30 Ogo 2010

Merdeka!Merdeka!Merdeka!

Selamat menyambut Kemerdekaan yang ke 53 dari warga Kelatefc...Semoga keamanan negara kita terpelihara dan berkekalan...

Perlawanan Persahabatan

KEPUTUSAN PENUH:
KELANTAN 5-1 UITM
Senarai penjaring:
Indra, Piya, Akmal,
Khairan dan Che Hishamudin

29 Ogo 2010

Kelantan intai kelibat Soley

Oleh Harris Rajahdin
harajah@bharian.com.my
2010/08/29

Untuk bantu perkuat benteng pertahanan The Red Warriors

FINALIS musim lalu, Kelantan kini mengintai pemain pertahanan, K Soley untuk memperkuatkan The Red Warriors menjelang kempen Piala Malaysia yang bakal menyingkap tirai selepas Aidilfitri, 14 September depan.

Pertahanan itu yang pernah menjadi sebahagian skuad treble Kedah pada dua musim berturut-turut, 2006/07 dan 2007/08, berkelana ke Perlis dengan kontraknya tidak dilanjutkan oleh pasukan Singa Utara itu.

Kelantan memanfaatkan kesempatan dengan menandatangani pemain itu bagi musim depan, namun berharap dapat menggunakan khidmat pemain itu lebih awal.

“Kami sudah menandatangani pemain Perlis bulan lalu, K Soley yang akan beraksi dengan kami musim depan,” kata Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.

“Soley tidak dapat beraksi buat mana-mana pasukan bagi kempen Piala Malaysia kerana kontraknya bersama Perlis sudah tamat Julai lalu, jadi menjadi satu kerugian buatnya jika menghabiskan masa tanpa aksi sehingga musim depan.

“Ini adalah kes istimewa, jadi kami akan melihat segala aspek, termasuk mendapatkannya sebagai pemain pinjaman,” katanya.
Untuk berbuat demikian, KAFA perlu mendapatkan persetujuan Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) untuk melanjutkan kontrak Soley sehingga sekurang-kurangnya berakhir kempen Piala Malaysia dengan membiayai gaji bulanannya.

Selain Soley, tiada pemain yang dibawa masuk Kelantan bagi Piala Malaysia ini, sebaliknya menyerapkan enam pemain pelapis ke skuad utama.

“Sebaik pulang daripada menunaikan umrah kerana muncul naib juara Liga Super, pemain giat berlatih tiap-tiap malam dan diberi rehat dua hari ketika Aidilfitri sebelum berdepan juara bertahan, Negeri Sembilan,” katanya

K.Soley milik Kelantan..The Red Warriors terus mendahului..

Kelantan terus memperkuatkan barisan pemain bagi menghadapi musim baru liga Super Tahun depan dan terbaru telah mendapatkan pemain lincah dari Perlis iaitu K.Soley.

Soley yang ditemui baru-baru ini semasa datang menandatangani kontrak untuk bermain dengan Kelantan berasa begitu teruja untuk bermain dengan Kelantan dan 'terpaksa' menolak tawaran lumayan dari salah sebuah negeri Pantai Timur yang begitu beria-ia ingin mendapatkan khidmat beliau.

Selepas K.Soley berjaya diikat pasukan Kelantan, mungkin dua lagi pemain dari utara bakal menyarung jersi Kelantan bagi memperkuatkan cabaran pasukan bagi menghadapi kempen liga super tahun depan dan ternyata KAFA begitu bersungguh-sungguh ingin memastikan Kelantan berjaya merangkul tiga piala.

Kelantan juga berminat untuk mendapatkan pemain kelahiran Kelantan yang sekarang bermain di selatan tanahair tetapi pemain tersebut enggan bermain untuk Kelantan atas sebab-sebab tertentu dan memilih seteru utama Kelantan bagi menghabiskan sisa-sisa kerjaya beliau dalam arena bolasepak ini.

Apa yang diharapkan dengan kemasukan pemain-pemain luar dapat memperkuatkan pasukan Kelantan bagi menghadapi musim hadapan dan dalam pemilihan pemain-pemain yang diambil seharusnya pemain kelahiran Kelantan tidak dipinggirkan dan perlu diutamakan oleh pengurusan tertinggi KAFA.

P/S : Mana nak cari pasukan yang boleh bayar gaji pemain yang tidak boleh beraksi untuk pasukan...

26 Ogo 2010

'Red Warriors tetap serius'

KELANTAN yang baru sahaja selesai menunaikan umrah akan diberi tugas pertama dalam memastikan kemantapan pasukan mengharungi Piala Malaysia menentang Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Ahad ini.

Jurulatih skuad The Red Warriors, B Sathianathan, berkata walaupun ia hanya perlawanan persahabatan bertemu juara institusi pengajian tinggi itu, namun prestasi mereka akan diambil kira bagi memastikan kesebelasan utama nanti sehebat barisan Liga Super yang muncul naib juara.
 
Ketika ini, semua pemain tiada dalam senarai tercedera, namun kita akan memastikan mereka berada dalam prestasi diperlukan semantap pasukan Liga Super lalu.
 
Latihan sudah bermula pada 19 Ogos lalu sebaik saja pasukan kembali dari umrah dan keadaan prestasi masih belum berada pada tahap memuaskan, namun ada masa untuk dipertingkatkan, katanya.

Sathia berkata, selain bertemu UiTM, The Red Warriors juga akan mengadakan dua perlawanan persahabatan lain menentang Felda United pada 3 September ini diikuti T Team, dua hari kemudian.

Pengendali itu menambah, Kelantan tetap akan menggunakan kudrat Indraputra Mahyuddin dibantu pemain utama lain memastikan cabaran mereka mantap dalam Piala Malaysia ini.

Ehsan : Bharian

25 Ogo 2010

Perlawanan Persahabatan

KELANTAN vs UITM
Tarikh   : 29/08/10
Masa    : 10.30mlm
Tempat : SSMIV, Kota Bharu.

Sedikit info: Pasukan bolasepak UITM telah menjuarai kejohanan Liga Bolasepak IPT 2010 edisi pertama baru-baru ini. Ini merupakan perlawanan persahabatan yang pertama pasukan TRW bagi persediaan untuk menghadapi Piala Malaysia '10. Diminta peminat-peminat TRW datang menonton perlawanan tersebut.

23 Ogo 2010

Undian liga kelab Sabtu ini


KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) akan mengadakan satu majlis pengundian pasukan yang akan menyertai Kejohanan Liga Antara Kelab bertempat di Wisma Kafa pada Sabtu ini.

Penolong Setiausaha Agung Kafa, Arif Hassan berkata, kejohanan yang pertama kali dianjurkan Jawatan Kuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) Kafa itu dijangka bermula pada pertengahan September depan.

“Setakat ini, sebanyak 35 pasukan telah mengesahkan tempat mengambil bahagian dalam kejohanan yang dilangsungkan secara liga ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

“Untuk itu, bagi melicinkan proses pengundian pasukan, kita hanya membuka penyertaan kepada mana-mana pasukan lain yang masih berminat untuk menyertai kejohanan itu setakat hari ini (23 Ogos) sahaja. Jadi mana-mana pasukan yang masih berminat, boleh menghubungi pihak Kafa bagi urusan pendaftaran pasukan pada hari ini.

“Majlis pengundian akan dilangsungkan di Wisma Kafa, Kampung Chicha pada jam lima petang hari Sabtu ini. Sehubungan dengan itu, kita menjemput dua wakil iaitu pengurus pasukan dan jurulatih daripada setiap pasukan terbabit hadir ke majlis pengundian itu,” katanya.

Arif berkata, kejohanan liga antara kelab itu dianjurkan bagi memberi peluang kepada peminat bola sepak di negeri ini bermain di peringkat lebih tinggi lagi.

“Penganjuran kejohanan ini merupakan sebahagian kejohanan yang dianjurkan oleh pihak Kafa sempena Tahun Bola Sepak Kelantan (TBSK ) pada tahun ini selain kejohanan Piala Kijang Muda, baru-baru ini.

Sementara itu, Arif berkata, majlis pengundian tersebut akan turut diselitkan dengan majlis berbuka puasa dalam kalangan wakil pasukan terbabit bersama dengan Kafa.

“Kita memahami mungkin ada wakil pasukan yang datang dari jauh seperti Machang atau Kuala Krai. Jadi sudah pasti mereka kesuntukan masa untuk pulang berbuka puasa sejurus majlis pengundian berakhir.

“Sehubungan dengan itu, Kafa menganjurkan majlis berbuka puasa secara ringkas bersama-sama dengan kesemua wakil pasukan terbabit,” katanya.

Kejohanan Liga Antara Kelab kali ini menawarkan hadiah wang tunai RM10,000 kepada juara, manakala naib juara menerima RM7,000. Sementara pemenang tempat ketiga dan keempat masing-masing menerima RM3,000 dan RM1,000.

Ehsan : Sinar Harian

Mama nyanyian Putera Pulau

Dedikasi untuk ibu tercinta sempena Ramadhan kareem ini...Hargailah pengorbanan dan jasa-jasa ibu kita yang bersusah payah membesarkan kita...Setitik susu sejuta makna


Lagu/lirik : Jen KL

19 Ogo 2010

Tiada ‘pemain import’: Sathia

KOTA BHARU – Tiada ‘pemain import’! Demikian kata Ketua Jurulatih Kelantan, B Sathianathan sebagai mengulas persediaan pasukan Kelantan bagi menghadapi kempen Piala Malaysia pada musim ini.

Pada ketika pasukan lain giat memancing pemain dari negeri atau kelab yang tidak beraksi dalam kempen Piala Malaysia, Kelantan memilih pendekatan yang berbeza menghadapi kejohanan paling berprestij di negara ini.

Sebaliknya, beliau akan bersandarkan kepada barisan pemain sedia ada bagi membawa cabaran Kelantan, selaku naib juara Piala Malaysia musim lalu pada pertandingan musim ini.

“Saya mempunyai 28 pemain yang didaftarkan pada musim ini. Saya akan menggunakan kesemua pemain yang ada kerana saya sememangnya berpuas hati dengan prestasi mereka sepanjang musim ini.

“Saingan dalam kumpulan A Piala Malaysia saya lihat begitu sengit. Kita tidak boleh kata kita mempunyai laluan yang mudah untuk ke suku akhir.

“Juara musim lalu, Negeri Sembilan dan KL Plus FC juga tetap memasang impian yang sama. Negeri Sembilan misalnya, sudah pasti mereka memberi tumpuan penuh dalam pertandingan kalah mati seperti Piala Malaysia, dan ini dibuktikan apabila mereka melakukannya dalam kejohanan Piala FA musim ini,” katanya.

Sathia berkata, saingan daripada pasukan berstatus kelab iaitu PKNS FC juga tidak boleh dipandang rendah, bukan sahaja oleh Kelantan malahan dua pasukan lain.

“Pada awal musim, kita pernah mengadakan perlawanan persahabatan dengan kelab itu. Kita diberi tentang sengit dan dipaksa seri 1-1 dalam perlawanan itu.

“Sebab itu saya katakan kelab mampu memberi tentangan yang hebat kepada pasukan lain.

“Sudah pasti mereka mempunyai semangat yang luar biasa apabila terpaksa berhadapan dengan tiga pasukan daripada Liga Super, dalam saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia ini,” katanya.

Sathia berkata, mereka harus berada di tahap yang terbaik menghadapi situasi ini sekiranya ingin melangkah lebih jauh.

Katanya, mereka perlu ketepikan keputusan lalu, sebagai naib juara liga musim ini kerana ianya sudah menjadi sejarah.

Sathia yang baru kembali daripada bercuti sambil melakukan tinjauan suasana bola sepak di Australia berkata, saingan pertandingan Piala Malaysia sentiasa menjanjikan pertembungan yang sengit dan ianya berbeza dengan kejohanan bola sepak yang lain.

Sathia berkata, Piala Malaysia merupakan satu pertandingan yang mencetuskan kelainan, dari segi sambutan peminat bola sepak tempatan dan ianya penuh dengan kejutan.

Skuad bola sepak Kelantan akan memulakan latihan harian pada bulan puasa ini, bermula 20 Ogos pada jam 11 malam setiap hari di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu.-Sinar Harian

15 Ogo 2010

ISN pantau Liga Super

KUALA LUMPUR - Institut Sukan Negara (ISN) akan membentuk sebuah pasukan khas bagi memantau setiap perlawanan bola sepak Liga Super pada musim depan.


Ketua Pengarah ISN, Datuk Dr. Ramlan Abdul Aziz berkata, unit tersebut akan mengkaji pengaturan dan pengurusan perlawanan bagi semua pasukan yang bersaingan dalam liga itu.

"Hasil daripada kajian itu kemudian akan diserahkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk diguna pakai," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata, kaedah yang digunakan adalah dengan cara merakam setiap perlawanan dengan mengunakan kamera video yang diletakan pada setiap penjuru padang.

"Hasil rakaman akan diproses mengunakan perisian khas dan ia mempunyai keupayaan untuk menilai sesuatu perlawanan," katanya lagi.

Dr. Ramlan berkata, dengan menggunakan kaedah sains sukan, jurulatih dapat menilai dan melihat secara teliti apa yang berlaku di padang.

Kaedah tersebut katanya telah digunakan oleh pasukan kebangsaan sejak tiga tahun lepas dan ia membantu skuad negara meraih pingat emas pada Sukan SEA di Laos 2009. - Bernama

P/s : Harap-harap cadangan ini dapat membantu meningkatkan mutu pemain-pemain serta mutu pengadilan yang dilihat kurang tepat dan berat sebela..kitaa tungguuuuu

12 Ogo 2010

Kajian mengenai Lanyard,Tin Minuman dan Belt Stoper

Artikel ini di ambil dari : OnDScene


Kajian ini adalah hasil usaha saya sendiri tanpa mendapat tajaan atau dorongan mana-mana pihak.

Hasil kajian dan rumusan mengenainya tidak pernah diterbit atau disiarkan di mana-mana sebelum ini dan dipercayai merupakan yang pertama seumpamanya di dunia!

Saya tidak memerlukan puluhan ribu malah ratusan ribu atau jutaan ringgit, semata-mata untuk melakukan kajian ini, tetapi kajian ini kelak saya percaya akan digunakan oleh banyak pihak untuk mereka mungkin mendapatkan puluhan ribu atau ratusan ribu atau jutaan ringgit itu…!!!

Anda dinasihatkan supaya jangan mempercayai seratus-peratus kajian ini, sehingga ianya benar-benar terjadi kepada anda sendiri…
Nota: Luangkan Masa Isi ruangan Poll melalui Nuffnang di sidebar kanan blog mengenai kajian ini.

1.Lanyard/tali gantung name-tag

 Selepas membaca artikel ini, anda pergi ke kereta anda. Lihat lanyard yang anda gantung melalui cermin pandang belakang itu. Harganya murah, tak sampaipun RM5 satu dan biasanya anda mendapat secara percuma dari majikan anda.

Menggantung lanyard menjadi trend kepada ramai pemandu kerana beberapa sebab:

i-supaya anda tidak terlupa/tertinggal di rumah-maka anda akan gantungnya dan akan

memakainya sebaik keluar dari kereta

ii-sebagai tanda riak kepada orang yang terlihat name-tag anda bahawa anda bekerja kakitangan syarikat A yang gah itu.

iii-sebagai isyarat kepada pemandu di sebelah anda , “saya ingin berkenalan, this is my name-tag. Carilah saya , nama saya anda boleh lihat…”

Tetapi, tahukah anda, ia mungkin merupakan pembunuh senyap, atau penyebab kemalangan?

Lanyard itu jika terutamanya digantung dengan talinya terlalu panjang ke bawah sehingga melepasi paras stereng kereta, ia mampu membelit stereng kereta anda ketika keadaan-keadaan tertentu seperti ketika anda mengambil selekoh tajam atau kenderaan anda terhentak akibat terlanggar lubang atau bonggol jalan.

Atau juga ketika anak anda bermain-main dengan lanyard itu ketika anda memandu sehingga akhirnya ia membelit streng kereta. Akibatnya, anda gagal mengawal kenderaan anda, akhirnya akan menyebabkan kemalangan.

2.Tin/botol minuman

Lihat atau lakukan ‘spring-cleaning’ di dalam kereta anda. Lihat di bawah tempat duduk. Bermacam-macam sampah akan anda temui. Tumpuan diberikan kepada botol atau tin minuman. Dengan harga setin Coke sekitar RM1.50, ia juga mampu membunuh anda.

Begitu juga, ketika memandu, anda akan meletakkan tin atau botol minuman di tepi sebelah pintu pemandu, atau ruang yang disediakan biasanya berhampiran gear.

Tetapi, tahukah anda, tin atau botol itu, pernah jatuh di atas lantai kereta dan bergolek ketika anda memandu. Apakah risikonya?

Tin atau botol itu akan bergolek sehingga ke bawah pedal minyak atau pedal brek kereta anda. Akibatnya, anda juga tidak akan dapat mengawal kereta kerana brek atau pedak minyak tersekat akibat botol atau tin minuman telah menyekatnya.

Di dalam laporan kes-kes kemalangan terutama kemalangan maut, kita biasa membaca sebegini:

“Kereta dipandu tiba-tiba hilang kawalan, lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik”

Ye, kereta itu hilang kawalan, tetapi apakah penyebab kepada hilang kawalan itu? Memandu laju? Bergaduh ketika memandu?

Belum ada bukti secara saintifik menunjukkan bahawa lanyard dan tin minuman adalah penyebab kemalangan.

Tidak mungkin kita akan mendapat jawapan kerana pemandu kereta telahpun maut dalam kemalangan itu…

Jadi, lanyard dan tin minuman itu tetap menjadi misteri…

3.Belt-stopper

 Dari semurah RM3 hingga puluhan ringgit seperti ada berbagai logo dan karektor kartun, belt-stopper juga mampu meragut nyawa manusia ketika kemalangan. Macam tak lojik bukan?

Belt-stopper direka supaya menjadi penahan kepada tali pinggang keledar supaya ia tidak ‘menjerut’ perut dan pinggang pemandu/penumpang kereta . Ia akan melonggarkan tali pinggang keledar supaya kononnya pemandu dan penumpang tidak menjadi rimas atau rasa ‘terperangkap’. Wanita amat gemar menggunakan belt-stopper terutama ibu mengandung dan mereka yang tidak mahu tali pinggang keledar itu ‘menjerut’ buah dada mereka.

Tali pinggang keledar hanya akan berfungsi apabila terdapat ‘sentakan’ atau ‘rentapan’ padanya dengan kadar yang cepat, laju atau mengejut. Ketika kemalangan, mangsa akan tertolak ke hadapan, dan ketika itulah tali pinggang keledar akan berfungsi dan menguncinya sekaligus menahan mangsa dari melambung atau ter’lajak’ sehingga mengenai stereng ataupun cermin hadapan.

Menggunakan belt-sotpper’ akan menyebabkan terdapat ruangan di antara tali pinggang dengan badan mangsa menyebabkan tiadanya daya ‘sentapan’ atau ‘rentapan’ bagi memberhentikan pergerakan tali pinggang itu. Ini sekaligus boleh ‘membatalkan’ penguncian tali pinggang itu menyebabkan mangsa terus terhumban ke hapadan.

Kajian ini juga mungkin tidak pernah dilakukan oleh pegawai penyiasat kemalangan.

Apabila ketiga-tiga bahan disebutkan di atas, bertindak secara serentak ketika anda menekan brek ketika kecemasan, ini akan berlaku:

Tali lanyard akan melilit stereng kereta, botol dan tin bergolek ke arah pedal minyak, clutch dan brek, manakala tali pinggang keledar tidak akan berfungsi kerana di'bebaskan' oleh belt-stopper.

Saya ulangi - Anda dinasihatkan supaya jangan mempercayai seratus-peratus kajian ini, sehingga ianya benar-benar terjadi kepada anda sendiri…

11 Ogo 2010

Jadual Piala Malaysia 14 September 2010

1. Kelantan vs Negeri Sembilan Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu

2. Kuala Lumpur, PLUS FC vs Selangor PKNS Stadium MBPJ, Kelana Jaya 

3. Terengganu vs Pahang Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah  

4. Kuala Lumpur vs Sabah Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras

5. Johor FC vs Kedah Stadium JCORP, Pasir Gudang, JB 

6. Perak vs ATM Stadium Perak, Ipoh

7. Selangor vs Terengganu PBDKT T-Team Stadium Shah Alam, Selangor 

8. Perlis vs Kuala Lumpur Felda United FC Stadium Utama Negeri, Kangar
Sumber : FAM

Selamat Berpuasa

8 Ogo 2010

Finalis 2009 bertembung


TENGKU ABDULLAH (kiri) dan Datuk Azzuddin Ahmad menyempurnakan majlis undian Piala Malaysia 2010 di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.


JUARA Piala Malaysia musim lalu, Negeri Sembilan terpaksa berdepan laluan sukar dalam usaha mempertahankan kejuaraan apabila diundi bersama-sama naib juara, Kelantan dalam Kumpulan A.
Di atas kertas, Kelantan yang juga merupakan naib juara Liga Super musim ini dilihat mempunyai sedikit kelebihan untuk muncul juara kumpulan berdasarkan pretasi semasa yang dipamerkan skuad kendalian B. Sathianathan itu.
Begitupun, The Reds Warrior dan skuad Hoben Jang Hoben tidak boleh memandang rendah kemampuan dua lagi pasukan yang turut diundi dalam Kumpulan A iaitu KL Plus dan Selangor PKNS.
Pengurus Kelantan, Azman Ibrahim tidak mahu mendabik dada apabila menganggap peluang untuk keempat-empat pasukan dalam Kumpulan A sentiasa terbuka bagi mara ke peringkat suku akhir.
“Mungkin ramai yang menganggap selepas undian ini, Kelantan dijangka mudah untuk layak ke pusingan seterusnya tetapi bagi saya dalam bola sepak apa-apa boleh terjadi dan kita tidak mahu mengambil sikap terlalu yakin.


“Selain Negeri Sembilan dan KL Plus, PKNS juga tidak boleh dipandang rendah dan saya menjangkakan pasukan mampu mencipta kejutan,” jelas Azman ketika ditemui sejurus tamat majlis undian Piala Malaysia di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Kelana Jaya semalam.
Sementara itu, Terengganu dijangka mudah untuk mara ke peringkat suku akhir, apabila diundi mengetuai saingan dalam Kumpulan B bersama-sama tiga lagi pasukan iaitu Pahang, Kuala Lumpur dan Sabah.

TENGKU ABDULLAH (kiri) menyampaikan trofi Kasut Emas selaku penjaring terbanyak Liga Perdana kepada pemain PKNS, Mohammad Zamri Hassan di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.


Kumpulan C pula dilihat lebih menarik apabila bakal menyaksikan persaingan dua pasukan berstatus kelab iaitu Johor FC serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama-sama naib juara Piala FA musim ini, Kedah dan juga Perak.
Pertembungan dua pasukan juara musim ini iaitu Selangor yang merangkul kejuaraan Liga Super serta Felda United yang menjulang trofi Liga Perdana dalam Kumpulan D sudah pastinya bakal menjadi perlawanan tumpuan.
Baik Selangor mahupun Felda United, kedua-dua pasukan ini sudah pastinya mempunyai misi tersendiri dalam saingan Piala Malaysia musim ini
Begitupun mereka perlu melepasi halangan dua lagi pasukan yang turut diundi bersama dalam kumpulan D iaitu, T-Team dan Perlis.
Saingan Piala Malaysia musim ini akan memulakan aksinya pada 14 September ini hingga 30 Oktober depan yang mana juara dan naib juara setiap kumpulan secara automatik layak ke pusingan kedua.

Bukan omong kosong


KOSMO! AHAD: Tahniah di atas kejayaan memenangi jawatan Timbalan Presiden FAM. Ini mungkin satu berita gembira bagi ramai pihak kerana Tan Sri antara calon pilihan.

Annuar: Terima kasih. Maksud gembira itu kerana usaha menawarkan diri mendapat sambutan bukan gembira kerana memenangi jawatan tersebut. Selepas memenangi jawatan ini, terhidang cabaran kerja yang sangat besar. Kegembiraan saya bercampur rasa bimbang kerana tugas yang ada itu sangat berat untuk dipikul. Lebih penting lagi ia bakal dinilai masyarakat dan ahli-ahli gabungan yang memilih kita. Saya fikir ini satu tugas yang saya buat penuh kerelaan dan saya ingin melakukannya dengan cara yang terbaik.

Sebagai Timbalan Presiden FAM, bagaimana Tan Sri melihat peranan yang boleh dimainkan dan ramai menganggap ia jawatan yang popular?

Pada pandangan saya, FAM perlu ditadbir secara kolektif. Saya tahu FAM ada susur galurnya, ada Presiden dan Timbalan Presiden. Saya Timbalan Presiden kedua. Saya tahu itu merupakan satu tekanan tetapi ia tidak menjadi masalah. Pokok pangkalnya, kita perlu bekerja sebagai satu pasukan. Tinggal lagi, saya terpaksa memainkan peranan supaya 'pasukan ini' bergerak mengikut kelajuan dan membuat keputusan yang sewajarnya. Kita bukan duduk di situ untuk populariti dan popular sebab kalau tiada prestasi tetap tidak akan popular. Populariti mungkin sementara, akhirnya popular atau tidak, adalah berjaya atau tidak. Itu bakal disaksikan semua, sebab itu saya tiada agenda sendiri. Idea yang ada adalah untuk saya kemukakan kepada ahli majlis FAM, kalau ia diterima maka kita akan laksanakan bersama.

Berada di dalam FAM bermakna perlu bersedia untuk menerima cemuhan. Bagaimana Tan Sri melihat jawatan Timbalan Presiden sebagai suatu yang mencabar?

Cabarannya begini. Pertama kerana sistem yang terwujud dalam FAM ini nampak agak unik. FAM merupakan satu badan bola sepak negara tetapi pada masa yang sama ia perlu bertindak dalam ruang lingkup yang tidak terpisah. Maksudnya FAM perlu berupaya membentuk satu jalinan yang berkesan, pertamanya dengan kerajaan, kedua dengan badan-badan swasta dan ketiga dengan peminat itu sendiri.
Hubungan yang bagaimana FAM perlukan daripada kesemua pihak tersebut untuk memajukan bola sepak negara?

Pertama, FAM wajib dapat meyakinkan kerajaan untuk memberikan apa-apa yang diperlukan dalam proses pembangunan. FAM mesti membuktikan keupayaan untuk meyakinkan kerajaan supaya jadikan bola sepak sebagai agenda nasional kerana programnya melibatkan remaja, satu kelompok yang besar seperti sekolah, murid-murid dan prasarana.

Apa-apa yang kurang menyebabkan tidak terpikul oleh hanya sebuah persatuan sukan. Peranan FAM itu lebih kepada membuat kerangka kasar, mengadakan program dari sudut teknikal dan dasar-dasar umum tetapi peringkat pelaksanaannya, kerajaanlah yang akan mampu melakukannya.

Badan-badan korporat juga perlu memainkan peranan kerana bola sepak tidak hanya mampu ditadbir oleh sebuah persatuan. Di sini FAM perlu membuktikan kewibawaan untuk meyakinkan syarikat-syarikat supaya tampil memainkan peranan yang lebih tersusun.

Sebagai satu acara sukan, bola sepak sudah tentu tidak dapat lari daripada mendapat sokongan peminat. Situasi yang ada kini berlaku sebaliknya. Apa yang harus FAM lakukan?

Seperti yang saya katakan, FAM perlu membuktikan kewibawaan terlebih dahulu. Perubahan mesti ada. Kalau kita tidak bina liga yang berkualiti, suasana sukan yang menarik, kita tak boleh memaksa orang masuk stadium sebab ia perlu dibayar.

Orang akan bayar hak penyiaran kalau bola sepak kita menarik, orang akan bayar tiket masuk stadium kalau pemain kita beraksi dengan baik. Kerajaan juga akan bagi duit kalau program kita bagus. Semua ini tanggungjawab permulaan yang perlu dipikul FAM.

Saya fikir, saya nak mencari jalan untuk membentuk satu hubungan yang baru untuk semua ini. FAM tidak boleh lagi bekerja secara ad-hoc dan sendirian. Kena cari satu kaedah supaya FAM diurus tadbir dengan cara yang cukup wibawa tinggi. Apabila itu dapat dilakukan, yang lain akan lebih mudah.

Tan Sri yakin kehadiran Tan Sri mampu merubah keadaan?

Saya cuba. Cara saya, kalau saya fikir nak sebut apa-apa saya akan sebut. Kalau saya rasa ada pendapat, saya akan kemukakan tetapi biarlah pada tempat yang betul dan dengan cara yang betul. Apa yang pasti, saya fikir adalah satu kesilapan yang besar kalau FAM bersikap status quo. Signal sudah jelas daripada peminat bola sepak.

Prestasi kita juga sudah jelas, kita tak boleh nak berselindung diri. Apapun orang kata, peminat-peminat lebih tahu di mana letaknya bola sepak kita. Sebab itu, pada saya berubah adalah wajib. Jadi, kalau kita mengelak untuk melakukan perubahan atas apa juga sebab, ertinya kita dalam masalah.

ANNUAR (tengah) menandatangani plak perasmian kedai peralatan sukan Ambro di Jalan Mahmood, Kota Bharu pada 26 Julai lalu.


Saya menawarkan diri kerana yakin FAM memerlukan perubahan tetapi perubahan tidak semestinya dibawa oleh seorang individu. Pada saya semuanya bergantung kepada pasukan atau barisan kepimpinan yang ada. Saya berani menyatakan kesemua yang dipilih baru-baru ini termasuk Duli Yang Maha Mulia Tuanku Presiden sudah bersiap untuk melakukan perubahan.

Cabaran yang perlu dipikul FAM adalah menjadikan bola sepak agenda nasional. Sejauh mana bola sepak dapat memainkan peranan selain daripada salah satu cabang sukan?

Tuanku Presiden (Sultan Ahmad Shah) telah bertitah dalam ucapan baginda baru-baru ini, menyatakan bola sepak negara tidak akan ke mana kalau ia tidak dijadikan agenda nasional. Itu kenyataan yang cukup kuat. Tinggal lagi bagaimana kita hendak bekerja untuk menjadikan ia agenda nasional. FAM sendiri perlu menterjemahkan apa yang dimaksudkan dengan agenda nasional. Kalau dalam kerangka konsep 1Malaysia, sukan adalah satu alat yang cukup kuat.

Kita tengok bagaimana (bekas Presiden Afrika Selatan) Nelson Mandela menjadikan Piala Dunia sebagai spring board dalam proses pembinaan bangsa Afrika.

Betapa ia suatu alat yang begitu berkuasa sekali. Kenapa kita tidak boleh tengok dalam pendekatan yang sama menyatupadukan bangsa Malaysia, mewujudkan kecergasan rakyat. Itu yang FAM perlu lakukan dan terjemahkan dalam bentuk kerangka-kerangka supaya kerajaan tidak samar lagi. Kita kena bagi input kepada kerajaan.

7 Ogo 2010

Jadual Piala Malaysia 2010


Jadual Perlawanan peringkat kumpulan:

-         Pusingan Pertama : 14,17 dan 20 September
-         Pusingan Kedua : 3,6,dan 9 Oktober

Jadual Perlawanan Suku Akhir ( 12 dan 16 Oktober 2010 )

-         Perlawanan # 1 : Juara Kumpulan A vs Naib Juara Kumpulan D
-         Perlawanan # 2 : Juara Kumpulan B vs Naib Juara Kumpulan C
-         Perlawanan # 3 : Juara Kumpulan C vs Naib Juara Kumpulan B
-         Perlawanan # 4 : Juara Kumpulan D vs Naib Juara Kumpulan A

Jadual Perlawanan Separuh Akhir ( 20 dan 23 Oktober 2010 )

-         Pemenang Perlawanan # 1 vs Pemenang Perlawanan # 3
-         Pemenang Perlawanan # 2 vs Pemenang Perlawanan # 4

Jadual Perlawanan Akhir ( 30 Oktober 2010 Sabtu)

*Jadual penuh perlawanan akan menyusul nanti....harap bersabar

Undian Piala Malaysia 2010

KUMPULAN A
1.Kelantan
2.Negeri Sembilan
3.PLUS FC
4.Selangor PKNS

KUMPULAN B
1.Terengganu
2.Pahang
3.Kuala Lumpur
4.Sabah

KUMPULAN C
1.Johor FC
2.Kedah
3.Perak
4.ATM

KUMPULAN D
1.Selangor
2.T-Team
3.Perlis
4.Felda United FC

5 Ogo 2010

Jangan ada Dengki...

Pemilihan FAM telah pun berlalu dan keputusanya ternyata 'mengejutkan' banyak pihak sehinggakan kedengaran suara-suara yang inginkan mereka yang terpilih 'menyertai' kelompok pimpinan tertinggi FAM melakukan kerja dengan penuh komitmen.


Pelbagai cadangan dilontarkan antaranya semua 'pemenang' ketika pemilihan tersebut melepaskan semua jawatan dalam persatuan negeri kerana di khuatiri akan menjejaskan komitmen kepada tugas yang bakal digalas kerana dakwa mereka akan ada masalah jika menguruskan pasukan negeri dan memegang jawatan penting dalam FAM.

Bukankah sebelum ini kita lihat adanya penglibatan individu yang memegang jawatan dalam persatuan negeri tetapi masih dibenarkan mengalas jawatan penting di FAM.Mungkin ini adalah masalah sebenar dalam FAM tetapi dibiarkan kerana penangan kerusi empuk dalam FAM.

Mengapa setelah calon-calon dari Kelantan terutamanya Tan Sri Annuar Musa,Datuk Takiyuddin serta Rosmadi  memenangi jawatan yang ditandingi mereka baru-baru ini kedengaran suara-suara sumbang yang mahu mereka melepaskan jawatan dalampersatuan negeri,tidakkah ini menimbulkan keanehan serta seolah-olah ada 'double standard' apabila melibatkan orang Kelantan terutamanya yang menerajui KAFA. 

Apa yang diharapkan selepas ini akan ada perubahan ketara dalam FAM kerana kepercayaan yang diberikan gabungan persatuan-persatuan sukan di Malaysia pada kongres FAM lepas cukup membuktikan bahawa mereka mahukan perubahan ketara dan harapan ini disandarkan pada kebijaksanaan dua Timbalan Presiden FAM yang baru iaitu Tengku Abdullah dan TSAM.

Kejayaan TSAM membawa pulang piala Thomas kedakapan Malaysia ketika beliau menjadi Menteri Belia dan Sukan mungkin dilupakan rakyat Malaysia serta kejayaan menerajui pasukan Kelantan dengan menjadi naib juara Piala FA,Naib Juara Piala Malaysia dan terbaru Naib Juara Liga Super walaupun baru dua tahun memimpin KAFA

Bersandarkan kejayaan tersebut kita berharap idea-idea beliau mampu merancakkan kembali liga Malaysia yang suram dan sekurangnya-kurangnya Malaysia dapat bersaing diperingkat Asia.

Apa yang pasti pemain-pemain import mungkin akan dibenarkan kembali bermain dalam liga Malaysia bagi  meningkatkan mutu pemain-pemain Malaysia kerana mereka dapat bersaing dengan pemain-pemain import dan secara tidak langsung membolehkan mereka membiasakan diri bermain dengan pemain luar.


KAFA beri imbuhan RM100,000

Oleh Norliza Wasilan
norlizawasilan@bharian.com.my

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) memberi imbuhan RM100,000 selepas Red Worriors muncul naib juara Liga Super, musim ini.

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa, berkata imbuhan itu sebagai menghargai prestasi membanggakan pasukan kijang merah dalam saingan Liga Super.

“Pasukan ini mencapai sasaran ditetapkan iaitu empat kelompok terbaik dan mengakhiri saingan Liga Super dengan gelaran naib juara seterusnya melengkapkan koleksi naib juara selepas Piala Malaysia dan Piala FA.  

“Pasukan ini baru dua kali beraksi dalam Liga Super namun mampu muncul daripada tempat keenam kepada naib juara. Pengurusan berpuas hati dan gembira mengumumkan pemberian bonus RM100,000 kepada pasukan Kelantan,” katanya sejurus tamat perlawanan Kelantan bertemu T-Team yang berkesudahan seri tanpa jaringan di Stadium Muhammed IV di sini, kelmarin.

'Puasa, umrah bukan halangan'

Oleh Syed Riduan Ahmad
smriduan@nstp.com.my

NAIB juara Piala Malaysia musim lalu, Kelantan tidak akan membiarkan bulan puasa dan ibadat umrah yang akan dikerjakan bulan ini menghalang impian mereka untuk terus mengejar trofi berprestij berkenaan apabila saingan bermula selepas Aidilfitri.

Jurulatihnya, B Sathianathan berkata, walaupun pemain hanya akan pulang daripada mengerjakan umrah 28 Ogos ini, mereka sudah diberikan ‘kerja rumah’ bagi memastikan kecergasan berada pada tahap yang dikehendaki

“Sebaik pulang, saya akan mengadakan ujian kecergasan dan mana-mana pemain yang tidak mencapai tahap yang ditetapkan, akan dikenakan denda, malah boleh digugurkan,” kata Sathia ketika dihubungi, semalam.
“Kami sudah melakukan yang terbaik sepanjang kempen Liga Super musim ini, dengan hanya tewas sekali, tetapi kerana banyak keputusan seri dan mata penuh hanya banyak dikutip semasa pusingan kedua, sudah terlambat untuk mengejar Selangor.

“Bagaimanapun saya yakin, pemain Kelantan masih dahagakan kejuaraan dan keazaman mereka itu pasti akan ditampilkan sebaik saingan Piala Malaysia bermula.”

Kelantan belum pernah menjuarai Piala Malaysia selepas tiga kali beraksi pada final – 1955, 1970 dan 2009.

Sathia menganggap, skuad Kelantan kali adalah yang terbaik pernah dikumpul, dan dia tidak melihat sebarang masalah buat pasukan itu untuk melepasi peringkat kumpulan apabila undian dijalankan, Sabtu ini.

Syabas TRW

3 Ogo 2010

Annuar tetap terajui KAFA


ANNUAR (tengah) diberi sambutan meriah oleh Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan ketika tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kota Bharu semalan.


TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa membayangkan hasrat untuk mengekalkan jawatannya sebagai Presiden Bola Sepak Kelantan (KAFA) walaupun mengakui tugasnya akan lebih berat dan mencabar selepas ini.

Beliau berkata, tidak perlu untuknya melepaskan jawatan Presiden KAFA memandangkan tidak terdapat peraturan yang mewajibkan beliau meletakkan jawatan dalam KAFA selepas dipilih menyandang jawatan Timbalan Presiden FAM.

Bagaimanapun, beliau akan mengadakan perbincangan dengan ahli-ahli majlis KAFA mengenai kedudukannya itu.

“Pada masa ini saya masih Presiden KAFA tetapi saya akan membincangkan kedudukan saya dengan ahli-ahli majlis KAFA selepas ini.

“Saya mungkin tidak dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada pasukan Kelantan memandangkan tugas saya selepas ini membawa cabaran pasukan Malaysia ke peringkat antarabangsa,” kata- nya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kota Bharu semalam.

Kira-kira 100 penyokong Kelantan menyambut kepulangan Annuar selepas dipilih menduduki jawatan Timbalan Presiden FAM di lapangan terbang tersebut.

Annuar berkata, pada masa ini KAFA perlu melahirkan barisan pemimpin pelapis untuk menerajui KAFA pada masa depan.

“Saya tidak semestinya mengekalkan jawatan Presiden KAFA dalam tempoh yang lama, KAFA perlu mempunyai pemimpin pelapis yang berkaliber,” ujarnya.

Dalam pada itu, Annuar memberitahu, beliau akan menyiapkan cadangannya untuk dikemukakan kepada FAM bagi meningkatkan semula martabat pasukan bola sepak negara semasa mengerjakan umrah pada bulan Ramadan ini.

Tambahnya, beliau akan mengemukakan cadangan tersebut kepada FAM untuk dipertimbangkan.

Kelantan vs T.Team



Saksikan siaran langsung di RTM@2....

Rugi jika tidak menonton perlawanan ini di Stadium kerana kemeriahan luarbiasa dijangka dapat dirasai dengan sambutan yang dijanjikan oleh pihak KAFA.

Oleh itu mari kita ramai-ramai memenuhi segenap ruang stadium Sultan Muhammad ke-IV...

Mampukah Annuar?

KEPIMPINAN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berubah lagi dengan pemilihan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tan Sri Annuar Muda sebagai timbalan presiden baru badan induk bola sepak negara. Setelah memenangi pemilihan pada Kongres FAM ke-47 Sabtu lalu, kini tiba masa mereka melaksanakan tugas besar mempertingkatkan bola sepak negara. Dalam hal ini, Annuar, yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), berkongsi wawasan dengan Wartawan Utusan Malaysia, MUHAMMAD DAYNE AZMIN dalam melaksanakan tugasnya di FAM.

Utusan: Terlebih dahulu tahniah kepada Tan Sri kerana terpilih sebagai Timbalan Presiden FAM.

Annuar :Terima kasih

Utusan: Apa pandangan Tan Sri apabila digandingkan dengan Tengku Abdullah?

Annuar:Tiada sebarang masalah kerana Tengku Abdullah juga mempunyai minat mendalam terhadap bola sepak. Sebagaimana saya katakan, kehadiran saya di sini adalah untuk membantu Tengku Abdullah membangunkan bola sepak negara. 

Utusan: Apakah perancangan pertama dalam tempoh terdekat?

Annuar: Saya dalam proses untuk berjumpa dengan bekas-bekas Timbalan Presiden dan beberapa orang lama FAM, bagi mendengar amanat dan pengalaman mereka mentadbir FAM. Saya juga sedang mengaturkan pertemuan dengan beberapa naib presiden. Kalau mengikut amalannya adalah untuk bertukar-tukar nota terlebih dahulu. Perkara ini penting kerana kami mahu pastikan segala idea dilakukan secara kolektif, sebelum kami semua duduk semeja dengan Tengku Abdullah, selepas saya pulang dari umrah pada 7 Ogos ini. Perjumpaan ini berbentuk tidak rasmi.

Utusan: Tan Sri ada mengatakan salah satu visi adalah membina lebih keyakinan penaja dalam Liga Malaysia. Adakah Tan Sri yakin hasrat itu mampu direalisasikan?

Annuar: Liga Malaysia berpotensi besar menarik penaja. Namun ia tidak berlaku kebelakangan ini. Oleh itu, saya fikir satu kaedah baru perlu dicari, dalam usaha mencari pelabur berpotensi besar, supaya liga bola sepak kita kembali rancak seperti mana dalam era 90-an.
Soal penajaan turut meliputi pembangunan di peringkat remaja. Kita harus mencari pakej yang sesuai, supaya penaja tertarik untuk melabur.

Utusan: Bagaimana hubungan antara FAM dan kesatuan negeri serta badan gabungan lain, terutama yang bermasalah?

Annuar: Memang ada beberapa kesatuan negeri dan juga mungkin badan gabungan yang ada masalah terutamanya soal kewangan. Kita akan mengadakan perbincangan dengan wakil negeri dan badan gabungan untuk mengetahui masalah mereka. Jika masalah di peringkat negeri diselesaikan, ia secara tidak langsung membantu FAM berada pada tahap lebih baik.

Utusan: Mungkinkah Tan Sri akan menggunakan formula yang sama ketika di Kelantan untuk membantu negeri lain?

Annuar: Itu terpulang, sebagaimana saya yang katakan, setiap negeri mungkin ada caranya tersendiri untuk membangunkan sukan bola sepak. 

Utusan: Apakah keutamaan yang akan beri perhatian khusus sepanjang menjadi orang No. 2 FAM?

Annuar : Pembangunan akar umbi seperti penubuhan akademi peringkat remaja bakal menjadi keutamaan saya. Banyak perkara dan cadangan akan cuba direalisasikan melalui penglibatan pemimpin negeri, juga Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Kita akan cuba menyakinkan kerajaan untuk menjadikan bola sepak sebagai medium dalam menjayakan agenda nasional sebagaimana kata-kata football for all, all for football. 

Utusan: Pada hemat Tan Sri, mengapakah mutu sukan bola sepak kita menurun?

Annuar: Banyak aspek perlu diteliti. Kerajaan telah banyak melabur seperti membina padang bola sepak di setiap sekolah, namun hasilnya kurang kerana tiada pengisian yang baik. Antara kelemahan ketara ialah soal kejurulatihan, ko-kurikulum, tenaga penggerak.Jika kita mahukan pembangunan menyeluruh, semua perkara itu perlu bergerak seiring.

‘Red Warriors’ tetap membara

Oleh Harris Rajahdin
harajah@bharian.com.my
2010/08/03

Masih ghairah buru kemenangan walau Selangor sudah bergelar juara

SUNGGUHPUN peluang Kelantan merampas gelaran Liga Super daripada Selangor sudah tertutup, The Red Warriors tetap akan menampilkan persembahan terbaik sebagai hadiah buat penyokong setia pada perlawanan terakhir menentang T-Team, malam ini. 

 Meskipun menerima hakikat Merah Kuning sudah mengesahkan gelaran kedua berturut-turut dengan kemenangan ke atas Terengganu, Sabtu lalu, sambutan pesta akan tetap dirasai di Stadium Sultan Mohamad ke-IV malam ini untuk meraikan pencapaian muncul naib juara liga yang menjadi satu rekod baru buat sejarah negeri itu.

“Kami tetap akan menampilkan persembahan terbaik untuk memberikan sesuatu buat diraikan peminat,” kata kapten, Indra Putra Mahayuddin.

“Kami juga mahu mengekalkan rekod tanpa kalah sejak sekian lama. Selepas perlawanan ini, kami akan pergi menunaikan umrah Sabtu ini sebagai hadiah kejayaan muncul naib juara.

“Selepas itu, kami akan cuba mengubati kekecewaan dengan mensasarkan gelaran Piala Malaysia pula,” katanya.

Gelanggang keramat yang sentiasa dipenuhi penyokong berbaju merah itu hanya menyaksikan satu detik kekecewaan sepanjang musim ini apabila tewas kepada Kedah 1-0 pada 19 Januari lalu.
Di kem Merah Kuning, Selangor sudah cukup berpuas hati untuk menurunkan barisan simpanan dengan jurulatih, K Devan mahu memberikan peluang buat pemain yang belum beraksi sebelum ini.

Pusingan terakhir perlawanan malam ini sekadar pelengkap jadual dengan kesemua 12 pasukan Liga Super yang melayakkan diri ke Piala Malaysia sudah diketahui, sambil Johor dan Pulau Pinang akan diturunkan ke Liga Perdana andai tiada perubahan dalam peraturan.

Sejumlah 16 pasukan termasuk empat pasukan teratas Liga Perdana – Felda United, Sabah, PKNS dan Tentera juga akan diundi bagi saingan Piala Malaysia, Sabtu ini.

Annuar tetap terajui KAFA

Oleh ZAID MOHD. NOOR zaid.mohdnoor@kosmo.com.my
ANNUAR (tengah) diberi sambutan meriah oleh Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan ketika tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kota Bharu semalan.



TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa membayangkan hasrat untuk mengekalkan jawatannya sebagai Presiden Bola Sepak Kelantan (KAFA) walaupun mengakui tugasnya akan lebih berat dan mencabar selepas ini.

Beliau berkata, tidak perlu untuknya melepaskan jawatan Presiden KAFA memandangkan tidak terdapat peraturan yang mewajibkan beliau meletakkan jawatan dalam KAFA selepas dipilih menyandang jawatan Timbalan Presiden FAM.

Bagaimanapun, beliau akan mengadakan perbincangan dengan ahli-ahli majlis KAFA mengenai kedudukannya itu.

“Pada masa ini saya masih Presiden KAFA tetapi saya akan membincangkan kedudukan saya dengan ahli-ahli majlis KAFA selepas ini.

“Saya mungkin tidak dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada pasukan Kelantan memandangkan tugas saya selepas ini membawa cabaran pasukan Malaysia ke peringkat antarabangsa,” kata- nya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kota Bharu semalam.

Kira-kira 100 penyokong Kelantan menyambut kepulangan Annuar selepas dipilih menduduki jawatan Timbalan Presiden FAM di lapangan terbang tersebut.

Annuar berkata, pada masa ini KAFA perlu melahirkan barisan pemimpin pelapis untuk menerajui KAFA pada masa depan.

“Saya tidak semestinya mengekalkan jawatan Presiden KAFA dalam tempoh yang lama, KAFA perlu mempunyai pemimpin pelapis yang berkaliber,” ujarnya.

Dalam pada itu, Annuar memberitahu, beliau akan menyiapkan cadangannya untuk dikemukakan kepada FAM bagi meningkatkan semula martabat pasukan bola sepak negara semasa mengerjakan umrah pada bulan Ramadan ini.

Tambahnya, beliau akan mengemukakan cadangan tersebut kepada FAM untuk dipertimbangkan.

1 Ogo 2010

Tahniah The Red Warriors...Kami Bangga!!!

Walaupun pasukan Kelantan hanya dinobatkan naib juara liga super rakyat Kelantan khususnya penyokong-penyokong setia Kelantan amat berbangga dengan pencapaian tersebut.

Di bawah kepimpinan baru yang diterajui oleh Tan Sri Annuar Musa Kelantan akhirnya berjaya mengukir nama dipentas arena bolasepak Malaysia serta semakin digeruni dan dicemburui lawan.

TSAM berjaya 'mencipta' satu budaya bolasepak luarbiasa untuk Kelantan serta Malaysia sehingga tersenarai dalam Malaysian book of record sebagai pasukan pertama mempunyai jenama barangan dan radio online sendiri.

Kejayaan beliau mendorong badan gabungan FAM yang bersidang kelmarin mencalonkan beliau bergandingan dengan Tengku Abdullah dalam kempimpinan baru.

Idea-idea bernas dari Beliau ternyata amat diperlukan untuk memantapkan FAM yang dilihat sudah tidak relevan lagi kerana faktor pengurusan yang tidak cekap.

Menyingkap kembali kejayaan Kelantan dalam kempen liga super musim ini Kelantan ternyata terlalu ampuh untuk dijinakkan oleh mana-mana pasukan hatta Selangor sekalipun.

Rekod musim ini menunjukkan Kelantan tidak pernah tewas digelanggang lawan serta hanya tewas sekali itupun gara-gara gol 'cuai' dari Syed Adney,jika tidak Kelantan akan menjadi satu-satunya pasukan yang belum pernah tewas tapi malangnya gol dari bekas pemain Kelantan Azlan Ismail yang mewakili Kedah telah meleburkan rekod tanpa kalah Kelantan.

Kelantan sebenarnya boleh 'bergelar' juara MSL untuk musim ini tetapi pemain-pemain terutamanya dibahagian serangan agak lambat 'panas' pada awal musim yang menyebabkan Kelantan hanya mampu mencatat keputusan seri dan senario ini menyebabkan Kelantan kehilangan mata berharga begitu sahaja.Kelantan mencatat keputusan seri 0-0 sehingga lima kali dan jika faktor ini diambil kira ternyata bahagian serangan Kelantan gagal dalam menjalankan misi mendapatkan gol.

Apapun kami penyokong setia Kelantan tetap berbagga dengan kejayaan ini dan berharap misi untuk menawan Piala Malaysia tahun ini berjaya dan berharap pemain-pemain Kelantan dapat merealisasikan impian ini serta dapat menawan Stadium Shah Alam yang dijadikan gelanggang akhir Piala Malaysia tahun ini.

Sambutan Perlawanan Akhir TM Liga Super 2010 Yang Gilang-Gemilang

Dengan ini, Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa menyeru seluruh kelab-kelab penyokong merancang mengadakan sambutan ini secara bersama samada melalui "Banner", "Bunting" dan sebagainya bagi memeriahkan suasana sambutan dan perlawanan ini. Pihak KAFA akan berusaha menyediakan 5000 helai bendera The Red Warriors untuk diedarkan kepada seluruh penyokong yang hadir.
Sungguhpun setakat ini kita akur kita selaku naib juara TM Liga Super tetapi masih berharap suatu keajaiban berlaku agar kita dinobatkan sebagai juara TM Liga Super dengan harapan Selangor berjaya ditewaskan oleh pasukan Terengganu dan Kedah. Namun The Red Warriors juga harus berwaspada dengan keupayaan Johor FC dan T-Team yang mungkin akan memusnahkan sisa-sisa impian dan harapan yang masih ada.
Perlawanan Kelantan menentang T-Team 3 Ogos 2010 ini dijangka disiarkan secara langsung melalui saluran TV RTM. Bagi memastikan seluruh rakyat Kelantan dapat menyaksikan sambutan ini, KAFA sedang berusaha mendapatkan pengesahan untuk siaran ini. Limpahan penyokong kemungkinan akan berlaku, selain siaran langsung melalui TV, KAFA sedang berusaha mengadakan skrin besar diluar stadium bagi penyokong yang tidak dapat masuk.
THEREDWARRIORS.COM juga akan berusaha mengadakan siaran secara langsung melalui internet dan radio bagi memastikan penyokong diluar Kelantan dan luar negara dapat menyaksikan secara langsung liputan perlawanan ini.

THE RED WARRIORS SUDAH LAMA MENJADI JUARA DIHATI KAMI............PASUKAN BOLASEPAK NO 1 DI MALAYSIA

Ehsan dari www.theredwarriors.com (TRWC)

Liga Super'10 P'25

JOHOR FC 1
Nurul Azwan Roya (m35)
KELANTAN 3
Indra Putra Mahayuddin (m6 penalti, 83)
Akmal Rizal Rakhli (m22)

Empat tokoh bola sepak Kelantan terajui FAM


KOTA BHARU – Pemilihan barisan kepimpinan baru Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi tempoh empat tahun datang membuka dimensi baru bola sepak negara apabila empat tokoh bola sepak Kelantan dipilih menduduki tiga jawatan berbeza badan induk bola sepak kebangsaan itu.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa memenangi jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden Kafa, Datuk Afandi Hamzah pula mempertahankan jawatan Naib Presiden FAM yang disandang sejak tiga tahun lalu sementara calon paling muda, Naib Presiden Kafa, Rosmadi Ismail turut memenangi salah satu jawatan Ahli Eksekutif.

Sementara itu seorang lagi calon dari Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan yang merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM) terpilih menjawat jawatan Ahli Eksekutif itu.

Setiausaha Agung Kafa, Mohamad Noordin Awang berkata, bagi Kafa sendiri mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada tiga tokoh bola sepak Kelantan yang berjaya memenangi pemilihan pada Kongres FAM kali ini.

“Kafa yakin perubahan pucuk pimpinan dinaungi Tuanku Sultan Ahmad Shah berserta barisan timbalan presiden, naib-naib presiden dan ahli eksekutif baru mampu mengubah senario bola sepak negara,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

“Pemilihan Annuar Musa tepat pada masanya dengan pelbagai idea-idea baru yang mampu mengangkat kembali martabat bola sepak negara.,” katanya.

Mohamad Noordin berkata, resipi kejayaan Annuar Musa menerajui Kelantan selama hampir tiga tahun dijangka diterapkan semasa bersama FAM nanti.

“Sudah pasti seluruh rakyat Kelantan berbangga di atas pemilihan keempat-empat tokoh bola sepak ini, kita berdoa semoga mereka yang terpilih ini mampu memikul tanggungjawab yang diberikan bagi memastikan kecemerlangan bola sepak negara berterusan,” katanya.

Naib Presiden Kafa, Datuk Afandi Hamzah ketika dihubungi berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada ahli perwakilan yang terus memberi peluang kepadanya menjawat jawatan tersebut bagi tempoh sepenggal lagi.

“Pemilihan pucuk pimpinan baru ini sudah pasti mempunyai tanggungjawab yang cukup besar untuk mencongak pembangunan baru bola sepak negara dalam tempoh empat tahun akan datang.

“Barisan kepimpinan sebelum itu sudah pun melakukan segala yang terbaik demi kemajuan bola sepak negara, dan saya percaya mereka yang terpilih pada hari ini sudah pasti turut mempunyai idea-idea baru yang berupaya membuat penambahbaikan pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu Naib Presiden Kafa, Rosmadi Ismail ketika dihubungi berkata, beliau melihat barisan pucuk pimpinan baru pada pemilihan kali ini merupakan gandingan di antara orang baru dengan orang lama.

“Timbalan Presiden, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tan Sri Annuar Musa dilihat mempunyai kredibiliti yang tersendiri untuk membantu Presiden, Sultan Ahmad Shah menerajui FAM dengan lebih lancar lagi.

“Idea baru yang boleh dicetuskan dalam kalangan pucuk pimpinan ini termasuk juga daripada golongan muda dijangka mampu membentuk badan induk bola sepak kebangsaan menjadi kuat.

“Kita sama-sama berusaha menggembleng tenaga memajukan bola sepak negara. Sudah ada tandaa positif kebangkitan bola sepak negara kita kalau dilihat kepada perlawanan persahabatan antarabangsa di antara negara kita dengan Korea Selatan baru-baru ini,” katanya.-Sinar Harian