31 Jan 2011

Tolonglah KAFA!!!

 Gambar Ihsan TRW@facebook TSAM
Insiden balingan objek serta mercun ketika perlawanan Kelantan menentang Selangor di Shah Alam tempohari menceritakan tentang sikap segelintir penyokong Kelantan yang masih lagi berdegil serta keras hati dan hudoh peel perangainya.
Penulis merasa terpanggil untuk menulis artikel ini kerana sayangkan pasukan Kelantan yang sedang meningkat naik setelah mengalahkan Selangor sabtu lalu.Apa salahnya kalau kita bersopan sedikit,sekurang-kurangnya cuba tinggalkan peel hudoh kita itu dirumah.

Jika Kelantan digantung serta tidak boleh bermain di gelanggang sendiri sudah pasti KAFA yang tak bersalah akan menerima padah serta penyokong setia yang peel perangainya comel tidak dapat lagi menyaksikan aksi pemain-pemain Kelantan di Gelanggang keramat,Stadium Sultan Muhammad ke-IV.

Sebelum ini KAFA telah banyak 'menderita' kerana sikap segelintir penyokong tak bertamadun ini,insiden ini juga telah  melondehkan kantung KAFA yang hanya bergantung harap pada jualan tiket semata-mata.

Oleh itu pada perlawanan seterusnya janganlah kita bersikap pentingkan diri sendiri dan jadikan Stadium tempat melepaskan geram.Fikirkanlah keselamatan orang lain kerana mercun tidak ada mata atau telinga...ianya boleh terkena sesiapa sahaja termasuk tuan punya diri.

Fikir dulu sebelum buat!!!

p/s : Bendera Politik jugok jangan bawak..kalu raso nok bawok sangat...bawok bendera politik negara lain atau bendera negara lain...

Pemain Kelantan tambah semangat

SHAH ALAM – Bukan mudah untuk menewaskan Selangor yang beraksi di gelanggang sendiri, namun tugasan itu berjaya dilaksanakan Kelantan apabila membenam ego skuad Red Giants 2-0 dalam aksi perlawanan sumbangsih, kelmarin.

Orang paling gembira dengan kejayaan itu sudah tentu jurulatih baru Kelantan, Datuk M. Karathu yang membuktikan kepulangannya di bumi Kelantan seakan-akan memberikan tuah dengan menghadiahkan trofi pertama Kelantan pada perlawanan pembuka tirai Liga Malaysia.

Tanpa berselindung, Karathu yang pernah membimbing Kelantan pada tahun 1993 mengakui kejayaan itu akan melonjakkan motivasi pemainnya dalam memburu kejuaraan Liga Super pada musim ini memandangkan Selangor antara pencabar utama dan merupakan juara bertahan.


‘‘Menang ke atas Selangor di tempat lawan bukan satu perkara yang senang dan saya amat gembira kerana kami meraih tiga mata pada perlawanan pertama liga.

‘‘Selain menjuarai trofi Piala Sultan Ahmad Shah buat kali pertama, saya dapat rasakan kemenangan ini akan memberikan motivasi buat pemain untuk memburu kejuaraan Liga Super,” kata Karathu selepas berakhir perlawanan, kelmarin.

Kelantan yang lebih dikenali dengan jolokan Red Warriors menang menerusi jaringan Norshahrul Idlan Talaha menerusi jaringan penalti seawal minit kelapan dan sepakan percuma di minit ke-84 oleh Mohd Badhri Mohd. Radzi.
Kemenangan itu melebarkan rekod tanpa kalah Kelantan ke atas Selangor kepada lima pertemuan.

Terengganu akan menjadi lawan kedua Kelantan dalam saingan Liga Super pada perlawanan yang dijadualkan esok di Stadium Sultan Mohamed IV.

Walaupun pada awal musim ramai meramalkan Kelantan akan pincang di bahagian sayap selepas ketiadaan Indra Putra Mahayuddin dan Mohd. Nor Farhan Muhammad, sangkaan itu ternyata meleset sama sekali.

Aksi K. Soley (Solihin Kanasian) serta bekas pemain Johor FC, Mohd. Nurul Azwan Roya menggantikan dua pemain sayap itu jelas memukau pada perlawanan berkenaan dan tidak keterlaluan untuk mengatakan Kelantan mampu melangkah lebih jauh pada musim ini.

Perkara itu dinyatakan oleh Karathu sendiri yang memuji persembahan kedua-dua pemain itu yang menjadi nadi kepada jentera serangan Kelantan.

‘‘Walaupun masih baru, kedua-dua mereka tidak menunjukkan sebarang permasalahan untuk bermain dengan baik dan kehadiran mereka akan banyak membantu Kelantan melangkah maju ke hadapan.

‘‘Saya harap mereka berdua dan pemain lain boleh mengekalkan momentum yang sama dalam setiap perlawanan yang kita akan harungi selepas ini,” ujarnya.

Dipetik dari utusan.com.my

30 Jan 2011

Tapi AMAT sedih melihat perangai penonton membaling botol dan bawa bendera parti. Kes semalam sudah pasti KAFA didenda lagi. Saya anggap yang bawa bendera dan baling objek adalah mereka yang sengaja nak sabotaj KAFA dan pasukan.
- Tan Sri Annuar Musa

Bagaimana nak mendidik segelintir penyokong kita yang bersikap sedemikian? Tok Guru pun pernah berpesan agar tidak membawa bendera parti ke dalam stadium ketika perlawanan bolasepak. Mungkin kita tidak boleh hanya serahkan mereka ini kepada pihak polis untuk mengambil tindakan, kita sebagai penyokong boleh juga mengambil tindakan agar imej penyokong TRW tidak selalu tercemar.

Info mengenai menyimpan dan memiliki mercun
mereka yang memiliki barangan haram ini boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 4(2) Akta Bahan Letupan 1957 dengan membawa hukuman penjara maksimum 5 tahun atau denda RM10,000.00 atau kedua-duanya sekali.

Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967, bagi kesalahan membawa barang terlarang tanpa permit, dan sabit kesalahan pesalah boleh dihukum denda minimum 10 kali ganda nilai barang terlarang yang dibawanya atau penjara tiga tahun.

boleh ditahan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1967 kerana memiliki bunga api dan mercun dan juga boleh disiasat mengikut Seksyen 135 (d) Akta Kastam 1967 kerana menyimpan barang larangan.


Kelantan juara Astro Piala Sumbangsih 2011

Keputusan Penuh :

Kelantan 2 - 0 Selangor.
(Shahrul mnt 8 pen,Piya mnt 75)

Pemain Terbaik Perlawanan :
Khairul Fahmi Che Mat(Penjaga gol)

Kelantan akhirnya berjaya merobek gawang Selangor dalam aksi pembuka tirai liga super 2011 malam tadi.Kejayaan membenam Selangor digelanggang lawan mengesahkan Kelantan menjulang Piala Sumbangsih untuk pertama kalinya dalam sejarah.

Apa yang mencuri tumpuan adalah kehebatan pemain-pemain yang baru dibeli Kelantan terutamanya Nurul Azwan Roya yang telah membuktikan bahawa beliau adalah pemain berbisa dalam liga super tahun ini.Memiliki larian pantas serta sering berjaya memperdaya barisan pertahanan Selangor dan berjaya menghasilkan penalti untuk Kelantan pada minit ke-tujuh perlawanan setelah dijatuhkan dalam kotak penalti.

Apek juga bertindak cemerlang walaupun hampir-hampir ditewaskan oleh Amri dengan tandukan kebelakang yang mengelirukan,mujurlah Daudsu berada diposisi yang betul dengan mengeluarkan bola tersebut.Apek ternyata bertidak cemerlang malam tadi sambil dibantu kekentalan barisan pertahanan yang diketuai Rizal Fahmi,Daudsu,Farisham dan Zairul Fitri.

Barisan tengah Kelantan juga banyak memberi sumbangan kepada kejayaan Kelantan malam ini dengan Shakir dan Piya begitu rajin membantu serta memberikan lorongan cantik bagi menghasilkan gol untuk Kelantan.

Sekalung tahniah kepada seluruh pemain yang berjaya memadamkan ego Selangor malam tadi yang mnyaksikan mereka kecundang di gelanggang sendiri dan kemenangan ini seharusnya dijadikan momentum bagi perlawanan-perlawanan yang akan datang.

Nantikan kehadiran ribuan tentera-tentera merah di SSMIV ketika betemu Terengganu selasa ini.Kami dibelakang anda The Red Warriors.

GOMO KELATE GOMO!!!

29 Jan 2011

Kelantan harap momentum berulang

KELANTAN berharap meneruskan momentum kejayaan menjulang Piala Malaysia musim lalu dengan mengatasi Selangor pada perlawanan merebut Piala Sultan Ahmad Shah malam ini yang juga antara tujuh perlawanan pembukaan Liga Super 2011.

Kapten The Red Warriors, Mohd Badri Radzi berkata, mereka mahu mencari kemenangan pada perlawanan itu bagi memastikan rentak pada saingan Liga Super dikecapi secepat mungkin.
“Pada musim lalu kami mencatatkan keputusan seri dengan Terengganu pada perlawanan pertama dan seterusnya menjadi naib juara Liga Super. Tahun ini kami akan memberikan aksi terbaik untuk mencari kemenangan pertama terutamanya pada aksi di Stadium Shah Alam,” katanya yang kembali diberi tanggungjawab sebagai kapten pasukan selepas ketiadaan Indra Putra Mahayuddin yang berhijrah ke T-Team.

Tambah pemain tengah itu, semangat rakan sepasukan turut membara dengan situasi yang menimpa pasukan itu namun tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan jurulatih baru, Datuk M Karathu malah bekas jurulatih Perak itu mungkin menerapkan corak permainan dilaksana bekas jurulatih, B Sathianathan.

“Kami juga memperoleh kombinasi terbaik dan tahap permainan di kalangan pemain selepas mengharungi lebih 10 perlawanan persahabatan termasuk perlawanan terakhir ketika mengatasi Perlis 2-0 sebelum ini,” katanya.

Kelantan yang dijangka turun dengan sokongan puluhan ribu peminat bakal menyandarkan harapan kepada dua pemain yang dianggap antara nadi kemenangan skuad kebangsaan di Piala Suzuki AFF tahun lalu iaitu penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat dan penyerang lincah, Norshahrul Idlan Talaha.

Malah, benteng pertahanan The Red Warriors turut diperkuat dengan kembalinya pemain berpengalaman, Wan Rohaimi Wan Ismail selain dua pemain sayap K Soley dan Nurul Azwan Roya yang digandingkan dengan beberapa pemain muda berbakat seperti Mohd Nizab Ayub dan Ramzul Zahini Adenan

Piala Sumbangsih 2011 : Selangor vs Kelantan

 Gambar : D5 Sports

Saksikan pertembungan terhebat pembuka tirai liga super 2011 Kelantan bertemu Selangor di Stadium Shah Alam hari ini.

Sama-sama kita doakan kejayaan pasukan kita,The Red Warriors semoga satu piala lagi dapat dibawa ke bumi Kelantan ini.

Barisan kemungkinan : Khairul Fahmi, Farisham, Rizal Fahmi,Daudsu(Wan Rohaimi), Badri Radzi,Shakir, K.Soley, NorShahrul,Azwan Roya,Ramzul Zahini(S.Chanturu), Danial Fadly

27 Jan 2011

Karathu ganti Sathianathan


TEKA-TEKI mengenai siapa yang bakal menggantikan B. Sathianathan selaku ketua jurulatih The Red Warriors akhirnya terjawab.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengumumkan Datuk M. Karathu dilantik sebagai ketua jurulatih yang baru berkuatkuasa semalam.

Annuar memberitahu perkara itu dalam satu temu bual dengan sebuah stesen televisyen swasta di Kuala Lumpur semalam.

Menurut beliau, Karathu yang merupakan bekas jurulatih skuad Seladang musim 2008-2009 akan mula melatih Kelantan hari ini bagi menghadapi saingan Liga Malaysia.Tugas pertama Karathu musim ini ialah bertemu Selangor pada perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Sementara itu, Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan (Kelate.net) menyambut baik perlantikan tersebut.

Presidennya, Marhasim Mat berkata, pihaknya menaruh kepercayaan dan yakin dengan kemampuan yang ada pada jurulatih berkenaan.

"Lagipun beliau pernah membimbing Kelantan pada tahun 1994 dan membantu pasukan kita mara ke perlawanan separuh akhir Piala Malaysia pada tahun tersebut.

"Saya berharap beliau dapat meneruskan legasi kejayaan yang telah dibentuk oleh bekas jurulatih Sathianathan," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Tambahnya, kelab tersebut meminta penyokong setia The Red Warriors menerima pelantikan tersebut dan percaya bahawa pihak pengurusan telah membuat pilihan yang terbaik untuk pasukan.

Selasa lalu, Jawatankuasa Rayuan FAM mengekalkan keputusan menggantung Sathianathan selama enam bulan dan denda RM20,000 kerana bersalah mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan.

Dia didapati bersalah kerana memberi kenyataan kepada media berhubung pemilihan stadium tuan rumah bagi perlawanan Perlis dan Terengganu ketika saingan Liga Super musim lalu. 

Sathianathan memulakan tugas sebagai Ketua Jurulatih Kelantan pada 23 September 2009 selepas mengambil alih jawatan tersebut daripada bekas pengendali West Ham United dan Persija Balik Papan, Peter James Butler.

Bersama Kelantan, dia membantu Kelantan melakar sejarah dengan memenangi Piala Malaysia buat kali pertama sekali gus menamatkan penantian selama 89 tahun.

Oleh Yatimin
Kosmo

Patah tumbuh hilang berganti

Selepas Kem Kelantan dan penyokong-penyokong setianya digegarkan ekoran keputusan FAM mengantung tidak bertali ketua jurulatih B.Sathianathan,Kelantan hari ini akan menerima jurulatih baru iaitu Dato M.Karathu.

Difahamkan Karathu akan tiba di Kota Bharu jam lapan pagi hari ini dan dijemput oleh Sathia sendiri di lapangan terbang.Karathu bukanlah asing bagi skuad Kelantan kerana pernah melatih Kelantan pada tahun 1993dan kini sekali lagi bersama Kelantan bagi memperkuatkan pasukan bagi saingan liga Malaysia yang bakal bermula sabtu ini.

Walaupun Kelantan mendapat jurulatih baru, khidmat Sathia masih diperlukan kerana Sathia telah membentuk pasukan ini dari mula lagi dan masa terlalu suntuk bagi Karathu untuk mengubah corak permainan yang telah diterapkan oleh Sathia.Kelantan dijangka akan ke Shah Alam jumaat ini dan M.Karathu hanya mempunyai satu hari sahaja untuk 'mengenali' pemain-pemain.

Penyokong-penyokong Kelantan begitu mengharapkan keajaiban dari jurulatih berpengalaman ini bagi membentuk pasukan yang benar-benar mantap serta dapat memberikan saingan dalam kancah liga super tahun ini.

Bagi penyokong-penyokong Kelantan tindakan FAM yang mengantung B.Sathianathan seolah-olah ingin membalas dendam terhadap Sathia dan ingin menguburkan karier beliau.Terima kasih tak terhingga kepada pihak KAFA terutamnnya TSAM kerana telah memberikan jawatan baru kepada Sathia kerana mengenang jasa beliau kepada pasukan Kelantan.
'JasaMu Tetap Ku Kenang Abe Ya'....




25 Jan 2011

KAFA lantik Sathianathan sebagai CEO kejurulatihan

KOTA BAHARU, (Bernama) - Malaysia Cup champion Kelantan has appointed coach B. Sathianathan as the Kelantan Football Association's (KAFA) Chief Executive Officer (CEO) for coaching.

The move by KAFA is seen as a slap in the face for the Football Association of Malaysia (FAM) that had earlier suspended Sathianathan for six months and later rejected his appeal.

Through the appointment announced by KAFA president Tan Sri Annuar Musa, Sathianathan would be in charge of the technical aspects of coaching and responsible for guiding and grooming talented players.
"Although we have lost him as the head coach at a time when the team needed him most due to our preparations for the M-League season-opening Charity Shield, we still need Sathinathan's services.

"Today we appointed him (Sathianathan) as the CEO for coaching and responsible for all coaching aspects that does not come under FAM's jurisdiction," he told reporters after receiving RM200,000 pledged by the state government, here today and attended by Kelantan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"We accept FAM's decision but taking proactive measures to ensure that he can continue to offer his services KAFA," he said.

He added that since Sathianathan would not be able to coach Kelantan, KAFA would look out for another coach to fill his place.

Meanwhile, Sathianathan said he would use whatever avenue available to make another appeal on his six-month ban by FAM.

Sathianathan was suspended for speaking against the association's policy as the coach was quoted as saying that it was unfair to allow T'Team to play their away game against Perlis in Kuala Terengganu.

bernama

Bojan Hodak atau Peter Butler

Setelah ketua jurulatih Kelantan B.Sathianathan digantung tak bertali oleh FAM selama 6 bulan kelantan cuba menghidupkan peluang dalam liga super dengan mengambil jurulatih baru.Tiba-tiba nama bekas jurulatih Kedah dan Harimau Muda Azrai Khor menjadi sebut-sebutan untuk mengantikan B.Sathianathan. 

Kini nama Bojan Hodak dan bekas jurulatih Kelantan Peter Butler disebut-sebut sebagai penganti kerusi panas ini.Peter Butler sememangnya sudah sinonim dengan Kelantan kerana pernah menjadi jurulatih Kelantan pada tahun 2008 kerana mengantikan Norizan Bakar.

Bojan Hodak pula bekas jurulatih MyTeam suatu ketika dahulu dan lebih dikenali sebagai tetamu jemputan di Astro.Terpulang kepada KAFA serta pemain untuk memilih kedua-dua jurulatih ini kerana kedua-dua mereka mempunyai kelebihan tersendiri.

B.Sathianthan pula akan dilantik sebagai penasihat untuk pembangunan bolasepak di Kelantan setelah 'kehilangan kerja' gara-gara keputusan berat sebelah FAM.

Bagi penyokong Kelantan,siapakah yang menjadi pilihan?Peter Butler atau Bojan Hodak...

info tentang bojan hodak : klik

24 Jan 2011

Minta Semua Penyokong Bertenang

TRW info :
Pihak KAFA memohon jasa baik semua penyokong Kelantan untuk bertenang dan tidak terus menyebar khabar angin mengenai perletakan jawatan B. Sathianathan melalui sms mahupun internet. Nantikan pengumuman rasmi atau sidang media daripada Tan Sri Annuar Musa. Terima Kasih

Respon Awal TSAM di Facebook (Pukul 2ptg): Tan Sri Annuar Musa
Saya amat DUKACITA..APAKAH SATU KEBETULAN SETIAP KALI KEJUARAAN NAK BERMULA TEAM KITA TERBEBAN DGN PELBAGAI MASAALAH BERAT?..masyaallah..apa pun minta bertenang..Sathia belum meletak jawatan..kita tunggu pemakluman resmi FAM...

Respon TSAM di Facebook (Pukul 3ptg):
Patah sayap bertongkat paruh,patah parut bertongkat dagu...tertiarap makan debu,trlentang meminum embun....lawan tetap lawan,mengalah tidak sekali2...pantang kito anok Klate..MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH...GOMO TETAP GOMO...set kito tidak Akan pecoh!!nanti la mung!!!

Respon TSAM di Facebook (Pukul 5ptg):
YA BARU SEBENTAR TADI SY MENERIMA SURAT RESMI FAM MEMAKLUMKAN JK RAYUAN MENGEKALKAN HUKUMAN JK DISIPLIN TERHADAP SATHIA YAITU PENGGANTUNGAN 6 bulan DARI 24 jan-23 july...ini bermakna meliputi sepanjang liga super Dan piala FA 2011..Saya memanggil meat pengurusan tergempar malam ini dan akn membuat kenyataan resmi esok di pej SUK KELANTAN JAM 12.t Kaseh

Kritik FAM: Sathianathan letak jawatan

KUALA LUMPUR 24 Jan. - Jurulatih Kelantan, B. Sathianathan meletakkan jawatan berkuatkuasa serta merta selepas Jawatankuasa Rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan mengekalkan hukuman enam bulan terhadap bekas jurulatih kebangsaan itu.

Dia sebelum ini didapati bersalah oleh Jawatankuasa Disiplin FAM ekoran melemparkan kritikan kepada Jawatankuasa Pertandingan Tempatan yang dipengerusikan Datuk Che Mat Jusoh mengenai jadual perlawanan T-Team pada saingan Liga Super musim lalu. - Utusan

p/s:tidak ada guna lagi B.Sathianathan berada dalam skuad Kelantan kerana tempoh pengantunggan selama 6 bulan adalah terlalu lama dan ini merugikan pasukan...tapi jika benarlah ini keputusan B.Sathianathan satu lagi episod malang terjadi keatas skuad Kelantan.
Harapan kami agar FAM dapat mengurangkan hukuman ini kerana kesalahan yang dilakukan tidaklah setimpal dengan hukuman yang diterima...Kejam!!!

Happy penaja utama Kelantan

ANNUAR (kanan) diperkenalkan kepada pemain Kelantan pada majlis menandatangani tajaan di Kota Bharu semalam.

KELANTAN melengkapkan persiapan untuk mengharungi Liga Super musim 2011 dengan mengumumkan penaja-penaja yang akan bersama pasukan itu dengan syarikat jenama prabayar Happy sebagai rakan kongsi dan penaja utama dengan tajaan bernilai jutaan ringgit.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa memberitahu, selain Happy, enam lagi penaja, Al-Hamra Group, TRW Station, Umbro, Al-Jabbar, Sinar Harian dan Yusmira Trading turut bersama-sama memberikan sumbangan dalam usaha mengukuhkan lagi dana The Red Warriors.

Menurutnya, dengan adanya penajaan ini terutama beberapa syarikat yang dipelopori anak jati Kelantan ini mampu menaikkan semangat pasukan Kelantan yang pastinya berdepan cabaran hebat untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi sebelum ini.

"Saya tidak bercadang untuk mendedahkan jumlah keseluruhan penajaan ini tetapi ia cukup memberi suntikan baru kepada KAFA dan pasukan Kelantan yang pastinya berdepan cabaran hebat untuk musim baru bola sepak tempatan.

"Happy bukan sekadar penaja utama untuk pasukan Liga Super Kelantan tetapi sebagai rakan kongsi dalam program pembangunan akar umbi bola sepak Kelantan dengan penubuhan pusat, klinik dan karnival bola sepak serta liga bawah umur," katanya ketika ditemui pada majlis menandatangani dokumen penajaan oleh semua penaja selain memperkenalkan jersi Kelantan untuk musim 2011 bersama logo penaja di Pusat Dagangan Kelantan, Kota Bharu semalam.

23 Jan 2011

Singgah ke Stadium Sultan Muhammad IV

Selepas menghadiri Majlis Kesyukuran The Red Warriors 2011, sempat kami singgah menjenguk keadaan Stadium Sultan Muhammad IV. Kerja membaiki rumput masih lagi giat dilakukan.






Rindu rasanya untuk kembali berada di bangku penyokong menonton perlawanan dan aksi TRW

KAFA rai pengantin baru,rakan facebook dan Kelab penyokong di KTC

Sebentar tadi KAFA mengadakan majlis meraikan pengantin baru,rakan facebook dan Kelab Penyokong di dewan utama Kelantan Trade Centre.Majlis ini diadakan atas inisiatif presiden KAFA,Tan Sri Annuar Musa yang mengumumkan melalui facebooknya.

Empat pemain Kelantan yang baru bergelar pengantin baru diraikan iaitu NorShahrul,Farisham,shakir dan Khairul Izuan diraikan pada majlis tersebut.

Pada majlis tersebut jersi baru Kelantan diperkenalkan lengkap dengan penaja utama iaitu Happy,Umbro,Al-Hambra,Yusmira Trading,Al-Jabbar serta Warriors.

Penyokong-penyokong yang hadir di hadiahkan cenderamata oleh KAFA











KAFA anjur anugerah website penyokong terbaik

Tan Sri Annuar musa mengumumkan dalam facebook beliau akan memberikan anugerah kepada website penyokong.Dalam kenyataanya melalui facebook kelmarin,beliau mahu rakan-rakan facebook memberikan cadangan website atau fan page yang ingin diberi pengiktirafan tersebut. 

Antara website yang disenaraikan dalam facebook beliau adalah trwfmradio.blogspot.com, kelatefc.blogspot.com, wawanfaiza.blogspot.com, kelantanfa, orekelate89.blogspot.com, kelantan the red warriors 2011 fan page, kelantanfamilychatrollfamily.blogspot dan  ultras kelantan.

Kami berbesar hati kerana TSAM mengadakan anugerah ini kepada penyokong-penyokong yang membina website atau blog bagi memberikan info serta berkongsi apa jua bahan seperti gambar-gambar bagi tatapan penyokong-penyokong TRW yang tidak berkesempatan melihat perlawanan atau aktiviti yang dianjurkan KAFA.

Hadiah dan ganjaran bukanlah matlamat sebenar kami membina blog kelatefc ini,sebaliknya kerana cintakan bolasepak Kelantan dan ingin memeriahkan dunia siber serta berkongsi-kongsi maklumat serta pandangan tentang bolasepak Kelantan dengan penyokong-penyokong setia.

Sedar tidak sedar Kelantan adalah yang teramai mempunyai website atau blog penyokong di Malaysia ini dan tidak dapat ditandingi oleh mana-mana penyokong lain hatta penyokong Selangor sekalipun.


Jika rakan-rakan penyokong ingin berkongsi dan memberikan cadangan website,blog atau fan page bagi anugerah atau pengiktrafan ini kelatefc mengalu-alukan rakan-rakan mencadangkannya melalui komen diblog ini dan Insya Allah akan di panjangkan ke 'Wall' facebook TSAM.

18 Jan 2011

Khas buat segelintir penyokong Kelantan

Artikel ini diambil dari blog Rizal Hashim yang menyentuh tentang segelintir penyokong-penyokong Kelantan yang marahkan beliau kerana mengeluarkan artikel panas dalam Rembat-Kosmo

Tengok...sebelum Piala Suzuki AFF dah lama Rembat tampilkan Apek dan Matyo...ini menjelang final Piala Malaysia...tapi takde pun peminat Kelantan ucap terima kasih pun...

Entry ini sebagai reaksi kepada beberapa penyokong Kelantan yang mencemuh dan memaki hamun aku dalam wall facebook aku. Mugo Nopak misalnya menghantar mesej dalam inbox xxxx to rizal hashim!!! think u r so good and better than every one else!!! self proclaimed sports journalist my foot!!! baso gong!!! gilo babi!!! anak haramm!!!!DjBig E Trwfm pula mengirim posting ini dalam wall FB aku - saudara RIZAL HASHIM, blogers sukan yang KONONYA tersohor, sila minta maaf secara terbuka kpd semua penyokong bola sepak,pengurusan pasukan,YB Takiyudin dan semua rkyt KELANTAN ats artikel anda dlm sisipan REMBAT KOSMO yg berbaur hasutan kenegerian. ULTRAS KELANTAN - TRM - alamak, kat sekolah dulu tak belajar ke Bahasa Malaysia standard...jadi disambut pula dengan
Penyokong Kelantan Fa
kawe suko kelih (tengok) demo kecek ( bercakap ) dale tv tapi rupanya demo anti kelate Muhammad Rizal Hashim biarlah nok buat lagumano...dio silap cuit ore la nih.ore kelate kalu ore wat baik dio balas 10 kebaikan tapi kalu wat jahat so dio balas 10 kejahate


EyiEz Eusoff Mohd penulisan bersifat peribadi! Sekali lg salam jari tengah untuk rizal! Hahahak

Wawan Faiz Bagi kawe, saudara Rizal ni bukan anti-Kelate atau gapo. Dio ni bloger sukan yang bebas. dia juga ore kafe sukan. kawe lamo doh kenal dio nieh. dulu time dio duk puji kelate melambung dlm kafe sukan, naikkan nama kelate menerusi rembat kosmo, xdop sapo napok. time dio bidas Drama Misbun, pahtu kes ni ramai plop nak marah ko dio. tapi bab isu ni kawe xpasti bakpo dio oyak gitu. kalu nak kata dia anti kelate, xtepat sbb dulu dio sokmo backup kelate.

Memang betul orang kita ni mudah lupa!

Nampak tak kepala tajuk KEMUNCAK KEPERKASAAN HULUBALANG MERAH....eh silap, patutlah diaorang tak faham, aku tulis bahasa Perancis...I'm sorry...patutlah peminat Kelantan tak ucap terima kasih...I'm sorry...I'm sorry (intonasi ikut macam budak raja lawak tu, kebetulan dari Kelantan)

Previu Rembat menjelang final Piala Malaysia...kelebihan buat Kelantan...I'm sorry, aku tulis dalam bahasa Sepanyol...yang faham Xavi, Iniesta dan Sandro Rosell saja...I'm sorry...

Kenapa aku pilih Kelantan dalam bahasa Jerman

Kelantan ke final dalam bahasa Urdu

Kasihan Sathia dalam bahasa Tamil

entah amende tah dalam bahasa Mandarin

Kepada mereka yang bermama seperti Ultras Kopites, Mugo Nopak, DjBig E Trwfm, tidak pula tag gambar-gambar di atas iya? Setinggi-tinggi tahniah kerana berjaya mencerminkan mentaliti kalian!

Kepada rakan-rakan facebook yang add aku kerana disebabkan aku blogger ke, selalu keluar tv ke, terima kasih atas sokongan. Aku approve saja, tanpa mengira korang ni sengaja nak maki aku atau tidak. Yang tidak setuju dengan aku, sila delete diri masing-masing sebelum aku delete korang eh.

Aku sentiasa bersikap terbuka dalam menerima kritikan. Masalahnya, ramai yang tidak boleh dikritik, khususnya penyokong fanatik yang buta hati, buta sejarah buta segala-galanya. Bila sedikit silap, dibesar-besarkan, bila buat betul, langsung satu hun pun tak de pujian. Konon 10 kali buat baik, belahlah.

Aku cabar kauorang kalau nak berdiskusi, biar ada kelas sikit la...sikit pun takpe...tahulah u all bertaraf dunia...ketiga.

Khas buat Zarn Reyes dan Wawan Faiz, terima kasih kerana kalian peminat yang terdidik.

Bawah ni artikel yang buat diaorang mengamuk sakan.

Habis madu sepah dibuang

TIDAK lama selepas Muhammad Hafiz Hashim disambut sebagai wira lengkap dengan tengkolok sesudah menamatkan penantian 37 tahun untuk menjuarai kejohanan badminton Seluruh England pada 2003, penulis menasihatinya agar berpestalah selagi boleh.

Ini kerana budaya kita cepat lupa sumbangan dan jasa seseorang individu, sama ada dia seorang politikus, ahli sukan atau kakitangan kerajaan berpangkat besar.

Kepada setiap anggota skuad negara yang menjulang Piala Suzuki AFF Disember lalu hingga diraikan oleh Jemaah Menteri, nikmatilah pesta ini. Hari ini kita hero, esok barangkali kembali jadi zero.

Jadi dalam kita asyik mendongak ke langit, memandang bintang, merenung bulan, usah lupa bumi dipijak, rumput nan hijau.

Kepada pemimpin-pemimpin yang menumpang glamour anak buah K. Rajagobal, jangan sekali-kali ingat kejayaan itu dapat menyembunyikan hakikat kelemahan pengurusan bola sepak tempatan serta program pembangunan seluruh negara yang masih banyak cacat-celanya.

Misalnya, Perak mengambil khidmat bekas jurulatih kebangsaan, Norizan Bakar, sedangkan Raja Azlan Shah Raja Soib masih terikat dengan kontrak. Nasib jurulatih, semalam dipuji, hari ini dikeji.

Begitu juga dengan nasib Indra Putra Mahayuddin, Norfarhan Muhammad dan Azizi Matt Rose, tiga serangkai yang mengharumkan nama Kelantan tetapi tahun ini berhijrah ke T-Team.

Ada ugutan menggantung dan mengenakan denda terhadap mereka kerana kononnya perpindahan itu tidak mengikut prosedur. Yang tukang adu Tan Sri Annuar Musa dari Kelantan, yang menerima aduan Datuk Takiyuddin Hassan, juga orang Kelantan.

Jadi hati-hati, jangan ada sentimen kenegerian. Sebab itu dulu Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar nasihatkan semua pemegang jawatan dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) agar letak jawatan di peringkat negeri.

Siapakah yang akan melindungi kepentingan pemain jika pegawai ibarat durian, mereka umpama mentimun? Penulis cukup benci kalau pemain jadi mangsa keadaan.

Juga apa sudah jadi kepada Jawatankuasa Tabung Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim?

Selepas sibuk bermain futsal dengan belia-belia kita, elok juga YB Muar ini menjadikan jawatankuasa itu sebagai wadah merevolusi bola sepak peringkat akar umbi. Usahlah sekejap ke Slovakia, sekejap ke Everton, ditemani pegawai-pegawai yang hendak makan angin saja!

Dalam pada itu, penulis adalah antara tiga warga Malaysia yang terbabit dalam proses undian Anugerah FIFA Ballon d’Or. Selaku jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal memilih Andres Iniesta, Xavi dan Mesut Ozil, manakala kapten Norhafiz Zamani Misbah mengundi Xavi, Wesley Sneijder dan Carles Puyol.

Penulis pula memilih Sneijder, Xavi dan Diego Forlan. Sebagai perbandingan, jurulatih Oman, Claude Le Roy, memilih Iniesta, Sneijder dan Forlan. Bos Perancis, Laurent Blanc, mengundi Xavi, Sneijder dan Iniesta. Teraju England, Fabio Capello pula, memilih Iniesta, Xavi dan Maicon.

Jika bersandarkan undian media saja, Sneijder, arkitek di sebalik kejayaan treble Inter Milan selain menyumbat lima gol membantu kemaraan Belanda ke final Piala Dunia, mencatat 7.7 peratus, mengatasi Iniesta (7.53 peratus) dan Xavi (5.96 peratus).

Begitulah bola sepak, tiada formula yang tepat, tiada satu-satu dasar yang sempurna. Bola sepak Malaysia juga jauh daripada sempurna. Mungkin hanya Lionel Messi menghampiri kesempurnaan.


Rizal

Dalam analisis terakhir, puak-puak ni lebih kurang sama la dengan golongan penyokong Indonesia yang gelar Malaysia malingsia dan pelbagai kata nista. Puak ni jugak agaknya yang bergaduh dengan penyokong Selangor hari tu... 

p/s : apa komen penyokong-penyokong Kelantan setelah membaca artikel ini???

17 Jan 2011

Annuar bidas pemain langgar etika

Oleh TAN MING WAI
tan.mingwai@utusan.com.my

BANGI – Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa kesal dengan sikap segelintir pemain yang mengejar tawaran gaji tinggi sehingga sanggup melanggar etika dan peraturan yang ditetapkan.

Tegas beliau yang juga Presiden Bola Sepak Kelantan (KAFA), perbuatan sedemikian sekiranya dibiarkan berleluasa tanpa dikawal, maka ia akan membawa kepada kejatuhan bola sepak di negara ini. “Pemain-pemain yang tidak beretika dan tidak bertanggungjawab seharusnya dikenakan tindakan sebagaimana dikenakan terhadap sesebuah kelab yang tidak mematuhi peraturan.

“Kalau sesebuah kelab boleh digantung kerana kegagalan membayar gaji, KWSP(Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dan lain-lain kepada pemain, maka pemain juga perlu berdepan tindakan seperti itu,” katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 150 penyokong Red Warrior di sini semalam.

Annuar hadir untuk merasmikan Kedai Sukan Al Jabbar Sport Dot Com, yang merupakan cawangan sulungnya di Jalan 8/35, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi di sini.

Mengulas lanjut isu yang sama, Annuar turut membidas para pegawai kelab atau persatuan bola sepak juga tidak menghiraukan etika dalam cara mereka memancing pemain untuk menyertai pasukan masing-masing.

“Kita sebelum ini sudah ada buat pekeliling dan dihantar kepada semua pasukan lain bagi memaklumkan senarai pemain yang kita gugur.

“Namun ada juga pasukan yang tidak mempedulikan pekeliling tersebut dan membuat tawaran kepada pemain-pemain kami, tanpa diketahui KAFA,” jelasnya yang tidak menamakan pemain-pemain terbabit, namun sudah menjadi pengetahuan umum bahawa yang dirujuk beliau adalah tiga pemainnya iaitu Indra Putra Mahayuddin, Nor Farhan Mohamad dan Azizi Mat Rose.

Bagaimanapun, Annuar turut menegaskan, beliau mengambil berat isu ini bukan kerana ia menimpa KAFA semata-mata, tetapi ia merupakan masalah serius yang juga membelenggu Kuala Lumpur dan Selangor.

“Mengikut peraturan 10.5 FAM, usah nak kata berpindah, berunding pun tidak boleh melainkan dengan pengetahuan persatuan,” jelas beliau.

Sementara itu, Annuar memberitahu, KAFA telah menyiapkan afidavit berhubung dakwaan tiga pemainnya ‘dicuri’ pasukan lain, untuk diserahkan kepada FAM hari ini.

Patuhi peraturan

KELAB Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.Net) berharap tiada lagi insiden buruk berlaku antara penyokong The Red Warriors dan Selangor pada perlawanan pembukaan Liga Super 2011 bagi merebut Piala Sumbangsih di Stadium Shah Alam, 29 Januari ini. 

Presiden, Marhashim Mat berharap insiden ketika perlawanan suku akhir Piala Malaysia tahun lalu tidak berulang sekali gus menjaga nama baik bola sepak tempatan.

“Saya ingin menyeru semua penyokong sama ada Kelantan ataupun Selangor supaya mengikut peraturan ditetapkan. Hadirlah ke stadium dengan penuh semangat kesukanan,” katanya ketika ditemui selepas perasmian kedai peralatan sukan, Al Jabbar Sports Dot Com, petang semalam.

Menurutnya lagi, insiden pergaduhan penyokong tidak sepatutnya berlaku lagi kerana sebelum ini semua peminat bola sepak negara bersatu memberi sokongan kepada skuad kebangsaan yang memenangi Piala Suzuki AFF buat kali pertama, Disember lalu.

Kijang perlu masa

Oleh Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my

KEHILANGAN mengejut tiga tonggak utama pada musim lalu masih dirasai juara Piala Malaysia 2010, Kelantan walaupun saingan Liga Super hanya berbaki dua minggu lagi untuk bermula.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa mengakui perkara itu dengan menjelaskan jurulatih skuad itu, B Sathianathan masih memerlukan masa untuk membentuk keserasian yang mantap di kalangan beberapa pemain muda bagi menggalas tugas pada musim ini.


Terbaru, skuad The Red Warriors itu tewas 1-0 kepada Kedah di Stadium Darulaman, Alor Setar pada aksi persahabatan Sabtu lalu selain beberapa keputusan yang tidak memberangsangkan sebelum ini.

“Walaupun sudah ada peningkatan, kesan yang ditinggalkan tiga pemain iitu masih dirasai,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan kedai peralatan sukan, Al Jabbar Sports Dot Com, petang semalam.


Kafa kehilangan tiga pemain iaitu Indra Putra Mahayuddin, Norfarhan Muhammad dan Azizi Mat Rose yang bertindak menyertai T-Team musim ini walaupun dilapor masih mempunyai kontrak dengan skuad The Red Warriors itu yang seterusnya membuat aduan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).


“Kami akan menghantar afidavit hari ini bersama asas aduan dan dokumen seperti yang diminta FAM. Saya juga difahamkan pemain turut diberi peluang sama untuk memberikan alasan dan keputusan akhir hanya akan diketahui 26 Januari ini yang diputuskan oleh Jawatankuasa Status Pemain,” katanya.Menurut Annuar lagi, tuntutan Kafa adalah kerana merasakan perpindahan tiga pemain itu tidak mengikut peraturan ditetapkan.


“Saya mahu kelab, pemain dan pegawai mempunyai satu perasaan bertanggungjawab dan beretika terhadap peraturan sekiranya ingin memajukan bola sepak tempatan ke peringkat lebih tinggi,” katanya yang juga timbalan presiden FAM.

Terdahulu Annuar menerima tajaan berjumlah RM200,000 daripada Al Jabbar Sports Dot Com untuk skuad The Red Warriors pada musim ini.


“Penajaan ini pastinya akan menyuntik semangat kami untuk terus mencapai kejayaan,” katanya yang turut menjelaskan penaja utama skuad itu akan diumumkan pada Ahad ini dengan nilainya mencecah RM2 juta.

16 Jan 2011

Stadium The Red Warriors dibaiki


AZMAN (dua dari kanan) bersama Sathianathan meninjau kerja-kerja membaik pulih permukaan padang di Stadium Sultan Muhammed Ke IV, Kota Bharu semalam.



HASRAT peminat ‘tegar’ The Red Warriors untuk menyaksikan pasukan mereka terus beraksi di Stadium Sultan Muhammed Ke IV, Kota Bharu menjadi kenyataan apabila stadium tersebut kini dalam proses pemulihan dan menaik taraf fasiliti.

Selain itu, masalah lampu limpah sebelum ini yang tidak memenuhi spesifikasi sehingga hampir menyebabkan Kelantan terpaksa beraksi pada sebelah petang juga sedang dalam proses baik pulih dan akan disiapkan dalam tempoh terdekat ini.

Pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim memberitahu, kerja-kerja menaik taraf dan pemulihan stadium terutama melibatkan padang sedang dilakukan dan mungkin akan siap dalam tempoh seminggu lagi.

Menurutnya, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan Perbadanan Stadium mendapat kerjasama dari segi kepakaran memulihkan padang daripada dua kelab golf iaitu Kelab Golf dan Desa Kelantan dan Kelab Diraja Darulnaim.

“Setakat ini keadaan semakin baik dan cuaca juga menyebelahi kita. Kerja-kerja dilakukan secara berterusan untuk memastikan semua berada dalam keadaan baik.

“Buat masa ini kerja-kerja menebuk lubang untuk pengaliran udara sedang dijalankan dan kita akan menabur pasir sebelum kerja-kerja membaja dilakukan. Kita akan tunggu rumput tumbuh dan akan dipotong sebelum fasa terakhir meratakan padang dilakukan,” katanya ketika ditemui semalam.

Tambahnya, pekerja-pekerja yang terlibat sedang bertungkus lumus melakukan proses penambahbaikan termasuk kerja menanam semula rumput bagi memastikan stadium tersebut dapat digunakan pada perlawanan melibatkan pasukan Kelantan pada 1 Februari ini.

Katanya, selain daripada padang, kerja-kerja membaik pulih serta penambahbaikan lampu limpah stadium sedang dijalankan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi memastikan tahap cahaya lampu menepati spesifikasi yang diperlukan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

“Insya Allah, dengan peruntukan yang diberikan oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan Perbadanan Stadium, kerja-kerja menaik taraf lampu sudah diluluskan dan statusnya adalah perlu dilakukan dengan segera dan kerja-kerja sedang dijalankan.

“Cuma masalah melibatkan kabel memerlukan masa yang lebih panjang, mungkin dalam dua atau tiga minggu. Namun, apa yang penting kita akan pastikan pencahayaan stadium mencapai tahap minimum 800 lux seperti kehendak FAM dan kemudiannya pihak stadium akan memastikan ia akan lebih baik iaitu melebihi 1000 lux,” ujarnya.- www.kosmo.com.my

9 Jan 2011

Perlawanan persahabatan TRW 2011

Update : Perubahan lokasi perlawanan persahabatan


Kelantan vs Pulau Pinang

Hari : Selasa

Tarikh : 11.01.2011

Masa : 4.45 petang

Tempat : Padang Maktab Perguruan Kota Bharu,Pengkalan Chepa

*lokasi dan masa perlawanan tertakluk keada perubahan KAFA

8 Jan 2011

Kelantan umum skuad 25 pemain

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) mengumumkan senarai penuh 25 pemain yang akan menggalas cabaran skuad The Red Warriors (TRW) bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini di Kota Baharu, semalam.


Senarai pemain Kelantan itu diumumkan dalam satu majlis memperkenalkan Pasukan TRW 2011 dan Pelancaran Jersi serta Kad Keahlian TRW yang diadakan di KB Mall, Kota Bharu, petang semalam.

Hadir sama Pengerusi kelab bola sepak Cardiff City, Datuk Chan Tien Ghee, Pengerusi Jawatankuasa Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fattah Mahmood dan Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia merangkap Ahli Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Takiyuddin Hassan.

Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata, tahun ini skuad Kelantan berazam mengejar tiga kejuaraan yang dipertandingkan selain mempertahankan Piala Malaysia yang dimenangi musim lalu.


“Kita akui persiapan pasukan sedikit terjejas musim ini kerana kehilangan beberapa tonggak yang berhijrah namun Ketua Jurulatih, B Sathianathan memberi jaminan bahawa Kelantan musim ini menjadi lebih kuat berbanding musim lalu,” katanya.

“Memandangkan penjaga gol utama, Khairul Fahmi Che Mat mungkin akan dipanggil kerap menjalani latihan bersama skuad kebangsaan, maka kita memutuskan memanggil kembali penjaga gol veteran, Mohd Halim Napi kembali perkuatkan pasukan.

“Walaupun Negeri Sembilan, T-Team, Selangor dan KL Felda United FC menambahkan kekuatan masing-masing, saya percaya jaminan Sathianathan bola sepak tempatan tahun ini,” katanya.

Menurut Annuar, Kafa akan menjalinkan kerjasama dengan tokoh perniagaan dan pemilik kelab bola sepak yang beraksi dalam divisyen satu di England iaitu Datuk Chan Tien Ghee dalam membangunkan bola sepak di negeri ini

“Beliau rasa teruja sambutan ditunjukkan peminat bola sepak di sini. Kita mahu kemeriahan di sini dapat menyamai apa yang berlaku di Cardiff City.

“Saya juga akan meminta beliau membantu kita mereka bentuk sebuah stadium baru. Kita boleh mempelajari dengan apa yang dilakukan beliau terhadap kelab Cardiff City untuk diadaptasikan di sini. Beliau juga berterima kasih kepada penaja seperti UMBRO, :Sinar Harian:, Yusmira Trading dan Al-Jabbar yang terus setia menaja Kelantan pada musim ini,” katanya.

Kafa turut mempamer Piala Malaysia, Piala Emas Raja-Raja selain replika Piala AFF Suzuki dimenangi skuad kebangsaan. SinarHarian

7 Jan 2011

Majlis memperkenalkan pemain TRW 2011 meriah

Petang tadi berlangsungnya majlis memperkenalkan pemain-pemain TRW 2011 kepada peminat-peminat di ruang legar perkarangan kmpleks membeli belah KB Mall.

Kemeriahan dapat dilihat apabila pemain-pemain dibawa menaiki bas untuk ke KB Mall sambil diiringi oleh kelab pemilik perodua viva kelantan.


Setibanya di KB Mall peminat-peminat yang telah menunggu hampir dua jam akhirnya dapat melihat wajah-wajah pemain yang bakal mewakili jersi panas Kelantan untuk musim ini.

Majlis memperkenalkan pemain ini disaksikan oleh tetamu kehormat iaitu pemilik kelab Cardiff City,Datuk Chan dan isteri serta penaja-penaja utama Datuk  Yusmira yang mewakili Yusmira Trading dan wakil dari Sinar Harian.Kelantan juga mendapat tajaan dari penaja baru iaitu Al-Jabbar yang juga dimiliki oleh orang Kelantan.



Dalam Majlis tersebut Tan Sri Annuar Musa membuat pengumuman gembira kepada penyokong-penykong setia Kelantan apabila menyatakan hasil perbincangan dengan kerajaan negeri yang diwakili oeh Yb Fatah dan Yb. Takiyuddin Kelantan mendapat jaminan akan bermain pada sebelah malam.Kerajaan negeri berjanji untuk memperbaiki kemudahan infrastruktur terutamanya yang melibatkan lampu limpah Stadium.

TSAM juga menjelaskan isu tiga pemain yang ‘belot’ baru-baru ini belum lagi selesai dan telah dipanjangkan kepada bahagian jawatankuasa pertandingan yang diketuai oleh Datuk Takiyuddin.

Khairul Fahmi ternyata menjadi perhatian terutamanya gadis-gadis sunti yang ingin berkenalan dan sanggup berasak-asak untuk bergambar dengan beliau.Penangan Piala Suzuki ternyata telah melonjakkan namanya sehinggakan ramai gadis-gadis yang tergila-gilakan beliau.

Tiga piala dipertontonkan kepada peminat yang hadir iaitu Piala Malaysia,Piala Suzuki(Replika) dan Piala Emas Raja-Raja 

Sesi Pengenalan Pemain TRW di KB Mall






Pengganti penyarung jersi nombor 10 dan 23











6 Jan 2011

Tujuh pasukan main pada waktu petang


LAMPU limpah di Stadium Sultan Muhammed IV di Kota Bharu antara yang tidak memenuhi piawaian Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). - Gambar hiasan


SAINGAN Liga Super 2011 yang akan bermula 29 Januari depan bakal menyaksikan tujuh daripada 14 pasukan bertanding terpaksa bermain pada sebelah petang untuk aksi di gelanggang sendiri.
Kelantan, Terengganu, T-Team, Johor FC, Perak, Harimau Muda A dan Sabah adalah tujuh pasukan yang terlibat kerana lampu di stadium yang mereka gunakan untuk aksi di tempat sendiri tidak mencapai tahap pencahayaan minimum 800 lux seperti yang ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Ia melibatkan enam stadium iaitu Stadium Sultan Muhammed IV (Kota Bharu), Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (Kuala Terengganu), Stadium JCorp (Pasir Gudang), Stadium Perak (Ipoh), Stadium MBPJ (Kelana Jaya) dan Stadium Likas (Kota Kinabalu).
Penolong Setiausaha Agung FAM, Ahmad Fuad Daud yang juga Ketua Jabatan Pertandingan FAM berkata, perlawanan pada sebelah petang akan kekal dilaksanakan di enam venue tersebut andai pemeriksaan kedua esok tetap dengan keputusan negatif.
“Pada pemeriksaan pertama yang telah kita lakukan pada 20 Disember lalu, pencahayaan lampu limpah di keenam-enam stadium ini didapati gagal mencapai tahap minimum 800 lux.
“Jadi kita minta mereka atasi kekurangan tersebut jika mereka tetap mahu bermain pada sebelah malam dan pemeriksaan kedua akan dibuat pada 7 Januari (esok).
“Hasil pemeriksaan kedua akan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) pada 10 Januari ini dan keputusan akhir akan dibuat selepas itu,” kata Ahmad Fuad ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Jika venue-venue terbabit masih gagal melepasi tahap minimum itu, maka aksi tempat sendiri bagi Kelantan, Terengganu, T-Team, Johor FC, Perak dan Harimau Muda A musim ini akan berlangsung pukul 4.45 petang manakala Sabah pada pukul 4.15 petang.
Namun andai melepasi tahap minimum 800 lux itu, mereka akan dibenarkan kembali beraksi pada sebelah malam.
Baki tujuh pasukan lain yang tidak menghadapi masalah untuk beraksi pada waktu biasa iaitu pukul 8.45 malam ialah Selangor, Kuala Lumpur, Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis dan Felda United.
Aksi Liga Super 2011 bakal berlangsung setiap Selasa dan Sabtu dengan perlawanan sulungnya pada 29 Januari depan manakala perlawanan ke-26 (terakhir) dijadual pada 30 Julai depan.
Hanya satu perlawanan berlangsung sepanjang Januari, empat perlawanan Februari, dua perlawanan Mac, sembilan perlawanan April, lima perlawanan Mei, tiga perlawanan Jun dan dua perlawanan pada Julai.

5 Jan 2011

Majlis memperkenalkan pemain TRW 2011

Tempat : Ruang legar KB Mall
Hari : Jumaat
Tarikh : 7 Januari 2011
Masa : 3.30 Petang
Aktiviti : Memperkenalkan pemain-pemain baru,Jersi baru serta panaja-penaja TRW musim 2011

Tetamu kehormat : Pemilik Cardiff City dan Isteri

*Tertakluk kepada perubahan dari KAFA

4 Jan 2011

Temubual Eksklusif SokerLeaks Bersama Khairul Fahmi Che Mat


Gua dapat assignment daripada boss SokerLeaks untuk buat temubual dengan pemain panas Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat. Dengan menggunakan kabel bawah tanah yang ada, gua berjaya dapatkan nombor henpon beliau. Tanpa ragu-ragu gua sms Khairul Fahmi Che Mat untuk buat temujanji. SMS dibalas selepas 30 saat. Sungguh pantas! Beliau bersetuju untuk ditemubual oleh gua dan kami menetapkan tarikh mengikut persetujuan beliau. Ikuti temubual bersama Khairul Fahmi Che Mat eksklusif untuk semua pembaca SokerLeaks.

SokerLeaks: Apa khabar lu sekarang? Masih berada di awang-awangan atau dah stabil?
Khairul Fahmi: Alhamdulillah gua sihat. Sekarang masih dalam mood teruja dan gua tak tahu bila nak habis feel ni. Tapi menang AFF Piala Suzuki hari tu memang paling pure dia punya feel.

SokerLeaks: Ok, sebelum gua teruskan, lu nak gua cakap KL ke nok kawe kecek Kelate?
Khairul Fahmi: Cakap KL pun gua takde hal tapi kalu demo reti kecek Kelate koho molek, sedak sikik. (Cakap KL pun gua takde hal tapi kalau lu reti cakap loghat Kelantan lagi syok)

Untuk memudahkan pemahaman lu orang seme, gua translate temubual dalam loghat Kelate tersebut ke cakap KL! KL y'all!

SokerLeaks: Ok, soalan intro. Macam mana lu boleh berkenalan dengan cik Jejari Runcing?
Khairul Fahmi: Gewe gua orang KL kalau nak tahu, urban bro. Le ni stadi kat Kelantan dan kami saling mengenali beberapa tahun sudah melalui kawan. Sekarang hubungan gua dengan dia dah masuk 1 tahun 4 bulan 3 minggu. 143 beb! Maksud dia I Love You! Hehehe..

SokerLeaks: Sape mengorat sape?
Khairul Fahmi: Gua yang mengorat dia sebab gua rasa dia punya love kat gua memang true. Masa takde sorang pun orang luar yang kenal gua sebagai pemain bola sepak, dia dah kenal dan minat gua sebagai player bola. Daripada situ cinta gua dengan dia berputik dan berbuah. Ceewaaaah!

SokerLeaks: Eleh, makwe lu ada kat sebelah kemain lagi lu punya jawapan, nak jaga hati letteww! (kata gua sambil jelir lidah :D)
Khairul Fahmi: Eh, tak la. Semua jawapan gua tadi memang true dari lubuk hati gua yang dalam. Gua profesional beb. Jawapan gua pun profesional. Cewaaahh lagi!

SokerLeaks: Ok lah kalau macam tu. So, BM dapat berapa masa SPM?
Khairul Fahmi: Dapat kredit.

SokerLeaks: Kredit tu berapa?
Khairul Fahmi: Entah, serius gua dah tak ingat. Tapi sebagai anak Melayu tulen, gua tak fail BM, ok la tu kan?

SokerLeaks: Ambik aliran sains ke sastera time SPM?
Khairul Fahmi: Erm..erm..rahsia.

SokerLeaks: Sebagai anak jati Kelate lu memang terer speaking kelate, macamana pulak cakap luar?
Khairul Fahmi: Cakap KL? Sikit-sikit tu boleh la.

SokerLeaks: Ha, cuba la cakap sikit.
Khairul Fahmi: Saye pandai cakap KL sebab makwe saye orang KL dan kawan-kawan saya ramai jugak dari KL, so its not a problem for me...well, you know me (jawab KFCM sambil mengangkat sedikit bahu dan menelengkan kepalanya sedikit ke kanan)

SokerLeaks: Perghh..mantap! Suka pergi clubbing?
Khairul Fahmi: Gua jawab pendek je, tak.

SokerLeaks: Ok, syukur. Itu gua suka. Penyanyi yang paling lu minat sape?
Khairul Fahmi: Amy Search, sebab suara dia meletop, true rocker! Dia pun member baik dengan tok guru kita, so lagi gua suka.

SokerLeaks: Apa pulak band pujaan lu?
Khairul Fahmi: Gua memang minat dengan Search, tak ada lain.

Sokerleaks: Lu minat Search sebab lu minat Amy?
Khairul Fahmi: Tak lah, gua minat Search sebab memang Search bagus, legend tu beb! Amy naik pun sebab Search, so memang gua true dengan Search.

SokerLeaks: Apa pendapat lu tentang kemerosotan Chelsea secara mendadak?
Khairul Fahmi: Gua tak follow sangat BPL, so gua tak tau nak komen. Gua harap, belilah player power-power dan mahal-mahal lagi. Kalau nak player murah tapi power, carilah kat Malaysia..keh keh keh.

SokerLeaks: Kalau pernah, ringan-ringan ke atau berat-berat?
Khairul Fahmi: Mu gilo ko gapo tanyo soale lagu ni? ( Apa gila tanya soalan macam ni?)

SokerLeaks: Mu nok jawak ko tok se? (Lu nak jawab ke tak ni?)
Khairul Fahmi: Ok, kawe jawak. Dok rajeng! (Ok, gua jawab. Tak pernah, tak pernah!)

SokerLeaks: Alhamdulillah, Sokerleaks tumpang bangga dengan taraf keterunaan lu. Keep it up bro! Erm, lu memang nak main posisi kiper ke?
Khairul Fahmi: Masa kecik dulu ada jugak try main posisi lain. Tapi bila dah serius main bola, sejak daripada sekolah rendah gua dah start main kiper sampai sekarang. Terima kasih buat semua coach yang pernah latih dan ajar gua selok-belok ilmu nak jadi kiper ni. Jasa diorang seme sampai bila-bila pun akan gua kenang.

SokerLeaks: Ok, soalan ni ramai juga nak tahu, suka tak sultan bola?
Khairul Fahmi: Mestilah sukaaaa. Banyak jasa dia kepada bola sepak negara. Sekarang ni Harimau Malaya naik balik pun atas usaha gigih dan kesabaran dia.

SokerLeaks: Ok cukup. AJL nanti lu harap sape menang?
Khairul Fahmi: Gua harap dan gua rasa Black akan menang, tak pun Faizal Tahir.

SokerLeaks: Lu minat dengan Black?
Khairul Fahmi: Minat gilerrr bro!

SokerLeaks: Rajagopal kalau marah selalu kuar ayat mencarut ape?
Khairul Fahmi: Rajagopal tak mencarut, dia marah macam biasa je.

SokerLeaks: Selalu kena tengking?
Khairul Fahmi: Kena tengking tu dah biasa sangat. Ni bukan game orang pondan stok tak boleh kena tengking. Kena tengking tu yang buat kami jadi kuat dan semangat.

SokerLeaks: Pagi-pagi dengar Hot FM ke Sinar FM?
Khairul Fahmi: Dua-dua gua dengar.

SokerLeaks: Aiseh! Jawapan jangan la nak diplomatik sangat bro.
Khairul Fahmi: Eh mana ada, memang gua dengar dua-dua, tukar-tukar channel.

SokerLeaks: Yela, yela, gua buat-buat percaya. Erm, sape striker kat Malaysia yg paling lu gerun?
Khairul Fahmi: Of course la Mat Yo (merujuk kepada Norshahrul Idlan Talaha).

SokerLeaks: Takkan sorang tu je?
Khairul Fahmi: Lagi sorang Indra, sebab shooting dia mantap.

Sokerleaks: Lu layan Raja Lawak?
Khairul Fahmi: Layan, apesal?

SokerLeaks: Apa harapan lu terhadap Raja Lawak musim baru?
Khairul Fahmi: Gua harap lawak musim baru nanti lagi bagus dan mantap daripada yang sebelum ni. Yang sebelum ni dah bagus dah, tapi kalu ada lagi bagus tu lagilah bagus. Apa kebenda yang aku cakap ni? Ah macam tu la, buat lawak-lawak lagi padu la.

SokerLeaks: Apa rahsia paha lu putih melepak? Ada pakai bedak sejuk kat paha sebelum tidur?
Khairul Fahmi: Kah kah kah! Paha ni melepak sejak azali, takde rahsia apa-apa. Tak caye, tanyalah bapak gua. Dia tengok paha gua dari kecik dulu lagi. Apa barang main bedak sejuk! Hahaha

SokerLeaks: Dulu lu rambut panjang macam Yakuza, kemain lagi tau! Erm, menyesal tak potong rambut?
Khairul Fahmi: Tak menyesal la, sebab masa gua botak kepala tu pun tahun 2009, masa tu sebab nak pergi umrah.

SokerLeaks: Oh, alhamdulillah, sejuk perut gua dengar.
Khairul Fahmi: Ada rezeki nanti insyaAllah gua nak naik haji pulak.

SokerLeaks: Alhamdulillah, sejuk perut gua dengar.
Khairul Fahmi: Dan kalau ada rezeki dan sampai jodoh, insyaAllah gua nak bina mesjid.

SokerLeaks: Alhamdulillah, sejuk perut gua dengar.
Khairul Fahmi: Hahaha, dari tadi sejuk perut, nak sejuk sangat letak ais batu la brader. Hahaha

Suasana hening seketika, cengkerik berlagu riang. Gua togok air mineral sejuk beberapa teguk.

SokerLeaks: Alhamdulillah, ini baru betul-betul sejuk perut gua. Ok, kita sambung, apa perancangan kerjaya lu dalam tempoh 5 tahun?
Khairul Fahmi: Kalau ada rezeki kelab luar negara panggil, gua memang nak main luar. Kalau dalam liga Malaysia setakat ni rasanya gua nak setia dengan Kelantan. Tapi tu la, semua bergantung pada keadaan.

SokerLeaks: Kami geng SokerLeaks rate lu punya perfomance 8/10. Lu puas hati dengan perfomance sekarang?
Khairul Fahmi: Gua rate diri sendiri 6/10. Gua muda lagi, sumpah banyak lagi nak kena belajar. So, kalau gua teruskan dengan progress sekarang, insyaAllah gua nak kejar rate 9.5/10, barulah tip top. Nak dapat 10 tu tipu sangat la kan?

SokerLeaks: Haah tipu tak agak-agak la kalau nak rate 10/10 tu. Lu suka makan budu?
Khairul Fahmi: Nate apo tanyo oghe kelate suko make budu ko dok, feveret tu boh! (Apa gila tanya orang Kelantan suka makan budu ke tak, itu feveret gua tu bro!)

SokerLeaks: Lu kenal Hanis Zalikha?
Khairul Fahmi: Kenal, blogger femes tu bro!

SokerLeaks: Dia cantik tak?
Khairul Fahmi: Hehehehe..bodoh punya soalan.

SokerLeaks: Kikiki. Lu tahu tak Nora Danish pernah tweet 'sweetheart XOXO' pasal lu, suka?
Khairul Fahmi: Biasela, mestilah gua suka. Nora Danish kemain top lagi tweet macam tu untuk gua, sape tak suka? Tapi gua profesional. Secara personal memang takde lebih-lebih la..ermmm..dok tahu la..hahaha.

SokerLeaks: Ok cukup. Nanti bangga tak sudah Nora Danish kalau cerita pasal dia lebih-lebih. Erm, apa respond lu pasal ada orang yang buat page facebook benci lu punya makwe?
Khairul Fahmi: Gua malas nak amik port, gua buat tak tahu je. Makwe gua pun steady je, tak de hal la. Tak penting pun kan? Makwe gua bukan buat salah apa pun. Tapi gua harap-harap kalau boleh tu tak payahla. Kalau nak teruskan jugak, go ahead!

SokerLeaks: Selama ni ada niat atau berangan nak carik awek artis?
Khairul Fahmi: Takde la. Sape la gua ni nak ngorat artis. Tapi kalau artis-artis Hollywood tu ok jugak rasanya. Hahaha. Tapi tu la, memang takde gua berangan nak usha artis.

SokerLeaks: Tak beragak pulak lu punya jawapan, takpe, gua doakan yang bagus-bagus untuk lu. Sape artis wanita paling diminati dalam negara?
Khairul Fahmi: Kalau pelakon tu gua minat gila babi dengan Fauziah Nawi, dia ni bawak watak mak-mak memang kelas! Kalau bawak watak sedih-sedih pulak confirm berhantu. Gua respek gila dengan dia. Kalau penyanyi pulak gua pilih Dato' Siti sebab..ahh, sape tak tahu kehebatan dia? Takyah la gua explain lagi.

SokerLeaks: Sekarang lu pakai kereta apa?
Khairul Fahmi: Sekarang pakai kete Kancil je bro.

SokerLeaks: Itu sebelum nama lu naik, sekarang nama dah naik, gaji pun takyah tipu la kalau tak naik sama. Sekarang rezeki dah meletup ni takkan tokse tukar kereta?
Khairul Fahmi: Gua rasa tak lagi. Buat masa ni gua plan nak beli kereta untuk mak bapak gua dulu. InsyaAllah nanti-nanti kalau ada rezeki lebih gua tukar la kancil tu jadi bapak kancil.

SokerLeaks: Wow, sungguh mithali juga lu ni brader. Lu hisap rokok?
Khairul Fahmi: Dulu hisap jugak, tapi dah lama berenti. Iya la, nak jadi sportman kena elak benda-benda tu kalau nak karier bertahan lama.

SokerLeaks: Cewaaahh! Kemain lagi semangat. Rasa-rasa semangat macam ni boleh simpan lama tak? Ke hangat-hangat chicken shit je?
Khairul Fahmi: InsyaAllah gua jaga apa yang patut. Main bola ni periuk nasi gua sekarang sampai gua hujung karier, so benda-benda yang tak patut tu gua akan cuba elak.

SokerLeaks: Apa komen lu pasal fans Indon yang kata Malaysia malingshit apa semua tu?
Khairul Fahmi: Gua tak heran la benda tu. Kalau nak ikut masa kat Indo hari tu lagi teruk kena maki dengan orang-orang sana. Gua pun tak tahula nak cakap apa, pada gua kalau kita kalah, terimalah dengan hati terbuka. Tapi kalau nak kutuk-mengutuk jugak macam tu, terpulanglah.

SokerLeaks: Nak cerita pasal orang sana memang 3 hari punya surat khabar pun tak habis. So gua pun rasa lantak diorang lah. Yang penting kita dapat piala, ye dak?
Khairul Fahmi: Ye sangat la tu, itu yang paling penting.

SokerLeaks: Lu tahu tak lu ada peminat-peminat gay kat luar sana, so apa pesanan lu kepada diorang?
Khairul Fahmi: Terus terang gua cakap yang gua ni lurus, macam pembaris. Gua tak minat lelaki sama jenis. Tapi kalau dah suka tu tak boleh la gua nak larang.

SokerLeaks: Lu pernah pakai seluar dalam lebih 3 hari?
Khairul Fahmi: Tak pernah. Lebih 2 hari pun tak pernah. Sebab tiap-tiap hari gua tukar spenda 3 kali.

SokerLeaks: Wow! Gila babi betul?
Khairul Fahmi: Hahaha. Iya la, gua kan training bola, so kena la tukar 2-3 kali sehari. Logik la tu bro.

SokerLeaks: Make sense, tak terpikir pulak gua. Ok, apa pasukan luar negara yang lu sokong?
Khairul Fahmi: Gua peminat setia Bayern Munich. BPL gua tak layan sangat. La Liga pulak gua sokong Barcelona.

SokerLeaks: Real Madrid?
Khairul Fahmi: Tak berapa, sebab rival Barcelona.

SokerLeaks: Cis, gua fan Real derr, terasa gua. Takpe, so team BPL mana yang paling lu rasa cap ayam dan paling lemau macam beskot masuk angin?
Khairul Fahmi: Macam gua cakap tadi gua tak berapa layan BPL, tapi daripada apa yang gua tengok, gua pilih Liverpool sebagai team paling Ayam Brand. Jersi tu pun elok tukar daripada 'Standard Chartered' jadi 'Standard Ayam'. Kah kah kah! (kemain lama lagi KFCM gelak masa ni, gua tunggu je bila nak habis).

SokerLeaks: Ok dah letteww gelak. Gua nak tanya soalan lain pulak ni.
Khairul Fahmi: Hehehehe, tak tahan bro. Lawak, lawak.

SokerLeaks: Ok cukup. Lu pernah kentot masa game?
Khairul Fahmi: Ada.

SokerLeaks: Huraikan.
Khairul Fahmi: Iya la, time game rasa nerves tu memang tak boleh nak elak. Jadi kadar angin yang nak keluar tu pun mesti bertambah. So, kalau gua rasa nak kentot tu gua kentot je la. Bukan orang tau pon. Hahaha.

SokerLeaks: So game lepas ni kalau gua tengok lu sengih sorang-sorang kat pintu gol masa tak kena serang tu gua dah boleh agak yang mesti lu tengah kentot itu jam. Ok?
Khairul Fahmi: Takdok hal boh! (Takde hal la bro!)

SokerLeaks: Ok, soalan last daripada kami. Apa perancangan peribadi lu?
Khairul Fahmi: Plan nak tunang dengan cik jejari Runcing tapi kena tengok jadual kerja. Iya la, dia pun lagi setahun setengah nak habis belajar. Gua malas nak kacau stadi dia. Gua tunggu dia habis stadi dulu.

SokerLeaks: Jap, kemain setia dan yakin sekali gua tengok statement lu tu.
Khairul Fahmi: Bro, gadis ni la yang follow gua dari bawah. Masa gua main Piala Presiden dulu dia dah kenal gua. Masa gua tak tahu gua nak naik macam sekarang lagi dia dah sapot gua, apa nak lagi?

SokerLeaks: Ok kemas! Gua mewakili pihak SokerLeaks ucapkan tahniah lagi sekali atas kejayaan itu hari dan atas kecemerlangan lu jaga gawang gol negara kita. Pesanan daripada gua, kalau ada rezeki tu kahwin la cepat, ramai gadis tengah que kat luar sana tu. Kang tak pepasal jadi macam kes Mawi, haru derr!
Khairul Fahmi: Terima kasih bro. InsyaAllah benda yang baik tu akan ditunjukkan jalan daripada tuhan.


Pihak SokerLeaks sangat teruja dengan sikap jatuh ke bumi Khairul Fahmi. Kami doakan kejayaan anda dalam karier. Semoga dapat terus meneraju kejayaan Harimau Malaya hingga terubat sakit dan kepingin peminat bola sepak tanahair untuk kejayaan yang seterusnya. Teruskan progress anda, kami akan sentiasa menyokong!

Disclaimer: Temubual di atas bukan rekaan semata, ianya pure daripada tekak pengulas, tekak KFCM dan keyboard SokerLeaks. Semuanya hasil temubual yang berlangsung selama lebih kurang 30 minit pada 2/1/2011 daripada pukul 12.40 tengahari hingga 1.10 tengahari.

p/s : Apek salah sorang pemain bolasepak Malaysia yang sporting dan tahu pasal isu semasa
credit : SokerLeaks