28 Feb 2010

Friendly Match

KEPUTUSAN PENUH :
KELANTAN 2-0 PADANG FC
Jaringan NIDZAB AYUB, WAN ZAMAN

25 Feb 2010

Kelantan tunai janji bawa 'Red Warriors' umrah Ogos ini

Rizal Tahir   
KOTA BHARU, 25 Feb: Seramai  40 orang petugas dan pemain skuad bola sepak Kelantan atau ‘Red Warriors’ bakal menunaikan umrah pada minggu kedua bulan Ogos tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fatah Mahmood berkata, skuad berkenaan akan menunaikan umrah dengan sumbangan kerajaan negeri sebagai memenuhi janji kepada pasukan itu yang telah layak ke separuh akhir Liga Perdana musim lalu.

Katanya, tarikh berkenaan dipilih mengikut cadangan yang dikeluarkan oleh pihak KAFA sendiri.

“Walaupun kita telah menghantar surat  tahun lalu, namun pihak mereka hanya bersedia menunaikan umrah pada bulan Ogos.

“Mungkin waktu itu ruang untuk mereka tidak lagi terbatas atau mungkin juga mereka ingin berada di tanah suci sewaktu bulan Ramadan,”ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian kepada media, di pejabatnya di sini tengahari tadi ketika diminta mengulas berhubung perkara itu.

Tahun lalu, mesyurat exco telah memutuskan untuk menghantar umrah kepada semua pemain dan petugas menunaikan umrah, sebaik sahaja negeri itu layak ke peringkat akhir bagi merebut Piala Malaysia 2009.

Abdul Fatah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Panau turut mengakui kerajaan negeri setakat ini tidak memberi sumbangan dalam bentuk wang tunai kepada KAFA bagi membantu pasukan itu dalam memajukan bidang bola sepak di negeri ini.

Bagaimanapun, jelasnya,  kerajaan negeri lebih memberi tumpuan dalam bentuk sokongan moral dan mengurangkan bayaran levi kepada Perbadanan Stadium untuk mengurangkan bebanan pada persatuan.

“Selain itu juga kita turut menyampaikan bayaran intensif lain kepada pemain bola sepak yang menaikkan nama serta mutu bola sepak Kelantan di bawah presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa,”ujarnya.

Tambahnya, sebagai contoh terkini menghantar skuad ‘Red Warriours’ ke tanah suci Makkah untuk menunaikan umrah.

Beliau juga mengumumkan, pasukan Red Warriors akan mengerjakan umrah ke tanah Suci Mekah pada minggu kedua Ogos depan sebagai memenuhi janji kerana pasukan itu layak ke separuh akhir Liga Perdana musim lalu.

Menurutnya, kerajaan negeri juga berharap kejohanan bola sepak Piala Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Piala Tok Guru) dapat dimasukkan dalam senarai aktiviti bola sepak dikendalikan oleh KAFA.

Terdahulu dalam sidang medianya beliau memberitahu kerajaan negeri buat julungkalinya akan mengadakan Karnival Bola Sepak Bawah 14 dan 16 Tahun Terbuka Kelantan 2010.

Karnival berkenaan akan berlangsung selama tiga hari bermula 19 hingga 20 Mac bagi merebut piala Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri 2010.

Menurutnya, johan kategori bawah 14 tahun akan membawa pulang RM1,500 diiringi piala, madel dan sijil, naib johan, RM1,000 dan ketiga RM500 dan saguhati suku akhir RM300.

“Manakala kategori bawah 16 tahun johan RM2,000 beserta piala, madel dan sijil, naib johan RM1,500, medal dan sijil, ketiga bersama RM700 (setiap satu) berserta madel dan sijil dan saguhati suku akhir RM400 disamping sijil,”ujarnya lagi.

Pada majlis itu juga, Fatah turut menyampaikan cek bernilai RM12,000 kepada Pengerusi Akademi Bolasepak Darulnaim, Mahadi Yussof. - harakahdaily.net

23 Feb 2010

KELANTAN vs KEDAH FA Cup '10 in memories....

Kesebelasan utama


Syed n Subra frust tak dapat main kes injured.... tgk jer laaaa...

S.Subramaniam 'The Tank'

Indra sakit palo... Tampal koyut...


Pa'an.... mensia-siakan peluang...


Kene palang daaaa....

GoLLLLL !!!!!!!

Kegembiraan hanya seketika....

Man Of Match dgn style yg t'sendiri...


Gol pemusnah Kelantan

Protes jgn tok protes..... kecoh ttp kecoh...



21 Feb 2010

3-1=2....2?

Harapan menggunung penyokong setia Kelantan akhirnya lebur semalam ekoran prestasi tidak konsisten pemain-peman bintang (striker) Kelantan yang menyaksikan Kelantan kecundang kepada Kedah dengan kiraan jaringan gol di tempat lawan dalam kancah piala FA musim ini.

Episod malang Kelantan disaksikan oleh jutaan rakyat malaysia yang ditonton melalui siaran langsung di TV1. Walaupun menguasai permainan barisan bintang Kelantan ternyata gagal terutamanya NorFarhan yang ternyata gagal memberikan pulangan kepada Kelantan kerana gagal memanfaatkan sekurangnya dua peluang keemasan dan dengan kemasukkan Hairuddin serta Akmal juga tidak dapat menterjemahkan gol bagi pasukan Kelantan. Kelantan mungkin membuat sedikit kesilapan dengan membeli pemain yang sudah 'Expired' zaman kegemilangannya. Piya juga tidak boleh terlepas pandang oleh pihak pengurusan kerana tahap permainan beliau pada game semalam amat mengecewakan. Beliau banyak 'hold' bola yang sepatutnya dihantar terus kepada rakan-rakan lain dan hantaran beliau juga banyak tersekat serta tidak menepati sasaran. Ini sekaligus memusnahkan pergerakkan serangan Kelantan ke arah pintu Kedah serta mencacatkan tempo permainan laju pasukan Kelantan.

Penyudah tumpul adalah punca utama kegagalan Kelantan semalam yang menyaksikan barisan depan dilihat tidak 'bermaya' untuk menghasilkan gol.Walaupun mencipta banyak peluang penyerang-penyerang Kelantan ternyata gagal menterjemakan 'GOL' untuk Kelantan.

Mutu pengadilan semalam juga dikritik hebat oleh penyokong-penyokong Kelantan kerana tidak berupaya untuk mengadili perlawanan genting seumpama itu.

Pemain-pemain Kedah dilihat cukup 'lembik' dan melengah-lengahkan permainan terutamanya penjaga gol mereka yang sering menyepak lambat bola tapi tidak dikenakan tindakan oleh pengadil perlawanan. Situasi ini ternyata membunuh 'semangat' pemain-pemain Kelantan yang rancak menyerang.

Isu pengadil ini sudah menjadi isu lapuk yang sememangnya tidak boleh diselesaikan oleh FAM kerana selagi tampuk pemerintahan FAM tidak ditukar selagi itulah segala luahan yang diberikan peminat bolasepak ini tidak dipandang serius.

Apapun alasan Kelantan telah 'kehilangan' satu piala yang didamkan dan tinggal lagi dua piala yang boleh dijulang iaitu Liga Super dan Piala Malaysia, itupun jika KAFA melakukan perubahan drastik termasuk 'menyingkirkan' mana-mana pemain yang dilihat tidak menunjukkan prestasi sebenar tidak kiralah pemain tersebut berstatus 'bintang' atau tidak termasuk kuda-kuda tua yang sudah tidak mempunyai kudrat untuk meneruskan perjuangan 'The Red Warriors'.

Tan Sri Annuar Musa telah menjelaskan bahawa penyebab utama Kelantan gagal semalam adalah dari 'front line' yang tidak menjadi dan beberapa pemain yang tidak menunjukkan kesungguhan sebenar. Beliau mengambil sepenuh tanggungjawab 'kegagalan' Kelantan musim ini dan berhasrat ingin mengundur diri jika Kelantan gagal membawa pulang sebarang piala ke negeri Che Siti Wan Kembang ini.

Jika betul telahan penyokong-penyokong Kelantan yang menyatakan faktor semangat kenegerian juga tiada dalam diri pemain kerana rata-rata Kelantan diwakili oleh 'pemain-pemain luar' juga harus diambil serius kerana musim lepas Kelantan dibarisi sekurang-kurangnya tujuh hingga lapan pemain kelahiran Kelantan dalam setiap perlawanan.

Nasi sudah menjadi bubur...lupakan episod malang ini kerana perjuangan masih belum selesai dan harapan penyokong-penyokong kepada TSAM supaya dapat merencanakan sesuatu yang positif buat pasukan Kelantan bagi memberi saingan dalam liga super dan piala Malaysia musim ini.

20 Feb 2010

Keputusan Perlawan Piala FA : Kelantan vs Kedah

Kelantan 1
Indra Putra (m-71)
Kedah 1
Badrol Bakhtiar (m-74)

Kedah layak ke perlawanan suku akhir dengan jaringan gol di tempat lawan

Kelantan enggan berputih mata





Azizi (depan) menjadi sandaran Kelantan pada aksi menentang Kedah malam ini.



Kelantan bakal berdepan tugas sukar apabila melayan kunjungan Kedah pada perlawanan kedua pusingan kedua Piala FA di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam ini.
Bagaimanapun, finalis Piala FA 2009 itu tidak mempunyai pilihan lain kecuali perlu menang untuk memulihkan semula keyakinan peminat.
Pengendali Kelantan, B. Sathinathan sedar bahawa tugas untuk menjinakkan anak-nak buah Ahmad Yusof bukan mudah, namun tetap optimis bahawa ia bukan suatu yang mustahil.
Tanpa berselindung, beliau mengakui terdapat sedikit tekanan ketika Kelantan diletakkan selaku pasukan pilihan untuk terus mara ke peringkat seterusnya.
"Sebagai jurulatih sudah pasti anda mahu pasukan anda berjaya tetapi ia suatu yang agak sukar apabila beberapa pemain tonggak tidak dapat diturunkan ketika dijadualkan menentang sebuah pasukan yang kuat.
"Secara pasti, saya kehilangan kedua-dua penjaga gol utama, Halim (Napi) dan Syed (Adney Syed Hussin) serta Subra (S. Subramaniam).
"Norshahrul (Idlan Talaha) dan Daudsu (Jamaluddin) juga mengalami kecederaan dan status mereka hanya akan disahkan pagi esok (hari ini)," katanya ketika dihubungi semalam.
Tambahnya, tugas untuk mengawal gawang Kelantan akan digalas oleh penjaga gol ketiga Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat, sementara Rizal Fahmi Rosid hampir pasti akan digandingkan bersama Azizi Mat Rose menggantikan S. Subramaniam.
Jelasnya, kecederaan beberapa tonggak ini bagaimanapun tidak merencatkan perancangan beliau kerana percaya mana-mana pemain yang diturunkan pastinya akan menggalas tanggungjawab dengan baik.
"Kelantan akan memburu gol awal serta mencari seberapa banyak kele- bihan jaringan untuk menjamin tempat di suku akhir dan saya yakin pemain saya sudah faham situasi ini.
"Membiarkan pasukan Kedah membolosi gol kita pasti akan merumitkan keadaan.
"Keputusan seri dengan jaringan seperti cukup untuk mereka dan kita tidak akan benarkan keadaan ini berlaku," ujarnya.
Katanya, Indra Putra Mahayuddin dan Badri Radzi perlu memainkan peranan yang besar dalam menghasilkan gerak serta melakukan umpanan kepada jentera penggempur.
Beliau juga sebelum itu berpuas hati aksi para pemainnya ketika bertandang ke Stadium Darul Aman, Alor Setar, Selasa lalu walaupun ia berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.
Gandingan Norshahrul dan S. Chanturu berjaya menghidupkan jentera hadapan Kelantan di Alor Setar dan bisa kedua-dua penggempur ini sekali lagi ditagih untuk perlawanan malam ini. - kosmo

17 Feb 2010

Kelantan berdepan tugas sukar


PEMAIN Kedah, Azlan Ismail (kirI) melepasi pemain Kelantan, Mohd Rizal Fahmi pada saingan Piala FA di Stadium Darulaman, malam tadi. Kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan.
FINALIS tahun lalu, Kelantan berdepan ranjau agak sukar sekalipun memaksa Kedah seri 0-0 dalam perlawanan pertama, pusingan kedua kejohanan bola sepak Piala FA di Stadium Darulaman, malam tadi.

Keputusan ini bermakna sebarang keputusan seri dengan jaringan di tempat sendiri, Sabtu ini bakal menyingkirkan Kelantan ketika hanya kemenangan boleh menjamin laluan The Red Warriors meneruskan cabaran, musim ini.

Di Stadium Sarawak, Sarawak gagal menggunakan kelebihan beraksi di tempat sendiri apabila kecundang 2-0 kepada Terengganu dengan pelawat mengesahkan kemenangan menerusi jaringan Joseph Kalang Tie, minit ke-60 dan Abdul Manaf Mamat, minit ke-78.

Satu lagi pasukan berpangkalan di Terengganu, T-Team seri 1-1 dengan Perak apabila Haris Safwan Kamal memastikan saingan kekal terbuka dengan merembat masuk gol penyamaan minit ke-80 minit - lima minit selepas Azmeer Yusof membuka tirai jaringan.

Di Stadium Paroi, Polis yang berkongsi gelanggang sama dengan Negeri Sembilan seri 3-2 dengan Zaquan Adha menjadi wira Negeri Sembilan apabila menyumbat dua gol minit ke-25 dan 74, ditambah jaringan S Kunanlan minit ke-70. Eddy Gapil (minit ke-30) dan S Haribarman (m-82) membalas buat Polis yang sekali lagi akan bertandang ke Stadium Paroi. Dalam perlawanan lain Felda United menang 1-0 ke atas Pos Malaysia.-bharian

16 Feb 2010

Perlawanan Kedah vs Kelantan

Keputusan Perlawanan
KEDAH FA 0 vs 0 KELANTAN FA

Misi balas dendam...

Pertembungan musuh tradisi Kelantan dan Kedah dalam pusingan kedua piala FA malam ini menjanjikan aksi dramatik kedua-dua pasukan.

Jika berjaya menewaskan Kedah malam ini misi membalas dendam ekoran kekalahan memalukan dalam saingan liga super ditempat sendiri tempohari pasti terbalas dan kemenangan jualah yang akan memastikan Kelantan selesa melayan kunjungan Kedah sabtu ini di Kota Bharu.

Menyandarkan harapan kepada 'skuad bintang' B.Sathianathan sudah pasti ingin melupakan episod malam di Kota Bharu tempohari.

Gandingan Norshahrul,Hairuddin,Norfarhan serta Indra Putra sekali lagi menjadi harapan penyokong-penyokong Kelantan yan bersemangat merentasi banjaran titiwangsa bagi memberikan sokongan kepada Kelantan.

Dibarisan tengah Kelantan mempunyai dua pemain yang cukup untuk menjadi perancang utama diketuai Badri dan dibantu Shakir yang setakat ini tidak menghampakan penyokong Kelantan.
Pertahanan Kelantan sekarang dikira pertahanan paling ampuh dalam liga super tahun ini selepas pasukan Pelrlis kerana hanya melepaskan 3 gol dalam tujuh perlawanan.

Diketuai oleh pertahanan kental serta pakar lontaran jauh Kelantan Azizi Matt Rose dan dibantu oleh Subramaniam,Farisham,Zairul Fitri serta benteng terakhir Kelantan mungkin menjadi milik Syed Adney pertahanan Kelantan dilihat tiada masalah untuk mengatasi penyerang-penyerang Kedah.

Kelibat penjaring terbanyak liga super setakat ini Azlan Ismail perlu diberi perhatian serius kerana beliau adalah duri dalam daging kepada Kelantan sekarang.

Mungkin Azlan mempunyai 'agenda' sendiri dan ingin memalukan Kelantan sekali lagi setelah berjaya menjaringkan gol cuai tempohari yang menyaksikan Syed Adney terpaksa 'mengantung but' untuk seketika bagi meredakan kemarahan penyokong Kelantan.

Selain Azlan Kedah juga mempunyai pemain-pemain berbahaya seperti Badrol baktiar serta Faizal Abu bakar yang telah membuktikan kehebatan mereka sebelum ini.

Skuad bimbingan Ahmad Yusof ini dilihat dilandasan terbaik dengan prestasi pemain berada dikemuncak dan sudah pasti ingin merealisasikan impian penyokong-penyokong mereka membawa Kedah ke final piala FA setelah kempunan ekoran 'kehilangan' import-import berbisa mereka ekoran peraturan baru FAM.

Oleh itu kemenangan harus dicari sebagai bekalan selesa melayan kunjungan sang Kenari sabtu ini dan menjadikan Stadium Sultan Muhammad bergema dengan sorakan penyokong-penyokong fanatik Kelantan.

Barisan kemungkinan: Syed Adney, Farisham, Subra, Azizi, Ropi, Shakir, Piya, Indra(kp), Farhan , Hairuddin, Norshahrul.

Kritikan menjadi pencetus semangat Norshahrul

MENJADI bintang bola sepak adakalanya tidak semanis seperti yang dianggap oleh peminat bola sepak tanah air, lapor KHAIRI MOHAMAD.

Jika tersilap langkah hamburan kata-kata yang kurang enak pastinya akan memanaskan cuping telinga pemain yang berstatus bintang ini.
Namun, itu semua asam garam yang terpaksa dilalui oleh pemain bola sepak apabila segunung harapan diletakkan di bahu mereka.

Bagi bintang Kelantan, Nurshahrul Idlan Talaha, aksi awal musimnya yang agak goyah menyebabkan ada sesetengah pihak cuba mempersoalkan kewibawaannya.

Sebagai penggempur pasukan kebangsaan dengan reputasi sebagai antara pemain skuad emas Sukan SEA di Laos baru-baru ini, bakatnya ditagih peminat The Red Warriors.

Berdepan masalah keserasian, aksi beliau di awal musim sedikit tenggelam dan beliau juga seperti 'hanyut' dek beberapa masalah yang menghantui pasukan Kelantan.

Bagaimanapun, hatrik ketika turun menentang Pulau Pinang dalam kempen Liga Super di Kota Bharu, bulan lalu menutup mulut pengkritik beliau.

Menggalas cabaran turun menentang Kedah pada pusingan kedua Piala FA di Kedah pastinya bisa beliau sekali lagi ditagih peminat Kelantan.

Berdepan pertahanan Kedah yang sememangnya kental, Nurshahrul bersama rakan-rakannya perlu lebih kreatif untuk merobek kubu lawan.
Menurutnya, beliau kini sudah bersedia untuk menjadi salah seorang penyerang yang disegani lawan dalam dunia bola sepak tempatan.

"Ada beberapa pemain Kedah pernah menjadi rakan sepasukan ketika menyarung jersi kebangsaan dan ini sedikit sebanyak memberi kelebihan.
"Bagi saya kritikan daripada peminat tidak pernah melemahkan semangat tetapi ia menjadi tonik untuk saya memperbaiki persembahan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Tambahnya, keserasian antara beliau dan rakan sepasukan semakin menunjukkan peningkatan dan memerlukan beberapa perlawanan lagi untuk mencapai tahap sebenar.

Jelasnya, sebagai finalis Piala FA musim lalu, tekanan pastinya berpihak kepada Kelantan namun, sedikit melegakan apabila perlawanan kedua akan berlangsung di Kota Bharu.

"Kayakinan sudah ada tetapi perlu berhati-hati kerana Kedah juga bukan calang-calang pasukan untuk ditewaskan.

"Kita pernah tewas di Kota Bharu dalam kempen Liga Super dan ini adalah peluang untuk menebus kembali kehampaan itu," ujarnya.

Penyerang kelahiran Besut, Terengganu dan dibesarkan di Tanah Merah, Kelantan itu juga mensasarkan satu gol setiap perlawanan bagi memastikan The Red Warriors mencapai impian membawa balik sekurang-kurangnya satu piala musim ini.

10 Feb 2010

Stadium baru jadi kenyataan






HASRAT peminat bola sepak Kelantan menyaksikan pasukan kesayangan mereka beraksi di stadium baru mungkin akan menjadi kenyataan.
Ini kerana kerajaan negeri telah bersetuju menyediakan tapak pembinaan bagi kompleks sukan termasuk sebuah stadium.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, Abdul Fatah Mahmood berkata, mesyuarat Perbadanan Stadium sebelum ini turut memutuskan untuk mengekalkan Stadium Sultan Muhammed IV yang berusia lebih 40 tahun itu.
Menurutnya, kerajaan negeri bersetuju menyediakan tanah seluas 16 hektar di Bandar Baru Tunjong, Kota Bharu sebagai lokasi pembinaan kompleks sukan tersebut.
Pada masa yang sama katanya, kerajaan negeri juga memohon sebanyak RM500 juta daripada Kerajaan Pusat di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) bagi membina kompleks sukan yang dicadangkan itu.
"Kita memilih untuk mendirikan stadium baru ini atas sebuah tapak baru kerana berpendapat stadium yang sedia ada mempunyai nilai sentimental serta sejarah yang tersendiri.
"Kerajaan negeri juga berpendapat bahawa sebuah stadium baru sangat diperlukan untuk pelbagai program termasuk bola sepak, cuma ketika ini kita berdepan masalah kekangan kewangan," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kota Bharu semalam.
Kosmo! kelmarin melaporkan, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memohon Kerajaan Pusat membina sebuah stadium bola sepak berharga RM100 juta di Kelantan bagi memberi keselesaan kepada penonton menyaksi- kan perlawanan bola sepak.
Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, stadium bola sepak baru yang dicadangkan itu dapat menampung kira-kira 30,000 penonton berbanding Stadium Sultan Muhammed IV yang hanya boleh menampung 15,000 penonton sahaja.


STADIUM Sultan Muhammed IV yang hanya mampu menampung 15,000 penonton.



Abdul Fatah berkata, kerajaan negeri begitu berbesar hati sekiranya pihak-pihak berkenaan bersedia untuk menyumbang dari segi dana bagi pembinaan stadium baru tersebut.
Bagaimanapun jelasnya, sehingga kini belum ada perbincangan khusus antara kerajaan negeri dan KAFA mengenai perancangan tersebut.
"Sudah tiba masanya untuk kita mengetepikan seketika isu-isu tertentu semata-mata untuk menumpukan perhatian terhadap pembangunan sukan serta bola sepak tempatan.
"Kerajaan negeri memandang serius dan positif mengenai perkara ini dan ia seharusnya mampu direalisasikan untuk kepentingan golongan belia di negeri ini," ujarnya.
Katanya, beliau bersama Timbalan Menteri Besar yang merupakan Pengerusi Perbadanan Stadium sebelum ini telah melakukan lawatan ke Korea Selatan untuk melihat sendiri stadium serta prasarana sukan yang dimiliki negara tersebut.
Abdul Fatah turut melahirkan harapan untuk menjadikan program pembangunan sukan di Kelantan setanding dengan negeri- negeri lain.
"Sukan hari ini bukan lagi sekadar hobi atau minat tetapi ia mampu dijadikan satu kerjaya yang baik dan mendatangkan pulangan lumayan kepada para atlet dan ahli sukan," tambahnya.

8 Feb 2010

KAFA mohon stadium baru








PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) memohon Kerajaan Pusat membina sebuah stadium bola sepak berharga RM100 juta di Kelantan bagi memberi kesele- saan kepada penonton menyaksi- kan perlawanan bola sepak.
Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, stadium bola sepak baru yang dicadangkan itu dapat menampung kira-kira 30,000 penonton berbanding Stadium Sultan Muhammed Ke-IV di Kota Bharu hanya dapat menampung kira-kira 15,000 penonton sahaja.
"Sambutan luar biasa peminat setia pasukan Kelantan setiap kali perlawanan Liga Malaysia sebenarnya memberi isyarat tentang perlunya sebuah stadium bola sepak yang lebih besar dan dilengkapi dengan fasiliti terkini dibina di negeri ini,"
Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Kelab Penyokong Ketereh dan Barangan Jenama 


STADIUM Sultan Muhammed Ke-IV di Kota Bharu hanya dapat menampung kira-kira 15,000 penonton.



The Red Warriors di Stadium Mini Majlis Daerah Ketereh, Kota Bharu semalam.
Turut hadir jurulatih, B. Sathia- nathan dan pemain Kelantan.
Annuar memberitahu, beliau telah mengemukakan permohonan tersebut ketika bertemu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Tan Sri Mohamed Nor Yaacob di Unit Perancangan Ekonomi, JPM, Putrajaya pada Khamis lalu.
"Saya telah menyampaikan saranan dan syor mewakili pihak pe- ngurusan KAFA serta rakyat Kelantan untuk memohon sebuah stadium bola sepak baru dibina di Kelantan melalui peruntukan Kerajaan Pusat dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).
"Alhamdulillah, cadangan yang dikemukakan oleh KAFA itu mendapat perhatian positif," katanya
Menurut Annuar, pihaknya telah mengenal pasti beberapa tapak milik kerajaan persekutuan untuk pembinaan stadium bola sepak baru itu.








Dalam pada itu tambahnya, stadium baru itu juga dicadangkan diuruskan sendiri oleh Majlis Sukan Negara (MSN).
Kelantan merupakan satu-satu- nya negeri yang tidak memiliki stadium serba canggih.
Malah, ada negeri memiliki dua stadium bersaiz antarabangsa seperti Sarawak yang membina stadium baru ketika Malaysia menjadi tuan rumah Piala Dunia Remaja pada tahun 1997.
Melaka turut membina stadium baru iaitu Stadium Hang Jebat.

Dari Meja Presiden - Stadium Baru



"Alhamdulillah, syukur kerana dengan izinNya maka saya diberikan peluang untuk berkongsi serba sedikit situasi semasa bersama-sama peminat red warriors sekalian. Sesungguhnya menjadi harapan kita semua untuk melihat sebuah stadium baru yang mempunyai kapasiti yang lebih besar, selesa dan dilengkapi dengan fasiliti serta kelengkapan terkini tersergam indah di bumi Cik Siti Wan Kembang yang amat kita sayangi ini.

InsyaAllah harapan kita ini  akan menjadi kenyataan. Hasil pertemuan bersama denganMenteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Tan Sri Mohamed Nor Yaacob sewaktu perjumpaan di Unit Perancangan Ekonomi JPM pada hari Khamis 4hb Feb 2010 jam 2.30 p.m, saya telah menyampaikan saranan dan syor mewakili pihak pengurusan KAFA dan rakyat Kelantan untuk memohon sebuah stadium bola sepak yang baru melalui peruntukan Kerajaan Pusat dalam Rancangan Malaysia yang ke 10. Dan turut hadir bersama saya ketika itu adalah Dato' Mustapha Mohamad serta Dato' Awang Adek Husin.

Ironinya stadium yang ada sekarang hanya mampu menampung seramai 15000 peminat dalam satu-satu perlawanan. Lebih memeritkan, KAFA terpaksa membayar sewa dan levi yang terlalu tinggi sehingga mencecah RM50,000.00 dalam satu-satu perlawanan yang sama sekali berbeza sekiranya diadakan diStadium Nasional Bukit Jalil yang hanya memakan kos hanya sekitar RM10,000.00. Sukacita ingin saya maklumkan yang cadangan ini mendapat respon positif dari YB Tan Sri Mohamed Nor Yaacob. InsyaAllah impian semua rakyat Kelantan akan menjadi kenyataan.

7 Feb 2010

Pasukan yang berjaya melangkah kepusingan kedua TM Piala FA 2010

 






**pembetulan-perlawanan pusingan kedua piala FA akan dilangsungkan pada 16 februari 2010 hari Selasa


Kedah vs Kelantan


Selangor vs PKNS


Felda United vs Pos Malaysia


KL Plus vs K.Lumpur


PDRM vs N.Sembilan


Perak vs T.Team


Sarawak vs Terengganu


UiTM FC vs ATM

Keputusan Poll 'Apakah penyebab kemerosotan Kelantan?'


Keputusan:-
1. Jurulatih - 104 orang atau 42 peratus
2. Terlalu ramai 'bintang' - 51 orang atau 21 peratus
3. Kurang persefahaman - 59 orang atau 24 peratus
4. sikap berpuak-puak pemain - 28 orang atau 11 peratus

Votes so far: 242 

Berdasarkan undian atau poll yang dilakukan oleh penyokong-penyokong Kelantan, mereka meletakkan Jurulatih Kelantan B.Sathianathan sebagai penyebab utama kemerosotan Kelantan musim ini...

Kesimpulanya, penyokong-penyokong Kelantan sebenarnya tidak mengetahui masalah sebenar yang berlaku dalam skuad Kelantan dan tuduhan terhadap B.Sathianathan adalah tidak tepat dan beliau sekarang berada dalam landasan yang betul untuk membimbing skuad Kelantan.

Kelatefc sempat berbual dengan beliau dan beliau telah menceritakan dari hati ke hati masalah sebenar yang berlaku. Dari apa yang disampaikan oleh beliau boleh 'diterima' dan kelatefc berharap beliau boleh membimbing Kelantan dengan lebih bersemangat lagi tanpa sebarang gangguan lagi.

Kepada penyokong-penyokong Kelantan teruslah memberikan semangat dan sokongan moral kepada B.Sathianathan bagi memastikan beliau boleh membawa Kelantan menempa kejayaan selepas ini.

Come on Sathia.... We support n trust U......

 "Buang yang keruh ambil yang jernih"

4 Feb 2010

Piala FA:Laluan berliku menanti The Red Warriors...

Piala FA tahun ini menyaksikan Kelantan mendapat 'bye' bersama Selangor dan peluang ini sudah tentu akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh B.Sathianathan bagi membentuk persefahaman yang lebih baik diantara pemain-pemain.

Kelantan 'mungkin' dapat membalas dendam episod kekalahan memalukan kepada Kedah dalam liga super tempohari apabila di jangka akan bertemu Kedah sekali lagi pada pusingan kedua piala FA.

Apa yang menariknya jika Kelantan berjaya membenam cabaran Kedah pada pusingan kedua nanti Kelantan akan berhadapan dengan cabaran yang lebih mudah pada di suku akhir apabila berdepan pasukan 'kerdil' samaada UiTM FC,ATM atau Melaka.

Pasukan Terengganu dilihat sebagai halangan terbesar kepada Kelantan musim ini dalam kancah piala FA apabila dijangka bertemu Kelantan pada perlawanan separuh akhir.

Untuk menjinakkan anak-anak buah Irfan Bakti ternyata agak sukar bagi Kelantan namun dalam bolasepak apa-apapun pun boleh berlaku.Keputusan seri 0-0 di Kuala Terengganu dalam liga super bukanlah ukuran sebenar kekuatan Terengganu.

Jika Kelantan berjaya mengatasi Terengganu hasrat untuk memadamkan dendam kesumat pada piala FA tahun lalu akan tercapai kerana Kelantan 'dijangka' akan sekali lagi bertemu Selangor yang telah mengecewakan Kelantan pada pertemuan lepas yang menyaksikan Selangor menjulang piala FA dengan menumpaskan Kelantan melalui sepakan penalti.

Walaubagaimanpun hajat tersebut akan 'kesampaian' jika Selangor mampu bersaing dengan pasukan-pasukan seperti Johor FC,Perlis,N.Sembilan,Harimau muda serta banyak lagi pasukan yang mungkin akan melakukan kejutan keatas Selangor.

Jika B.Sathinathan berjaya membawa cabaran Kelantan ke final piala FA dan seterusnya dinobatkan juara piala FA yang baru ianya sudah pasti menjadi bonus kepada semua peminat-peminat setia 'The Red Warriors' dan kepada rakyat Kelantan umumnya serta dapat menutup 'mulut' pihak-pihak yang lantang mengkritiknya sebelum ini.

Apapun perjalanan masih jauh dan peminat-peminat setia The Red Warriors sudah pasti tidak sabar-sabar melihat penampilan pertama skuad Kelantan dalam piala FA untuk tahun ini.Pasukan Kedah atau Sabah sudah pasti gemuruh untuk menghadapi 'skuad bintang' kendalian B.Sathianathan ini dan pasti sedang berkira-kira untuk menembusi benteng kental Kelantan nanti.

3 Feb 2010

Kelab penyokong pertahan Sathia


PARA penyokong meminta pemain Kelantan mengetepikan isu remeh yang boleh menjejaskan prestasi pasukan dalam saingan Liga Super musim ini.


KETUA jurulatih Kelantan, B. Sathianathan boleh menarik nafas lega apabila dua kelab penyokong utama The Red Warriors tetap berdiri teguh di belakangnya.

Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (kelate.net) menyatakan pendirian bagi mempertahankan bekas pengendali skuad kebangsaan itu untuk terus mengemudi pasukan Kelantan.

Presidennya, Marhasim Mat memberitahu, pihaknya kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang disifatkan sebagai 'api dalam sekam'.

SATHIANATHAN


Menurutnya, usaha dan gerakan tersebut dilihat cuba untuk memecah belahkan pasukan.

"Kita tidak akan berkompromi dengan pihak yang cuba menjatuhkan pasukan dengan melaga-lagakan pemain mahupun cuba menjatuhkan jurulatih.

"Ini adalah sikap orang-orang yang tidak boleh melihat orang lain lebih hebat daripada mereka, sedangkan mereka sendiri tidak mampu sekiranya diberikan tugas tersebut," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, beliau dan seluruh ahli kelate.net masih lagi menaruh kepercayaan serta harapan kepada ketua jurulatih Kelantan itu untuk menerajui pasukan.

Katanya, masih terlalu awal untuk mengukur kemampuan Sathianathan dan sasaran pihak pengurusan adalah sehingga penghujung musim ini.

"Kita baru melalui tujuh perlawanan dan perjalanan ini masih panjang, sepatutnya kepincangan pasukan diuruskan dengan lebih berhemah dan bukannya menuding jari menyalahkan orang lain.

"Saya yakin dan percaya bahawa Kelantan mampu mengulangi pencapaian musim lepas berdasarkan pemain yang ada musim ini," ujarnya.
Sementara itu, Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan (KPBSK) turut menyatakan pendirian yang sama dengan mempertahankan kedudukan Sathianathan.

Setiausaha KPBSK, Azman Mohd. Noor berkata, berdasarkan tujuh perlawanan lalu prestasi Kelantan tidaklah terlalu teruk berbanding musim lalu.
"Musim lepas kita tewas di Terengganu dan Perlis tetapi musim ini kita mencatat keputusan seri dan ia suatu yang positif untuk kita sama-sama menilainya.
"Memiliki pemain bintang bukan bererti kita mesti menang dalam semua perlawanan, jika kita rasa kita kuat, kita kena ingat orang lain juga kuat," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut melahirkan kekecewaan apabila sesetengah pihak turut mempertikaikan pelantikan Indra Putra Mahayuddin sebagai ketua pasukan.

"Siapa sahaja boleh dilantik sebagai kapten sama ada dia anak Kelantan atau tidak, itu bukan isunya. Selagi dia layak dia berhak mengepalai pasukan.
"Mereka (pemain) adalah pemain profesional dan saya harap jangan ada penyokong di luar sana cuba untuk mengeruhkan keadaan dengan isu remeh seperti ini," jelasnya.

2 Feb 2010

‘Saya tak layan’






“SAYA tidak layan ‘serangan’ pihak tertentu yang mahu menggulingkan saya.”
Itulah pendirian jurulatih Kelantan, B. Sathianathan mengenai asakan pihak tertentu yang didakwa cuba menyingkirkannya.
Menurutnya, apa yang penting baginya ialah terus mendapat kepercayaan daripada anak buahnya dan pihak pengurusan bagi memastikan pasukan Kelantan terus meraih kejayaan dalam Liga Super musim ini.
Musim lalu, Sathianathan berjaya membawa perubahan kepada skuad Kelantan dengan membawa mereka mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2009.
“Saya akan membuktikan keupayaan dan tidak akan layan segala kerenah yang boleh menjejaskan prestasi saya sebagai jurulatih kerana azam saya ke sini ialah untuk membimbing pasukan The Red Warriors hingga ke mercu kejayaan,” katanya semalam.
Kelmarin, Presiden Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa ketika mengulas mengenai desas-desus wujud komplot untuk menggulingkan Sathianathan berkata, beliau berpuas hati dengan prestasi pemain The Red Warriors yang berjaya menduduki tempat keempat dalam saingan Liga Super setakat ini.
Beliau menolak dakwaan bahawa mutu permainan pasukan Kelantan dalam saingan Liga Super musim ini merosot sejak dikendalikan oleh Sathianathan.
Sathianathan, yang juga bekas jurulatih kebangsaan berkata, kemampuan dan kelemahan jurulatih dan pemain, bukan boleh diukur pada satu atau dua perlawanan sahaja tetapi prestasi mereka secara keseluruhan.
- kosmo

1 Feb 2010

Annuar: KAFA tidak akan tunduk



ANNUAR mempertahankan pendirian KAFA untuk tidak tunduk dengan ancaman pihak-pihak tertentu yang berniat mahu memusnahkan skuad Kelantan.


PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) tidak akan tunduk dengan sebarang tekanan untuk memecat jurulatih ataupun pemain mereka berikutan prestasi kurang konsisten yang dipamerkan.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, proses menukar ganti jurulatih atau pemain bukan semudah yang disangka dan sasaran masih jauh untuk menilai prestasi keseluruhan pasukan.

Menurutnya, The Red Warriors kini masih berada di landasan yang baik dalam memburu kejuaraan kerana mereka hanya dipisahkan empat mata dengan pendahulu liga.

"Bola sepak adalah suatu yang dinamik dan kita mempunyai sasaran. KAFA tidak akan bertindak mengikut tekanan, buang orang itu dan ini.

"Dalam bola sepak, satu campur satu campur satu adakalanya tidak menjadi tiga. Walaupun kita mempunyai ramai pemain bintang tidak semestinya kita satu pasukan yang kuat kerana dalam bola sepak keputusan adalah di luar jangkaan," katanya ketika ditemui semalam.

Tambahnya, pasukan Kelantan akan kekal sebagai sebuah pasukan dan penilaian akan dibuat selepas kita sampai kepada benchmark yang ditetapkan.
Jelasnya, KAFA tidak akan tunduk dengan 'suara-suara' yang hanya mahu melepaskan perasaan dan mereka-mereka yang tidak tahu masalah yang dialami oleh pihak persatuan dan pasukan.

"Saya fikir kita belum mempamerkan aksi terbaik dan setakat ini pengurusan berpuas hati selepas tujuh perlawanan dengan tiga kemenangan, tiga seri dan satu kalah," ujarnya. 

Dalam pada itu, Annuar turut menyarankan agar semua pihak termasuk kelab penyokong dan bloggers berfungsi dan menjalankan peranan dengan satu matlamat

Katanya, pihak-pihak ini mesti ada satu matlamat yang sama dan tidak boleh bertindak secara berasingan bagi menjamin kelangsungan masa depan bola sepak Kelantan.

*Kemah TSAM jangan duk layan sangat soro-soro sumbang tu nok punoh KELATE

Air oh Air...

Komen pasal air yang tidak boleh dijual lagi di Dalam stadium:-

Semalam masa sampai nak ke depan pintu masuk grand stand, ada sorang peniaga air kata.. "abe, beli air abe.. tahun 2010 ni lain doh.. tak serupo mulo"

Ambo pelik dengan kata2 peniaga air tu.. apo kaitan pulok jual air dengan tahun... bila dah masuk dan duduk kat grand stand.. barulah ambo dpt tau... air sudah tak boleh bowok masuk.. tokleh nego air doh daley stadiumm !!

Penyokong kat dalam stadium pun duduk laung "air air air" mengikuti irama gendang.. bukan "gomo kelate gomo" ...

Inilah dikatakan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.. bila bui jual air.. ada hok lontar dalam padang.. bila dah pengurusan wak ginih.. hok tak bersaloh pun menjadi mangsa..

Kepada hok berehi lontar air ke tengoh padang.. kerana "MU" lah ore lain tokleh minum air.. kerana "MU HOK BENGONG" ore2 tua terpaksa berkering tekak-Razumi


*Harap KAFA boleh bagi kelonggaran dalam isu ini,sekurang-kurangnya boleh bawa atau beli air yang di jual dalam plastik...