31 Jan 2012

Info Samad Okocha Awudu

NAME; SAMAD OKOCHA
SUNAME; AWUDU
DATE OF BIRTH; 15 SEPTEMBER 1984
NATIONALITY; GHANANIAN
HEIGHT; 1.78 CM
WEIGHT 75KG
POSITION; STRIKER /FORWARD
LEGS; BOTH

Samad Okocha Awudu

Kelantan Ikat Bekas Pemain Nigeria



KOTA BHARU – Kedudukan dua awang import dalam skuad The Red Warriors tergugat apabila Kelantan mengikat bekas tonggak pertahanan kebangsaan Nigeria, Obinna Nwaneri, 29.

Pada masa yang sama, The Red Warriors akan menguji seorang lagi pemain import dari Ghana iaitu Samad Okocha Awudu akan beraksi di posisi serangan.

KAFA dikatakan akan membuat keputusan tentang kedudukan Mohammed Ghaddar dan Denny Antwi dalam masa terdekat tetapi banyak pihak melihat kemungkinan besar akan digugurkan.


Obinna Nwaneri sah wakili Kelantan

Berita mengembirakan bagi penyokong-penyokong Kelantan apabila KAFA memutuskan telah menandatangani kontrak pemain import baru iaitu Obinna Nwaneri yang berasal dari Nigeria.

Beliau merupakan bekas pemain kebangsaan Nigeria yang pernah bermain bersama-sama dengan bintang Nigeria,Asamoah Gyan.Kemasukan beliau dalam pasukan Kelantan dilihat mampu merencanakan pasukan dari bahagian pertahanan yang dilihat sering melakukan hantaran liar kepada bahagian tengah dan serangan serta dapat memantapkan lagi barisan pertahanan.


Selamat datang Obin ke Kelantan...Kami penyokong-penyokong TRW mengalu-alukan kedatangan anda.

29 Jan 2012

Keputusan Liga Super 2012 : Perlawanan kelima

PKNS FC       2 – 2     Sabah 
Kelantan        3 – 0     Kuala Lumpur   
LIONSXII     0 – 1     Terengganu     
Sarawak        2 – 2     Negeri Sembilan     
T.Team FC     1 – 2     Selangor 
Felda Utd       1 – 2     Perak  
Kedah            1 – 3     Johor

Ini baru The Red Warriors...

Itulah 'kata-kata' penyokong-penyokong setia TRW setelah melihat pasukan kesayangan berjaya membenam skuad Kuala Lumpur 3-0.Gol-gol Kelantan kesemuanya dijaringkan pada separuh masa kedua oleh tiga pemain berbeza iaitu Norshahrul,Badri Radzi menerusi sepakan percuma dan pemain import Danny Antwi.

22 Jan 2012

Kelantan bangkit tutup mulut pengkritik

KELANTAN akhirnya berjaya menghapuskan badi Stadium Darulaman, Alor Setar sejak lebih empat tahun lalu apabila mencatat kemena- ngan pertama selepas menewaskan Kedah 3-0 dalam saingan Liga Super malam kelmarin.
Selain itu, kejayaan yang dicatatkan itu cukup signifikan apabila berjaya menutup mulut para pengkritik yang sebelum ini begitu lantang melontarkan kritikan ekoran aksi yang tidak begitu konsisten dipamerkan gergasi Pantai Timur itu.

19 Jan 2012

Info tentang Obinna Nwaneri

Inikah bakal import baru TRW?

NigeriaNwaneri, Obinna

National Team: Nigeria


Position: Defence
Int. Games: 34 Int. Goals: 1

D.O.B.: 1982-03-19
Place of birth: Lagos Nigeria
Height: 1.83m

18 Jan 2012

Kelantan F.C vs Johor F.C

Gol pertama Kelantan,hantaran Norshahrul 'disudahkan' oleh Indra
Gol kedua dari NorShahrul
Farhan cuba melepaskan rembatan kegawang Johor FC
Pengadil kurang profesional dalam perlawanan semalam.

16 Jan 2012

Komen dan cadangan dari rakan-rakan laungan di blog ini

set defend kelate main tok cerdik tau nok clear bola jah, clear tak tau mano, pahtu kalut kalu stiker lawan wak kucar sikit,main tak tenang sikit habuk, maknonya mental tak kuat acu tgk defend supo soh chin aun n santokh singh..rilex jah main

14 Jan 2012

8 Pasukan Liga M Layak Ambil Pemain Import Sehingga 13 Feb

PETALING JAYA, 13 Jan (Bernama) -- Lapan pasukan Liga Malaysia termasuk Terengganu, yang sebelum ini tidak dapat menggunakan pemain import untuk saingan liga musim ini akibat kegagalan untuk menepati beberapa peraturan yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), kini boleh menarik nafas lega.

13 Jan 2012

TRW mengecewakan...





Keputusan Penuh :

Kelantan 1(Badri 70') - 1 PKNS FC

Pertemuan Kelantan dan PKNS Selangor yang dijangka sengit ternyata meleset apabila Kelantan melalui percaturan 'bijak' Butler yang menggunakan 'skuad kedua' pada separuh masa pertama ternyata memakan diri sendiri.

12 Jan 2012

Keberanian MB Terengganu dipuji

Hari ini jika kita baca didada-dada akhbar Menteri besar Terengganu,Dato Ahmad Said dengan suara lantang menyuarakan rasa tidak puashati beliau dalam isu pemain import pasukan Terengganu yang tidak dibenarkan bermain untuk Liga Super.

Keberanian beliau harus dipuji kerana merasakan tindakan dari FAM yang seolah-olah menutup peluang Terengganu untuk menggunakan pemain import yang mereka miliki.

Benarkah ahli-ahli TRW teraniaya?

Desas-desus dari rakan-rakan yang menjadi ahli The Red Warriors menyuarakan rasa kurang senang dengan pihak KAFA kerana dikatakan telah 'memungkiri janji'.KAFA dikatakan akan memberikan diskaun untuk pembelian jersi baru TRW musim ini tetapi jersi diskaun itu hanyalah untuk membeli jersi jenama Warriors bukannya jersi UMBRO.

Kemenangan suntik semangat Red Warriors


pemain Kelantan, Daudsu Jamaludin (kiri) bersaingan dengan lawannya dari Lions XII, Agu Kasmir pada perlawanan Liga Super di Stadium Jalan Besar, Singapura, kelmarin. Kelantan menang 2-1. - AFP


KOTA BHARU - Selepas gagal mempertahankan Piala Sultan Ahmad Shah, Sabtu lalu, juara bertahan Liga Super Kelantan mempamerkan rentak 'Sang Juara' apabila menumbangkan Lions XII 2-1 di Stadium Jalan Besar, Singapura kelmarin.
Pengurus pasukan, Azman Ibrahim berkata, kemenangan ke atas Lions XII menghapuskan keraguan peminat

11 Jan 2012

Red Warriors calar ego Lions XII

Oleh Rizar Mohd Noor
rizar@hmetro.com.my

JARINGAN penalti Muhammad Ghaddar memastikan Kelantan berjaya menjinakkan Singapura Lions XII 2-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam tadi.
Pembimbing skuad Red Warriors, Peter Butler melakukan rombakan pada perlawanan itu apabila tidak menyenarai pemain importnya, Antwi Agraye manakala Mohd Nor Farhan Muhamad berada di bangku simpanan.

10 Jan 2012

Keputusan Liga Super 2012 : Perlawanan pertama

Felda 2 - 0 Sabah
LIONS XII 1 - 2 Kelantan 
N.Sembilan 2 - 2 Selangor
T.Team 3 - 0 Kedah
Perak 1 - 0 Terengganu
PKNS FC 1 - 2 Johor FC
Sarawak 2 - 0 K.Lumpur

Info perlawanan siaran tertunda LIONS XII vs Kelantan

Siaran tertunda Liga Super diantara  LIONS XII vs Kelantan di Astro Arena..
Menurut rakan sekerja saya di bahagian Programming,Channel, Marketing & Liaison Astro Arena..perlawanan antara Singapore Lion's XII vs Kelantan akan bersiaran secara tertunda pada jam 1130 malam ini di Astro Arena Saluran 801
Info:FB HAFIZAN HALIM WARTAWAN ASTRO ARENA YANG MEMBUAT LIPUTAN DI SINGAPURA..
Admin Arif
info : Facebook liga M
 

Liga Super 2012 : Perlawanan Pertama

Tujuh perlawanan akan berlangsung hari ini dengan dua perlawanan akan diadakan pada sebelah petang.

  1. Negeri Sembilan vs Selangor
    Perak vs Terengganu
  2. Felda vs Sabah - 4.45 mlm
  3. Sarawak vs K.Lumpur
  4. T.Team vs Kedah - 4.45 ptg
  5. LIONS XII vs Kelantan - 7.45 mlm
  6. PKNS FC vs Johor FC
*Semua perlawanan bermula jam 8.45 mlm kecuali dua perlawanan.
**Siaran langsung diantara N.Sembilan menentang Selangor di Astro Arena 801

Keputusan Liga Perdana 2012 : Perlawanan pertama

MP Muar 7 - 2 Perlis
Sime Darby 2 - 1 Harimau Muda B
ATM 2 - 0 NS Betaria
USM FC 2 - 1 POS Malaysia
Johor 1 -1 PDRM
Pahang 1 - 0 MBJB FC

*Marlon Alex James ternyata masih berbisa apabila meledak dua gol untuk ATM...

9 Jan 2012

Butler perlu magis hadapi Lions

Oleh Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my


HIMPUNAN pemain bintang dalam skuad Kelantan perlu bekerja lebih keras seandainya tidak mahu terus ditimpa malang apabila menentang pendatang baru Liga Super, Lions XII, malam esok.
Persembahan skuad kendalian Peter James Butler itu bakal menjadi kayu pengukur kepada pasukan tempatan lain dalam Liga Super berhubung kekuatan sebenar lawan berstatus ‘skuad kebangsaan Singapura’ selain beraksi di Stadium Jalan Besar yang menggunakan rumput tiruan.

Butler hampa salahkan pertahanan


Reaksi kecewa pemain Kelantan setelah kalah 1-2 kepada Negeri Sembilan pada Perlawanan Sumbangsih di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin. - UTUSAN/Hafiz Johari



KUALA LUMPUR - Jurulatih Red Warriors, Peter Butler menyalahkan barisan pertahanan sebagai punca kekalahan 1-2 kepada Negeri Sembilan dalam Perlawanan Sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah kelmarin.
Butler berkata, menguasai perlawanan dan bermain cantik tidak cukup untuk bergelar pemenang jika pemain melakukan kesilapan sehingga membuka ruang kepada lawan mendapat gol.

Kelantan belum mencapai tahap sebenar


SEBAHAGIAN daripada pemain Kelantan kelihatan hampa dan sedih selepas pasukan mereka tewas 1-2 kepada N. Sembilan pada aksi Piala Sumbangsih 2012 kelmarin.


KELANTAN gagal mempertahankan Piala Sumbangsih yang dimenangi mereka musim lalu selepas ditundukkan Negeri Sembilan 1-2 dalam perlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin.
Dua gol bintang import skuad Hobin Jang Hobin, Jean Emmanuel Effa Owona meranapkan impian anak-anak buah Peter James Butler untuk membuka tirai saingan musim 2012 Liga Super yang bermula esok dengan bergaya.

8 Jan 2012

Dengarlah luahan kami...

Ekoran kekalahan Kelantan kepada Negeri Sembilan  dalam perlawanan pembukaan Liga Super merebut Piala Sumbangsih semalam banyak komen-komen dari penyokong-penyokong TRW.

Kami penyokong-penyokong TRW bukanlah hendak bersikap kurang ajar apa lagi hendak memperkecilkan kebolehan pemain-pemain,jurulatih serta pengurusan KAFA tetapi kami mahukan perubahan drastik dari KAFA dengan membuat 'post mortem' kekalahan kepada Negeri Sembilan semalam.

Komen-komen dari rakan Facebook TSAM selepas kekalahan dengan N.Sembilan

Komen TSAM selepas perlawanan dengan NEgeri Sembilan :

Saperti yg sy janglakan PERMAINAN YG SENGIT DAN IMPOT NS JADI PEMUSNAH..kelantan bermain baik NAMUN TACTICALLY LEMAH..players tidak MARK pemain lawan dgn berkesan Dan SLOW in pressing opponent..IMPORT KITA NOT GOOD ENOUGH TP DGN KEWANGAN KITA ITU SAJA YG KITA MAMPU..Pemain,coach Dan saya AKAN AMBIK FULL RESPONSIBILITY..WE LOST THE BATTLE...BUT THE WAR JUST BEGIN!!!
Mohd Hafizuddin tu la TS bual besar sgt, last2 kita kena gomo kat orghe. peter butler pun satu wat masuk budak piala presiden tu wat apa. nak try formasi apa lagi. ni bukan nya perlawane persahabate. ni dah lawe betul pun tak tahu nak susun pemain lagi. TS kena buat sesuatu lepas ni. Male ni main kucar lanar habis. tak tahu kot mana. kalu kapal gok hok tadak kemudi.

Red Warriors tumbang

Kelantan gagal pertahan Piala Sumbangsih...

Keputusan penuh : 
Kelantan 1 - 2 Negeri Sembilan(Effa Owuna mnt 34 dan 64)

Keperitan yang teramat sangat apabila melihat skuad kesayangan tumbang ditangan pasukan yang rata-ratanya diwakili oleh pemain-pemain muda.

Walaupun mereka mentah dari segi usia semangat juang yang tinggi serta kelebihan taktikal ternyata memberikan kelebihan kepada mereka.Azraai ternyata adalah jurulatih terbaik ketika ini yang mempunyai banyak tipu muslihat berbanding jurulatih Kelantan Peter Butler.

7 Jan 2012

Perang psikologi dari Azraai..

Kata-kata di atas dipetik dari kenyataan Azraai yang disiarkan oleh Berita Harian.Azraai cuba untuk melemahkan mental tiga pemain Kelantan iaitu Indra Putra,Norfarhan dan Azizi Matt Rose dengan memanggil mereka dengan gelaran sedemikian.

NS akur kelebihan Kelantan

KUALA LUMPUR - Ketika Kelantan lebih memikirkan bagaimana untuk berdepan Lions XII dalam Liga Super, Selasa ini, jurulatih Negeri Sembilan, Azraai Khor Abdullah dan ketua pasukan, Norhafiz Zamani Misbah tetap 'laparkan' satu-satunya gelaran yang belum pernah mereka menangi, Piala Sultan Ahmad Shah, malam ini.

6 Jan 2012

Jadual Liga Super 2012 Pusingan 2

Jadual Liga Super 2012 Pusingan kedua (Pasukan Kelantan)

Tarikh Pasukan Pasukan
17/4 T.Team vs Kelantan
04/5 Kelantan vs Lions XII
12/5 PKNS FC vs Kelantan
15/5 Johor FC vs Kelantan
16/6 Kelantan vs Kedah
19/6 K.Lumpur vs Kelantan
23/6 Kelantan vs Sabah
26/6 Terengganu vs Kelantan
29/6 Kelantan vs Selangor
03/7 N.Sembilan vs Kelantan
07/7 Kelantan vs Perak
10/7 Felda United vs Kelantan
14/7 Kelantan vs Sarawak
*Sumber FAM
**Tertakluk kepada sebarang perubahan dari FAM

Jadual Liga Super 2012 Pusingan 1

Jadual Liga Super 2012 Pusingan Pertama (Pasukan Kelantan)

Tarikh Pasukan Pasukan
10/1 Lions XII vs Kelantan
13/1 Kelantan vs PKNS FC
17/1 Kelantan vs Johor FC
20/1 Kedah vs Kelantan
28/1 Kelantan vs Kuala Lumpur
07/2 Sabah vs Kelantan
10/2 Kelantan vs Terengganu
14/2 Selangor vs Kelantan
03/3 Kelantan vs N.Sembilan
17/3 Perak vs Kelantan
31/3 Kelantan vs Felda United
07/4 Sarawak vs Kelantan
14/4 Kelantan vs T.Team

*Sumber FAM
**Tertakluk kepada sebarang perubahan dari FAM

5 Jan 2012

Info tiket Piala Sumbangsih 2011

Harga Tiket : 

Tempat duduk utama (Grandstand) : RM 30

Terbuka : RM 15

Sejumlah 80 ribu tiket akan diedarkan untuk penyokong-penyokong kedua-dua pasukan.Untuk permulaan 45 ribu tiket akan di cetak.30 ribu tiket akan dijual di Paroi hari ini.Manakala KAFA belum memutuskan untuk menjualnya di Kota Bharu.

*Untung besar la FAM kalau habis terjual...Untung buat Piala Sumbangsih di Bukit Jalil...

Apek dinasihat segera kahwin

KOTA BHARU - Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek yang pernah dilanda pelbagai kontroversi peribadi, dinasihat segera mendirikan rumahtangga agar kehidupan peribadinya lebih terkawal.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Islam amat menggalakkan golongan muda yang berkemampuan untuk berkahwin demi menjaga maruah diri dan mengelak hubungan sosial melampaui batas.

4 Jan 2012

Bukit Jalil rumah kedua Kelantan

Keputusan FAM untuk memindahkan venue perlawanan Piala Sumbangsih yang menemukan Juara Liga Super Kelantan dan juara Piala Malaysia Negeri Sembilan ke Stadium Bukit Jalil sebenarnya tidak memberi kesan kepada pasukan Kelantan kerana Bukit Jalil boleh dianggap 'stadium kedua' kerana Kelantan sudah kerap kali beraksi disana.
Penyokong-penyokong setia TRW akan berada dimana sahaja.

Red Warriors yakin pertahan Piala Sumbangsih

KOTA BHARU - Kelantan melaungkan keyakinan untuk mempertahankan Piala Sumbangsih menentang juara Piala Malaysia, Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.
Pengurus pasukan, Azman Ibrahim berkata, meskipun bakal beraksi di Stadium Bukit Jalil selepas keadaan cuaca yang tidak menentu di Kota Bharu, ia tidak menjejaskan persiapan pasukan untuk menghadapi perlawanan tersebut.

2 Jan 2012

Pengumuman perubahan venue Perlawanan Piala Sumbangsih

Azman Ibrahim
FAM akan keluarkan pgumuman rasmi esok ttg perubahan venue Piala Sumbangsih pd 7jan 2012. TUKAR KE STDM NASIONAL BKT JALIL, tarikh dan masa x berubah.

*rakan facebook

NS tidak gentar reputasi Kelantan

Oleh Mohd Amin Jalil 2012/01/02 (BHarian)

Skuad Azraai tekad rebut Piala Sumbangsih

REPUTASI Kelantan yang diperkuatkan dengan tiga pemain import selain barisan pemain tempatan berwibawa, tidak meletakkan Negeri Sembilan dalam situasi bimbang menjelang aksi pembuka tirai saingan Liga Malaysia (Liga M) 2012, merebut Piala Sumbangsih, di Kota Bharu, 7 Januari ini.

Piala Sumbangsih: Butler temui ramuan hadapi NS

KOTA BHARU - Pengendali Kelantan, Peter Bulter mengakui sudah mempunyai perancangan terbaik buat pasukannya menghadapi saingan Liga Malaysia yang akan bermula pada 7 Januari ini.
Tanpa berselindung, jurulatih kelahiran Halifax, England itu berkata, tempoh seminggu sebelum pertemuan Piala Sumbangsih dengan Negeri Sembilan akan digunakan sebaik mungkin untuk memperkemaskan lagi jentera pasukan bagi memastikan kejuaraan tersebut terus kekal bersama The Red Warriors (TRW).

1 Jan 2012

Red Warriors dapat yang terbaik - Annuar

Annuar Musa (tengah) bersama jurulatih dan pemain Kelantan pada Pelancaran Jersi 2012 pasukan itu dan penjualan tiket secara dalam talian di Dewan Utama Kelantan Trade Center (KTC), Kota Bharu, semalam

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada jurulatih, Peter Bulter dan barisan pemain untuk mencongak kejayaan Red Warriors untuk musim 2012.

Arahan: ‘Sapu’ semua piala!

ANNUAR (kiri) bersama sebahagian pemain Kelantan memperaga jersi baru The Red Warriors pada majlis pelancaran di Kota Bharu, semalam
Kelantan harus jadi berani apabila ke persada antarabangsa: Annuar

SKUAD Kelantan memikul tugas berat tahun ini dalam misi memastikan setiap piala dipertandingkan musim 2012 dapat dibawa pulang, termasuk Piala AFC.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, menegaskan barisan The Red Warriors (TRW) itu harus mencipta sejarah dalam sukan bola sepak tanah air dengan membawa pulang semua piala berkenaan ke bumi Cik Siti Wan Kembang. 

Perlawanan persahabatan Kelantan menentang Terengganu batal

Kelantan 0 - 0 Terengganu

Ribuan penyokong-penyokong Kelantan yang hadir pada perlawanan Kelantan menentang Terengganu semalam pulang hampa apabila perlawanan terpaksa dihentikan oleh pengadil ekoran hujan lebat.
Jersi baru pasukan Kelantan 2012 diperagakan oleh Ghaddar dan Ramzul : Gambar dari rakan facebook

Penyokong-penyokong Kelantan hanya sempat melihat aksi skuad kesayangan hanya 30 minit sebelum pengadil memhentikan perlawanan.Walaupun hampa keputusan kedua-dua pasukan tidak meneruskan perlawanan tersebut adalah tepat kerana bimbang pemain-pemain akan mengalami kecederaan serius.