28 Sep 2010

Soley bersemangat jalani latihan

KOTA BHARU – Bekas pemain tengah Perlis, K Soley kini mula dapat menyesuaikan diri setelah menjalani latihan bersama skuad bola sepak Kelantan sejak pertengahan bulan ini.

“Sepanjang hampir dua minggu menjalani latihan di bawah kendalian Ketua Jurulatih, B Sathianathan saya tidak menghadapi sebarang masalah. Saya kini bersemangat dan dapat menyesuaikan diri dengan corak latihan yang diterapkan.

“Bagaimanapun, saya kini dalam proses cuba menyesuaikan diri dengan corak latihan skuad Kelantan sedikit demi sedikit. Sudah pasti saya memerlukan sedikit masa untuk mempelajari kombinasi serta membentuk persefahaman bersama rakan sepasukan yang lain.

“Begitu pun, sebagai pemain profesional, saya mengikuti segala perancangan yang diatur oleh jurulatih. Bagi saya, mana-mana jurulatih adalah sama sahaja. Yang membezakan mungkin taktikal masing-masing,” katanya.

Soley berkata, walaupun tidak berpeluang membantu Kelantan dalam kempen TM Piala Malaysia yang berlangsung sekarang, tetapi itu tidak mematahkan semangatnya untuk melihat pasukan Kelantan melangkah jauh dalam saingan kali ini.

“Sedikit terkilan kerana tidak dapat membantu Kelantan. Mungkin ada hikmahnya. Persediaan hari ini (latihan yang diikutinya) bagi memastikan tahap kecergasan saya tidak menurun di samping sebagai persiapan menghadapi musim depan.

Soley berkata, dia memuji kerjasama dan semangat yang ditunjukkan rakan sepasukannya walaupun dia masih baru menyertai skuad The Red Warriors.

“Kerjasama serta komitmen yang ditunjukkan rakan sepasukan juga cukup baik. Mereka sentiasa memberi sokongan kepada saya sepanjang menjalani latihan.

“Saya juga tidak menghadapi masalah menyesuaikan diri tinggal di sini. Suasana persekitaran lebih kurang sama dengan di Kangar,” katanya yang kini menyewa di Pasir Hor.

Bekas pemain tengah Perlis itu, menjadi pemain pertama mengesahkan tempat dalam senarai skuad Kelantan musim depan, setelah mengikat kontrak selama dua tahun untuk bermain bersama Kelantan hampir dua bulan lalu. - Sinar Harian

27 Sep 2010

Komen positif penyokong setia Kelantan

Anonymous said...

ur right mr sathia.....u dah buat kerja u,selebihnya adalah tggjawab pemain2.juara bkn dtg dlam masa singkat,cuba lihat prestasi kelantan 3thn ni..setiap thn ada kemajuan...ciri2 juara dah ada.dr premier lig,super lig(naib juara fa & p.malaysia)&2010-naib juara super lig(target P.Malaysia thn ni).kelantan dah berada jauh d depan.cuma nasib x baik je utk last game ni...kombinasi pemain pun dah terbaik.x salah nak komen tp biarla komen tu manfaat kat pasukan kelantan.baik buruk pun negeri kito.pda mr sathia bersabarla,,,kekadang ore kelate ni panas bilo ngomel bilo maroh,tp sebenarnya baik..dlm malaysia ni satu2nya sukan yg melambangkan 1 malaysia adalah bolasepak.rasa bangga bilo ada 2/3 ore kaum lain dlm team kelate..boleh belejar hidup dlm masyarakat kelate yg berbudi bahasa.mr sathia,,anda dah sampai ke tahap ni jgn la pulok biarkan anak2 didik anda terkapai2 berjuang utk teruskan saigan p malaysia.buktikan,bawa piala malaysia thn ni ke kelate.biar nama anda ada dlm sejarah negeri kelate.go sathi go....saya sentiasa mengikuti perkembangan anda...!!11!


samad said...

ye betul tu,mmugo ni keno slow2 baru buleh hasil..panas 2 panas jugok la tp jange lebih2 sapa ore takut nok latih puok2 kito..ccuda lari takut kenoo timbuk..tp sathia dah lakukan yang terbaik tuk kelate..xke dio nok tgk sek diri kaloh..sumbak mmolek jurulatih g2..buleh wat baloh tu..nok mene sokmo gak latih sediri la..tu pun belum tetu lg mene..go more sathia go more sapa cawat kotew...bia bercawat dale pade..huuhuhu..beyehhhh sekk kitooww "JuPo TeGur, JaNge PeCoH"

jazry7875 said...

kpado set klate kito....jgan cpt putus asa...bui sathia masa sampai habis game piala malaysia...pahtu kito nilai balik...tp kawe rasa prestasi sathia wat maso loni kira 80% berjaya.mungkin ado 2/3 masalah hok jd beban ko dio...biasala...

26 Sep 2010

Saya dah jadi macam orang Kelantan-Sathia

B.Sathianthan
KOTA BHARU – Segalanya sedikit mengendur.Pertemuan dari hati ke hati di antara jurulatih dengan para pemain Kelantan sedikti sebanyak dapat merungkaikan permasalahan yang mungkin membelenggu pasukan Kelantan sepanjang mempamerkan aksi hambar dalam saingan pusingan pertama peringkat kumpulan A, TM Piala Malaysia yang berlangsung sekarang.

Ketua Jurulatih Kelantan, B Sathianathan berkata, pertemuan itu diadakan bertujuan membincangkan segala permasalahan yang mungkin berlaku sekiranya ianya wujud didalam skuad Kelantan sekarang

“Saya beritahu kepada semua pemain, semua peminat Kelantan marah diatas aksi buruk itu. Saya yang menanggung akibatnya dan bukan mereka. Memang peminat tidak boleh disalahkan dalam hal ini. Mereka (peminat) berhak menyuarakan sedemikian,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

“Para pemain menyedari kesilapan lalu, mereka mengakui tidak bermain sebagai satu pasukan dan aksi mereka tidak seperti mana dalam saingan Liga Super lalu. Mereka berjanji berjanji akan bangkit mencipta kemenangan ke atas Negeri Sembilan

“Saya cabar mereka untuk membawa pulang tiga mata dari Paroi. Jadi kita tunggu kesudahannya pada pada 3 Oktober nanti.

Sementara itu, Sathianathan turut melahirkan perasaan terkilan di atas komen negatif bersifat perkauman yang ditulis segelintir peminat Kelantan didalam laman sembang sosial.

“Saya kecewa dengan situasi itu. Perkara sedemikian tidak harus terjadi. Anak saya sendiri membaca komen tersebut dan beliau meminta saya meletak jawatan. Apakah perlu saya berbuat demikian (meletak jawatan). Saya masih rasional dan tidak mudah emosi.

“Saya dah jadi macam orang Kelantan. Saya sudah buat bermacam-macam untuk bola sepak Kelantan. Saya melatih Kelantan kerana Annuar Musa (Presiden Kafa) dan demi peminat bola sepak Kelantan sendiri.
 IMBAS KEMBALI....aksi buruk skuad Kelantan ketika menentang KL Plus FC baru-baru ini, mendapat kritikan peminat Kelantan sendiri

“Memang saya tertekan. Begitu sukar melatih pasukan Kelantan. Hanya kerana sedikit kesilapan, maka saya dihukum sebegini. Apa yang boleh saya bagi tahu peminat, untuk menjadi juara kita perlukan masa. Juara hanya boleh dilahirkan tetapi kita memerlukan satu tempoh masa yang panjang. Kita tidak boleh menjadi juara dalam masa yang singkat,” katanya.

Skuad Kelantan kini menjalani latihan seperti biasa sekali pun tanpa dua pemain, Norshahrul Idlan Talaha dan Khairul Fahmi Che Mat yang kini bersama skuad kebangsaan bagi menghadapi Kejohanan Piala Bandaraya Ho Chi Minh yang bermula 28 September ini di Vietnam. 

Merang

Khidmat Sathianathan masih ditagih


SATHIANATHAN (kanan) membimbing Kelantan sejak musim lalu.



TATKALA peminat fanatik Kelantan mendesak B. Sathianathan meletakkan jawatannya, Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (kelate.net) pula secara terbuka menyatakan sokongan penuh kepada jurulatih berkenaan, lapor YATIMIN ABDULLAH.

Presidennya, Marhasim Mat berkata, belum tiba masanya untuk Sathianathan melepaskan jawatan memandangkan saingan Piala Malaysia masih belum berakhir.

Jelas Marhasim, jika Sathianathan mengundur diri, pihaknya bimbang ia akan memburukkan lagi keadaan skuad The Red Warriors ketika saingan peringkat kumpulan masih berbaki tiga perlawanan.

"Apa yang saya khuatir ialah ia akan menimbulkan banyak masalah terutama dari segi taktikal dan corak permainan jika kita mengambil jurulatih baru.

"Keadaan makin suntuk, eloklah rasanya kita memberi peluang kepada beliau untuk membuktikan kemampuanya dalam saingan Piala Malaysia kali ini," ujarnya.

Sebuah akhbar baru-baru ini melaporkan Sathianathan sedia melepaskan jawatan jika anak-anak buahnya gagal memberikan komitmen 100 peratus ketika menentang Negeri Sembilan, 3 Oktober depan.

Marhasim berkata, dia meminta penyokong Kelantan supaya terus berdiri teguh di belakang bekas jurulatih skuad kebangsaan itu.

"Lagipun Sathianathan sudah membuktikan kemampuannya pada saingan Liga Super, bagi saya inilah penampilan terbaik Kelantan sejak menyertai Liga Super pada musim lalu.

"Namun sekiranya beliau masih gagal melakukan perubahan atau memberikan sesuatu kepada pasukan, barulah kita berhak menyuruh beliau untuk meletakkan jawatan.

"Buat masa ini, biarlah beliau menjalankan tugasnya," katanya.

23 Sep 2010

Skuad futsal Kelantan tekad cipta kemenangan

KOTA BHARU – Skuad futsal Kelantan berazam mencipta kemenangan dalam perlawanan menentang Pulau Pinang dan Felda United FC dalam Kejohanan Liga Futsal Kebangsaan Felda/FAM 2010 yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Triways, Padang Jawa, Shah Alam hujung minggu ini.

Jurulatihnya, Rozmin Musa berkata, pasukan Kelantan telah menyambung latihan bermula 14 September lalu sehingga 23 September ini sebelum bertolak ke Shah Alam keesokan harinya.

“Kita meletakkan sasaran untuk memenangi kedua-dua perlawanan ini bagi mengukuhkan kedudukan kita dalam carta liga kumpulan A,” katanya ketika ditemui Sinar Harian ketika sesi latihan petang semalam.

“Kita akan fokuskan terhadap dua perlawanan ini terlebih dahulu sebelum memikirkan saingan seterusnya iaitu baki tiga perlawanan terakhir.

“Moral pemain kini berada dalam keadaan baik, dan mereka semua begitu bersemangat menjalani latihan walaupun sibuk dengan komitmen kerja masing-masing,” katanya.

Rozmin yang dibantu oleh seorang lagi bekas pemain negeri, Abdul Aziz Mustapha berkata, setakat ini persiapan pasukannya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah kecederaan mahu pun penggantungan perlawanan dikenakan terhadap pemain Kelantan.

“Kita akan mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan dalam masa terdekat bagi menguji kekuatan pasukan kita sebelum menghadapi perlawanan sebenar hujung minggu ini.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang banyak membantu pasukan dari segi kewangan dan juga sokongan moral kepada pasukan ini.

“Sudah pasti kita tidak mahu menghampakan harapan pihak persatuan yang meletak sasaran layak ke peringkat separuh akhir pada tahun ini setelah kita tidak mampu berbuat demikian pada kejohanan tahun lepas,” katanya.

Rozmin berkata, pasukannya telah menjalani insentif selama tiga hari di Kompleks Sukan dan Belia, Panji sebelum menyambung latihan di gelanggang futsal KB Futsal Arena, Padang Tembak sebagai persiapan terakhir pasukannya.

Dalam perlawanan terdahulu, Kelantan berjaya mengalahkan Kelab Bola Sepak Batang Padang dari Perak dengan kemenangan 3-1 sebelum seri 3-3 dengan Selangor PKNS FC.

Sehingga kini, Kelantan menduduki tangga teratas kumpulan A dengan mengutip empat mata sambil diekori rapat Pulau Pinang dan Felda United FC yang turut mempunyai mata yang sama tetapi dibezakan dengan jaringan gol. - Sinar Harian

Saya minta maaf: Sathianathan



KOTA BHARU – ‘Saya minta maaf kepada semua penyokong Kelantan’. Begitu pengakuan ikhlas Ketua Jurulatih Kelantan, B Sathianathan sesudah aksi longlai pemain Kelantan menghukum pasukannya daripada mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan menentang KL Plus FC di Kota Bharu malam semalam.

Dalam perlawanan malam semalam, keghairahan pemain Kelantan meraikan kemenangan berharga diragut melalui dua gol pasukan pelawat dalam minit-minit akhir masa kecederaan.

“Ini satu pengajaran yang cukup berguna kepada pasukan termasuk saya sendiri. Setelah kita selesa mendahului 3-1 pada satu ketika, kecuaian pemain kita sendiri memaksa kita berputih mata daripada meraih tiga mata itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

“Inilah bola sepak. Saya akui kita bermain dengan teruk pada separuh masa pertama. Namun, kita bangkit pada separuh masa kedua dan mendapatkan dua gol. Pemain telah bermain bersungguh-sungguh setelah kita ketinggalan satu gol pada satu ketika. Kita juga mempunyai banyak peluang menjaringkan gol pada perlawanan itu.

“Tetapi akhirnya kita diaibkan dengan dua gol pasukan pelawat dalam tempoh dua minit. Bahagian pertahanan kita tidak bermain dengan baik seperti mana dalam aksi Liga Super lalu," katanya.

Sathianathan berkata, faktor kekuatan mental dikenal pasti sebagai punca mengapa pemain Kelantan gagal mencipta kemenangan pada perlawanan tersebut. “Pemain diberi cuti rehat selama dua hari bagi memulihkan tahap keyakinan masing-masing. Tempoh rehat selama 10 hari ini, saya akan digunakan sepenuhnya bagi memperbaiki kelemahan itu sebelum kita berhadapan dengan Negeri Sembilan pada 3 Oktober nanti.

“Kecuaian adalah alasan utama mengapa kita tidak boleh menang pada perlawanan itu. Semua pemain harus bertanggungjawab di atas keputusan itu. Yang pasti, mentaliti pemain kita merosot dalam perlawanan itu,” katanya.

“Apa yang berlaku ini ada hikmah semuanya. Saya percaya lebih baik perkara ini berlaku sekarang daripada kita hadapinya di peringkat suku akhir," katanya.

Sementara itu, Sathianathan tetap mempertahankan barisan pemain yang menjadi pilihannya ketika diturunkan pada perlawanan itu.

“Hairuddin (Omar) diketepikan kerana mengalami demam. Mohd Norfarhan (Muhammad) juga masih lagi bergelut dengan kecederaan. Senarai 18 pemain yang dipilih merupakan yang terbaik hasil daripada perlawanan lalu dan latihan.

“Begitu juga dengan pemilihan penjaga gol, Syed Adney (Syed Hussien). Dia menunjukkan prestasi baik dalam dua perlawanan lalu. Jadi tidak ada sebab mengapa dia tidak diturunkan dalam perlawanan semalam,” katanya.- Sinar Harian

21 Sep 2010

Mungkinkah krisis dalaman masih menghantui TRW?

Apa sudah jadi dengan pemain Kelantan? Adakah telah merasa selesa atau tidak berpuas hati dengan populariti, bonus dan gaji yang diperolehi sehingga sering dilihat tidak konsisten dalam setiap perlawanan?

Fikir-fikirkanlah wahai pahlawan-pahlawan merah.... pasukan bolasepak mana dalam Malaysia ini yang bayar bonus kemenangan setiap perlawanan secara tunai? Gaji pemain 'ONTIME' tanpa ansuran.... siap ada elaun rumah lagi + elaun training.... kalau dicampur kesemuanya ado yang mengcecah RM puluhan K. Kalau dibangkitkan isu bonus atau gaji atau agihan hadiah sebagai naib juara Liga Super, itu semua tidak masuk akal kerana tidak berbaloikah lagi apa yang telah diberikan oleh Tan Sri Anuar Musa terhadap kebajikkan pekerja-pekerjanya dalam TRW? Fikir-fikirkanlah......

Soal populariti.... terpulang kepada pemain-pemain itu sendiri. Pemain main bagus.... pemain dapat populariti... pemain main tak bagus... pemain dikeji dibenci dicaci dimaki... itu lumrah. Tidak dapat main dalam kesebelasan utama bukan satu alasan. Walau sekarap mana pun dapat main 1st eleven, kalau tak main dengan bagus player tu akan di 'BOOOO'.... mana populariti anda? Kalau asyik dibangku simpanan atau sebagai 'supersub' saja kalau player itu main sungguh-sungguh dan dapat bagi something yang special for peminat or team of course player itu akan dapat populariti yang tinggi. Popularity its up too u..... Fikir-fikirkanlah....

Bayangkanlah kalau Kelantan dapat menjulang Piala Malaysia tahun ni, siapa yang untung? adakah penyokong-penyokong bolasepak Kelantan yang untung? Jawapannya tidak, penyokong-penyokong hanya dapat kemegahan..... kemeriahan... kegembiraan sahaja. Pemain-pemain yang akan dapat keuntungannya.... bonus.... imbuhan.... saguhati... populariti... last sekali 'High Value in Market'. Itu periuk nasi U ALL.... takkan U ALL nak tabur pasir dalam periuk nasi U ALL sendiri.... Fikir-fikirkanlah....

Kesian Tan Sri... jangan sampai pelaburannya hanya lebur entah ke mana... jangan sampai SSMIV yang sentiasa dipenuhi dengan penyokong hanya tinggal tempat duduk yang kosong.... jangan jadikan kejaguhan TRW yang diharapkan berkurun-kurun tapi hanya sampai satu tahun...

TO ALL PLAYERS... WE ALL TRUST U.... GO AN DO IT FOR CHAMPIONS....

Gambar - gambar sekitar perlawanan Kelantan vs KL. Plus









Gara-gara Syed Adney...Kelantan gigit jari

Kelantan 3(Indra 2 gol,Akmal Rizal) - 3 KL Plus 

Harapan tinggi penyokong-penyokong setia Kelantan yang datang membanjiri Stadium Sultan Muhammad ke IV akhirnya berkecai akibat dua jaringan pantas yang dihasilkan oleh KL Plus diminit-minit akhir perlawanan.

Kelantan yang sepatutnya memenangi perlawanan tersebut ternyata gagal memanfaatkan peluang keemasan walaupun suatu ketika mendahului lawan 3-1.

Watak penting kegagalan Kelantan menewaskan KL Plus tidak lain dan tidak bukan Syed Adney yang sudah banyak kali mengecewakan penyokong-penyokong setia musim ini gara-gara kesilapan  beliau.Walaupun menjadi hero untuk Kelantan ketika bertemu PKNS tempohari beliau gagal mengulanginya ketika berhadapan KL Plus.

Kesilapan demi kesilapan dilakukan oleh Syed Adney tetapi B.Sathianathan masih boleh mengekalkan beliau sebagai penjaga gol dan akhirnya seluruh peminat yang datang hampa dengan keputusan ini.

B.Sathinathan perlu memikul sepenuhnya kegagalan pasukan Kelantan menewaskan KL Plus ekoran kesilapan taktikal beliau yang tidak mengeluarkan Syed Adney yang dilihat gagal berkomunikasi dengan pemain-pemain pertahanan sehinggakan kerap memenatkan pertahanan dengan aksi lontaran bola ala-ala monyet sarkas.Jika inilah yang dipertontonkan usahkan Piala Malaysia layak kesuku akhirpun belum pasti lagi

Harapan terakhir kami penyokong-penyokong setia Kelantan agar Tan Sri Annuar Musa dapat melakukan perubahan segera dan jadikanlah pasukan Kelantan sehebat semasa bersaing dalam Liga Super.

Carilah dimana punca kemerosotan pasukan...adakah pada jurulatih...corak latihan yang diterapkan jurulatih...taktikal jurulatih...atau peman terlalu tertekan sehinggakan tidak boleh menumpukan sepenuhnya pada perlawanan.

20 Sep 2010

Kelantan vs KL Plus...Kemenangan dicari


Kelantan bakal melayan kunjungan skuad lebuhraya Plus FC bimbingan Janos Krecska  dari Hungary.Tugas berat menanti Kelantan yang dikemudi oleh B.Sathianathan yang amat memerlukan kemenangan bagi memastikan tiket ke suku akhir Piala Malaysia dalam genggaman serta mengelakkan dari bertemu pasukan Selangor di suku akhir kelak.

Ketiadaan bek kental Kelantan S.Subramaniam digantung satu perlawanan gara-gara menerima dua kad kuning amat dirasai.Posisi beliau mungkin dgantikan oleh Rizal Fahmi yang dilihat kurang diberikan peluang untuk bermain dalam kesebelasan utama Kelantan walaupun bermain dengan cukup cemerlang.

Kelantan juga tidak dapat menurunkan Norfarhan yang cedera tetapi ianya tidak merungsingkan B.Sathianathan kerana beliau mempunyai banyak pilihan untuk menurunkan pengantinya bagi menewaskan bek kental Norhafiz serta Mohd Faizal dipintu gol KL Plus.

B.Sathianathan perlu membuat percaturan yang lebih bijak kerana aksi hambar dan kurang konsisten yang ditunjukkan oleh pemain-pemain dalam dua perlawanan lalu perlu diatasi segera jika berhasrat menunaikan impian mengapai Piala Malaysia.

Impian penyokong-penyokong Kelantan bukanlah omong-omong kosong kerana mereka begitu berharap Piala kebanggaan negara ini dapat dibawa ke negeri Cik Siti Wan Kembang.

Penyokong-penyokong Kelantan juga perlu memberikan sokongan serta komitmen yang berterusan kepada pasukan dan ingatan supaya tidak membekar mercun didalam stadium juga perlu dipatuhi kerana ianya akan merugikan KAFA.

Hormati KL Plus: Sathianathan


Sinar Harian

KOTA BHARU – Dengan saingan kumpulan A TM Piala Malaysia dilihat lebih terbuka, Kelantan yang kembali menemui rentak kemenangan berhasrat menjadikan sebuah lagi pasukan berstatus kelab, KL Plus FC sebagai mangsa terbaru dalam perlawanan di Stadium Sultan Mohammed IV, Kota Bharu malam ini.

Ketua Jurulatih Kelantan, B Sathianathan berkata, walau bagaimanapun, beliau tetap menghormati kemampuan pasukan kelab itu yang disifatkan boleh melakukan kejutan tidak diduga.

“Walaupun permulaan yang tidak begitu baik bagi mereka (kekalahan 0-1 kepada Selangor PKNS FC), tetapi keupayaan mereka memaksa Negeri Sembilan seri di Seremban tempoh hari merupakan perkara yang perlu saya ambil serius,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

“Mereka berupaya menjadi penghalang kepada cita-cita kita mengutip tiga mata. Saya hormati pasukan ini yang ada ramai pemain berpengalaman seperti Norhafiz Zamani Misbah, Irwan Fadli Idrus dan Mohd Fadzli Shaari," katanya.

Sathianathan berkata, beliau mengharapkan kebangkitan anak buahnya dalam perlawanan ketiga malam ini.

“Pemain perlu membuktikan keupayaan sebenar pada perlawanan ini. Memang dalam dua perlawanan terdahulu prestasi mereka tidak mencapai tahap seperti yang saya kehendaki. Tetapi berlaku sedikit peningkatan kalau dilihat pada perlawanan menentang Selangor PKNS FC tempoh hari.

“Saya mahu pemain saya tunjukkan keupayaan sebenar seperti mana yang mereka buktikan sepanjang saingan Liga Super yang lalu. Saya akui faktor rehat yang panjang selama lima minggu, latihan singkat sepanjang bulan Ramadan serta hanya sempat mengadakan tiga perlawanan persahabatan memberi kesan kepada persembahan pemain setakat ini," katanya.

Sathianathan berkata, Kelantan tidak mempunyai pilihan selain perlu menundukkan pasukan yang berpangkalan di Lembah Kelang itu bagi mengukuhkan kedudukan dalam saingan peringkat kumpulan A.

“Semua pasukan sekurang-kurangnya mahu mencatatkan keputusan seri apabila beraksi di Kota Bharu. Seboleh-bolehnya mereka mahu mengamalkan corak permainan bertahan. Bila mereka bermain dengan corak seperti ini, kita pula menjadi sukar untuk menembusi pintu gol pasukan pelawat. Apa pun, saya mempunyai strategi tersendiri untuk memastikan kita mengutip tiga mata malam ini.," katanya.

Rekod pertemuan dalam Liga Super musim ini, membabitkan pertemuan Kelantan dengan KL Plus FC berpihak kepada Kelantan di mana The Red Warriors berjaya mencatatkan kemenangan 3-0 di Kelana Jaya dan menang 4-1 di Kota Bharu penghujung bulan Julai yang lalu.

Sementara itu Ketua pasukan Kelantan, Indra Putra Mahayuddin terus menjadi pemain paling berpengaruh di atas padang bagi menjana kemenangan pasukan Kelantan dalam perlawanan menentang KL Plus FC malam ini.

B Sathianathan berkata, peranan penting bekas pemain kebangsaan itu akan terus ditagih bagi memberi perangsang kepada rakan sepasukan dalam membentuk gandingan yang mantap dalam perlawanan ini.

“Walaupun Indra (Putra Mahayuddin) gagal menjaringkan gol dalam dua perlawanan terdahulu, tetapi itu tidak bermakna beliau tidak berupaya menyumbang kepada kebangkitan Kelantan.

“Saya juga mengharapkan sentuhan penjaring gol tunggal dalam pertemuan Selangor PKNS FC, Akmal Rizal Ahmad kembali bangkit menunjukkan persembahan cemerlang. Saya percaya beliau mampu beraksi lebih baik daripada apa ditunjukkan sekarang,” katanya.

19 Sep 2010

Syed Adney hero The Red Warriors

KETANGKASAN penjaga gol Kelantan, Syed Adney Syed Hussein (gambar) menepis bola sepakan penalti pada saat-saat akhir perlawanan berjaya menyelamatkan pasukan itu daripada berputih.

Pada aksi menentang Selangor PKNS di Stadium MBPJ, Kelana Jaya kelmarin, Kelantan berjaya membawa pulang tiga mata selepas menang 1-0.

Pengurus Pasukan Kelantan, Azman Ibrahim berkata, beliau mengucapkan tahniah kepada Syed Adney apabila berjaya menyelamatkan sepakan penalti kapten pasukan PKNS, Fadhil Mohd. Hashim pada minit ke-90.

Menurutnya, The Red Warriors mungkin tidak berada di tangga ke dua Kumpulan A selepas dua perlawanan sekiranya gagal mengutip tiga mata penuh.

"Kelantan memang lega walaupun mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas PKNS dalam perlawanan tersebut," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Dalam pada itu, beliau juga berbangga dengan semangat juang yang ditunjukkan oleh kesebelasan pemain apabila mereka tetap bermain dengan bersungguh-sungguh untuk memburu gol.

Katanya, semangat tinggi yang ditunjukkan oleh pemain membuah hasil apabila penyerang, Akmal Rizal Rakhli menjaring gol pada minit ke-73.

"Kelantan sepatutnya mencipta kemenangan dengan jaringan lebih besar tetapi banyak peluang keemasan di hadapan pintu gol lawan gagal disempunakan dengan baik oleh pemain," ujarnya.

Dalam pada itu, Azman mengakui jentera penyerang Kelantan sukar merobek gol lawan dalam dua perlawanan sebelum ini.

Sehubungan itu, katanya, beliau percaya Ketua Jurulatih Kelantan, B. Sathianathan dapat membuat percaturan lebih berkesan bagi menghadapi perlawanan selepas ini.

Selain itu, Azman berkata, empat pasukan dalam kumpulan A masih mempunyai peluang yang seimbang bagi merebut dua tempat terbaik selepas dua perlawanan sebelum ini.

Kosmo

17 Sep 2010

Kelantan Menang...

PKNS 0 - Kelantan 1(Akmal)

Kelantan mencatat kemenangan pertama bagi kempen Piala Malaysia 2010 mengatasi PKNS Selangor dengan jaringan tunggal oleh Akmal Rizal Rakhli...

Difahamkan juga Syed Adney berjaya menyelamatkan sepakan penalti dari pemain PKNS.Penalti tersebut diperolehi ekoran bola terkena tangan pemain pertahanan Kelantan S.Subramaniam.


Keputusan lain:

Kedah 2 - Perak 0

Negeri Sembilan 1 - KL Plus 1

ATM 1 - Johor 1

T.Team 4 - Perlis 0

Selangor 4 - Felda utd 1

Pahang - KL (Tunda ekoran lampu limpah tak berfungsi)

16 Sep 2010

Sathia luah rasa kecewa



KOTA BHARU - "Ini pengajaran berguna buat pemain."


Demikian luahan Ketua Jurulatih Kelantan, B. Sathianathan (gambar) selepas melihat anak buahnya tewas di tangan juara bertahan, Piala Malaysia, Negeri Sembilan 0-1 pada aksi pembukaan di Stadium Sultan Muhammed ke-IV, Kota Bharu malam kelmarin.

Tanpa berselindung, Sathianathan melahirkan kekecewaan dengan persembahan anak-anak buahnya yang disifatkan tidak beraksi sebagai satu pasukan.

"Apa yang saya lihat, kita tidak beraksi secara berpasukan dan lebih ke arah corak permainan individu.

"Ini menunjukkan para pemain kurang berdisiplin di atas padang menyebabkan kita terperangkap dengan corak permainan baik yang ditunjukkan oleh pihak lawan," katanya.

Tambahnya, walaupun Negeri Sembilan tidak mempunyai banyak peluang, namun mereka berjaya menggunakan peluang yang dimiliki sebaik mungkin dan akhirnya berjaya menjaringkan gol kemenangan pada perlawanan itu. 

Pada perlawanan akan akan datang, saya harap pemain dapat kembali semula ke prestasi sebenar dan mereka perlu mendisiplinkan diri dan mengelakkan daripada dibolosi," ujarnya.

Dalam pada itu, Sathianathan nyata berpuas hati dengan persembahan penjaga gol, Syed Adney Syed Hussien yang disifatkan beraksi dengan cemerlang pada perlawanan itu.

"Khairul Fahmi (Che Mat) yang mengalami sakit leher sebelum ini perlu bersaing dengan Syed Adney (Syed Hussien) bagi merebut kembali posisi penjaga gol utama Kelantan." - kosmo

15 Sep 2010

Red Warriors tumbang

Misi untuk membalas dendam kesumat kekalahan pada aksi final Piala Malaysia tahun lalu kepada Negeri Sembilan tidak menjadi kenyataan apabila skuad bimbingan B.Sathianthan ini tumbang di gelanggang keramat  The Red Warriors iaitu Stadium Sultan Muhammad ke-IV.

Walaupun Kelantan menguasai permainan ketumpulan jentera serangan menyaksikan Kelantan gagal menembusi benteng pertahanan Negeri Sembilan yang dikawal ketat oleh Aidil dan Shukor.Kecekapan penjaga gol mereka juga menjadi pemusnah impian Kelantan untuk menumbangkan musuh tradisi ini digelanggang sendiri.

Pemain-pemain seharusnya menyalahkan diri sendiri kerana terikut-ikut rentak pemain Negeri Sembilan yang dilihat bermain agresif dan banyak kekasaran yang dilakukan oleh mereka'dibalas' kembali pemain Kelantan dan padahnya kad kuning terpaksa dihadiahkan oleh pengadil.

Kelantan juga dilihat 'kehilangan' khidmat dua tonggak utama iaitu Indra dan Piya yang dilihat jarang-jarang menyentuh bola dan aksi Akmal Rizal pula diluar prestasi sebenar beliau.

Pemain-pemain juga dilihat tiada idea untuk meloloskan diri dari pemain-pemain Negeri Sembilan yang mengawal setiap inci pergerakan mereka kecuali Nor Shahrul yang dilihat kehulu-hilir mencari bola tanpa mendapat bantuan dari rakan-rakan yang terkial-kial melepaskan diri dari pemain Negeri Sembilan.

Aksi tidak menjadi juga diterjemahkan oleh barisan pertahanan yang dilihat agak kelam kabut apabila Negeri Sembilan melancarkan serangan.Syed Adney yang ditugaskan mengantikan tempat Khairul Fahmi bagi  mengawal pintu gol Kelantan dilihat kurang berkomunikasi dengan pemain pertahanan dan ini menyebabkan gandingan 'baru' ini dilihat banyak melakukan kesilapan.

Selain dari faktor pemain mutu pengadilan juga dipertikaikan kerana sering mengganggu gugat tempo permainan yang rancak dipamerkan oleh kedua-dua pasukan.Wisel sering kali ditiupkan walaupun kekasaran kecil dilakukan.

Insiden pada minit ke-73 perlawanan menampakkan kelemahan pengadil yang ketara apabila memberikan sepakan penalti kepada Negeri Sembilan apabila Subramaniam menjatuhkan Idris Karim.Tayangan ulangan video menunjukkan Subramaniam dilihat cuba 'membuang' bola tetapi Idrim Karim terjatuh keatas beliau dan pengadil yang sememangnya menunggu peluang untuk menghukum pasukan Kelantan dengan menghadiahkan sepakan penalti.

Keputusan tersebut ternyata mengundang kemarahan penyokong-penyokong setia Kelantan yang mula membaling mercun dan tindakan tersebut ternyata diluar kawalan KAFA yang mungkin terpaksa berdepan hukuman dari FAM lagi.

Walaupun tewas untuk perlawanan pembukaan ini ianya bukanlah penamat untuk The Red Warriors meneruskan perjuangan ini kerana masih ada lima perlawanan yang bakal ditempuhi oleh pemain-pemain dan kekalahan kepada Negeri Sembilan boleh dijadikan iktibar serta pengajaran berguna.

14 Sep 2010

Peminat Hampa...Tiket Habis

Perlawanan pembukaan Piala Malaysia 2010 diantara musuh seteru Kelantan iaitu Negeri Sembilan ternyata paling menarik perhatian kerana ribuan penyokong-penyokong Kelantan berpusu-pusu membanjiri perkarangan stadium bagi seawal jam 8 pagi lagi bagi membeli tiket-tiket perlawanan.

Tiket-tiket perlawanan yang dijanjikan akan dijual pada 10 pagi telah habis terutamanya tiket tempat duduk berbumbung seawal kaunter dibuka.Banyak persoalan timbul bagaimana tiket-tiket tersebut telah habis sedangkan pihak KAFA telah berjanji seperti yang diwar-warkan dalam media bahawa tiket-tiket perlawanan ini akan dijual pada hari perlawanan bermula jam 10 pagi.

Ramai peyokong-penyokong yang kecewa dan hampa kerana tidak dapat menyaksikan perlawanan ini kerana kehabisan tiket walaupun ianya disiarkan secara langsung oleh pihak Astro.

Mungkinkah episod sama masih berulang lagi iaitu 'ulat-ulat tiket' yang didalangi oleh orang dalam telah membeli tiket-tiket perlawanan dan akan menjual dengan harga berlipat kali ganda.Mahu tidak mahu peminat terpaksa membeli tiket tersebut kerana ingin memberikan sokongan padu kepada pasukan Kelantan.

Perkara ini perlu ditangani secara serius oleh pengurusan tertinggi KAFA kerana melibatkan sokongan penyokong-penyokong kerana jika dipandang remeh akan menyebabkan kemorosotan dari segi sokongan peminat dan seterusnya menjejaskan kantung KAFA.

Oleh itu kepada penyokong-penyokong setia Kelantan yang ingin menyaksikan perlawanan bolasepak diantara Kelantan dan Negeri Sembilan  malam ini dinasihatkan jangan membeli tiket dari ulat-ulat tiket...Biarkan mereka menanggung kerugian!!!

Piala Malaysia 2010 :

Kelantan vs Negeri Sembilan
Masa : 8.45 mlm
Tarikh :14 September 2010
Tempat : Stadium Sultan Muhammad ke-IV,Kota bharu Kelantan

Siaran Langsung Astro 801 bermula jam 8.30 mlm

12 Sep 2010

Norshahrul, Subra sedia diturunkan


KOTA BHARU – Lengkap sudah semuanya. Khidmat penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha dan bek kental, Subramaniam akan dipertaruhkan dalam perlawanan pembukaan peringkat kumpulan TM Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan pada Selasa ini.

Sebelum ini, khidmat pemain pertahanan, S Subramaniam dikatakan tergantung kerana difahamkan beliau mengutip kad kuning maksimum dalam saingan terakhir Liga Super yang memungkinkan beliau terlepas beraksi dalam perlawanan pembukaan itu.

Namun, perkhabaran gembira diterima oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) sesudah sekretariat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan mana-mana pemain yang mengutip kad kuning dalam beberapa siri perlawanan terakhir saingan Liga Super baru-baru ini tidak diambil kira dalam kejohanan TM Piala Malaysia selepas ini.

Sementara itu, khidmat penjaring gol terbanyak Kelantan musim ini, Norshahrul Idlan Talaha juga tetap akan digunakan setelah beliau disahkan pulih daripada kecederaan sewaktu mengharungi perlawanan persahabatan antarabangsa skuad kebangsaan di Oman baru-baru ini.

Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau menarik nafas lega setelah kedua-dua tonggak utama Kelantan musim ini disahkan boleh beraksi dalam perlawanan pembukaan menentang Negeri Sembilan pada Selasa ini.

“Saya dimaklumkan ketua jurulatih, B Sathianathan bahawa beberapa keraguan sebelum ini selesaikan melibatkan peraturan liga seperti pemain yang mengumpul kad kuning dalam perlawanan liga tidak dibenarkan beraksi dalam Piala Malaysia.

“Pihak FAM memberi penjelasan kepada pasukan terbabit bahawa itu (hukuman penggantungan perlawanan) tidak diambil kira pada satu kejohanan baru yang lain,” katanya dalam sidang akhbar di Kota Bharu semalam.

Dengan itu, Annuar berkata, Kelantan dijangka dapat menurunkan kesebelasan terbaik pada perlawanan itu.

Katanya, dia juga menemui Norshahrul Idlan Talaha yang baru pulang daripada latihan skuad kebangsaan di Oman, dan beliau mengesahkan sudah pulih daripada kecederaan manakala Subra (S Subramaniam) yang diragui statusnya juga mendapat lampu hijau daripada sekretariat FAM untuk turun beraksi.

“Semua pemain Kelantan kini berada dalam keadaan terbaik dan tidak ada sesiapa yang mengalami kecederaan mahupun menjalani hukuman penggantungan perlawanan,” katanya.

Sementara itu, Annuar turun mengesahkan pasukan Kelantan tidak akan menggunakan khidmat pemain yang baru dipancing, K Soley dalam saingan kempen Piala Malaysia musim ini.

Annuar berkata, Kelantan akan menurunkan skuad daripada Liga Super musim ini, pemain baru seperti K Soley menyertai latihan bersama pada 15 September tetapi mengikut peraturan sedia ada, beliau tidak boleh beraksi kerana pendaftarannya masih bersama pasukan Perlis.

“Dan peraturan dalam FAM menyatakan pendaftaran pemain hanya untuk sebuah pasukan pada satu-satu musim. Pemain tidak boleh berpindah ke pasukan lain dalam musim yang sama.

“Cuma dalam kes K Soley, kita bersetuju terus mendapatkan khidmat beliau bagi memastikan dia tidak mempunyai rehat yang panjang setelah bagi memastikan pada musim akan datang dia mempunyai tahap kecergasan yang tinggi bermain bersama Kelantan,” katanya. - Sinar Harian

9 Sep 2010

Salam Aidilfitri...Maaf Zahir Batin

Satu pengajaran berguna: Sathia

KOTA BHARU – ‘Satu pengajaran berguna buat saya dan semua pemain Kelantan.’ Demikian luahan terbuka Ketua Jurulatih Kelantan, B Sathianathan setelah melihat anak didiknya meratapi kekalahan mengejut tewas 0-1 kepada Juara Liga Perdana musim ini, Felda United FC dalam perlawanan persahabatan di Kota Bharu, malam kelmarin.

“Nasib baik ini merupakan perlawanan persahabatan dan bukan saingan Piala Malaysia. Inilah padahnya, kita tidak boleh pandang rendah pasukan daripada Liga Perdana,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

“Bermula daripada wisel perlawanan ditiupkan, pemain saya tidak fokus sepanjang perlawanan itu. Sikap memandang mudah kemampuan pasukan lawan akhirnya menjerat diri sendiri.

“Kita bekerja keras, tidak ada kejayaan datang dengan mudah. Setiap perlawanan yang perlu kita harungi tidak semudah yang disangkakan,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Sathianathan turut memberi mengingatkan kepada pemainnya agar tidak memandang mudah kehadiran wakil kelab dari Selangor, PKNS FC dalam saingan kumpulan A pertandingan Piala Malaysia nanti.

“Jangan pandang rendah kehadiran pasukan berstatus kelab seperti PKNS FC ini. Kita tidak tahu kekuatan pasukan ini kerana mereka beraksi dalam saingan liga yang berbeza pada musim ini.

“Saingan Piala Malaysia mempunyai kejutan yang tersendiri. Tidak ada pasukan yang boleh mengatakan mereka pasukan pilihan layak ke pusingan seterusnya. Negeri Sembilan dan Kelantan selaku juara dan naib juara musim lalu juga tidak boleh mendabik dada pada saingan kali ini,” katanya.

Menyentuh mengenai corak persembahan pemain Kelantan pada perlawanan persahabatan itu, Sathianathan mengakui aksi lembab pemainnya mengundang keresahannya kepada beliau sebelum sepak mula Piala Malaysia minggu depan.

“Mereka bergerak terlalu lambat, malahan bertindak balas juga cukup perlahan. Mereka memegang bola, tetapi lambat menghantar kepada rakan lain. Ini mengakibatkan pemain lawan mampu membaca pergerakan pemain kita.

“Banyak kelemahan pada perlawanan itu seperti hantaran kurang kemas di samping tindakan susulan yang kurang cermat hasil percubaan sebelum itu. Semua ini tidak harus berlaku pada pasukan Kelantan.

Sathianathan berkata, beliau mengakui perlu memperbaiki kelemahan tersebut dengan segera memandangkan saingan kempen Piala Malaysia akan bermula tidak sampai seminggu lagi.- Sinar Harian

Pertingkat kawalan keselamatan stadium


KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meminta tuan rumah perlawanan pertama Piala Malaysia supaya meningkatkan kawalan keselamatan venue masing-masing, memandangkan ia berlangsung pada musim perayaan.
Perlawanan pertama Piala Malaysia akan berlangsung pada 14 September ini, ketika umat Islam masih merayakan Aidilfitri.
Timbalan Presiden FAM, Tan sri Annuar Musa berkata, ketika itu kebanyakan penyokong setia masih berada di kampung halaman masing- masing.
Katanya, mereka akan mengambil kesempatan untuk membanjiri stadium bagi menyaksikan pasukan mereka beraksi.
Pada masa yang sama, beliau juga melahirkan kebimbangan jika penonton membawa masuk mercun ke stadium, kerana ia akan memberikan kesan negatif.
"Antara yang perlu diberikan perhatian mereka yang membawa masuk mercun ke dalam stadium, kita tahu sebelum ini pernah berlaku insiden yang membawa kemalangan terutama di stadium yang mempunyai kapasiti penyokong yang tinggi.
"Adalah sangat berbahaya kalau ada percubaan sedemikian, walaupun mungkin untuk tujuan berseronok.
'' Kita minta kerjasama polis, stadium dan tuan rumah supaya memberi perhatian khusus dalam aspek keselamatan," katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.
Annuar turut menyeru penyokong dan peminat supaya memberikan kerjasama, dengan tidak membawa bahan yang dilarang ke dalam stadium.
Katanya, pihak keselamatan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan mana-mana individu yang membawa mercun ke dalam stadium.
Sementara itu, mengulas mengenai pertemuan di antara buku dan ruas, Kelantan menentang Negeri Sembilan di Kota Bharu, beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berkata, pihaknya akan meningkatkan kawalan keselamatan pada perlawanan tersebut.
Menurutnya, pertembungan tersebut akan menjadi tumpuan peminat Red Warriors, kerana ia merupakan ulangan final Piala Malaysia musim lalu.
"Kita jangkakan stadium akan penuh. Sekiranya ini berlaku, beberapa perkara ingin saya nyatakan. Pertama, kita harap penyokong faham kita tidak boleh benarkan terlalu ramai penyokong berada dalam stadium.
"Ini adalah salah satu daripada langkah keselamatan, kita akan berhenti dari menjual tiket-tiket bila mencapai satu jumlah yang kita fikir boleh ditampung oleh stadium," katanya.
Jelasnya, penjualan tiket akan bermula pada pukul 10 pagi pada hari perlawanan di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV.

7 Sep 2010

Felda buat Kelantan gigit jari


KOTA BHARU – Menguasai perlawanan, tetapi gagal memperoleh jaringan. Mempunyai peluang tetapi dipersia-siakan. Begitulah aksi skuad Kelantan dalam perlawanan persahabatan terakhir sebelum mengharungi saingan kempen Piala Malaysia yang bermula depan.

Pada perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV malam semalam, Kelantan tewas 0-1 kepada juara Liga Perdana musim ini, Felda United FC hasil jaringan Fatrurazi Rozi pada minit ke-16 perlawanan.

Beraksi di atas padang becak, kedua-dua pasukan mengamalkan corak permainan berhati-hati sepanjang perlawanan itu dengan hantaran kurang kemas, kegagalan memanfaatkan peluang serta ketumpulan jentera serangan menjadi sebahagian daripada santapan persembahan Kelantan berbanding lawannya pada perlawanan itu.

Seawal minit ketiga, Kelantan mula mengacah pintu gol Felda United FC melalui tandukan ketua pasukan, Indra Putra Mahayuddin hasil sepakan sudut Mohd Norfarhan tetapi jauh tersasar.

Sementara Mohd Norfarhan sendiri turut mempunyai dua peluang terbaik menjaringkan gol pada minit ke-8 dan 10 perlawanan, tetapi percubaannya terus ke dakapan A Zainal Rabin yang beraksi cemerlang pada perlawanan itu. Minit ke-16, Felda United FC memperoleh gol kemenangan melalui penyerang Fatrurazi Rozi. Hantaran lintang Amir Shahreen Abd Mubin dari sebelah kiri pintu gol menyaksikan berlaku situasi kelam kalut di antara Syed Adney dan Azizi Matt Rose dalam usaha mengeluarkan bola daripada kawasan merbahaya.

Fatrurazi Rozi yang tidak dikawal ketika itu mudah menolak masuk memastikan skuad yang berpangkalan di Lembah Kelang itu mencatatkan kemenangan tipis pada perlawanan malam semalam.

Minit ke-33, Hairuddin Omar terlepas peluang menyamakan kedudukan setelah gagal menyempurnakan lorongan cantik S Chanturu dari sebelah kiri pintu gol pasukan pelawat sementara aksi ‘bicycle kick’ Indra Putra yang tidak menjadi pada minit ke-40 menutup tirai aksi longlai anak buah B Sathianathan pada separuh masa pertama.

Minit ke-36, Felda United sekali lagi hampir menambah jaringan kedua mereka tetapi rembatan ayam tambatannya, Fatrurazi Rozi diselamatkan oleh Mohd Farisham didepan pintu gol Kelantan setelah Syed Adney sudah pun tertewas.

Bersambung babak kedua, Kelantan sebenarnya dilihat menguasai hampir keseluruhan babak perlawanan, tetapi ketumpulan jentera serangan Kelantan menafikan hajat untuk sekurang-kurangnya memaksa perlawanan ini berakhir dengan keputusan seri.

Minit ke-53, A Zainal Rabin sekali lagi menghampakan impian Kelantan apabila menyelamatkan percubaan Mohd Daudsu Jamaluddin sementara ‘half volley’ Indra Putra Mahayuddin menyusul sepuluh minit kemudian sedikit sahaja melewati pintu gol Felda United.

Sementara itu, aksi pemain pertahanan lawan, Rashid Mamud pada minit ke-63 yang melakukan bentesan keras terhadap S Chanturu memaksa pengadil perlawanan melayan kad kuning kepada beliau.

Walaupun gagal mengimbangi corak permainan Kelantan, Felda United yang dibimbing oleh E Elavarasan tetap menampilkan aksi bertenaga biarpun terpaksa mengeluarkan dua pemain yang berasal dari Kelantan, Fatrurazi Rozi dan Muhammad Hardi Ahmad pada pertengahan perlawanan itu.

Sementara aksi longlai pemain Kelantan pula memaksa pengendali, B Sathianathan menukar tujuh pemain dalam perlawanan itu dalam usaha mencari gol penyamaan pada perlawanan itu.

Dua percubaan terbaik pada minit-minit akhir akhir perlawanan melalui pemain tengah, Khairan Eroza Razali yang diselamatkan oleh penjaga gawang dan tersasar jauh melepasi palang menutup aksi hambar Kelantan dalam perlawanan ini.

Dalam perlawanan persahabatan sebelum ini, Kelantan mengalahkan UiTM FC dengan kemenangan 5-1 dan menang mudah 4-0 ke atas T-Team di Kuala Terengganu baru-baru ini.- Sinar Harian

6 Sep 2010

Aksi persahabatan ala kungfu...

Kelantan 0 Felda Utd 1(Fatrurazi Rozi)

Aksi perlawanan persahabatan diantara Kelantan dan Felda semalam ternyata tidak memberikan apa-apa makna kepada kedua-dua pasukan kerana dicemari aksi permainan keras serta terjahan dari pemain-pemain terutamanya dari pemain-pemain Felda.

Mungkin menyedari pasukan Kelantan adalah 'masalah' besar kepada mereka pada aksi Piala Malaysia nanti pemain-pemain Felda cuba  memberi tekanan mental kepada pemain-pemain Kelantan dan berharap aksi Kelantan jika ditakdirkan bertemu mereka disuku akhir kelak longlai dan tidak bertenaga.

Pemain-pemain Kelantan harus mengambil iktibar dari perlawanan ini dan tidak leka walaupun bertemu dengan lawan yang dianggap pasukan belasahan...

Semoga impian menakluki Stadium Bukit Jalil tercapai tahun ini dan harapan setinggi gunung dari penyokong-penyokong setia perlu ditunaikan...

Ayuh The Red Warrior buktikan kejantanan anda!!!Misi perjuangan belum menemui noktah walaupun tewas dalam aksi pertemuan dengan pasukan budak-budak sarkis...

5 Sep 2010

Sasaran juara Piala Malaysia: Sathia

KOTA BHARU – Sasaran juara Piala Malaysia. Itulah pilihan yang ada bagi pengendali skuad bola sepak Kelantan, B Sathianathan setelah pasukannya terlepas beberapa gelaran kejuaraan sejak musim lalu.

“Kalau dah tahun lepas kita jadi naib juara Piala Malaysia, tahun ini naib juara Liga Super, jadi apa lagi pilihan kita ada melainkan memburu kejuaraan (Piala Malaysia),” katanya ketika ditemui Sinar Harian kelmarin.

Sathianathan berkata, para pemainnya kini giat menjalani latihan keras setiap malam dan bermula minggu depan semua pemain akan meneruskan latihan insentif mempertingkatkan pelbagai aspek yang menghantui kelemahan pasukan sebelum ini.

Katanya, dia berpuas hati dengan kecergasan para pemain Kelantan kerana mereka semua melaksanakan ‘kerja rumah’ dengan cemerlang setakat ini.

Ditanya mengenai kemasukan pemain baru dari Perlis, K Soley, Sathianathan enggan membincang perkara tersebut sebaliknya menegaskan perancangan untuk saingan Piala Malaysia begitu penting bagi beliau ketika ini.

“Itu merupakan perancangan pihak Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) untuk tahun akan datang, saya lebih suka membincangkan perkara berkaitan musim ini.

“Selepas perlawanan persahabatan pertama menentang UiTM FC baru-baru ini, saya banyak menumpukan kepada latihan pergerakan di atas padang dan juga melakukan hantaran-hantaran tepat. Itu kelemahan yang sedang saya diatasi.

“Jadi, perlawanan kedua menentang T-Team merupakan perlawanan bagi saya untuk mencari barisan bayangan yang akan diturunkan pada perlawanan menentang Negeri Sembilan nanti,” katanya.

Menyentuh kemasukan kembali penjaga gol, Mohd Shahrizan Ismail ke dalam pasukan Kelantan, Sathianathan menyambut baik berita tersebut dan menyifatkan ianya satu perkembangan yang positif bagi skuad Kelantan.

“Memang Mohd Shahrizan (Ismail) seorang penjaga gol yang berpengalaman dan kita amat memerlukan khidmatnya. Pada masa yang sama, saya juga bersedia menurunkan muka-muka baru dalam saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia nanti sekiranya kita mengesahkan tempat lebih awal layak ke peringkat suku akhir,” katanya.

Sementara itu, Kelantan akan mengakhiri perlawanan persahabatan menentang Felda United FC di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV pada jam 10.30 malam ini.

Tiket-tiket perlawanan yang berharga RM5 dan RM10, boleh didapati di pintu-pintu masuk stadium. - Sinar Harian

Saingan sengit menanti Kelantan

KOTA BHARU – Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa mengingatkan kepada kesemua pemain Kelantan untuk terus mengekalkan tahap kecergasan yang tinggi, bagi mengharungi saingan sengit dalam kempen Piala Malaysia yang akan bermula tidak lama lagi.

“Saingan Piala Malaysia cukup sengit kerana terpaksa dihabiskan dalam tempoh tidak sampai dua bulan. Justeru, semua pemain dituntut mengambil langkah sewajarnya mengekalkan tahap kecergasan masing-masing.

“Mereka harus mengekalkan kekuatan stamina dan saya difahamkan pihak pengurusan menyediakan ‘supper’ atau makan malam untuk tengah malam kepada pemain sejurus latihan berakhir setiap malam,” katanya dalam sidang akhbar pada majlis pemberian bonus kepada pemain bola sepak Kelantan baru-baru ini.

Annuar berkata, kegagalan menjuarai Liga Super dan Piala FA musim ini merupakan satu tamparan yang cukup hebat buat pasukan The Red Warriors, justeru beliau menuntut kebangkitan aksi pemain Kelantan dalam saingan Piala Malaysia musim ini.

Katanya, perlawanan pertama menentang Negeri Sembilan merupakan satu perlawanan yang cukup penting, sebab itu para pemain hanya diberi cuti rehat yang singkat pada perayaan ini.

“Kelantan harus menjadi pasukan yang agresif dalam saingan kali ini. Kita perlu menjaringkan gol seberapa banyak yang mungkin dan sudah pasti kita mengharapkan sentuhan penyudah yang terbaik dalam saingan kali ini,” katanya.

Sementara itu, dalam majlis yang sama, Kafa turut memperkenalkan bekas pemain Perlis musim ini, K Soley yang bakal menyarung jersi The Red Warriors pada musim depan.

Annuar berkata, pada musim lepas lagi mereka pernah berunding dengan K Soley, tetapi memandangkan beliau masih mempunyai kontrak bersama dengan Perlis, maka Kafa terpaksa mematuhi perkara tersebut.

“Beliau berminat untuk bermain dengan Kelantan sejak musim lepas lagi. Apabila kontraknya tamat bulan Julai lalu, beliau serba salah untuk bersama dengan Perlis kerana terpaksa menandatangani kontrak yang baru sedangkan minatnya adalah bersama dengan Kelantan.

“Sedangkan kita pula masih terlalu awal untuk mendapatkan khidmat beliau, kita kena bayar gaji sahaja tanpa bermain. Mengambil kira kedua-dua faktor, maka beliau turut bersetuju untuk menyertai latihan awal.

“Malah pada tahun ini sebaik sahaja Piala Malaysia berakhir, kita akan akan terus menjalani pra musim bagi persiapan tahun depan. Jadi elok bagi beliau terus menjalani latihan bersama dengan Kelantan,” katanya.

Bekas pemain tengah Perlis yang mengikat kontrak selama dua tahun itu, dijangka memulakan latihan pertamanya bersama skuad Kelantan pada 15 September ini. - Sinar Harian

Perlawanan Persahabatan Kelantan vs Felda Utd

Tempat : Stadium Sultan Muhammad IV
Tarikh : 05 September 2010(Ahad)
Masa : 10.30 Malam
Tiket : Astaka RM 10
          Terbuka RM 5


Datanglah beramai-ramai bagi memberikan sokongan padu kepada pasukan kita!!!

Gomo Kelate Gomo!!!

4 Sep 2010

Hati saya untuk Kelantan: Soley

KOTA BHARU – "Hati saya untuk Kelantan." Demikian pengakuan ikhlas bekas pemain tengah kanan Perlis musim ini, K Soley ketika ditanya mengenai minat beliau memilih untuk beraksi bersama dengan Kelantan dalam saingan Liga Malaysia musim depan.

Soley berkata, dia sudah lama teringin untuk beraksi bersama dengan Kelantan, dan kedatangan beliau adalah di atas kepercayaan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa dan juga kepercayaan peminat bola sepak Kelantan sendiri.

“Walaupun ada beberapa pasukan lain menawarkan kontrak kepada saya, bagi saya pilihan yang terbaik ialah pasukan Kelantan.

“Saya ada sasaran untuk bersama dengan Kelantan, sekurang-kurangnya saya mahu menjulang satu piala sepanjang saya mewakili Kelantan,” katanya ketika ditemui ketika sidang akhbar dalam satu majlis berbuka puasa anjuran Kafa semalam.

Soley berkata, antara tarikan utama mengapa beliau memilih beraksi bersama Kelantan ialah kerana faktor penyokongnya, di samping komitmen yang jitu yang ditunjukkan pihak pengurusan Kelantan sendiri menjadi landasan yang sesuai bagi beliau meneruskan karier bola sepaknya.

“Penyokong Kelantan lebih fanatik berbanding dengan penyokong negeri kelahiran saya (Kedah). Saya tidak ada tekanan di sebalik gelagat penyokong seperti ini kerana saya pernah melaluinya sewaktu bermain bersama dengan Kedah.

“Apa yang penting, sebagai pemain bola sepak kita perlu mesra dengan mana-mana peminat. Mereka semua berada di belakang kita memberi sokongan, jadi mengapa harus untuk kita tidak boleh mendekati mereka,” katanya.

Ditanya mengenai persaingan yang bakal dihadapinya merebut posisinya, beliau melihat perkara itu merupakan satu persaingan yang sihat di kalangan pemain-pemain Kelantan sendiri.

“Bagi saya, itu semua persaingan yang sihat dalam mana-mana pasukan, tetapi kedatangan saya ini disertai dengan semangat kerja berpasukan yang tinggi. Yang selebihnya terpulang kepada jurulatih yang akan menentukannya.

“Sebagai pemain bola sepak profesional, saya perlu mengikut arahan yang ditetapkan jurulatih dan apa yang lebih penting, semangat berpasukan lebih diutamakan berbanding individu,” katanya.

Aksi lincah K Soley tidak asing lagi kerana beliau pernah mengenali beberapa rakan dalam pasukan Kelantan yang lain seperti Indra Putra Mahayuddin, Zairul Fitree Ishak dan S Subramaniam sewaktu beliau dipanggil menjalani latihan bersama skuad kebangsaan tidak dalam dulu.

K Soley memulakan karier bola sepaknya bersama dengan Kedah bermula pada tahun 2002 sehingga 2007, sebelum mengambil keputusan meneruskan kerjayanya bersama Singa Utara pada tahun berikutnya. - Sinar Harian.

Perlawanan Persahabatan

KEPUTUSAN PENUH:
T.TEAM 0-4 KELANTAN 
Senarai penjaring:
Hai-O, Indra, Nizab, Piya.

2 Sep 2010

Semangat merdeka membara di hati Subramaniam


IMBAS KEMBALI... Subramaniam (barisan belakang, tiga dari kanan) bersama skuad Kelantan meraikan kejayaan mereka muncul naib juara Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu bulan lalu.


TONGGAK pertahanan Kelantan, S. Subramaniam yang menyambut hari lahir ke-25 pada tarikh keramat 31 Ogos lalu berazam mempamerkan aksi terbaik sepanjang kempen Piala Malaysia yang bermula 14 September ini.
Subramaniam yang berbangga lahir bersempena dengan tarikh kemerdekaan negara berkata, dia semakin bersemangat bagi membantu skuad The Red Warriors selepas menyambut hari kelahirannya kelmarin.
Menurutnya, dia terharu apabila menerima banyak ucapan tahniah sempena hari lahirnya kelmarin dan berjanji tidak akan mempersia-siakan harapan peminat Kelantan.
“Sempena hari lahir saya semalam (kelmarin), saya berazam membawa pasukan Kelantan layak beraksi pada perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini,” katanya di Kota Bharu semalam.
Anak kelahiran Sungai Siput, Perak itu berkata, bagi menjayakan misinya, dia akan berlatih bersungguh-sungguh bagi memastikan prestasinya sentiasa berada pada tahap terbaik.
“Saya akan memberikan fokus sepenuhnya ketika berlatih dan mengikut segala arahan yang telah ditetapkan oleh jurulatih,” ujarnya.
Subramaniam berkata, dia teruja dapat mewakili Kelantan kerana suasananya berbeza dengan pasukan Perak yang diwakilinya sebelum ini.
“Saya gembira dapat bermain di Kelantan, suasananya cukup berbeza, ditambah pula dengan sokongan padu penyokong,” katanya.

1 Sep 2010

Masih banyak perlu diperbaiki

KOTA BHARU – Masih banyak perkara perlu diperbaiki sekiranya kita hendak pergi jauh dalam cabaran Piala Malaysia musim ini. Begitulah luahan pengendali Kelantan, B Sathianathan selepas melihat aksi ‘berkarat’ anak buahnya pada perlawanan persahabatan menentang UiTM FC yang berkesudahan Kelantan menang 5-1.

Walaupun menang besar pada perlawanan itu, tetapi Sathianathan sendiri turut mengakui skuad kendaliannya memerlukan satu perubahan yang cukup besar dalam masa terdekat sekiranya mahu bersaing dalam kempen Piala Malaysia nanti.

“Ya, memang saya sedikit berpuas hati dengan perlawanan malam semalam. Kita menjaringkan lima gol tetapi dari satu sudut lain masih banyak perkara perlu diperbaiki kalau melihat aksi pemain Kelantan dalam perlawanan itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

“Bukan sahaja saya perlu mengubah dari segi taktikal malahan aspek fizikal juga. Pergerakan pemain nampak terbatas, mereka lambat bertindak balas sekiranya kehilangan bola. Posisi pertahanan tidak terkecuali mengalami masalah ini.

“Masalah ini harus diselesaikan segera sebelum cuti hari raya ini. Para pemain kini perlu melalui satu fasa di mana mereka perlu memaksa diri mereka untuk melakukan perubahan tersebut,” katanya.

Sathianathan berkata, beliau telah mengenal pasti tiga kelemahan utama yang menghantui skuad The Red Warriors sepanjang dalam perlawanan itu sambil berharap ianya tidak harus berulang pada masa akan datang.

“Tiga perkara yang perlu saya titik beratkan ialah mempertingkatkan tahap kecergasan pemain, memastikan pemain melakukan hantaran tepat dan juga memastikan bagaimana kita mampu bertahan sekiranya diserang balas.

“Saya harap untuk perlawanan kedua nanti (lawan T-Team pada 3 September) para pemain saya dapat menunjukkan persembahan yang lebih baik berbanding perlawanan malam semalam.

Pada perlawanan persahabatan malam semalam, gol-gol kemenangan Kelantan telah dijaringkan oleh Indra Putra Mahayuddin, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, Muhd Badhri Radzi, Cik Hisamuddin Hassan dan Khairan Eroza Razali.

Sementara itu, Sathianathan turut menegaskan, dua pemain Kelantan yang bersama skuad kebangsaan ketika ini, Norshahrul Idlan Talaha dan Khairul Fahmi Che Mat terlepas untuk bermain dalam perlawanan persahabatan melibatkan pasukan Kelantan.

“Mereka tidak bersama dengan kita sejak 20 Ogos lalu kerana menjalani latihan bersama skuad kebangsaan. Minggu depan baru mereka akan kembali menjalani latihan bersama kita di Kota Bharu.

“Walau bagaimanapun, saya tetap memantau dari segi prestasi mereka ini dengan mendapatkan pandangan daripada jurulatih kebangsaan, K Rajagobal dari semasa ke semasa,” katanya.- Sinar Harian