30 Jun 2009

Misi pertahan maruah

Pertembungan dramatik sekali lagi akan dipertontonkan antara Kelantan dengan Terengganu malam ini.Tugas getir menanti anak didik bekas pemain liga perdana inggeris iaitu Peter James Butler.

Terengganu pastinya mahu melakar kempen kemenangan setelah mencipta 3 kemenangan berturut-turut sebelum ini dan dapat membenam Kelantan adalah bonus kerana Kelantan telah membuktikan kejaguhan apabila telah mencipta 5 kemenangan berturut-turut tanpa dibolosi.

Percaturan serta strategi ampuh amat penting untuk menghadapi Terengganu kerana mereka mempunyai pemain-pemain berkaliber seperti pemain tengah yang sedang meningkat naik ketka ini iaitu Ismail faruqi serta pemain serba boleh Muhd Ashaari.

Terengganu juga mempunyai penyerang berbahaya kelahiran Kelantan iaitu Azlan Ismail serta di bantu Abdul Manaf yang sudah membuktikan mereka adalah pemain berbisa yang perlu di kawal oleh benteng Kelantan yang di terajui oleh Farisham serta di bantu oleh Azlan serta Ropi.

Harapan Kelantan sekali lagi di sandarkan kepada penyerang profilik Kelantan iaitu Indra Putra yang mengantikan Mohamadou Mustapha yang telah membuktikan bahawa beliau masih berbisa dan mampu mencipta jaringan.Hatrik yang di cipta ketika menentang Perak sudah membuktikan siapa sebenarnya Indra.

Kelantan sememangnya amat bertuah kerana mempunyai bakat-bakat pelapis seperti Zamri serta Hanif dan terbaru dengan kemasukan pemain Ailif Fahmi mampu memberikan impak yang besar kerana beliau adalah seorang pemain yang lincah serta mempunyai skil permainan menarik serta mampu bergandingan dengan Indra Putra serta Norfarhan dibarisan serangan.

Maka tidak hairanlah jika suatu hari nanti anak kepada jurulatih bawah 14 tahun ini menjadi sebutan dikalangan peminat setia Kelantan.

Apa yang di harapkan  adalah Kapten Kelantan,Badri Radzi mampu melaksanakan tugas yang di pikul serta dapat berfungsi dengan baik seperti ketika menentang Perak tempohari.

Jika Badri mampu berfungsi dengan baik serta mandapat bantuan dari rakan tidak mustahil Terengganu bakal di tumbangkan malam ini.

Ayuh peminat setia Red Warriors kita berikan sokongan kepada pasukan kesayangan kita.Perjalanan 2 jam dari Kota bharu berbaloi jika mampu memberikan semangat buat pasukan yang bermatian berjuang demi mempertahankan maruah Kelantan.

Barisan kemungkinan:-

Shahrizan,Farisham,Ropi,Azlan,Zamri,Eziee,Badri Radzi,Khairan,Indra Putra,Norfarhan,Khalid

Pertembungan maruah


INDRA PUTRA MAHAYUDDIN (tengah) pikul tugas getir untuk pastikan Kelantan meraih tiga mata penuh di Kuala Terengganu malam ini.





JIKA diukur daripada momentum empat kemenangan sebelum ini dan terbaru membenam cabaran Perak 4-0, kehadiran Kelantan di Kuala Terengganu malam ini pastinya menggamit kerisauan kem Sang Penyu.

Walaupun ada yang beranggapan Sang Kijang sudah terlambat untuk memburu takhta Liga Super tetapi anak-anak buah Peter James Butler mahukan lebih daripada itu.

Kemenangan di Kuala Terengganu pastinya menjadi kemenangan moral kepada Kelantan yang bakal turun berdepan Kedah pada 11 Julai depan pada perlawanan penutup tirai Liga Super di laman sendiri.

Penolong jurulatih Kelantan, Hashim Mustapha berkata, pasukannya perlu meneruskan rentak permainan seperti yang dipamerkan pada aksi menentang Perak, Sabtu lalu.

Menurutnya, kemenangan di Kuala Terengganu sangat penting dan semua pemain sudah memahami apa yang perlu mereka lakukan untuk itu.

"Jika berjaya menewaskan Terengganu di tempat mereka, ia adalah suatu yang menakjubkan dan kita tahu tugas itu agak sukar namun, tidak mustahil untuk dilakukan.

"Apabila pemain turun dengan semangat juang yang tinggi dan mereka bekerja keras untuk menang, kita tidak gentar untuk turun menentang sesiapa pun," katanya ketika dihubungi semalam

Tambahnya, dalam keghairahan mencari mata penuh, pemain juga perlu berwaspada dengan ancaman Terengganu kerana mereka memiliki ramai pemain berkualiti.

Hashim turut menamakan beberapa pemain yang perlu diberi perhatian oleh anak-anak buahnya supaya mereka tidak pulang kosong ke Kota Bharu.

"Ismail Faruqi dan Ashaari Shamsuddin mungkin akan memusnahkan impian kita jika mereka diberikan ruang untuk bergerak kerana kedua-dua pemain ini memiliki kualiti dan sangat lincah.

"Badri (Radzi) pula perlu bijak menguasai bahagian tengah kerana Terengganu mempunyai Tengku Hazman Raja Hassan dan Zairo Anuar (Zailani)," ujarnya.

Sementara itu, Hashim turut memuji semangat yang ditunjukkan semua pemain Kelantan yang ketika ini 'memeningkan' pihak pengurusan apabila masing-masing bersaing untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama.

29 Jun 2009

Semi Pro mampu atasi masalah kewangan Liga M

Tengku Abdullah mahu FAM ambil langkah drastik selamat bola sepak negara

"TIDAK ada salahnya Liga Malaysia (Liga M) sekarang kembali kepada era Semi Pro sekiranya keadaan memerlukan," kata bekas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Katanya, kemelut kewangan yang membelengu kebanyakan pasukan yang bertanding dalam Liga M tahun ini memerlukan tindakan drastik daripada FAM selaku peneraju sukan bola sepak negara.

"Saya berpendapat masalah kewangan yang dihadapi beberapa persatuan bola sepak negeri musim ini boleh diatasi sekiranya Liga M kembali ke era Semi Pro.

"Walaupun imej bola sepak negara sedikit terjejas sekiranya kembali ke era Semi Pro, namun itu tidak penting, apa yang mustahak ialah bola sepak negara berada pada landasan sebenar," katanya.

Tengku Abdullah berkata, terdapat persatuan bola sepak negeri yang terpaksa berhutang dengan pemain kerana kemelut kewangan yang serius sehingga menyebabkan prestasi pasukan merosot.

"Saya tidak nafikan ada baik dan buruk sekiranya FAM bertindak menukar Liga M dari profesional kepada Semi Pro tetapi sekiranya keadaan memerlukan apa juga yang akan berlaku perlu diterima.

"Sebagai contoh, sekiranya kita kembali ke era Semi Pro, masalah majikan tidak membenarkan pemain beraksi dengan pasukan negeri akan berlaku," katanya yang berharap FAM bijak membuat keputusan.

Ditanya adakah FAM akan dikenakan tindakan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) sekiranya Liga M ditukar ke Semi Pro, Tengku Abdullah menegas Fifa tidak ada kuasa mengenakan sebarang hukuman kepada FAM.-Ihsan BHarian

Keputusan Final Piala Konfederasi Fifa

Pemain-pemain Brazil meraikan kemenangan setelah menewaskan Amerika Syarikat pada perlawanan akhir Piala Konfederasi,Kelihatan Lucio mencium piala konfederasi sambil diperhatikan oleh rakan-rakan yang lain.

Brazil 3 - Amerika syarikat 2

Seladang dibaham Sang Kijang

Oleh KHAIRI MOHAMAD


INDRA PUTRA (tengah) muncul wira Kelantan apabila meledakkan hatrik pada aksi di Kota Bharu kelmarin.


HATRIK daripada penyerang sensasi Kelantan, Indra Putra Mahyuddin memusnahkan impian Perak untuk meraih kemenangan ketiga berturut-turut dalam saingan Liga Super.

Turun dengan reputasi membenam Negeri Sembilan di laman sendiri Selasa lalu, Perak begitu bersemangat untuk memburu gol awal melalui penyerang berbisa mereka, Razali Umar Kandasamy.

Namun, anak-anak buah Peter James Butler menyedari bahawa mereka bukanlah lawan sebenar kepada Kelantan apabila tewas besar 0-4.

Sebaik wisel permulaan dibunyikan, Kelantan melalui trio penggempur mereka, Khalid Jamlus, Norfarhan Mohamad dan Indra Putra terus melakukan asakan ke kubu Perak.

Bagaimanapun, barisan pertahanan Perak yang diterajui ketua pasukan, Chun Keng Hung begitu kental bertahan.

Kelantan hampir berada di depan pada minit ke-25 apabila ketua pasukan, Badri Radzi melakukan aksi 'Maradona' apabila menggelecek lima pemain Perak daripada garisan tengah padang, namun penyudahnya berjaya diselamatkan penjaga gol lawan, Kamarul Effendy.

Selang tujuh minit kemudian, Perak juga mendapat peluang keemasan apabila bola tampanan Ahmad Azlan Zainal melantun di hadapan Razali, namun sepakan lemahnya berjaya dibaca Shahrizan Ismail

Usaha Kelantan akhirnya berjaya menerusi Indra apabila sepakan percumanya dari jarak 30 meter terus ke sasaran.

Tujuh minit selepas wisel separuh masa kedua dibunyikan, Stadium Sultan Muhammed IV terus bergema.

Norfarhan yang menerima hantaran Badri, bijak melakukan lorongan kepada Indra yang menolak mudah bola ke gawang Perak untuk gol kedua peribadinya.

Pemain Perak seperti tenggelam punca apabila mereka terus hanyut dengan sorakan hampir 22,000 'tentera-tentera merah' yang memenuhi stadium.

Barisan pertahanan yang diterajui oleh Ahmad Azlan dan Farisham Ismail terlalu kebal untuk ditembusi oleh jentera serangan Perak sehingga menyaksikan Shahrizan tidak perlu bekerja keras menjaga gawangnya.

Mengambil kesempatan daripada kelemahan Perak, Kelantan terus menggandakan asakan dan pada minit ke-68 Norfarhan turut mencatat namanya selaku penja- ring gol.

Dia yang menerima hanta- ran Badri bijak memperdayakan pertahanan Perak sebelum melepaskan rembatan kaki kiri yang gagal diselamatkan oleh Kamarul Effendy.

Indra yang berada pada prestasi sebenar, membuktikan dia adalah 'bintang' di hati peminat Kelantan apabila menyempurnakan hatrik pada minit ke-74 bagi meleng- kapkan kemenangan 4-0 yang penuh bergaya itu.

28 Jun 2009

Red Warrior teruskan kebangkitan, Indra mengganas

KELANTAN 4 PERAK 0
Indra m34,50,76
Nor Farhan m76


Seperti mana skrip keputusan yang lepas, kelantan sekali lagi menunjukkan kebangkitan bilamana terus membaham lawannya. Kali ini giliran Perak pula menjadi mangsa bilamana di baham 4-0, seperti mana kelantan membaham PDRM minggu lalu. Gol-gol kelantan dihasilkan oleh Indra dan Farhan.

Indra(GAMBAR) selaku penjaring terbanyak Liga Malaysia setakat ini dengan 14 gol yang dihasilkan memulakan malam gemilang peribadinya dengan sepakan percuma pada minit ke-34 disusuli gol keduanya yang berpunca daripada lorongan cantik Md Nor Farhan dari kiri yang disudahi dengan rembatan kencang menewaskan penjaga gol Perak, Kamarul Effandi dan megegarkan Stadium Sultan Muhammad ke-IV dengan sorakan hampir 25,000 penyokong setia Kelantan. Indra melengkapkan hatrik pada minit ke-74 dan Md Nor Farhan meletakkan namanya pada senarai penjaring enam minit kemudian. Namun Wira Merah bimbingan Peter Butler, kini memungut 40 mata daripada 13 kemenangan dan seri sekali selepas mengharungi 21 perlawanan, masih kekurangan enam mata berbanding Perlis dan lapan mata dibelakang Selangor selaku pendahulu liga.

Permainan Kelantan semalam seharusnya dipuji kerana telah menunjukkan peningkatan yang amat ketara sekali dengan permainan yang pantas serta berjaya mematahkan serangan lawan dengan mudah. Kelantan sekali sekala ada juga melakukan kesalahan yang mudah tetapi nasib tidak menyebelahi Perak kerana tidak menggunakan kesempatan itu dengan mempersia-siakan peluang yang terhidang.

Rentak permainan yang kemas dan cantik ditagih berterusan supaya kemenangan demi kemenangan dapat dicapai oleh pasukan Kelantan khususnya dalam pertemuan dengan Terengganu pada Selasa ini di Kuala Terengganu. Semangat pemain Terengganu pula semakin tinggi apabila meneruskan kemarau kemenangan liga buat Polis Diraja Malaysia dengan menundukkan tuan rumah 4-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban dengan dua jaringan Ashaari Samsudin, Manaf Mamat dan Azlan Ismail.

Para penyokong "THE REDS WARRIORS" diseru supaya memenuhi ruang Stadium Sultan Ismail K.Terengganu pada Selasa ini untuk memberi sokongan sepanuhnya kepada pasukan kesayangan rakyak Kelantan. "BRAVOOO REDS WARRIORS N GOMO KLATE GOMO"

25 Jun 2009

Semangat baru Kelantan


KHALID (kanan) meledak dua gol bagi membantu Kelantan membenam PDRM malam kelmarin.

SELEPAS memperoleh kemenangan keempat berturut-turut, Kelantan kini semakin optimis untuk memburu kedudukan yang lebih selesa dalam carta Liga Super.

Malam kelmarin, Stadium Sultan Muhammed IV sekali lagi menyaksikan sang Kijang menghadirkan kegembiraan kepada penyokong mereka apabila membenam PDRM 4-0.

Penyerang prolifik Kelantan, Khalid Jamlus membuktikan kehadirannya dalam kesebelasan utama masih diperlukan apabila meledak dua gol untuk membantu Kelantan menambah derita PDRM.

Beliau yang menjadi wira ketika Kelantan menumpaskan Kuala Muda Naza (KM Naza) 1-0 di Alor Setar Sabtu lalu menjaringkan dua gol pada babak kedua perlawanan tersebut.

Disenaraikan sebagai pemain simpanan, Khalid dimasukkan pada awal separuh masa kedua menggantikan Mohd. Ailim Fahmi yang membuka tirai gol Kelantan pada minit ketujuh.

Perlawanan babak pertama yang agak hambar menyaksikan jentera tengah Kelantan yang dipimpin oleh ketua pasukan, Badri Radzi gagal menghasilkan hantaran-hantaran menarik.

Bagaimanapun, Indra Putra Mahyuddin berjaya menaikkan semula semangat penyokong Kelantan sebelum babak pertama berakhir apabila meletakkan Kelantan selesa di depan dengan 2-0.

Indra menewaskan penjaga gol PDRM, Abdul Rahman Ismail selepas menyambar bola muntah hasil rembatan Norfarhan Mohamad dengan satu sepakan lambung yang melepasi jangkauan.

Pada babak kedua, beberapa pertukaran dibuat oleh jurulatih, Peter James Butler dengan memasukkan Khalid Jamlus dan Nizad Ayub untuk menambah sengat di jentera serangan dan langkah tersebut ternyata berbaloi.

Khalid menemui sasaran pada minit ke-63 dan 80 bagi melengkapkan malam bergaya sang Kijang.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan, Azman Ibrahim memberitahu, momentum yang ada pada pasukan perlu dikekalkan.

Menurutnya, pertahanan Kelantan yang sebelum ini sering dikritik hebat sudah mula menunjukkan perubahan apabila empat perlawanan yang diharungi berakhir tanpa bolos.

"Azlan (Zainal) dan pemain-pemain pertahanan lain sudah mula mempamerkan aksi sebenar dan kita harap ia kekal sehingga ke saingan Piala Malaysia.

"Khalid (Jamlus) juga sudah semakin menemui rentak. Walaupun bertindak selaku 'super-sub' namun beliau masih terus menyumbangkan gol untuk pasukan," ujarnya. -Sumber Kosmo

Terengganu atasi Kuala Muda Naza

KUALA TERENGGANU - Pasukan Terengganu menggunakan kelebihan di gelanggang sendiri untuk menewaskan Kuala Muda Naza 2-0 dalam perlawanan ulangan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini, semalam.

Gol pertama Terengganu dijaringkan oleh penyerang muda, Abdul Manaf Mamat pada minit ke-19 sebelum giliran Md. Ashaari Shamsudin pula menyempurnakan gol kedua pasukan Penyu.

Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, namun tuan rumah lebih banyak mendapat peluang untuk menjaringkan gol.

Azlan Ismail mempersia-siakan hantaran lintang Abdul Manaf di hadapan pintu gol Kuala Muda Naza pada minit ke-30.

Percubaan terbaik Kuala Muda Naza muncul pada minit ke-42 apabila rembatan kencang Manzoor Azwira Wahid menyaksikan bola terkena tiang gol dan melantun ke luar padang.

Dengan kemenangan ini, Terengganu mengumpul 33 mata untuk menduduki tempat keenam carta liga berkenaan.

23 Jun 2009

Kelantan Membelasah PDRM

Kelantan 4 - 0 PDRM.
Ailim Fahmi minit-6
Indra minit-42

Khalid minit-62&74


Pertemuan antara Kelantan dan PDRM, seperti sudah diketahui awal-awal lagi keputusannya. Di atas kertas, Kelantan dilihat sukar dicabar oleh PDRM dan keputusan ini ternyata ada kebenarannya bilamana skuad kijang berjaya menghasilkan 4 gol di laman sendiri. Manakala PDRM tidak berjaya menghasilkan sebarang gol.

Walaupun kemenangan yang boleh dianggap mudah
dicapai oleh pasukan Kelantan atau pasukan yang digelar "Red Warriors" , namum tahap permainan yang ditunjukkan oleh pasukan Kelantan seolah-olah masih lagi diselubungi badi bermain di Stadium Bukit Jalil walaupun bermain di stadium yang dianggap keramat bagi pasukan Kelantan. Rata-rata pemain masih lagi menunjukkan sikap sambil lewa dan nampak seakan-akan keletihan.

Tempo permainan yang agak lembap dan mengikut rentak permainan pihak lawan. Peluang yang terhidang depan gol pihak lawan banyak yang dipersia-siakan. Namun setelah kemasukkan Kh
alid Jamlus yang menggantikan Norfarhan serta Nizab Ayub yang menggantikan Ailim Fahmi, Kelantan kembali garang dan berjaya menghasilkan dua gol lagi menerusi Khalid yang banyak bermain hantaran satu dua dengan Nizab. Permainan Khalid boleh dianggap meningkat sedikit selepas sekian lama ketandusan gol dan boleh dianggap "SuperSub" bagi pasukan Kelantan.

Tahniah juga diucapkan kepada pertahan Kelantan kerana berjaya mengekang asakan PDRM dengan tidak melepaskan sebarang gol.Diharap pasukan Kelantan dapat memperbaiki kelemahan yang ada bagi menghadapi perlawanan yang akan datang khususnya Sabtu ini perlawanan dengan Perak yang semakin memjumpai semula sentuhan kemenangan dengan mengalahkan N.Sembilan 2-0.

Walaubagaimanapun syabas diucapkan untuk "The Red Warriors" dengan kemenangan ke atas Polis semalam dan diharap selepas pada ini kemenangan demi kemenangan dapat dicapai oleh pasukan Kelantan..... "BRAVOOOO REDS WARRIORS" "GOMO KLATE GOMO"....

Kelantan waspada hadapi PDRM


PEMAIN-PEMAIN Kelantan pikul tugas besar untuk menewaskan PDRM pada aksi Liga Super di Kota Bharu malam ini.





KELANTAN akan turun 'bertempur' dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) malam ini.

Bagaimanapun, ini bukanlah rentetan rusuhan 7 April lalu tetapi skuad Kijang bakal menentang skuad PDRM bagi melengkapkan perlawanan ke-20 untuk kedua-dua pasukan dalam saingan Liga Super.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasu- kan Kelantan, Azman Ibrahim memberitahu, kebangkitan PDRM sejak akhir-akhir ini perlu diberi perhatian.

Menurutnya, kekalahan tipis 2-3 PDRM kepada Perak, Sabtu lalu sudah cukup untuk me- ngingatkan pemain Kelantan agar sentiasa berwaspada dengan ancaman tersebut.

"Bermain di tempat sendiri malam esok (malam ini) mungkin menjadi kelebihan pada kita tetapi ia mungkin menjadi mimpi buruk jika kita terleka kerana pasukan lawan bermain tanpa tekanan.

"Pertemuan pada pusingan pertama Januari lalu di Kota Bharu membuktikan jentera penggempur PDRM begitu bertenaga apabila mendahului 2-0 sebelum tewas 4-2," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, perlawanan menentang Kuala Muda Naza (KM Naza) menyaksikan Kelantan masih memiliki beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki segera.

Katanya, kelemahan tersebut sudah dikenal pasti dan usaha-usaha untuk memperbaikinya sedang giat dilakukan apabila pemain menun- jukkan komitmen yang jitu semasa sesi lati- han.

"Kemenangan di Alor Setar, Sabtu lalu mungkin disebabkan faktor nasib apabila mereka (KM Naza) gagal memanfaatkan bebe- rapa peluang terbaik termasuk sepakan penalti yang berjaya diselamatkan oleh Shahrizan (Ismail).

"Secara jujurnya saya kurang berpuas hati dengan permainan yang dipamerkan. Permai- nan terlalu perlahan dan kita gagal mengusai perlawanan sepenuhnya," ujarnya.

Azman berkata, pemain kini sudah bersedia sepenuhnya dan komitmen yang ditunjukkan cukup mengagumkan kerana masing-masing berusaha untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama.

"Semua pemain perlu bekerja keras untuk mendapat tempat, tiada istilah tempat auto- matik di dalam pasukan Kelantan. Mereka yang mempamerkan persembahan terbaik sahaja akan diturunkan dalam setiap perlawa- nan," jelasnya. -ihsan kosmo

22 Jun 2009

Kembali ke kancah semi pro?


REDZUAN (tengah) dan barisan kepimpinan tertinggi FAM pada Kongres FAM ke-46 di Kuala Lumpur semalam.

Kaji semula format pertandingan

KUALA LUMPUR - Kembali ke semi pro? Itu antara format yang mungkin disaksikan dalam liga bola sepak tempatan musim depan bagi mengatasi masalah kewangan yang kerap dialami persatuan bola sepak negeri dan kelab.

Cadangan itu antara yang bakal dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) setelah Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah mahu struktur Liga Malaysia diubah musim depan.

Jika tidak kembali ke era amatur atau semi pro, struktur liga musim depan mungkin diperkecilkan dengan jumlah pasukan yang beraksi dihadkan kepada pasukan yang mempunyai kewangan yang kukuh.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Redzuan Sheikh Ahmad berkata, ia merupakan antara cadangan yang akan diperhalusi oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM bagi menyuntik format yang lebih segar terhadap perjalanan liga tempatan.

Katanya, gesaan supaya format baru liga dilaksanakan dicetuskan oleh Sultan Ahmad Shah ketika baginda merasmikan Kongres FAM Ke-46, semalam.

Sultan Ahmad Shah menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap impak liga sekarang yang gagal memajukan bola sepak tempatan menerusi format sedia ada.

''Dalam titahnya, Tuanku melahirkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran kewangan persatuan bola sepak negeri dan kelab yang kerap menghadapi masalah kewangan.

''Berikutan itu Tuanku mengarahkan format pertandingan liga ketika ini diberi nafas baru.

''Jika perlu diubah, lakukan perubahan segera supaya tidak lagi berulang masalah kewangan.

''Untuk itu, jawatankuasa pertandingan tempatan diberi tempoh tiga bulan untuk menilai apa jua cadangan format liga yang baik untuk dilaksanakan tahun depan,'' katanya pada sidang media di sini, semalam.

Kata Redzuan, format sekarang perlu diubah.

''Kita sudah lama mengadakan liga profesional, namun mutu bola sepak kita tidak meningkat. Sudah sampai masanya format liga diubah secara drastik,'' katanya.

Ketika ini cadangan paling ideal ialah mengehadkan jumlah pasukan beraksi hanya kepada pasukan yang memiliki kewangan yang kukuh sahaja.

Dalam hal ini, Redzuan memberi contoh liga bola sepak negara jiran Myanmar yang baru sahaja memulakan liga profesional dua bulan tetapi hanya membenarkan penyertaan lapan pasukan sahaja.

''Begitu juga liga bola sepak di Thailand, ia tidak begitu sistematik seperti di negara ini.

''Tetapi mutu bola sepak mereka begitu tinggi. Ini kerana liga yang kecil akan membolehkan hanya pemain berkualiti sahaja beraksi dan mereka ini akan bersaing untuk mewakili skuad kebangsaan,'' katanya.

Sementara itu, pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan, Datuk Che Mat Jusoh menolak idea penganjuran liga semi pro.

''Secara peribadi saya tidak setuju dengan cadangan kita kembali ke era semi pro. Apa yang boleh kita lakukan ialah dengan mewujudkan pasukan yang berkualiti,'' katanya. -Ihsan Utusan

Presiden FAM: Kaji semula liga M

Sultan Ahmad Shah bimbang masalah kewangan landa pasukan negeri

FORMAT pertandingan Liga Malaysia tampak kian meniti kegagalan andai hakikat itu berpandu kepada bicara ikhlas diluahkan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah yang mahu ia dikaji semula dengan satu perubahan drastik.

Masalah kewangan dialami sesetengah persatuan bola sepak negeri adalah faktor yang mendorong pemimpin badan induk itu sendiri melakukan desakan ke arah perubahan dilakukan pada Majlis Kongres FAM ke-46 semalam.

Dalam ucapannya dibacakan Timbalan Presiden FAM, Datuk Redzuan Sheikh Ahmad, Sultan Ahmad Shah tidak menolak kemungkinan untuk mengehadkan Liga-M hanya kepada pasukan yang mempunyai struktur kewangan kukuh. -ihsan BHarian


“Tuanku juga sudah mengarahkan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan untuk menentukan format baru pertandingan dalam masa tiga bulan ini bagi memastikan ia berjalan tanpa sebarang kesulitan kewangan.

“Buat masa ini terdapat beberapa cadangan, termasuk hanya membenarkan pasukan yang mempunyai kewangan kukuh beraksi di Liga-M dan pasukan lain mungkin ke liga amatur.

“Tetapi ia masih di peringkat perbincangan jawatankuasa pertandingan. FAM akan bersikap terbuka dalam melakukan perubahan struktur Liga-M dan peminat juga boleh memberi pandangan menerusi emel kepada FAM,” kata Redzuan.

Redzuan berkata jumlah kecil pasukan dalam liga ada kewajarannya kerana beberapa negara jiran seperti Thailand dan Myanmar juga tidak mempunyai bilangan besar di liga mereka.

“Thailand, umpamanya tetap mampu menghasilkan skuad kebangsaan mantap dan ia terbukti mereka sudah melakukan sesuatu yang betul dalam liga mereka,” kata Redzuan.

Sementara itu, FAM turut mengumumkan perubahan perlembagaan yang dipersetujui sebulat suara semua ahli gabungannya bahawa jawatan eksekutif kini akan dipilih Kongres dan ia harus memenuhi tuntutan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa.

21 Jun 2009

Perlis kembali ke puncak Liga Super

Perlis kembali merampas takhta Liga Super daripada Selangor hasil kejayaan menewaskan Pulau Pinang 3-0 di Stadium Utama, Kangar, semalam.

Kejayaan skuad Singa Utara itu turut dibantu kegagalan Selangor memungut tiga mata penuh selepas hanya mampu seri 1-1 dengan Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Bagaimanapun, Selangor berpeluang merampas semula kedudukan di puncak liga bila-bila masa kerana masih bermain kurang satu perlawanan berbanding Perlis.

Perlis yang memperoleh gol menerusi Azi Shahril Azmi (m-11), Nizaruddin Yusof (m-55) dan Mohd. Shazwan Zainun (m-71) kini mengumpul 45 mata daripada 20 perlawanan.

Sementara Selangor yang diselamatkan oleh jaringan Mohd. Amri Yahyah (m-63) untuk bangkit menyamakan kedudukan selepas ketinggalan oleh gol pendahuluan Shahurain Abu Samah (m-41) kini mengumpul 44 mata daripada 19 perlawanan.

Bagi Negeri Sembilan pula, keputusan itu tidak mengubah kedudukannya di tangga keempat liga di belakang Kedah yang tidak beraksi semalam.

Sebaliknya, Kelantan pula yang semakin menekan kedudukan Negeri Sembilan selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas Kuala Muda Naza di Stadium Darul Aman.

Gol kemenangan Kelantan dijaringkan Mohd. Khalid Jamlus untuk membolehkan mereka melonjak ke tangga kelima dengan mengumpul 34 mata sama dengan Negeri Sembilan tetapi dipisahkan dengan perbezaan jumlah gol sahaja.

Terengganu pula berpesta gol ketika membelasah UPB-MyTeam 5-0 pada perlawanan di Stadium Petaling Jaya.

Namun, skuad Penyu terus kekal di tangga kelapan mengatasi Perak di tangga kesembilan yang turut mencatat kemenangan tipis 3-2 ke atas Polis di Stadium Perak.

Satu lagi perlawaan menyaksikan KL Plus menewaskan Pahang 2-0 di Stadium KLFA, Cheras.

sumber: utusan online

Keputusan TM Liga Super

Sabtu-20 Jun 2009
(8.45 mlm)


KM Naza
vs Kelantan0-1
N.Sembilan vs Selangor1-1
MyTeam vs Terengganu0-5
PDRM
vs Perak 2-3
Perlis vs P.Pinang 3-0
KL Plus vs Pahang 2-0
Johor FC vs Kedah---

18 Jun 2009

Kijang garang dan penonton berdisiplin


TIADA lagi episod kontroversi yang melanda Skuad Kijang sebaliknya tumpuan penuh perlu diberikan untuk meningkatkan lagi mutu permainan terutama bagi memastikan Kelantan tersenarai antara lima pasukan terbaik sebelum meneruskan perjuangan ke Piala Malaysia.

Pasukan The Red Warriors yang kembali beraksi di Stadium Sultan Muhammad IV, saingan Liga Super menentang UPB-MyTeam, malam kelmarin, nyata tidak mengecewakan apabila meraih kemenangan 3-0, di tempat sendiri selepas tujuh minggu digantung beraksi di gelanggang sendiri gara-gara insiden rusuhan yang mencemarkan arena bola sepak negara, baru-baru ini.

Kejadian sebelum ini turut diambil iktibar oleh peminat setia Kelantan yang hadir memenuhi ruang stadium tanpa menimbulkan sebarang kekecohan sebaliknya menonton dengan rasa puas dan tenang selepas melihat pasukan itu kembali menyengat di gelanggang sendiri.

Rasa puas hati itu turut disuarakan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa, yang menyifatkan mutu permainan Kelantan kembali kepada asal di samping semangat pasukan yang kembali pulih ketika beraksi dalam permainan sulung selepas tindakan gantung itu.

Katanya, semua pemain Skuad Kijang perlu berazam untuk bermain lebih baik bagi meningkatkan prestasi masing-masing berikutan kedudukan pasukan itu kini menjunam ke tempat keenam.

“Kita bersyukur kerana pasukan Kelantan dapat beraksi di tempat sendiri mutu permainan kembali kepada asal dibantu semangat dalam stadium sendiri.

“Namun, bukan itu saja kerana apa yang penting ialah penyokong berpeluang menyaksikan pasukan negeri mereka sendiri dan pada masa sama perlu membuktikan bahawa kita adalah tuan rumah yang baik.

“Kita mahu melihat mutu permainan bola sepak meningkat dari semasa ke semasa,” katanya.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini menjatuhkan hukuman kepada Kafa dengan larangan bermain di Kota Bharu selepas berlaku rusuhan penonton sebaik tamat perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Kelantan dan Negeri Sembilan pada 7 April lalu.

Bagaimanapun Jawatankuasa Disiplin FAM memutuskan untuk membatalkan penggantungan itu selepas menerima rayuan Kafa.

Annuar berkata masih belum terlambat untuk mengejar kembali kedudukan lima teratas sekali gus memberi kedudukan selesa bagi laluan ke Piala Malaysia.

“Kita masih belum terlambat dan perlu memenangi setiap perlawanan. Sekiranya kita berada di lima pasukan teratas, ia akan memberi kelebihan untuk hadapi Piala Malaysia.

“Matlamat kita sekarang ialah menyertai lima teratas untuk menjadi pencabar dalam Piala Malaysia. Kita mula menyusun pasukan ke arah Piala Malaysia.

“Saya berasa tenang kerana segala masalah sudah selesai dan tumpuan kita sekarang ialah membina pasukan lebih kuat,” katanya. -Ihsan Metro

Kafa gembira penonton disiplin


PEMAIN Kelantan, Indra Putra Mahayuddin (dua dari kanan) meraikan kejayaan menjaringkan gol kedua Kelantan di Stadium Sultan Muhammed IV, kelmarin.

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) mempunyai dua sebab untuk berasa gembira selepas aksi Liga Super menentang UPB MyTeam, malam kelmarin iaitu mengutip tiga mata dan penyokongnya menampilkan tahap disiplin tinggi dalam perlawanan pertama di gelanggang sendiri sejak dua bulan lalu.

Kemenangan 3-0 ke atas UPB MyTeam yang berlangsung dalam suasana ‘tenang’ tanpa sebarang insiden tidak diingini itu, pasti menaikkan moral pasukan yang sebelum ini seperti kehilangan punca dengan kekalahan demi kekalahan selepas diarah beraksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Malah, perlawanan malam kelmarin boleh disifatkan sebagai 'paling aman' dapat disaksikan di Stadium Sultan Muhammed IV sepanjang musim ini apabila tiada sebarang objek dilemparkan ke arah trek, selain tiada bunyi dentuman mercun setiap kali meraikan jaringan tuan rumah.

Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa, yang gembira dengan perkembangan itu, berharap penyokong pasukan bergelar Red Warriors itu akan terus memberikan sokongan padu dan menunjukkan tahap disiplin yang tinggi pada perlawanan akan datang demi kebaikan pasukan.

“Saya bersyukur kerana segalanya berjalan dengan lancar. Selepas dua bulan bermain di luar, malam ini (kelmarin) penyokong dapat melihat semula aksi Kelantan di Kota Bharu dan saya harap perkembangan ini dapat memberi kebaikan kepada semua,” kata Annuar.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada akhir bulan lalu menarik balik penggantungan Stadium Sultan Muhammed IV yang dikenakan berikutan insiden rusuhan penonton di luar stadium berkenaan selepas perlawanan separuh akhir Piala FA antara Kelantan dan Negeri Sembilan pada 7 April lalu.

Sepanjang tempoh penggantungan itu, Kelantan diarahkan bermain di Stadium Nasional, menyebabkan kedudukan kewangan Kafa terjejas berikutan kekurangan penonton selain terpaksa berulang-alik dari Kota Bharu ke ibu negara setiap kali perlawanan. -Ihsan BHarian

17 Jun 2009

Kelantan Kembali Bangkit-Benam UPB MyTeam

Keputusan Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menarik semula larangan bermain di SSMIV nyata memberikan rahmat kepada skuad red warriors bilamana membelasah UPB MyTeam dengan jaringan 3-0.

Kelantan memulakan aksi garang seawal minit pertama apabila pemain muda berbakat Kelantan Alim Fahmi melakukan rembatan tetapi tersasar sedikit dari pintu gol.Kelantan terus memburu gol tetapi tidak berjaya menembusi benteng pertahanan UPB MyTeam.

Gol semangat Kelantan akhirnya menjelma pada minit ke-13 apabila Indra putra bijak menyambut hantaran Alim Fahmi dan melepaskan tendangan kencang ke pintu gol UPB MyTeam.UPB Myteam tidak mudah menyerah kalah apabila melakukan asakan bertali arus ke pintu gol Kelantan.

Pujian seharusnya diberikan kepada pertahanan Kelantan yang berjaya mengunci setiap pergerakan pemain UPB Myteam.Pujian juga harus di berikan kepada Azlan kerana mempamerkan peningkatan permainan walaupun banyak juga kesilapan yang dilakukanya.

Kelantan agak tertekan dengan serangan bertali arus dari pemain-pemain UPB MyTeam selepas gol pertama.Banyak peluang-peluang gol di lepaskan oleh pemain kelantan terutamanya Norfarhan.


Perlawanan separuh masa pertama seolah-olah akan berkesudahan 1-0 tetapi Kelantan berjaya memperoleh jaringan ke-2 pada minit ke-42 melalui pemain sensasi Kelantan Indra Putra yang menanduk masuk sepakan sudut yang di ambil oleh Badri Radzi.

Bersambung separuh masa kedua UPB MyTeam mengandakan asakan dan pemain pertahanan Kelantan terpaksa berkerja keras menahan asakan bertali arus serta permainan pantas yang di tunjukkan oleh pemain-pemain UPB MyTeam.

Akhirnya gol ketiga Kelantan menjelma juga pada minit ke-60,ianya berpunca dari sepakan percuma yang diambil oleh Badri yang tertampan pemain UPB MyTeam dan terus menerjah ke gawang.

Kelantan kembali garang selepas memperolehi gol ke-3 dengan peluang keeamasan terhidang apabila gerakan cantik antara badri dan Nofarhan berjaya mengelirukan pertahanan UPB MyTeam tetapi sepakan Norfarhan berjaya di tepis penjaga gol.


Kelantan melakukan pertukaran dengan mengeluarkan Nafuzi Zain,Indra serta Norfarhan dengan memasukkan Khairan,Nizab Ayub serta Khalid Jamlus tetapi gagal menembusi benteng pertahanan UPB MyTeam.

Kelantan malakar kemenangan bergaya 3-0 sebagai titik semangat kebangkitan bagi meneruskan misi bagi menghadapi KM Naza di Stadium DArulaman.

Tahniah Red Warriors kerana memberi kemenangan kepada hampir 18000 peminat setia di Kota Bharu.


16 Jun 2009

Kes Stadium Sultan Mizan runtuh,Raksasa nafi....

Raksasa menafikan gambar tersebut

Tokyo - Berita yang terbaru diterima semalam dari pihak raksasa ialah beliau menafikan tentang berita yang mengatakan bahawa raksasa yang telah menyebabkan keruntuhan Stadium Sultan Mizan Terengganu dalam sidang berita yang telah dibuat di tokyo semalam.




Gambar menunjukkan HULK melanggar Stadium Sultan Mizan

Pihak CSI yang datang telah menemui satu bukti yang terbaru dengan mendapatkan gambar yang telah dirakam oleh salah seorang penduduk Trengganu yang kebetulan berada semasa kejadian.... sekiranya benar gambar ini maka 'HULK' akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah Kuala Terengganu......

Kelantan harap tuah gelanggang untuk bangkit

KUALA LUMPUR - Setelah dua minggu berehat, Liga Super kembali menyambung saingan hari ini dengan perlawanan melibatkan Kelantan yang kembali beraksi di laman sendiri paling menjadi tumpuan.

Kelantan pernah menerajui liga buat seketika, tetapi menjunam ke tangga ketujuh selepas 17 perlawanan, disebabkan hukuman beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil gara-gara rusuhan penyokong April lalu.

Kembali beraksi di Stadium Sultan Muhammed IV Kota Bahru mulai hari ini dengan menentang UPB MyTeam merupakan rahmat buat skuad Red Warriors untuk ia mengembalikan ke prestasi seperti di awal musim.

Dalam hal ini, tiada individu yang lebih gembira selain Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa sememangnya mengharapkan Kelantan kembali beraksi di laman sendiri.

Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada mesyuarat 28 Mei lalu membuat keputusan menarik balik pengantungan Stadium Sultan Muhammed IV Kota Bahru berkuatkuasa serta-merta.

Ketika dihubungi, Annuar berkata, esok merupakan detik bersejarah buat Kelantan apabila dapat kembali beraksi di depan penyokong sendiri.

''Sememangnya saya sentiasa mengharapkan Kelantan dapat kembali beraksi di Kota Bahru. Saya yakin dengan cara ini kita akan kembali ke prestasi seperti sebelum ini.

''Saya percaya para pemain akan beraksi dengan penuh bersemangat dan kembali dengan rentak kemenangan.

''Sepanjang liga berehat, kami mengadakan perlawanan persahabatan dengan Proton FC dan Perlis, kita menang kedua-duanya.

''Saya harap Kelantan mampu bangkit setelah kembali dapat beraksi di venue sendiri,'' katanya ketika dihubungi semalam.

Selain Kelantan, turut menjadi tumpuan hari ini pastinya saingan dua pasukan teratas, Selangor 40 mata yang diekori rapat oleh Perlis yang mengumpul 39 mata.

Perlis, yang beraksi 18 perlawanan berbanding 17 perlawanan oleh Selangor, pastinya mahu menggunakan peluang menentang pasukan kedua tercorot di Stadium Darulmakmur, Kuantan, Pahang untuk memintas Selangor.

Tiada lain yang diharapkan jurulatih Perlis Irfan Bakti agar Perak mampu mengejutkan Selangor di Stadium Perak, Ipoh.

''Memang kita berharap dapat memintas Selangor pada perlawanan esok (hari ini),'' katanya.

Walaupun berstatus peneraju liga, anak buah K. Devan tidak seharusnya alpa apabila berdepan percaturan taktikal M. Karathu di Stadium Perak kerana secara tradisinya perlawanan melibatkan kedua-dua pasukan seimbang.

Mungkinkah Kedah mampu memintas Negeri Sembilan untuk menduduki tangga ketiga liga hari ini?

Jika menang ke atas Negeri Sembilan di laman sendiri, Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah bakal menyingkirkan Negeri Sembilan kerana kedua-dua pasukan hanya dibezakan satu mata.

Pada perlawanan lain, Terengganu (27 mata) mampu memperbaiki kedudukan dalam kelompok pertengahan liga apabila berdepan KL PLUS di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. -Ihsan Utusan

Perlu kawal kelakuan - FAM



PEMINAT pasukan Kelantan digesa supaya lebih bersikap tenang dan mengawal kelakuan sekiranya mahu terus menyaksikan perlawanan pasukan mereka berlangsung di Stadium Sultan Muhammed IV selepas ini.

Stadium keramat bagi pasukan Red Warriors itu akan bergema buat kali pertama sejak penggantungannya pada April lepas apabila skuad kendalian Peter Butler tersebut berdepan UPB-MyTeam dalam saingan Liga Super malam ini.

Situasi ini sebenarnya adalah 'ihsan' daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas berpuas hati dengan inisiatif yang diambil oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dan Perbadanan Stadium untuk memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JPT) FAM.

Begitupun, Pengerusi JPT, Datuk Che Mat Jusoh memberitahu, walaupun FAM membenarkan Kelantan bermain di stadium tersebut, namun peminat pasukan Red War- riors tetap disaran agar lebih bersikap rasional dan mengamalkan semangat kesukanan bagi mengelakkan sebarang insiden yang berkemungkinan memaksa FAM mengambil tindakan drastik ke atas gelanggang mereka itu.

"Selepas JPT melawat perkemba- ngan terkini di Stadium Sultan Muhammed IV semalam (kelmarin), kami berpuas hati dengan segala inisiatif Kafa dalam memenuhi bebe- rapa syarat yang kami tetapkan," kata Che Mat kepada Kosmo! semalam.

"Begitupun, saya ingin menyeru peminat Kelantan supaya menjaga kelakuan mereka pada setiap perlawanan yang berlangsung dan tidak melakukan tindakan 'luar biasa' di dalam atau di luar stadium.

"Mereka (peminat Kelantan) sepatutnya menghargai apa yang telah FAM beri kepada mereka. FAM telah 'pulangkan' kembali hak mereka untuk memberi sokongan kepada pasukan di tempat sendiri, jadi jaga- lah dan hormatilah apa yang kami hadiahkan kepada mereka," kata beliau lagi.

Menurut Che Mat, selepas melihat sendiri perkembangan di sekitar stadium berkenaan, beliau berpuas hati dengan segala usaha yang dibuat oleh Kafa dan Perbadanan Stadium selain melahirkan keyakinan terhadap pihak berkuasa untuk menjalankan tugas mereka sepanjang permainan berlangsung.

"Lawatan semalam (kelmarin) turut melibatkan wakil Kafa, Perbadanan Stadium dan juga pihak polis. Semua wakil ini telah bersetuju untuk mencuba sebaik mungkin bagi memastikan ciri-ciri keselamatan ter- utama terhadap pemain terjamin.

"Walaupun ada di antara usaha mereka ini masih belum sempurna seratus peratus, seperti terowong untuk pemain ke padang serta kaunter tiket masih belum siap sepenuh- nya tetapi saya yakin semuanya akan siap seperti dalam perancangan," kata Che Mat.

Justeru, dengan kebenaran yang telah diberikan oleh FAM itu, maka peminat Kelantan sewajarnya menggunakan peluang kedua ini untuk membuktikan bahawa mereka bukanlah berfikiran 'kampung' seperti yang ditunjukkan segelintir peminat fanatik mereka baru-baru ini. -Ihsan Kosmo

15 Jun 2009

Di Bebaskan!!!



Ketegasan FAM 'mengongkong' hak bersuara ibarat hilang sekelip mata

KETEGASAN lalu ibarat hilang sekelip mata apabila Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam menghantar isyarat jelas untuk tidak lagi 'mengongkong' hak bersuara pegawai persatuan negeri.

Dan pihak pertama yang meraih untung ialah Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa, yang hanya menerima amaran ketika dibebaskan daripada dua dakwaan diajukan Sekretariat FAM terhadapnya.

"Tan Sri Annuar berdepan dua dakwaan - membuat kenyataan media tanpa kebenaran FAM dan membuat kenyataan yang tidak tepat pada 2 April lalu. Beliau tidak mengaku salah dan minta kesnya dibicarakan.

"Kami berpendapat adalah tidak adil untuk menyekat presiden persatuan negeri daripada membuat kenyataan media. Sebagai presiden, beliau perlu membuatnya. Kerana itu, beliau dibebaskan daripada dakwaan pertama.

"Untuk dakwaan kedua, selepas mengkaji dan berbincang, kami mendapati kenyataannya tepat, jadi beliau dibebaskan atas sebab-sebab teknikal," kata pengerusi jawatankuasa, Kamaruddin Abdullah.

Buat tambah memperkukuhkan isyarat itu, jawatankuasa berkenaan juga semalam memutuskan untuk membebaskan dua jurulatih - pengendali KL Plus, Mat Zan Mat Aris dan jurulatih Perlis, Irfan Bakti - daripada dakwaan sama.

"Mat Zan membuat kenyataan pada 13 April. Irfan pula pada 11 April. Jawatankuasa berpendapat jurulatih dan presiden tidak boleh dikongkong untuk membuat kenyataan kepada media, selagi ianya tidak menyentuh dasar-dasar FAM," kata Kamaruddin.

Perubahan itu jelas berbeza dengan pendirian jawatankuasa sama yang pernah menjatuhkan hukuman gantung setahun kepada bekas jurulatih Felda United, Reduan Abdullah, awal tahun ini, atas dakwaan sama.

11 Jun 2009

FAM : Perbicaraan petang ini (TSAM, Irfan Bakti, M'Zan M'Aris)


SELEPAS dibiarkan 'bebas' untuk beberapa ketika, petang ini tibalah giliran Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa(gambar) untuk dihadapkan ke Lembaga Disiplin dan Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Semuanya gara-gara kelantangan beliau mengkritik mutu pengadilan ketika perlawanan membabitkan Kelantan dan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Mohamad IV, Kota Bharu, 31 Mac lalu.

Walaupun sudah mengemukakan bukti termasuk rakaman video, badan induk kebangsaan itu berasakan ia tidak cukup kuat dan Annuar perlu dibicarakan walaupun cakap-cakap yang tidak enak sudah mula kedengaran lantaran FAM mengambil masa yang terlalu lama untuk memutuskan sama ada Annuar perlu dipanggil atau tidak.

Selain Annuar, ketua jurulatih skuad Perlis, Irfan Bakti Abu Salim(gambar) dan ketua jurulatih kelab KL Plus FC, Mat Zan Mat Aris(gambar) akan turut dipanggil untuk berdepan Lembaga Disiplin dan Tatatertib FAM, petang ini.

Irfan Bakti mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Pertandingan FAM yang mengarahkan perlawanan di antara Kelantan dan Selangor diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, 11 April dan beliau menganggap keputusan itu memberi kelebihan buat Selangor.

Keputusan perlawanan itu didakwa akan memberi kesan secara langsung buat Perlis yang ketika itu mendahului Liga Super dan beberapa pasukan lain yang turut mencabar gelaran musim ini, menerima tempiasnya.

Kenyataan itulah tidak disenangi FAM yang sudah beberapa kali mengheret jurulatih serta beberapa individu lain dan dikenakan tindakan termasuk gantung dan denda.

Mat Zan pula boleh dianggap lebih malang berbanding dua individu lain apabila tetap perlu berdepan Lembaga Disiplin dan Tatatertib FAM walaupun beliau bercakap mengenai perasaannya selaku jurulatih selepas tiga mata yang dihadiahkan kepada KL Plus FC oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan, ditarik balik selepas tiga bulan penganugerahan itu.

Petang ini, ketiga-tiganya menghadapi pertuduhan yang serupa iaitu mengeluarkan kenyataan kepada media tanpa kebenaran daripada FAM selaku badan induk kebangsaan bagi bola sepak di negara ini.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan ketiga-tiga individu terbabit akan berdepan dengan Lembaga Disiplin dan Tatatertib FAM di Wisma FAM, jam 2.30 petang ini.

“Kita sudah hantar surat kepada mereka untuk memaklumkan perbicaraan itu,” katanya.

- Ihsan HMetro

Kijang temui rentak

Oleh KHAIRI MOHAMAD


PENYERANG Indra Putra Mahayuddin (kiri) antara tonggak utama Kelantan musim ini.


DUA kejayaan dalam kedua-dua perlawanan persahabatan menentang Proton FC dan Perlis membuktikan Kelantan sudah kembali ke landasan asal untuk memburu kejayaan.

Selepas hak Stadium Sultan Mohammad Ke-IV dikembalikan, skuad Kijang tidak berlengah untuk mengembalikan gelora di hati peminat mereka.

Malam kelmarin, mereka membenam Perlis 4-1 dan bagi penonton itu adalah sebab mengapa mereka berjuang untuk mengembalikan hak stadium keramat mereka.

Penolong jurulatih Kelantan, Hashim Mustapha menyifatkan kemenangan semalam merupakan titik tolak kebangkitan Kelantan dalam mengharungi baki saingan Liga Super.

"Mungkin ada yang berpendapat kita sudah terlambat tetapi apa pun kita percaya kita mampu untuk menghasilkan sesuatu dengan kebangkitan ini.

"Ini adalah antara sebab mengapa kita perlu bermain di tempat sendiri dan sudah pasti ia memberikan kelebihan apabila beraksi di tempat sendiri," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, dua perlawanan persahabatan yang dianjurkan itu berjaya mengembalikan semula keyakinan pemain dan hadiah kepada penyokong yang setia berada di belakang pasukan Kelantan selama ini.

Jelasnya, melalui dua perlawanan tersebut pihak pengurusan berjaya mengesan beberapa lagi kelemahan.

"Kita banyak mencipta peluang selain beberapa gandingan baru yang dicuba juga mula menunjukkan kematangan.

"Dalam pasukan, tiada istilah 'anak emas'. Siapa saja boleh bermain dan yang terbaik pastinya akan disenaraikan dalam kesebelasan utama," ujarnya.

Dalam pada itu, Hashim turut memuji sikap yang ditunjukkan oleh penonton dan menyifatkan penonton Kelantan kini sudah belajar daripada kesilapan lalu.

"Mereka datang untuk menyaksikan dan menyokong pasukan mereka. Tiada lagi gelagat balingan botol ataupun letupan mercun mewarnai perlawanan malam semalam (kelmarin).

"Jika ini berterusan, kita yakin Kelantan akan ke Bukit Jalil sekali lagi untuk menjadi finalis dalam Piala Malaysia," jelasnya.

10 Jun 2009

FAM perlu adil buat keputusan


STADIUM Sultan Ismail Nasiruddin Shah masih belum bersedia untuk menganjurkan sebarang perlawanan bola sepak.



Che Mat Jusoh



KERATAN muka depan Kosmo!
Rabu 3 Jun 2009.


TRAGEDI Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang hampir 50 peratus bumbung dan struktur binaannya runtuh pada 2 Jun lalu mengejut seluruh warga Malaysia.

Stadium yang baru berusia kira-kira setahun itu ranap menyembah bumi dan tragedi itu turut memberi tamparan hebat kepada dua pasukan bola sepak yang berpangkalan di negeri itu.

Stadium tersebut merupakan gelanggang utama pasukan Terengganu yang beraksi pada Liga Super dan T-Team yang menyertai Liga Perdana.

Kedua-dua pasukan ini bertuah apabila mereka dibenarkan beraksi di stadium baru yang menelan belanja hampir RM300 juta dengan kelengkapan serba moden dan canggih.

Ulasan ini sebenarnya tidak berhasrat untuk mengupas lebih lanjut mengenai tragedi tersebut mahupun membuat telahan mengenai nasib kedua-dua pasukan tersebut yang kehilangan vanue utama mereka.

Apa yang pasti nasib serta masa depan kedua-dua pasukan ini sama ada akan beralih ke stadium lama mereka iaitu Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang tidak berada dalam keadaan sempurna atau perlu bermain di stadium berkecuali hanya akan ditentukan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Dari sudut lain pula, rasa kecewa dan 'terluka' diluahkan oleh puluhan ribu peminat pasukan jiran mereka Kelantan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh.

Kosmo! Jumaat lalu menyiarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau yang dipetik sebagai berkata: "Memang mustahil untuk kami (Terengganu dan T-Team) bermain di stadium berkecuali seperti mana yang berlaku ke atas Kelantan yang beraksi di Bukit Jalil."

Beliau juga memberitahu, perlawanan Liga Super antara Terengganu menentang KL Plus pada 16 Jun ini tetap akan diadakan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah meskipun stadium tersebut tidak berada pada tahap memuaskan.

Untuk rekod dan makluman semua, Che Mat juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM dan mempunyai kuasa membenar atau menolak permohonan penggunaan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah sebagai venue tuan rumah perlawanan Terengganu dan T-Team.

Berdasarkan tinjauan Kosmo! selepas ura-ura perlawanan melibatkan kedua-dua pasukan akan dipindahkan ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah mendapati stadium tersebut tidak bersedia untuk menganjurkan sebarang perlawanan bola sepak.

Keadaan padang yang teruk selepas stadium tersebut dijadikan lokasi untuk Konsert Penghargaan Search di Awan Biru minggu lalu.

Lebih merumitkan, stadium tersebut juga menjadi venue untuk kejohanan kuda lasak, Sultan Cup 2009 yang bermula Ahad lalu.

Kosmo! juga difahamkan, sebahagian tempat duduk penonton di stadium yang dalam proses untuk dirobohkan itu telah dibuang manakala pagar yang memisahkan antara penonton dan padang juga telah dibuka.

Setiausaha Kelab Penyokong Bola Sepak Siber Kelantan (Kelate. Net) Yatimin Abdullah memberitahu, kenyataan yang dikeluarkan oleh orang paling 'berkuasa' dalam Jawatakuasa Pertandingan FAM itu sebagai suatu yang membimbangkan.

Menurutnya, sebagai seorang yang mempunyai jawatan di dalam FAM serta jawatan tersebut pula berkait rapat dengan isu yang diperkatakan, Che Mat tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan seperti itu.

"Walaupun FAM secara rasminya belum membuat sebarang keputusan, kenyataan tersebut dilihat sebagai keputusan awal kerana ia keluar daripada mulut seorang yang memiliki kuasa untuk tujuan itu.

"Apa yang dimaksudkan beliau sebagai mustahil? Apakah kerana ia melibatkan pasukan Terengganu dan ia menjadi mustahil sedangkan Kelantan terpaksa melalui semua itu sebelum ini," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, FAM perlu lebih telus dalam membuat sebarang keputusan yang melibatkan industri bola sepak tanah air dan paling penting ia mesti adil dan seimbang.

Katanya, isu mengenai venue pertandingan dan aspek teknikal berada di bawah kelolaan Jawatankuasa Pertandingan dan individu tersebut tidak seharusnya memberi gambaran seumpama itu.

"Beliau (Che Mat) adalah seorang yang sangat dihormati dalam dunia bola sepak, bagaimanapun, kenyataan tersebut benar-benar membuatkan kami para penyokong Kelantan terguris.

"Apa yang menimpa Kelantan sebelum ini terlalu pahit untuk kami terima namun itulah hakikatnya dan saya kira Terengganu dan T-Team berdepan nasib yang sama dan mereka tidak perlu merasakan bermain di stadium berkecuali sebagai suatu yang mustahil," ujarnya.

Rata-rata peminat Kelantan dan bola sepak Malaysia mahu FAM lebih serius dalam membuat keputusan dan tidak mahu peraturan yang sedia ada menjadi peraturan flip-flop.

Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah secara teknikalnya tidak mampu untuk menganjurkan perlawanan jadi keputusan yang dibuat perlu lebih tepat dan tiada kompromi.

Dari segi aspek keselamatan stadium tersebut jelas tidak mampu untuk memenuhi memandangkan pagar yang memisahkan antara penyokong dan padang juga telah dibuka.

Walaupun, orang kuat bola sepak Terengganu itu berjanji untuk meningkatkan tahap keselamatan dengan menambah bilangan anggota keselamatan tetapi keperluan terhadap pagar adalah jelas dan penting.

Ini disebut sendiri dalam Peraturan Pertandingan Liga M 2009 dalam perkara 3.12 berkaitan venue menyebut hanya stadium dan venue atau padang permainan terbuka yang 'berpagar' yang diperiksa dan diluluskan oleh JKPT dibenar untuk digunakan.

Secara tidak langsung istilah stadium yang digunakan adalah sudah tentu stadium yang dilengkapi pagar sebagai aspek keselamatan lain yang membolehkannya layak digelar stadium.

Bagi peminat Kelantan, mereka bukan berdendam tetapi cuma menuntut keadilan di sebalik ketegasan pengurusan FAM yang mahu membawa sinar baru dalam bola sepak Malaysia.

Aspek penilaian venue pertandingan amat dititkberatkan oleh FAM, maka tidak hairanlah Kelantan merupakan pasukan pertama yang menerima padah sebaik kempen Liga M 2009 bermula.

Perlawanan menentang KL Plus pada 3 Januari lalu menyaksikan Kelantan hilang tiga mata berharga apabila JKPT memutuskan Kelantan tidak serius dalam menyediakan padang yang sesuai untuk pertandingan.

Ketika itu seperti yang ramai maklum, negeri-negeri di Pantai Timur terutama di Kelantan sedang dilanda musim tengkujuh dan padang ditakungi air sehingga pihak pengurusan stadium gagal untuk menyediakan garisan untuk permainan.

Ekoran daripada itu, Kelantan kehilangan tiga mata berharga selepas diisytiharkan tewas dengan jaringan 3-0 sebelum keputusan tersebut ditarik balik Mei lalu.

Contoh berikutnya adalah insiden 7 April di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV dimana kejadian tersebut tiada kena mengena langsung dengan masalah kelonggaran aspek keselamatan stadium.

Insiden tersebut secara jelasnya berlaku di luar stadium dan sebaik perlawanan tamat tetapi Kafa dan pasukan Kelantan diarahkan menggunakan stadium berkecuali iaitu di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Seluruh peminat Kelantan termasuk para pemain dan pengurusan terpaksa akur dengan keputusan tersebut dan menyaksikan prestasi Kelantan jatuh mendadak akibat kepenatan.

Ini sebagai contoh ketegasan FAM terhadap semua pasukan dalam memastikan standard Liga Malaysia mencapai tahap profesionalisme jadi kita mengharapkan keputusan memberi hak terhadap Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah diteliti sehalus mungkin.

Kita tidak mahu FAM sebagai badan induk bola sepak negara dipandang serong akibat beberapa keputusan yang dibuat dianggap tidak konsisten dan bak kata pepatah 'ke hulu pun boleh, ke hilir pun boleh'.

Keputusan Perlawanan Persahabatan Menentang Perlis

Kelantan 4 - 1 Perlis

Gol-gol kelantan dihasilkan oleh Mohd Ailim Fahmi, Ahmad Azlan Zainal, Mohd Nurfarhan Nuhamad dan Indra Putra Mahyuddin, manakala gol Perlis dihasilkan oleh Badrul Azam Badri.

Empat Syarat Untuk Kafa

Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah memutuskan 4 syarat kepada Kafa walaupun larangan untuk bermain di SSMIV telah di tarik balik.

Syarat-syarat tersebut :
i) tidak dibenarkan sebarang acara lain diadakan di luar stadium semasa perlawanan berlangsung terutama sekali di bahagian laluan pasukan pelawat

ii) pihak persatuan dapat mengubah kaunter jualan tiket di pintu utama ke tempat lain yang lebih sesuai

iii) menyediakan terowong laluan buat pemain untuk memasuki padang

iv) KAFA perlu memberi jaminan bahawa pihak polis sudah bersedia sepenuhnya bersama unit- unit tertentu sepanjang perlawanan berlangsung

Syarat-syarat ini perlu dipatuhi untuk mengelakkan daripada penggantungan semula perlawanan di SSMIV.

rujukan : utusan online

9 Jun 2009

Sah : Kaka berhijrah ke Real Madrid

Kaka

Pemain antarabangsa Brazil, juga pemain kelab Milan, Kaka (gambar) telah bersetuju untuk menyertai kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid dengan kontrak selama 6 tahun.

Beliau merupakan pemain pertama yang di bawa masuk ke real sejak Florentino Perez kembali menjadi presiden pada awal bulan ini. Pada hemah Perez, dia ingin menjadikan Real sebagai kelab yang digeruni seperti musim-musim yang sebelumnya.

Sumber-sumber mengatakan yuran perpindahan adalah 68 juta euro, yang kedua tertinggi selepas Zinedine Zidane, sebanyak 73 juta euro. Juga menyertai Real dari kelab Juventus pada tahun 2001.

Selain Kaka, Cristiano Ronaldo(MU), Franck Ribery (Bayern Munich), Xabi Alonso (Liverpool) dan David Villa and David Silva, kedua-duanya dari Valencia, juga dilaporkan turut di intai oleh Perez untuk menyertai Real.

KELANTAN JUARA!!!

Pasukan bolasepak bawah 18thn Kelantan telah menjuarai kejohanan bolasepak MSSM 2009 dengan mengalahkan pasukan Kuala Lumpur (1-0) pada perlawanan akhir di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu petang semalam. Pasukan Kelantan bawah 12thn pula sekadar berpuashati dengan naib juara kerana tewas kepada pasukan Pulau Pinang (1-2).......

Syabas kepada Pasukan Bolasepak MSSM Kelantan ("THE REDS WARRIORS JR.")

Keputusan penuh (Akhir):

B-18thn : Kelantan 1-0 Kuala Lumpur
B-15thn : Kuala Lumpur 3-1 Kedah
B-12thn : Kelantan 1-2 Pulau Pinang

8 Jun 2009

KEJOHANAN BOLASEPAK MSSM

Bawah 18 tahun : KELANTAN VS KUALA LUMPUR (AKHIR)
TARIKH : 08 JUNE 2009
MASA : 3.45 PTG
TEMPAT : Stadium Sultan Muhammad IV (KB)


Bawah 12 tahun : KELANTAN (1) VS PULAU PINANG (2) (AKHIR)
TARIKH : 08 JUNE 2009
MASA : 8.00 PG
TEMPAT : Padang Maktab Sultan Ismail (SIC, Telipot)

p/s: Datanglah beramai2 ke SSMIV ptg ni untuk memberi sokongan pada pasukan bwh18 kelantan n gamatkan kembali SSMIV dengan sorakan "GOMO KELATE GOMO" yang sekian lama menyepi.... ' SELAMAT BERJUANG THE REDS WARRIORS JR. '

7 Jun 2009

Penyokong Kijang Insaf

PENYOKONG Kelantan sudah 'insaf'.

Itu gambaran yang ditunjukkan oleh penyokong skuad Kijang di Stadium Sultan Muhammed IV malam kelmarin, lapor RIZALMAN NOR.

Stadium tersebut yang kesepian sebelum ini akibat digantung oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kembali bergema dengan sorakan The Red Warriors apabila badan induk bola sepak kebangsaan itu membenarkan Kelantan kembali bermain di Kota Bharu.

Keputusan menggantung perlawanan di tempat sendiri ternyata memberi pengajaran berguna kepada peminat setia Sang Kijang.

Pada perlawanan persahabatan menentang Proton FC malam kelmarin, penyokong mempamerkan disiplin yang baik apabila tiada lagi balingan objek ke arah padang serta bunyi mercun.

Sorakan penyokong tempatan kembali gemuruh apabila Indra Putra Mahyuddin menjaringkan dua gol untuk membenam Proton FC 2-0.

Gol pertama hadir pada minit ke-25 menerusi sepakan penalti sementara gol kedua menerusi percubaan dari jarak jauh.

Kemenangan itu secara tidak langsung mampu mengembalikan semangat juang anak buah Peter James Butler itu yang agak luntur kebelakangan ini.

Kemenangan tersebut menjadi penyuntik semangat kepada pemain Kelantan untuk meneruskan saingan Liga Super musim ini selepas tewas dalam lima perlawanan berturut-turut.

Pada 31 Mac lalu, tindakan ganas penyokong Kelantan selepas perlawanan separuh akhir pertama Piala FA menentang Negeri Sembilan telah mengundang padah kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).

Jawatankuasa Tatatertib FAM baru-baru ini mengenakan denda lebih RM100,000 terhadap Kafa termasuk tidak membenarkan sebarang perlawanan dilangsungkan di Stadium Muhammed IV, Kota Bharu ekoran insiden tersebut.

Kelantan akan mengadakan satu lagi perlawanan persahabatan bertemu Perlis, Selasa ini di stadium yang sama dan orang ramai diminta hadir untuk memberi sokongan dan mengembalikan kegemilangan bola sepak Kelantan.

Sumber : Kosmo Online