28 Mac 2010

Perlawanan persahabatan The Red Warriors

Kelantan vs PKNS Selangor

Tempat : Stadium Sultan Muhammad ke-IV
Tarikh : 31 March 2010
Hari : Rabu
Masa : 8.45 mlm

Datanglah beramai-ramai untuk memberikan sokongan moral kepada pasukan kita!!!

21 Mac 2010

Keputusan perlawanan ke-2 suku akhir Piala FA 2010

Selangor 3 - 0 Pos
N.Sembilan 3 - 1 KL Plus
Terengganu 3 - 1 T.Team (4-1 masa tambahan)
ATM 0 - 5 Kedah

Pasukan layak ke separuh akhir dengan agregat:-

Selangor 8 - 1 Pos
N.Sembilan 3 - 2 KL Plus
Terengganu 4 - 4 T.Team (Terengganu layak agregat 5-4)
Kedah 6 - 1 ATM

14 Mac 2010

Siapa kata Selangor kuat?

Jumaat lalu menyaksikan dua musuh serta pencabar utama liga super Kelantan dan Selangor berentap di Kota Bharu.Selangor yang turun selaku pendahulu liga ternyata lembik dan tidak sekuat yang disangka.Bermain dihadapan 30000 penonton setia Kelantan yang sesak membanjiri stadium Sultan Muhammad ke-IV serta hampir 3000 lagi peminat setia yang tidak dapat memasuki stadium menonton perlawanan di skrin gergasi di luar stadium.

Selangor ternyata cukup tertekan melayan asakan pemain-pemain Kelantan yang bertali arus melancarkan serangan.Corak permainan Kelantan juga agak menarik pada separuh masa pertama yang menyaksikan barisan hadapan Kelantan bermain pantasdan kerap mengelirukan pertahanan Selangor yang ditunjangi Khairul Anuar.

Separuh masa Pertama kelantan menguasai lebih 80 peratus permainan dan kekebalan benteng pertahanan Selangor mengagalkan usaha barisan penyerang Kelantan.Entah dimana silapnya barisan penyerang Kelantan gagal menghasilkan gol walaupun serangan bertali arus dilancarkan.

Selangor hanya dapat mengimbangi perlawanan diseparuh masa kedua yang menyaksikan mereka mula melancarkan serangan namun serangan mereka berjaya dihalang oleh benteng kebal Kelantan yang diketuai oleh Azizi Matt Rose,Rizal Fahmi,DAudsu,Zairul serta Farisham yang dimasukkan pada separuh masa kedua kerana Zairul mengalami kecederaan.

Selain kekebalan benteng pertahanan penjaga gol muda Kelantan yang diserap dari piala presiden iaitu Khairul Fahmi bertindak cemerlang mengagalkan usaha pemain-pemain Selangor untuk menghasilkan gol.

Apa dapat disimpulkan dari perlawanan tersebut adalah Selangor tidaklah sehebat mana seperti yang diwar-warkan kerana terpaksa berhempas pulas menahan asakan penyerang-penyerang Kelantan serta tidak mampu menembusi benteng pertahanan Kelantan.

Nasib ternyata tidak menyabelahi Kelantan kerana deretan peluang gagal disudahi dengan baik oleh barisan hadapan jika tidak Kelantan sudah pasti akan kenduri gol.

Selangor ibarat pasukan yang gah apabila bertemu pasukan lembik dan bila bertemu pasukan kuat seperti Kelantan ternyata tidaklah sekuat yang dilaung-laungkan oleh peminat-peminat mereka. yang mengatakan akan membelasah Kelantan di Kota Bharu.

Angan-angan mat Jenin...Nasib baik la Selangor tak kena Belasah!!!

Kelantan puas ikat Selangor



PENYERANG Kelantan, Nor Shahrul Talaha (kanan) terlepas beberapa peluang untuk merobek gawang Selangor pada aksi Liga Super malam kelmarin.


KELANTAN puas selepas berjaya mengikat Selangor di laman sendiri dengan keputusan seri tanpa jaringan walaupun hampir mengejutkan Gergasi Merah dengan beberapa cubaan berbahaya.
Tanpa berselindung, pengendali Kelantan, B. Sathianathan menghamburkan kata-kata pujian terhadap anak-anak buahnya yang memberikan komitmen yang tinggi pada perlawanan malam kelmarin.
Menurutnya, beliau puas melihat aksi pemain-pemain Kelantan yang disifatkannya menguasai hampir 90 peratus permainan selain berjaya menghasilkan gerak-gerak menarik.
“Main sudah bagus cuma saya sedikit kecewa apabila jentera serangan masih belum menemui sentuhan gol walaupun banyak peluang yang terhidang.
“Kita mempunyai sekurang-kurang 15 peluang yang mampu menghasilkan gol tetapi nyata kita masih memerlukan latihan yang lebih gigih untuk berjaya,” katanya ketika dihubungi semalam.
Tambahnya, sebagai jurulatih, beliau sudah memberikan segala-segalanya yang terbaik untuk pasukan tetapi dalam permainan bola sepak, pemain yang menentukan kejayaan pasukan.
Jelasnya, beliau mengharapkan perlawanan menentang Selangor malam kelmarin menjadi titik tolak kepada kebangkitan Kelantan dalam mengharungi siri perlawanan yang akan datang.

11 Mac 2010

Selangor Gah..Kelantan waspada

Perlawanan Kelantan menentang Selangor malam ini menjanjikan aksi terbaik kedua-dua pasukan dengan Selangor gah dengan rekod terbaik dalam liga super dan sudah menghasilkan 23 gol untuk musim ini manakala Kelantan hanya mampu menjaringkan 11 gol dan rekod ini mungkin menjadi sandaran perlawanan malam ini.

Selangor ternyata mempunyai ramai pemain-pemain terbaik  seperti Amri Yahyah,Amirulhadi,Safee Sali,Hardi Jaafar,P.Gunalan serta ramai lagi pemain yang boleh mengegarkan gol Kelantan jumaat ini.

Kelantan perlu berwaspada terhadap pemain-pemain ini kerana mampu memberi malapetaka buat Kelantan dalam usaha membenam keegoaan Selangor di Kota bharu.

Amri Yahyah sudah membuktikan beliau seorang pemusnah kerana pernah menjadi penghalang Kelantan untuk merangkul Piala Fa musim lepas dengan tandukan pemusnahnya membolehkan Selangor mengikat Kelantan dan seterusnya kecewa dengan kekalahan menrusi sepakan penalti.

Secara umumnya Kelantan tidak punya kelebihan untuk menewaskan Selangor kerana Kelantan belum lagi mempunyai 'mesin pencetak gol' musim ini.Harapan terhadap Nor Shahrul nampak semakin malap ekoran beliau masih lagi dihantui oleh kecederaan lama manakala Nor Farhan dan Indra masih terkial-kial menghasilkan gol.

Kelantan pula ternyata tidak boleh bergantung harap kepada Hairuddin  dan Akmal yang masih lagi belum menunjukkan persembahan yang seperti diharap-harapkan.

Pemain-pemain yang paling sibuk malam jumaat ini sudah pasti Azizi Matt Rose,Daudsu,Rizal serta Zairul Fitri yang pasti akan berkerja keras menahan asakan pemain-pemain Selangor.

Syed Adney mungkin diturunkan jika kecederaan beliau pulih tapi apa yang pasti Halim Napi atau Khairul Fahmi akan menjadi pelengkap kepada skuad Kelantan dengan aksi cemerlang yang ditunjukkan semasa bertemu pasukan T.Team sabtu lepas tapi jika mengambil faktor pengalaman Halim Napi mungkin mengisi slot penjaga gawang Kelantan.

Apa yang perlu dilakukan oleh pemain-pemain Kelantan adalah cuba 'membaca' permainan Selangor secepat mungkin kerana Selangor adalah sebuah pasukan yang penuh dengan taktikal dibawah kendalian K.Devan yang ternyata telah memerangkap banyak pasukan-pasukan dalam kempen liga super dan Piala FA.

Harapan sudah tentu diletakkan dibahu perancang utama Kelantan BAdri RAdzi yang dilihat semakin merosot permainannya,Kehadiran Shakir Shaari dilihat sedikit sebanyak dapat  menyelamatkan jentera tengah Kelantan yang kian lesu serta tidak dapat menghasilkan input yang baik untuk barisan hadapan.

Pertembungan Selangor dan Kedah tempohari menzahirkan bahawa pemain-pemain Selangor berjaya memanipulasi pemain-pemain Kedah dan keputusannya Selangor berjaya membelasah Kedah 4-0.

Kita tidak mahu Kelantan mengalami nasib yang sama dan pemain-pemain Kelantan pasti ada yang melihat perlawanan Selangor dan Kedah tempohari dan sudah pasti mereka boleh membaca setiap gerak-geri atau taktikal pemain-pemain Selangor.

Penyokong-penyokong Kelantan tidak mahu lagi keputusan seri mahupun kalah.Oleh itu kesungguhan pemain-pemain dituntut kerana penyokong membayar tiket bukan untuk melihat persembahan sarkas tetapi permainan bolasepak menarik dari skuad The Red Warriors...


Kelantan mahu tebus kalah



Penolong jurulatih Kelantan, Hashim Mustapha (kiri) memantau latihan pemain pasukan Kelantan di padang Mardi, Pasir Tumboh, semalam.




KOTA BHARU - Skuad The Red Warriors bersedia sepenuhnya untuk berdepan pendahulu Liga Super, Selangor di gelanggang sendiri, esok.

Bukan itu sahaja, barisan pemain Kelantan turun penuh keazaman untuk menebus dua kekalahan pada musim lepas terutama perlawanan akhir Piala FA yang menyaksikan pasukan itu tewas dengan jaringan penalti.

Kelantan tidak pernah menang ke atas Selangor sejak kembali ke saingan liga berprestij ini dan hanya mampu mencatatkan keputusan seri ketika Stadium Bukit Jalil menjadi tuan rumah kepada skuad tersebut musim lepas.

Berbekalkan semangat itu, ketua pasukan Red Warriors, Indra Putra Mahyuddin melaungkan amaran kepada Red Giants supaya berhati-hati kerana mereka akan turun dengan '12 pemain' termasuk sokongan padu para penonton.
Katanya, rakan-rakannya dalam pasukan juga turut mendapat suntikan semangat selepas mencatatkan kemenangan 1-0 keatas T-Team, Sabtu lalu di kubu lawan.

Pun begitu, beliau masih enggan mendabik dada dan menghormati kemampuan Selangor yang mempunyai barisan pemain berpengalaman.

"Selangor sebuah pasukan yang hebat. Saya dan rakan sepasukan tidak akan mengambil mudah perlawanan ini.
"Beraksi di tempat sendiri, kami turun bermati-matian dan memastikan tiga mata menjadi milik Kelantan.

"Kami perlu berhati-hati dan perlu memberikan tumpuan kepada jentera serangannya yang diketuai Amri Yahyah serta barisan tengah yang mantap seperti Hardi Jaafar dan Bunyamin Omar.

"Apa pun kami tidak akan memberi laluan mudah kepada Selangor dan tidak akan menghampakan sokongan penonton yang sentiasa bersama kami tanpa berbelah bagi," katanya.

Selangor kini mendahului Liga Super dengan mengumpul 22 mata manakala berada di tangga keempat dengan perbezaan tujuh mata tetapi Red Warriors kurang satu perlawanan.

"Sorakan padu penyokong dilihat mampu merubah dan mempengaruhi sesebuah perlawanan.
"Saya menyeru kepada seluruh penyokong datanglah beramai-ramai menyokong pasukan Kelantan dan memenuhi stadium pada malam itu," ujarnya.

Kafa sedia hadapi perlawanan

KOTA BHARU – Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa (gambar) berkata, KAFA bersiap sedia dalam menghadapi perlawanan Kelantan dan Selangor pada Jumaat ini. 


Beliau berkata, perlawanan yang dinanti-nantikan itu bakal menyaksikan saingan sengit daripada kedua-dua pasukan dan bakal menarik sejumlah penyokong yang ramai.
“Jadi untuk memastikan keselesaan penonton dan pasukan, beberapa langkah tambahan ingin diambil oleh Kafa dan perbadanan stadium serta anggota keselamatan.


“Yang pertama ialah tiket akan dijual pada awal pagi bermula jam 10 hingga 12 tengah hari, dan disambung pula pada jam 2.30 petang hinggalah perlawanan bermula,’’ katanya kepada pemberita di sini.


Beliau berkata, 16 kaunter akan dibuka untuk peminat setia bola sepak, di mana bagi tiket di astaka hanya dua tiket sahaja dijual kepada seorang pembeli, manakala untuk tempat duduk terbuka pula setiap pembeli hanya boleh membeli empat tiket sahaja.


Annuar berkata, semua peminat bola diminta datang membeli tiket lebih awal bagi mengelakkan kesesakan di minit-minit terakhir.


Menurutnya, berkaitan dengan tempat letak kenderaan pula, Kafa telah pun meminta pada pihak polis trafik membantu menyusun kenderaan dengan cara teratur.


“Ini kerana banyak rungutan dan aduan yang diterima, apabila setiap kali ada perlawanan, pasti ramai peminat bola yang disaman kerana meletakkan kenderaan di tempat yang tidak sepatutnya.


“Jadi, langkah tersebut dengan kerjasama polis trafik diharap dapat membantu melancarkan lalu lintas pada malam tersebut,’’ katanya.


Beliau berkata, peminat bola juga digalakkan memakai baju warna pasukan serta membawa bendera pasukan bagi menunjukkan sokongan serta semangat pada malam tersebut.


Annuar berkata, tetapi peminat turut sama diingatkan tidak membawa barangan terlarang kerana ia adalah satu kesalahan.


Menurutnya, kesemua 12 pintu masuk stadium akan dikawal oleh pihak berkuasa dan proses pemeriksaan badan akan dibuat kepada setiap peminat yang datang menonton.


“Saya berharap, kesemua peminat dapat berkelakuan baik pada malam tersebut serta mematuhi peraturan yang telah ditetapkan,” katanya.
Sinar Harian

10 Mac 2010

Kelantan vs Selangor


Kepada penyokong-penyokong setia The Red Warriors jangan lupa menyaksikan perlawanan paling di tunggu-tunggu Kelantan akan menentang Selangor jumaat ini.

Ayuh kita sesakkan Stadium Sultan Muhammad ke-IV,jangan biarkan Selangor bermaharajalela di Kota Bharu.Kepada penyokong-penyokong Selangor kehadiran anda dialu-alukan,Kalau anda tak datang maknanya anda hanyalah jaguh 'kampung' sahaja.

Kami sanggup ke Shah Alam!!!jika anda seorang penyokong sejati kemana sahaja pasukan anda pergi pasti anda akan turuti...contohi penyokong-penyokong Kelantan ada dimana-mana sahaja!!!

Tiket-tiket perlawanan akan mula dijual pada hari Jumaat seawal jam 9.00 pagi di Stadium Sultan Muhammad ke-IV.

Mari Kito pakat-pakat gomo Selangor sapa cawat kote!!!

KAFA pohon kurangkan levi elak persatuan berkubur

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memohon pihak Perbadanan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV mempertimbangkan pengurangan kadar levi yang dikenakan terhadap persatuan itu kerana ia agak membebankan.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, kadar levi itu agak tinggi iaitu sehingga 20 peratus daripada jumlah kutipan tiket bagi setiap perlawanan.

"Setiap kali perlawanan, KAFA perlu membayar levi antara RM20,000 hingga RM30,000, manakala 10 peratus lagi perlu dibayar kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"KAFA terpaksa membelanjakan kira-kira 60 peratus daripada hasil kutipan tiket manakala hanya 40 peratus untuk kegunaan persatuan," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Annuar menambah, jumlah 40 peratus tidak mencukupi untuk KAFA untuk menampung urusan pentadbiran termasuk bagi membayar gaji pemain dan jika keadaan ini berterusan tidak mustahil KAFA akan berkubur.

"KAFA sudah membuat rayuan kepada perbadanan stadium untuk mengurangkan kadar levi atau memberi sewa stadium kepada KAFA secara tahunan.

"Jika dibandingkan negeri lain, mereka menyewakan padang kepada persatuan bola sepak negeri masing-masing dengan kadar yang lebih murah malahan ada secara percuma semata-mata untuk membantu pasukan," katanya.
Sementara itu, Annuar menjelaskan, pihaknya akan mempertingkatkan tahap keselamatan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV ketika pertemuan Liga Super antara Kelantan dengan Selangor, Jumaat ini.

"Ini merupakan pertemuan pertama antara kedua-dua pasukan di Kota Bharu dalam saingan Liga Super dan kita menjangkakan kehadiran penyokong lebih ramai pada perlawanan itu.

"Langkah keselamatan ini penting untuk menggelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini. Untuk itu seramai 400 anggota keselamatan akan bertugas bagi memastikan keselamatan dan keselesaan para penyokong terjamin," katanya.

Tambahnya, kaunter tiket akan dibuka seawal pukul 9 pagi untuk menggelak berlakunya kesesakan.
"Orang ramai yang ingin menyaksikan perlawanan dinasihatkan datang awal untuk membeli tiket dan kita akan buka kesemua kaunter yang ada untuk memastikan tidak berlakunya kesesakan.

"Seorang penyokong hanya dibenarkan membeli 2 keping sahaja tiket untuk astaka manakala 4 keping untuk tempat duduk terbuka," ujarnya.

Katanya, tiket astaka akan dijual di kaunter lama manakala tiket tempat duduk terbuka di kaunter baru.

-utusan-

Kelantan digeruni dan diingini lawan

Setelah mengharungi lapan perlawanan liga super 2010 ternyata Kelantan adalah satu-satunya pasukan yang paling ampuh pertahanannya kerana baru melepaskan tiga gol kepada lawan berbanding pesaing terdekat Terengganu yang sudah dibolosi empat gol manakala pendahulu liga super Selangor sudah melepaskan tujuh gol.

Rekod tersebut membuatkan pengurusan KAFA boleh tersenyum lebar setelah dua tahun tercari 'produk-produk' yang boleh diharapkan dibarisan pertahanan.Memiliki 4 penjaga gol hebat  iaitu Syed Adney,Halim Napi,Shahrizan dan penjaga gol utama piala presiden Khairul Fahmi ternyata pintu gol Kelantan sukar ditembusi lawan.

 Azizi Matt Rose permata barharga Kelantan

Kelantan juga bernasib baik kerana berjaya 'memikat' kereta kebal Perlis iaitu Azizi Matt Rose yang setakat ini cukup cemerlang dan memuaskan hati semua penyokong-penyokong Kelantan.Beliau tidak keseorangan dibantu oleh bekas pemain kebangsaan Subramaniam sambil Rizal Fahmi dan Daudsu juga beraksi cemerlang dan prestasinya boleh dibanggakan.Cuma aksi 'robos' dua lagi anak jati Kelantan Farisham dan Zairul Fitri sedikit merisaukan penonton.

Jentera tengah kelantan juga tidak kurang hebatnya kerana memiliki dua permata berharga iaitu Badri Radzi dan Shakir Shaari yang mempunyai skil mereka tersendiri ternyata mampu mengalas cabaran dan tugasan yang diberikan.

Apa yang memeningkan penyokong-penyokong Kelantan adalah jentera serangan Kelantan yang diketuai oleh Indra Putra,Farhan,Hairuddin,Akmal Rizal,NorShahrul,S.Chanturu serta Che Hishamuddin sekarang masih gagal menterjemahkan gol kepada Kelantan.

Mengimbau zaman liga perdana dua tahun lepas barisan penyerang Kelantan yang diketuai oleh penyerang profilik dari Senegal iaitu Mohamadou Mustapa cukup digeruni kerana berjaya menghasilkan gol setiap perlawanan.

Alangkah baiknya jika Kelantan sekarang mempunyai 'mesin gol' seperti Mohammadou sekarang.Mungkin Kelantan masih lagi berpeluang merangkul sekurang-kurangnya satu piala jika mempunyai pemain sehebat beliau.

Ketua Jurulatih Kelantan B.Sathianthan perlu mencari gandingan ampuh yang 'sesuai' sekarang memandangkan The Red Warriors bakal berdepan Red Giant jumaat ini di Kota Bharu.Usahlah diharap kepada pemain berstatus bintang tetapi tiada sinar bintangpun yang ditunjukkan mereka.

Aksi penyerang muda Kelantan Nizab Ayub cukup membanggakan ketika aksi dua perlawanan persahabatan  menentang Padang FC dan Balestier Fc dari Singapura.Beliau boleh di ketengahkan dan diturunkan menentang Selangor nanti.Apa yang diharapkan penyokong Kelantan jangan cepat 'memboo' beliau dan ini menyebabkan prestasinya tidak seperti yang diharapkan.

Pasukan-pasukan yang bersaing dalam liga super ternyata tidak sabar untuk bertemu Kelantan kerana ingin mencuba sejauh mana kebolehan pemain-pemain berstatus bintang Kelantan.Mungkin penyebab ini Kelantan gagal untuk mencipta kemenangan kerana aksi yang ditunjukkan pasukan yang bertemu Kelantan adalah luar biasa dengan komitmen pemain-pemain yang bersungguh-sungguh seperti yang ditunjukkan pasukan Kedah tempohari yang menyaksikan Kelantan kalah dengan gol cuai dari Syed Adney.

Apa yang diharapkan selepas menharungi lapan perlawanan liga super tiada lagi istilah 'tidak serasi' dalam pasukan Kelantan kerana alasan tersebut boleh diterima jika kempen liga super diperingkat permulaan dan bukanya dimasa sekarang.

Keputusan suku akhir pertama piala FA

Pos Malaysia 1- 5 Selangor 
N.Sembilan 0 - KL Plus 1
Terengganu 1 - T.Team 3
ATM 1 - Kedah 1

8 Mac 2010

Kemenangan pertama di tempat lawan

KELANTAN berjaya mencatatkan kemenangan pertama di tempat lawan selepas menundukkan T-Team 1-0 dalam perlawanan Liga Super di Kuala Terengganu malam kelmarin.
Kemenangan tersebut amat bermakna kepada Kelantan selepas mereka disingkirkan pada pusingan kedua Piala FA oleh Kedah, bulan lalu.
Ketua jurulatih Kelantan, B. Sathianathan tanpa berselindung menyifatkan kemenangan tersebut merupakan kejayaan moral pemain ketika mereka dijadualkan bertemu Selangor, Jumaat ini.
Menurutnya, beliau berpuas hati selepas pasu- kannya berjaya mendapatkan tiga mata penuh walaupun beraksi di bawah prestasi sebenar.
"Kita tidak beraksi baik seperti menentang Kedah tempoh hari tetapi apa yang penting, kita berjaya mengumpul mata penuh dan kita memang mengharapkan mata penuh itu.
"Apa lagi yang mampu kita lakukan dengan beraksi di padang yang sebegitu (Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah)? Untung, nasib tetap menyebelahi kita," katanya ketika dihubungi semalam.
Tambahnya, pasukan tuan rumah tidak memberi jalan mudah kepada Kelantan untuk menang dan memberi tentangan yang hebat sebelum tumpas.
Katanya, gandingan Nurshahrul Idlan Talaha dan Nizad Ayub yang disenaraikan sebagai penggempur menunjukkan prestasi yang agak baik.
"Nizad beraksi cemerlang dalam dua perla- wanan persahabatan sebelum ini tetapi semalam dia gagal menjaringkan gol.
"Saya akan memberinya peluang lagi kerana kesungguhan yang di pamerkan dan kita memerlukan pemain yang sentiasa berusaha membantu pasukan," ujarnya.
Dalam pada itu, Sathia turut memuji persembahan yang dipamerkan oleh penjaga gol ketiga Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat yang beraksi cemerlang.
"Perlawanan semalam (kelamrin) adalah perlawanan pertama Fahmi dan dia nampaknya berjaya menyesuaikan diri dan saya lihat ia adalah sesuatu yang baik."

4 Mac 2010

Keputusan perlawanan persahabatan The Red Warriors vs Balestier FC



Kelantan 1 - Balestier FC 1
Jaringan Nizab Ayub dan Paul David Cunningham

Kelantan mengharungi perlawanan persahabatan kedua antarabangsa dengan melayan kunjungan kelab Balestier FC dari Singapore.
Perlawanan yang disaksikan hampir tiga ribu penyokong setia Kelantan memberikan gambaran sebenar bahawa Kelantan sememangnya ketandusan penyerang berbisa.

Pakar seri sememangnya boleh dianugerahkan kepada pasukan Kelantan tahun ini itupun jika ada anugerah tersebut yang menyaksikan Kelantan terikat 1-1 dengan Balestier FC.



Kehadiran semula penyerang muda Kelantan Nizab Ayub bergandingan dengan Farhan sedikit memberikan suntikan kepada barisan hadapan bimbingan Sathia tetapi apakan daya mereka bertemu lawan yang saiznya cukup berbeza dan mungkin tidak mampu disaingi pemain-pemian Kelantan.


Balestier menurunkan semua pemain import sekaligus dan ini memberikan sedikit kelebihan kepada mereka,mungkin mereka ingin menguji kemampuan pemain-pemain import barudan mencari keserasian dikalangan pemain.

Nizab Ayub membalas kepercayaan Sathia dengan meledakkan gol tunggal Kelantan,gol tersebut berpunca dari tandukan Azizi yang terkena tiang gol dan melantun kearah Nizab dengan mudah merembat masuk menewaskan penjaga gol Balestier.
Separuh masa kedua menyaksikan Balestier memperolehi gol kedua menerusi Paul David yang tidak dikawal merembat kencang menewaskan Halim Napi.

Keseluruhan permainan menyaksikan barisan hadapan Kelantan masih lagi terkial-kial untuk mencari gol dan jika masalah ini tidak dapat diatasi oleh Sathia mungkin Kelantan akan berputih mata lagi dalam merebut dua piala yang disasarkan.

Pujian diberikan kepada barisan pertahanan yang ternyata kental menahan asakan Balestier FC dan tidak mustahil barisan benteng Kelantan adalah yang terkuat sekali ldalam liga super tahun ini.

Credit:-Azizi,Daudsu,Nizab Ayub,Indra

3 Mac 2010

Perlawanan persahabatan antarabangsa

Kelantan vs Balestier Khalsa FC-S'pore

Tempat : Stadium Sultan Muhammad ke-IV
Tarikh : 03 Mac 2010
Masa : 8.45 mlm

Tiket : RM 10-Astaka
           RM 5 - Terbuka

Perlawanan persahabatan yang boleh dianggap sedikit mencabar kepada pasukan Kelantan jika Balestier Khalsa FC menurunkan kesebelasan utama mereka serta menurunkan sepenuhnya skuad yang beraksi dalam liga utama singapore.

Dibarisi pemain-pemain import sudah pasti memberikan kelebihan kepada Balestier FC yang menghuni tangga kesebelas dalam liga singapura. Rekod dalam liga Singapura agak mengecewakan bagi Balestier FC kerana menghuni tangga tercorot serta sudah tersingkir dari merebut piala Singapura tetapi kekuatan pasukan ini tidak boleh dipandang ringan oleh Kelantan.

Perlawanan ini boleh dijadikan kayu pengukur kekuatan sebenar semua posisi Kelantan terutama barisan pertahanan yang cukup kental tidak kiralah dibarisi oleh gabungan pemain bintang dan pemain kelahiran Kelantan sendiri.

Dalam perlawanan persahabatan menentang Padang Fc tempohari ternyata Kelantan bukanlah lawan sebenar untuk pasukan tersebut kerana Padang FC rata-rata dibarisi oleh pemain-pemain muda cuma kesungguhan dan keringat mereka yang mampu bersaing dengan pemain-pemain bintang Kelantan.

Malangnya skuad bintang Kelantan tidak mampu untuk menembusi benteng ampuh anak-anak muda dari Padang Fc ini.Mujurlah Nizab Ayub dan Wan Zaman dapat menjaringkan gol untuk Kelantan diminit-minit terakhir perlawanan.Jika perlawanan tersebut berkesudahan seri sudah pasti Kelantan sememangnya layak digelat pakar seri tahun ini.

Oleh itu tunjukkanlah kekuatan sebenar The Red Warriors kepada peminat-peminat setia malam ini dengan menumpaskan Balestier Fc malam ini dan jadikan ia pembakar semangat untuk mengharungi liga super sekarang yang di dominasi Selangor dan jadikan perlawanan dengan Selangor 12 Mac ini sebagai penanda kebangkitan Kelantan dengan menumpaskan Red Giant dihadapan penyokong sendiri.

2 Mac 2010

Kelantan Sambut Baik Cadangan KAFA Bina Stadium Di Gading Galoh

KOTA BAHRU, 1 Mac (Bernama) -- Kerajaan Kelantan menyambut baik cadangan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk membina stadium negeri di Gading Galoh, Machang bagi menjimatkan kos dan demi kepentingan sukan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri Abdul Fatah Mahmood berkata kerajaan akur dengan keputusan KAFA itu demi memajukan dan meningkatkan mutu sukan di negeri ini tanpa membabitkan kepentingan politik.

"Kita bersetuju dengan cadangan itu jika ia boleh menjimatkan kos dan kepentingan sukan di negeri ini, walaupun kerajaan negeri sudah membuat cadangan awal untuk pembinaan stadium negeri termoden di lokasi lain," katanya kepada Bernama di sini Isnin.

Abdul Fatah diminta mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa projek pembinaan stadium bola sepak negeri yang baru di Gading Galoh, Machang, tapak yang disediakan Kerajaan Pusat mempunyai peluang lebih baik untuk diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) kerana kosnya lebih efektif.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata projek pembinaan stadium itu dilihat lebih murah seperti yang dicadangkan oleh Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) melalui Majlis Sukan Negeri Kelantan kerana kos pembinaannya dianggarkan menelan belanja RM120 juta.

Selain itu, kata Mustapa, pemilikan tanah untuk tapak stadium itu juga dianggap mudah kerana tapak yang dicadangkan itu adalah tanah milik Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berbanding kos dicadangkan di Bandar Baru Tunjung, yang membabitkan peruntukan RM500 juta.

Abdul Fatah berkata kerajaan negeri sedia berkompromi dengan Kerajaan Pusat dalam menyediakan kemudahan asas untuk rakyat ini, tanpa mengira ideologi politik.

"Kita menyambut baik cadangan Kerajaan Pusat itu untuk pembinaan stadium bagi memajukan sukan bola sepak di negeri ini, selaras dengan usaha kerajaan negeri memajukan bidang sama.

"Ketika ini, kami mengadakan akademi bola sepak di kalangan remaja yang bakal menjadi pelapis bola sepak di negeri ini dengan menganjurkan pelbagai kejohanan, termasuk kejohanan liga Dewan Undangan Negeri (DUN) merebut Piala Menteri Besar Kelantan (Piala Tok Tok Guru)," katanya. - bernama

KAFA Mahu Jalin Kerjasama Dengan Pasukan Negara Jiran

KOTA BAHARU, 1 Mac (Bernama) -- Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan mengadakan lebih banyak perlawanan persahabatan dengan pasukan bola sepak negara jiran bagi menjalinkan kerjasama dan memantapkan pasukan dalam menghadapi pasukan lawan dalam semua pertandingan bola sepak yang disertainya musim ini.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata pendedahan itu membolehkan pasukan Red Wariors menimba pengalaman bagi menghadapi saingan lebih hebat di persada liga bola sepak sempena KAFA menjadikan tahun 2010 sebagai Tahun Bola Sepak Kelantan (TBSK).

Terbaru dalam siri perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV Sabtu lepas, anak buah Ketua Jurulatih, B. Sathianathan bertemu dengan pasukan kelab bola sepak Padang Sumatera Barat yang berkesudahan Kelantan menundukkan pasukan pelawat 2-0.

"Sebab mengadakan lebih banyak perlawanan persahabatan bertujuan menjalinkan kerjasama dengan pasukan negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan India, dan memantapkan pasukan kita dalam menghadapi saingan lebih getir dalam semua liga yang akan disertai KAFA," katanya semasa berucap pada majlis makan malam sempena perlawanan persahabatan antara Kelantan dengan Kelab Bola Sepak Padang di sini, Ahad malam.

Annuar turut menyampaikan cek bernilai RM11,000 atau kira-kira 30 juta Rupiah kepada ketua rombongan pasukan dari Sumatera Barat itu, Kol Fauzi Bahar.

Annuar berkata sumbangan itu adalah hasil kutipan tiket perlawanan bola sepak anjuran KAFA bagi mengisi tabung bencana alam gempa bumi di Padang, akhir September tahun lepas.

Menyifatkan apa yang dilakukan oleh KAFA ini merupakan suatu dimensi baru dalam arena bola sepak, beliau berkata: "Walaupun KAFA bukan sebuah pasukan yang kaya, namun atas sifat kemanusiaan, pasukan ini sedia membantu rakyat negara jiran yang menghadapi musibah bencana alam itu mengikut kemampuan yang ada."

Annuar turut mengumumkan KAFA juga akan menganjurkan klinik bola sepak di peringkat umur bawah enam hingga 12 tahun, selain mengadakan lebih banyak seminar kejurulatihan di peringkat negeri. - bernama