30 Okt 2011

Penyokong Negeri Sembilan kena belasah

Gambar penyokong Negeri Sembilan tertiarap selepas kena timbuk oleh penyokong Terengganu setelah dikatakan membakar bendera Terengganu selepas aksi Piala Malaysia semalam.

Credit : Ar-Rifke

Tahniah Azraai Khor...

Tahniah buat Azrai Khor dan pasukan Negeri Sembilan kerana telah menjuarai Piala Malaysia seterusnya memadam keegoaan Terengganu untuk merangkulnya setelah berjaya menjulang Piala FA musim ini.

Kemenangan Negeri Sembilan menyaksikan tiga Piala musim ini dirangkul oleh tiga pasukan berlainan yang menyaksikan Kelantan menjadi juara Liga Super dan Piala Sumbangsih,Terengganu menjuarai Piala FA manakala Negeri Sembilan dinobatkan sebagai juara Piala Malaysia yang baru.

27 Okt 2011

Piala Malaysia 2011 bakal suram?

Piala Malaysia 2011 bakal menemukan juara Piala FA 2011 dan finalis 2010 Negeri Sembilan.Malangnya isu harga tiket melampau yang dikenakan oleh FAM bakal menjejaskan kerancakan Piala Malaysia tahun ini.

Walaupun kedua-dua persatuan telah bersetuju untuk memberikan 'subsidi' namun penyokong-penyokong kedua-dua pasukan masih belum berpuashati dengan keputusan yang telah dibuat.

15 tonggak utama Kelantan kekal

SPEKULASI penghijrahan beberapa tonggak utama Kelantan - Khairul Fahmi Che Mat, S. Chanturu, Mohd. Rizal Fahmi Rosid serta kapten, Mohd. Badri Radzhi akhirnya reda.
Semalam, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengesahkan keempat-empat pemain terbabit akan terus menyarung jersi Kelantan musim depan.

24 Okt 2011

Butler kemudi Kelantan musim depan


Annuar Musa (kiri) bersama jurulatih baru Kelantan, Peter James Butler di Kota Bharu, semalam.



KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) semalam mengumumkan Peter James Butler dilantik sebagai ketua jurulatih baharu The Red Warriors bagi musim 2012 berikutan pengunduran Datuk M. Karathu.

19 Okt 2011

Bayangan finalis Piala Malaysia 2011

Terengganu dan Negeri Sembilan bakal berentap. 

Terengganu seperti diramalkan berjaya menundukkan juara 32 kali Piala Malaysia 2-0 di Shah Alam semalam.Dua gol dari pemain keramat Terengganu,Manaf Mamat berjaya menidakkan peluang Selangor untuk meneruskan misi 33 mereka.

18 Okt 2011

Terima Kasih...Terima Kasih...Terima Kasih Datuk Kar

Kami penyokong-penyokong setia The Red Warrriors ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Kar atas sumbangan yang telah diberikan sehingga membawa Kelantan menjulang dua Piala iaitu Piala Sumbangsih dan Juara Liga Super.

17 Okt 2011

Karathu Tidak Lagi Kemudi Kelantan Musim Depan

KOTA BAHARU, 17 Okt (Bernama) -- Ketua Jurulatih Kelantan Datuk M.Karathu mengesahkan beliau tidak akan membimbing pasukan The Red Warriors pada musim depan untuk memberi peluang kepada jurulatih lain mengemudi juara Piala Malaysia musim lalu itu.

16 Okt 2011

Terengganu hebat: Annuar

Oleh Mohd Nor Asri Yaacob B.Harian

2011/10/16

THE Red Warriors akur dengan kehebatan musuh tradisinya Terengganu selepas hasrat juara bertahan itu mempertahankan kejuaraan terkandas di suku akhir apabila tewas dengan agregat 3-5 selepas suku akhir kedua Piala Malaysia 2011 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam kelmarin.

13 Okt 2011

Bekas bintang negara soal status pengadil

INSIDEN dan drama 'Perang Timur' antara Kelantan dan Terengganu dalam perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu - yang menyaksikan lima kad merah dan 13 kad kuning dilayang - perlu diselesaikan bagi mengelakkan kemeriahan Piala Malaysia terjejas.

12 Okt 2011

Chikondi Mplula wakili Kelantan musim depan?

Chikondi Mplula dikhabarkan telah menarik perhatian KAFA dengan aksi pertama beliau ketika perlawanan persahabatan menentang Songkla FC.Beliau adalah penjaring tunggal ketika Kelantan kalah kepada Songkla 3-1.

Tak berniat kasari lawan

Oleh Mohd Nor Asri Yaacob, Harian Metro 
“SAYA tidak berniat mengasari pemain lawan, cuma semangat untuk menang membuatkan saya bermain lebih agresif,” kata pemain pertahanan Kelantan, Mohd Daudsu Jamaludin.
Dia akur dengan keputusan pengadil yang ‘menghadiahkan’ kad merah kepadanya dalam perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia menentang Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam kelmarin.

11 Okt 2011

Nafeez buat hal lagi

Entah dimana silapnya Kelantan terpaksa menanggung derita ekoran tindakan 'panas' dari pengadil perlawanan Mohd Nafeez dari Johor yang telah 'menghadiahkan' tiga kad merah kepada Kelantan dan dua kad merah lagi kepada pasukan Terengganu.Pengadil ini pernah mengadili perlawanan Kelantan dan Terengganu dalam saingan akhir Piala FA lalu dan sekali lagi di beri tanggungjawab mengadili perlawanan panas ini.

10 Okt 2011

Pertembungan hangat Terengganu-Kelantan

KOTA BHARU - Pertemuan dua jaguh pantai Timur, Terengganu dan Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada suku akhir pertama Piala Malaysia hari ini bakal menarik ribuan penyokong kedua-dua pasukan.

6 Okt 2011

Diari 7 Oktober 2011

Pemilihan pemain untuk rancangan relaliti tv Soccerkids musim ke -4 :

Tempat : Padang Maktab Sultan Ismail
Hari : Jumaat