasukan dari Malaysia bakal bermain dalam peringkat suku akhir nanti.Perlawanan pusingan kedua bakal berlangsung pada 23 mei ini di Kota Bharu dan secara kalah mati.Peluang Kelantan untuk mara kepusingan seterusnya adalah cerah kerana kelebihan bermain ditempat sendiri.

p/s : Pakat 'Boo' Butler belako 

Butler buat hal lagi

Apa dah jadi dengan Peter Butler?Beliau sekali lagi menghilangkan diri dari kelab barunya
Persiba Balikpapan.Alasanyan mudah kerana Liga ISL Indonesia tidak diiktiraf dan Persiba lambat membayar gajinya.

Berita dari Web Goal.com :

Ada yang tak kena dengan Liga Super kita?

Seolah-olah ada yang tidak kena pada Liga Super Malaysia tahun ini apabila pasukan LIONS XII diberikan kelebihan sehingga empat perlawanan.Rasional FAM mempercepatkan perlawanan membabitkan pasukan Lions XII kerana pasukan tersebut perlu mengadakan perlawanan sebagai persediaan skuad bawah 22 tahun mereka.

Liga Super 2012 : Keputusan perlawanan 8 mei

Gergasi merah tumbang ditangan Hoben jang Hoben!!!
 
Selangor 1 - 3 N.Sembilan
Felda 0 - 2 LIONS XII
Kedah 1 - 1 T.Team
Johor FC 3 - 2 PKNS Selangor

AFC Cup 2012 :Keputusan penuh Kelantan vs Ayeyawady FC

Kelantan 1 - 0 Ayeyawady United FC

Kelantan menjuarai kumpulan H apabila berjaya menundukkan Ayeyawady FC 1-0 hasil jaringan pemain import Nwoha pada minit ke 47.Kelantan berjaya memungut 13 mata hasil empat kemenangan,sekali seri dan juga tewas sekali kepada Ayeyawady FC digelanggang lawan.

8 Mei 2012

AFC Cup 2012 : Kelantan layak kepusingan kedua

Kelantan layak kepusingan kedua Piala AFC ekoran kemenangan besar Arema FC keatas Navibank Saigon 6-2.

Perlawanan malam ini diantara Kelantan dan Ayeyawady bakal menentukan juara dan naib juara dan Kelantan pasti ingin sekurangnya seri bagi menjuarai kumpulan.


AFC CUP 2012 : Kelantan vs Ayeyawady FC


Venue : Stadium Sultan Muhammad ke-IV
Tarikh : 8 Mei 2012
Masa : 8.45 mlm

Siaran Langsung RTM1

Live Streaming : Link 1, 
                            Link 2,
                            Link 3,

Livescore : Link

5 Mei 2012

Gol jaringan S.Chanturu Kelantan vs LIONS XII

Credit : Sokernet.com

Chanturu mengamuk...Kelantan belasah LIONS XII

Keputusan Penuh : 

Kelantan 3 - 0 LIONS XII
 
Kelantan terpaksa menunggu sehingga minit ke-73 untuk mendapatkan gol pertama dalam pertemuan dengan LIONS XII hasil jaringan S.Chanturu.Segalanya bermula apabila Bojan Hodak memasukkan Indra Putra dan mengeluarkan Nurul Azwan.

Chanturu menjadi nadi kebangkitan Kelantan apabila gol pertamanya berjaya memberikan semangat baru kepada Kelantan yang buntu mencari gol sebelum ini.Amukan Chanturu bermula dengan gol menarik daripada beliau yang melakukan rembatan kencang hasil lambungan Norshahrul.

3 Mei 2012

Pengumuman FAM tentang harga tiket Piala FA 2012

Dibawah adalah pengumuman harga tiket untuk Piala FA 2012 yang telah dibuat oleh FAM yang disiarkan media hujung tahun lepas : -

FAM telah mengumumkan harga tiket, venue dan masa perlawanan, status pemain import dan lain-lain lagi pada sidang media di Wisma FAM pada 29 disember lalu.

FAM terutama sekali telah memberitahu bahawa semua rayuan bagi pemain-pemain import yang mempunyai masalah teknikal tidak dilayan dan ditolak.

Seperti yang telah dimumkan sebelum ini, terdapat sembilan pemain import yang tidak layak untuk beraksi dalam liga Malaysia pada musim depan kerana gagal menepati syarat asas.

Geran dan insentif sebanyak RM5.1 juta telah dikreditkan kepada semua pasukan dan kelab oleh FAM.

FAM turut mengumumkan harga tiket bagi perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia 2012 yang berharga RM40. Manakala tiket perlawanan persahabatn yang melibatkan pasukan kebangsaan senior dan bawah-23 pula berharga RM 20, kejohanan berkumpulan RM 30, separuh akhir RM 40 dan tiket perlawanan akhir berharga RM 50.

Venue Final Piala FA Akan Ditentukan Minggu Depan

Venue perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Sime Darby pada 19 Mei ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan minggu depan, kata Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.

Katanya jawatankuasa itu, yang dipengerusikan oleh beliau, akan mengadakan mesyuarat minggu depan bagi menentukan stadium serta harga tiket perlawanan akhir Piala FA.

2 Mei 2012

Tiket Ekspres Separuh Akhir kedua Piala FA Kedah vs Kelantan

Pengurusan Kedah menjual 'tiket ekspres' yang hanya tertera pasukan Kedah ketika perlawanan semalam disebabkan terlampau ramai penyokong-penyokong Kedah dan Kelantan yang hadir.

Menariknya pada tiket tersebut tidak dicetak pasukan yang ditentang Kedah dan tarikhnya juga tidak dicetak.Astaka utama hanya bernilai RM15 sahaja berbanding dinegeri Kelantan yang mencecah RM30.

Adakah harga tiket Final Piala FA akan naik?

Banyak persolan dari penyokong-penyokong bolasepak Kelantan tentang harga tiket untuk perlawanan akhir Piala FA yang bakal menemukan pasukan liga perdana FAM iaitu Sime Darby dan pasukan dari liga super FAM Kelantan.

Untuk rekod pada 29 disember tahun lepas FAM mengumumkan harga tiket untuk perlawanan akhir Piala FA 2012 adalah RM 40.Kedengaran pula desas-desus FAM akan menaikkan harga tiket perlawanan akhir nanti.

Andai ini berlaku FAM dilihat tidak profesional dalam menjalankan tugas selaku badan yang menguruskan bolasepak Malaysia.

Sekalung tahniah buat Bojan Hodak

Hari ini seluruh penyokong The Red Warriors setuju bahawa kejayaan utama Kelantan mara ke final Piala FA untuk kali ketiga adalah kerana 'kebijaksanaan' Bojan Hodak mengatur strategi.

Apa tidaknya,Kelantan yang ketinggalan dua gol hasil jaringan pemain lincah Kedah Kyril Muhymeen diseparuh masa pertama berjaya mengubah keputusan tersebut dengan menjaringkan dua gol penting menerusi dua pemain import Obinna dan Ghaddar.

1 Mei 2012

Keputusan penuh separuh akhir Piala FA 2012

Kedah 2 - 2 Kelantan
 (Agregat 3-3)

Kelantan mara kiraan gol ditempat apabila berjaya mengikat Kedah 2-2 hasil jaringan dua pemain import,Obinna dan Ghaddar.

Kelantan bakal bertemu Sime Darby yang berjaya mengikat Terengganu 0-0 setelah membaham Terengganu 2-1 di Kuala Terengganu.

Apa yang diharapkan Kelantan berjaya membawa pulang satu-satunya piala yang belum dimiliki lagi iaitu Piala FA ini setelah kempunan dalam dua final sebelum ini kepada Selangor dan Terengganu.

Tahniah buat semua pemain kerana berjaya bangkit walaupun ketinggalan 2 gol pada separuh masa pertama.Bojan Hodak ternyata berjaya mengubah corak permainan Kelantan dengan menukar formasi yang seterusnya membolehkan Kelantan menjaringkan dua gol penting.